2/2
That's Not a DreamAir mataku tidak berhenti-henti mengalir. Pelukan patung beruang yang bernama Dolly aku peluk erat-erat. "Dolly.. kenapa Daehyun kasar macam tu sekali? Tak pernah Minyoung tengok dia macam tu. Kalau tak suka pon janganlah macam tu. Dolly, apa patut Minyoung buat? Hati ni terlalu suka padanya sampai Minyoung tak boleh langsung benci pada dia." Dolly ku cium. Park Minyoung! Kau tak boleh lemah macam ni. Tak boleh! Anggap je itu petanda yang baik. Aku mengelap air mata di pipi. Habis basah Dolly dek kerana air mata. Kesian dia.
Aku mengamuk pada Ricky yang melarikan pen kesayangan aku. L.joe sudah mula sedia untuk menyambut pen aku dari balingan Ricky.diorang ni kalau tak kacau hidup aku tak sah. "Ricky i warned you!! Bagi balik pen tu atau roti coklat kesukaan kau aku makan," ugut aku. Semoga Ricky terpedayalah..
Pen tersebut dibaling ke l.joe dan lelaki itu menyambut dengan cermat. " i don't care e e e e e. Lagipun aku boleh beli banyak lagi," Ricky menjelir lidahnya ke arahku. Aku mengejar l.joe yang sudah berlari ke luar kelas. Aku memaut l.joe dan menggeleteknya. dia ketawa kegelian. Padan muka! Akhirnya pen kesayangan aku tergolek dan berhenti pada sepasang kaki di hadapan kami.
"Tak malu ke peluk-peluk dekat sekolah? Macam tak ada moral." Suara siapa yang menegur kitorang. Macam kenal. Oh no! It's Jung Daehyun!! Aku melepaskan tangan dari leher L.joe. bibir ku gigit dan pandangan ku alih jauh ke lantai. Tidak berani langsung menatap wajah lelaki itu.
"Kenapa bro? Kau ada masalah ke? Kalau
Comments