Chapter 4 : Bukan kehendakku

Fate Of Love (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

Mdm Myra: Kenapa Vick selalu sebelahkan perempuan tu? Dia itu cuma kakak tiri Vick!
Magdalene: Vick sepatutnya sebelahkan mama dan kakak! Bukan perempuan murahan itu!
Melvick: Saya ada dua kakak. Yang mana satu perempuan murahan sebenarnya?!

Melvick sudah tidak dapat sabar lagi. Dicapainya botol air di atas meja lalu dibalingnya botol tersebut ke arah Magdalene sambil berkata-

Melvick: Kak Mag yang patut keluar dari rumah ni! Ini rumah Vick dan Vick berhak halau kakak! Mama pun sama!

Magdalene terjerit apabila botol yang dibaling adiknya tepat mengenai mata kanannya. Dia terus meraung, menangis kesakitan.

Mdm Myra: Vick!!

Mdm Myra tidak menyangka Melvick akan bertindak sebegitu sekali terhadap Magdalene hanya kerana Cathrine. Jeritan Mdm Myra menakutkan Mrs Claridge. Dia sudah cemas.

Mrs Claridge: Arlando, jom balik.
Arlando: Pergilah balik sendiri! Semua ni salah mummy juga, tau! Rin nak tinggalkan Arlando kerana mummy!

Kerana terlalu marah, Arlando menolak tubuh ibunya agar menjauhi dirinya. Mrs Claridge tergamam. Dia menyesal datang ke rumah itu. Tanpa membuang masa, dia terus balik meninggalkan rumah yang tengah dilanda ribut itu. Arlando pula pantas pergi ke bilik Cathrine. Cathrine yang baru selesai mengemas barang-barangnya sudah bersedia untuk pergi.

Arlando: Rin, tunggu dulu!

Arlando dilalui begitu sahaja. Pegangan tangan lelaki itu ditepis kuat. Terpaku Arlando dibuatnya. Keluar sahaja daripada rumah, Melvick sudah sedia dengan keretanya. Tanpa berfikir panjang, Cathrine memboloskan dirinya ke dalam kereta tersebut dan Melvick terus memandu pergi dari situ.

Cathrine: Bukan Vick tengah gaduh ngan mama dan Kak Mag, ke?
Melvick: Vick dah cederakan Kak Mag. Mama tengah rawat mata dia. Malas Vick nak layan. Panas hati Vick ni.
Cathrine: Maafkan kakak sebab tolak Vick tadi.
Melvick: Takpe, Vick faham.
Cathrine: By the way, Vick bawa kakak pergi mana ni?
Melvick: Airport.
Cathrine: Hah?!

Tiba sahaja di lapangan terbang, Melvick terus mendaftarkan nama kakaknya itu. Cathrine mengeluh perlahan. Melvick telah memberi sejumlah wang kepadanya untuk hidup di negara lain, jauh daripada ibu dan kakak tirinya. Cathrine teringat Arlando. 'Maafkan aku, Ben. Mungkin inilah jalan yang terbaik untuk kita...' Tiket penerbangan ke bumi Korea diserahkan kepada Cathrine. Cathrine hanya mampu menurut.

Melvick: Kakak fasih bahasa diorang, kan? Pandai-pandailah kakak jaga diri kat sana. Vick dapat tolong sampai sini je.

Tidak sanggup berjauhan daripada Cathrine, Melvick menangis tanpa rasa malu. Cathrine tersenyum sayu. Tubuh Melvick dipeluk erat. Belakang Melvick ditepuk-tepuk perlahan dengan penuh kasih.

Melvick: Kenapa semua ni harus berlaku pada kakak?
Cathrine: Dah nasib kakak, Vick. Dahlah tu, jangan nangis lagi. Kakak pun dah nak nangis semula tengok Vick macam ni.

Melvick meleraikan pelukan Cathrine dan mengesat air matanya.

Melvick: Sampai kat sana nanti terus call Vick tau.
Cathrine: Ya, Vick jangan risau. Kakak pandailah jaga diri.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
Finally :) Fate of Love Chapter 8 is out! Tak tahu masih ada yang nak baca atau tak, but i will keep updating everyday till last chapter memandangkan dh lama terbelangkai and musim MCO ni buatkn saya boring macam apa :") btw, saya update guna phone sebab RIP to my laptop, x dpt on dh huhu

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna