8/8

That's Not a Dream
Please Subscribe to read the full chapter

Aku merenung ljoe yang sedang tidur di atas mejanya. Aku terkenangkan luahannya tempoh hari. Ljoe, aku minta maaf sangat-sangat. Hati aku masih lagi berpihak pada Daehyun. Tapi aku tahu semua tu tak kekal. Selepas markah ujian add math kelua dan aku gagal, aku akan lupakan dia buat selama-lamanya.  Perit!! Aku berharap cikgu add math tak masuk hari ni dan tak bagi keputusan sekarang. Kalaulah otak aku macam Ara....

"Korang,,  ada berita baik. Sangat baik. Aku baru balik dari bilik guru. Cikgu add math tak datang!!! Woohoo FREEDOM!!' suasana dalam kelas riuh selepas mendengar kata-kata Goo junhwe, antara budak paling pemalas selepas ljoe. Jantung aku berdegup kencang. Akhirnya, impian aku terkabul. 

"Minyoung, kenapa muka pucat semacam ni? Balik ni nak join kitorang tak pergi karoake. Dah lama rasanya kau tak join kitorang," ujar Jiae, rakan sekelas ku. "Tak kot. Lepas kelas aku kena tolong Miss Park dekat bilik guru. Lain kali ye. Aku pon dah lama jugak tak karok ni. Nak buat macam mana," aku memuncungkan bibir.

"Tak apalah. Aku dapat tahu cikgu add math kita tak ada sebulan. Dah nak exam akhir dia asyik skip kelas je. Kena belajar sendirilah lepas ni. Ah, lagi satu, minggu depan semua result dah keluar tau. Cikgu lekat kat papan kenyataan sekolah. Aku segan gila! Mesti semua pelajar tau markah teruk kita tu. Menyampah betul sistem sekolah kat sini," bebel jiae. Aku menelan air liur. Jadi daehyun pon akan tahu jugak lah. Oh tidak!! 

"Harap keputusan aku okaylah," kataku dengan lemah. Muka ku aku letak atas meja. Memang tak de harapan lah jawapnya. Goodbye my first love~~~

 

Aku mencari-cari namaku di papan kenyataan. Keputusan sudah pun dilekatkan. Jantung aku berdebar. Aku melihat sekeliling, tiada daehyun. Nasib baik!!! Aku rasa macam nak cabut je kertas tu. "Minyoungie!! Kau hebat. Serius aku bangga gila dengan kau. Tak sangka keputusan kau naik mendadak!!" Jerit ara lalu memelukku dengan erat. Kening ku naik. Apa yang dia ni merepek. "Kau tahu kau dapat rangking ke 30. Kau kalahkan ramai budak pandai tau! Kau tak tengok lagi ke?" Aku ternganga. Betul ke apa Ara cakap ni? Aku menolak Ara dan beberapa pelajar yang mengerumi papan kenyataan.

"Park... minyoung... 30? Add math... 50? Tipu...."

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Chapter 10: "Sila jatuh cinta dengan aku" lol ayat dia klise sgt
pikahbajet #2
Chapter 9: oohh......youngjae couple ngan ara .cehhh.....
pikahbajet #3
Chapter 8: omo.....sweetnyeee daehyun nihh....update soon...
pikahbajet #4
Chapter 7: ljoe nihh dan lagi dok buat lawak.....update soon...
Eunseo-ah #5
Update! Update! Update! Update! Update juseyo~~
mika_lou #6
Update soon.. jalan cerita die menarik...author jangan malas2 ≧﹏≦...
Fighting...♥