Park Chanyeol

HateLuv You! My Precious Enemy
Please Subscribe to read the full chapter
 CHANYEOL POV   

     Aku parkir motor aku yang mahal gila ni dekat garaj. Ada dua buah kereta yang parking sebelah kanan motor aku ni. Sebuah warna maroon. Itu kepunyaan yoora. Aku sengih. Nampaknya yoora ada dekat rumah! Tunang dia bagi kereta tu sebagai hadiah. Sebuah lagi warna biru gelap. Itu kereta lama yoora. Kurang ajar betul. Mentang2 dapat kereta baru so kereta dia yang lama ni bagi aku. Nasib baik kereta ni still nampak mewah. Kalau tak memang aku humban kat besi buruk. 

Aku tengok pakcik shin si pembantu peribadi atuk tengah syok basuh kereta mewah hitam atuk sambil menyanyi. Wahh banyaknya kereta dekat rumah aku ni. Jeles tak? saja bangga. Jangan jadikan ikutan okay! hahah. Pakcik shin sapa aku. "selamat pulang chanyeol" aku bow sikit dan senyum je. 

Aku buka pintu rumah dan hmm...kosong. Mana semua orang? krik krik je. 

" HAHAHAHAHAH " ada suara beberapa manusia tengah gelak2 macam zombi dekat laman belakang rumah aku yang aku gelar 'garden'.

Tanpa buang masa, kaki aku laju melangkah ke garden. Dengan senang hatinya aku nak cakap yang dekat garden ni memang banyak pokok. Rajin betul penghuni2 rumah atuk aku ni berkebun. Nasib tak jadi hutan je. Aku boleh tumpang jadi tarzan. Ohoiiii~

"Eh? Chanyeol dah balik" atuk aku...Atuk Myeon! Atuk still hensem and nampak muda. Badan dia pun sasa lagi. Kurus dan sasa. Macam aku! muahahah. Eyy jangan jadi ert ye. Aku lempang kang sekor2 yang ert tu.

Selalunya yang byuntae tu fans aku dekat sekolah. Diorang tu memekak je. Pagi2 aku masuk sekolah dengan motor mahal aku tu mesti ada fans jerit. Menyemak je. Bukan tak bersyukur ada fans...just semak. Tak aman langsung. Mohon sentap. #akunakkeamanan. Huihui. Maklumlah susah jadi hot ni. 

"Papa!!!" Seorang budak lelaki berlari peluk kaki aku. 

"Heyy daehan!!! Papa rindu daehan! Daehan dah makan?" Aku dukung daehan dan peluk dia. Ni anak aku, daehan.

apa? Tak puas hati ke?! Daehan ni anak siapa? Woii anak aku lah! Tak percaya sudah! Siapa mummy daehan? Tak payah tanyalah! Sibuk je. Aku menyampah dengan perempuan tu. 

Park daehan. Umur 6 tahun.

"Dah!! Daehan makan nasi goreng! mummy yang masakkan tadi. Sedap~ tapi dah habis. Kesian papa tak dapat makan. Hahahah" amboi2 dia ni memang kesiankan aku ke nak perli aku ni? Lantaklah. Tak teringin pun nak makan nasi goreng masakan yeoja tu. Huhu. 

"Nevermind. Nanti papa makan maggie. Lagiii sedap!!" Atuk myeon hanya memerhatikan kami sambil tersenyum. 

"Aiyokkk papa! Mummy cakap makan maggie tak bagus untuk otak! mummy cakap papa suka makan maggie sebab tu lah papa selalu blur" aku senyum je. Kurang asam betul perempuan ni! Berani dia cakap aku blur?!

Aku letakkan daehan ke bawah. "Atuk, sihat?" Atuk myeon senyum dan angguk.

"Atuk kenapa ada dekat sini? Tak kerja ke?" atuk geleng. Chanyeol hanya tersenyum. Malas bertanya lebih lanjut. Biarlah atuk berehat sahaja di rumah kerana kebelakangan ni atuk seperti tidak sihat.

"Yoora mana? Ada kereta dia dekat luar" 

"Dalam bilik" jawab atuk. 

"Okeylah chanyeol naik atas dulu. Bye daehan" aku naik ke tingkat atas tempat terletaknya bilik aku.

 

Usai mandi...aku lompat atas katil aku yang gila empuk ni, buka aircond. Sliding door aku tutup supaya aircond tidak keluar. Sejuk beb! Uuuu syoknya lepas mandi dapat aircond. Best tidur ni. Kelebihan anak orang kaya. Okey aku tengah kawal lubang hidung ni. Jadilah macam aku. Ahaks! Jangan tiru aksi ini dalam kehidupan anda please. 

Aku duduk bersila atas katil dan pakai headphone and main playstation!! Aku main game kakak aku waktu dia kecil dulu iaitu powerpuff girls. Best lah juga.  Akak aku peminat setia powerpuff girls suatu ketika dahulu. Dulu Aku pernah sorok selipar gambar powerpuff girls tu dalam longkang. Kesian dia cari sampai meleleh hingus. Lepas tu yang paling tak gunanya dia pergi report dekat atuk. Habis aku kena marah. 

 

"A-aww adoiii2 sakit woiiii sakit!!!" rambut aku ditarik sekuat-kuatnya oleh seseorang. Tak lain tak bukan, kakak aku. Satu2nya perempuan yang aku sayang dalam hidup.

Baru je lepas flashback pasal dia zaman budak hingusan dulu. Tak sangka bila dah tua jadi gangster macam ni. Aku benci dia! Tapi dia lah yang selalu jaga aku. Love you kakak!

Minah ni tarik headphone yang ada dekat kepala aku yang genius ni. Aku tekan pause di playstation dan pandang kakak tak puas hati. 

"Ooo sakit? Hati aku ni lagi sakit!!" Dia tunjal kepala aku. Kurang ajar betul! Setakat ni, dia je yeoja yang berani buat macam ni dekat aku. Sebab tu lah aku sayang kakak! Yeoja lain semua gedik2 nak dekat dengan aku. Blahlah!

"Kau tu budak sekolah! Asyik main game je! Pergilah belajar!" Setiap hari minah ni membebel. Serabut betul.

"Aduh akak. Berapa juta kali yeol nak cakap? Sekolah dah nak habis. Aku pun dah nak graduate~" aku rampas balik headphone kesayangan then aku hadiahkan jelingan maut kepadanya.  

"Eyy kau niii. Turunlah bawah cepat. Makan. Aku ada beli makanan. Malas nak masak"

"malas nak masak konon. Macamlah aku tak tahu yang kau baru je masakkan nasi goreng untuk daehan kan?" 

"itu sejam yang lepas dik. Takkan dengan daehan pun nak jealous kottt" chanyeol mencebik. 

"Makanan apa kau beli? beli dekat restoran mana? Sedap tak?"

"Aku beli tepi jalan je" sebelum keluar sempat dia tunjal pipi aku. Yes i know i am super duper cutieee dongsaeng! minah ni berambus juga dari bilik aku yang suci ni. Hoho. Aku pasang kembali headphone dan butang play ditekan. Aku terus bermain game. Syok beb!

Ni kakak aku. Nama dia park yoora. Dia tua 5 tahun daripada aku. Kakak seorang doktor. Yoora ni baru je bertunang. Bila nak kahwin pun aku tak taulah! Harap2 cepatlah dia kahwin and berambus dari rumah ni. Pergi duduk jauh2 dengan suami dia. Setiap hari membebel je. Semak! Tunang dia jin hyung satu tempat kerja dengan yoora. So it's mean dia pun doktor juga. Dia handsome lah juga tapi handsome lagi aku. Hahah.

Tiba2 ada seseorang tarik headphone aku lagi sekali. Heish asal aku mesti tak perasan ada orang masuk bilik aku? And one more. Minah ni tak habis2 nak kacau jiwa raga aku. "Yoora! Kau ni kan-" 

"papa" terus aku tak jadi nak marah. Aku ingatkan yoora yang kacau. Rupanya anak aku yang comel2 gila macam aku ni~ aku tekan pause dan letakkan playstation ke tepi. 

"Ehh daehan. Waeyo?" daehan naik ke atas katil.  Aku peluk dan cubit perlahan pipi daehan. 

"papa, Atuk myeon ajak makan" aku angguk. Aku tutup playstation and semua suis yang aku pasang tadi. Kami turun ke bawah untuk menjamu selera. 

"Waaaa sup ayam! Oh yeah!" Aku duduk di hadapan pakcik shin. Pakcik shin sudah dianggap sebahagian daripada family aku. Daripada aku kecil, pakcik shin lah yang dah banyak membantu atuk myeon membesarkan aku dan kak yoora sehinggalah sekarang. 

Aku menunggu si yoora mencedokkan nasi dengan sabar sambil menopang dagu. Daehan pula sedang menonton tv di ruang tamu.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rabymisaki #1
Chapter 27: mmg mengamuk la si chanyeol tu sbb dh bpe kali pesan jgn contact si sehun tu... bila chanyeol marah dn tampar ckp diri dia tak berguna utk chanyeol...adoi pening2... please update cepat minn
rabymisaki #2
Chapter 9: cerita ni best... lain dr yg lain... good job minnn... update cepattttt
pikahbajet #3
Chapter 17: hahah lawak gilerrr.
nadiayeollie
#4
Chapter 28: Mula² baca macam sehun ni baik, tapi lama² rasa menyampah pulak dengan sehun ni
lyanaesyaz #5
Chapter 28: whatttt???..ape plkk sehun buat kat kg nii..aduhh..mcm menyemak pon ada..sorry fans sehun..ksian rmhtangga diorg..keep update authornim..tq sbb update
BaeBacon__L #6
Chapter 28: What the... oh my god!! Boleh hancur dunia kalau hari2 gini rupa. Serius la sehun kat kampung. Ya ampun
lyanaesyaz #7
Chapter 27: andwaee..chan ape yg awk buat nii..ksian taehyung..bru tau dia abg sa ra..tq sbb update authornim
lyanaesyaz #8
Chapter 26: ayokk sa ra chan merajuk..nii smua sehun punya psl..keep update authornim..tq sbb update
AQFXQX
#9
Chapter 26: sara pehal hidup titew edih angat
BaeBacon__L #10
Chapter 26: Mulut kau masin chanyeol. Tetiba hyemi jadi jahat. Hebatt betull.