Chapter 8 : Mampu tersenyum kembali

Fate Of Love (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter
Cathrine : Jiyong... Jiyong : Ada apa?   Cathrine mengerling sekilas ke arah ajumeoni yang memberi isyarat sokongan kepadanya. Jiyong yang sedang membaca surat khabar disuakan air teh. Namun hulurannya tidak disambut.   Jiyong : Cakap jelah apa yang kau nak cakap. Cathrine : Kau tahu hanya kau seorang yang pernah memiliki aku, kan? Jiyong : Kenapa?   Wajah serius Jiyong membuatkan Cathrine gementar dan takut. Walaupun sudah sebulan dia tinggal sebilik dengan lelaki itu, rasa takutnya tetap ada. Cawan teh diletakkan di atas meja.   Cathrine : Aku nak maruah aku balik. Cuma kau yang dapat melakukannya. Jiyong : Maksud kau?   Kini, perhatian Jiyong sudah dialihkan kepada Cathrine. Surat khabar yang belum habis dibaca diletakkan ke tepi terus. Cathrine yang tidak mahu bertentang mata dengan Jiyong pantas menunduk ke lantai.   Cathrine : Milikilah aku secara sah, Jiyong. Kau faham maksud aku, kan? Jiyong : Maksud kau, kahwin? Cathrine : Yes. Dah aku jadi isteri kau nanti, kau buatlah apa yang kau nak kat aku, sebab aku dah tak kisah dah. Cuma satu yang aku minta. Jadikan aku isteri kau. Itu je. Aku takkan minta benda lain. Aku tak nak hidup bergelumang dengan maksiat. Jiyong : Kau ingat aku ni- Cathrine : Orang lain tak payah tahu. Hanya aku, kau dan ajumeoni je.   Jiyong terdiam, lama dia menatap wajah Cathrine dengan ekspresi yang sukar ditafsirkan. Cathrine tidak tahu hendak berkata apa atau apa yang perlu dibuat selain duduk menunggu jawapan balas daripada lelaki itu.   -----------------------------------------------------------   27 Januari 2014. Itulah tarikh yang menandakan berubahnya status rasmi Cathrine yang kini sudah sah bergelar isteri. Susah juga nak percaya yang Jiyong telah menerima rayuannya dan betul-betul menjadikn Cathrine sebagai miliknya yang sah dari segi undang-undang. Cathrine cukup gembira kerana maruahnya dapat ditebus kembali meskipun perkahwinannya hanya diketahui oleh dia, Jiyong dan ajumeoni seperti yang dirancangkan. Yang paling tidak disangka, Jiyong telah menyuruh Cathrine memakai gaun pengantin. Masih diingati alasannya.   Jiyong : Ini perkahwinan pertama aku. Takkanlah aku nak kahwin kat gereja pakai baju biasa? Meskipun hanya aku, kau dan ajumeoni je yang tahu, kau tetap isteri aku. Isteri Kwon Jiyong pakai seluar jean untuk kahwin? In your dreams.   Itulah kali pertama Cathrine menangis gembira kerana Jiyong. Tercapai juga hasratnya untuk kahwin di gereja dengan memakai gaun pengantin yang cantik. Di saat Jiyong mengucup lembut bibirnya setelah habis ikrar penyatuan dilafazkan, Cathrine bersumpah dengan dirinya sendiri bahawa di
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
Finally :) Fate of Love Chapter 8 is out! Tak tahu masih ada yang nak baca atau tak, but i will keep updating everyday till last chapter memandangkan dh lama terbelangkai and musim MCO ni buatkn saya boring macam apa :") btw, saya update guna phone sebab RIP to my laptop, x dpt on dh huhu

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna