Chapter 5 : Tiada arah tujuan...

Fate Of Love (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

Anak buah: Maaf cik, tapi kalau cik tak bayar sekarang, cik harus keluar dari sauna ini.
Cathrine: Duit, telefon dan barang-barang saya dah habis dicuri semasa saya tidur tadi. Pakaian kat tubuh saya sekarang ini saja lah yang tinggal untuk saya. Tolonglah, encik. Saya betul-betul tidak ada tempat nak pergi dah. Saya tak tahu, saya bukan orang sini.
Anak buah: Saya betul-betul minta maaf cik tapi saya tak boleh tolong cik. Saya perlu patuh pada peraturan. Kalau tidak, saya pula yang dipecat nanti.

Cathrine mengeluh berat. Dengan lemahnya dia mengangguk faham.

Anak buah: Maafkan saya, cik.
Cathrine: Ehm, it's okay. Bukannya boleh buat apa pun, kan?

Hambar sahaja jawapan Cathrine yang kemudiannya melangkah perlahan keluar dari sauna tersebut. Sebaik sahaja kelibat Cathrine tidak lagi kelihatan, Anak Buah terus menelefon Manager.

Anak Buah: Dia dah keluar, bos. Yup, semua barang-barang dia ada dengan saya. Ya, dengan telefon dan ID card dia sekali. Baik, bos.

__________________________________________________________

Cathrine betul-betul sudah hilang akal. Dia tidak tahu dia patut pergi ke mana. Perutnya pula sudah berbunyi minta diisi. Kedai-kedai di sepanjang tepi jalan diperhati. Cathrine akhirnya mengeluh.

Cathrine: Baik aku cuba cari kerja. Mana tahu dapat, ada juga duit untuk call Vick nanti.

Bagai mengantuk, disorongkan bantal. Baru sahaja ingin mencari kerja, Cathrine telah menemui sebuah kedai yang mempunyai notis vacancy. Tanpa membuang masa, dia terus masuk ke kedai tersebut untuk mencuba nasibnya. Tuan kedai ditemui dan disoal tentang vacancy yang dimaksudkan.

Tuan Kedai: Awak fasih bahasa kami?
Cathrine: Ya, tuan. Mak saya half Korean dan saya membesar dengan bahasa negara ini.
Tuan Kedai: Awak ada pengalaman bekerja ke sebelum ini?
Cathrine: Saya sudah biasa bekerja di kedai macam ini, tuan.
Tuan Kedai: Saya sebenarnya perlukan pekerja baru hari ini juga. Awak boleh mulakan hari ini?
Cathrine: Saya boleh mulakan sekarang juga, tuan.
Tuan Kedai: Ok, bagus. Kalau macam itu, awak diterima. Pergi ke dapur dan tanya kat mereka di sana apa yang awak patut buat.
Cathrine: Baik, tuan. Terima kasih, tuan.

'Ya Tuhan, syukur...' Lega betul hati Cathrine kerana diterima bekerja. Setelah menunduk hormat kepada Tuan Kedai, dia terus pergi ke bahagian dapur untuk memulakan tugasnya.

Pembantu: Ya cik? Cik perlukan apa?
Cathrine: Saya pekerja baru. Tuan suruh saya pergi ke sini untuk tanya apa tugas saya?
Pembantu: Owh, awak pekerja baru.
Cathrine: Ya, saya baru masuk.
Pembantu: Ok, sekarang awak pakai apron ni.

Sehelai apron berwarna coklat diberikan kepada Cathrine. Cathrine terus memakainya kemudian dia pantas mengikat rambutnya yang tadinya bebas mengurai di belakangnya.

Pembantu: Awak pandai serve pelanggan?
Cathrine: Saya pandai, kak.
Pembantu: Bagus, senang kerja. Buku kecil untuk order ad

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
Finally :) Fate of Love Chapter 8 is out! Tak tahu masih ada yang nak baca atau tak, but i will keep updating everyday till last chapter memandangkan dh lama terbelangkai and musim MCO ni buatkn saya boring macam apa :") btw, saya update guna phone sebab RIP to my laptop, x dpt on dh huhu

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna