Bangunlah

HateLuv You! My Precious Enemy
Please Subscribe to read the full chapter

Sa ra duduk di hadapan meja solek dan perhatikan wajahnya yang sugul. Langsung tiada senyuman. Teringat pesanan yoora di mesej pagi itu. 

'Sa ra, dah breakfast? Daehan okay? Pastikan mereka itu makan sarapan pagi. Jaga adik gila akak tu baik2 tau. Muah! ada masa nanti akak datang melawat. Take care!'

Sudah seminggu sa ra, chanyeol, dan daehan hidup tanpa kehadiran atuk dan yoora. Yoora sudah pun berpindah kerana ditukarkan hospital. Atuk pula…dah tinggalkan mereka...buat selama-lamanya. 

Daehan pula tak habis2 bertanya ke mana atuk pergi? Kenapa atuk tak balik rumah lagi? Cukuplah dia menangis kuat semasa yoora pindah dan semasa atuk meninggalkan mereka. Chanyeol semakin muram. Apa jua yang scazy boys lakukan cuba untuk naikkan semula semangat chanyeol langsung tidak membuahkan hasil. 

 

Pintu rumah dikuak dari luar. Gelap... Chanyeol menapak masuk ke dalam rumah sambil mendukung daehan yang sudah terlena bersama sisa2 air mata. Kaki diatur ke tingkat atas. 

Yoora dan sa ra menyusul dari belakang. Pakaian serba hitam sama seperti hati masing2 yang kelam dan penuh kesedihan. Kehilangan seorang yang sangat disayangi. 

 

Tok Tok Tok

Pintu bilik chanyeol dikuak. Dilihat adiknya sedang meniarap di atas katil. Bahu lelaki itu terenjut-enjut, menangis. Yoora mengeluh dan duduk di birai katil. Kepala chanyeol dibelainya lembut. Sa ra berdiri tercegat di pintu memerhati. 

"Adik... Janganlah menangis. Kita kena kuat. Lagipun kita dah jangka kan?" 

"Kau cakap senanglah! Cukuplah omma appa tinggalkan kita. Sekarang atuk tinggalkan kita juga! Aku tak nak rasa kehilangan buat kali kedua! Pleaselah akak!!" Chanyeol terus bangun dan menangis. Yoora terus memeluk adiknya. Belakang chanyeol diusap lembut. Sara menunduk. Walaupun lelaki itu nampak teguh tapi hati dia tetap ada lembut.

"Adik.. Jangan macam ni. Mati itu pasti. Cuma kita je yang tak tahu. Adik kena kuat. Janganlah menangis lagi" 

"Yang lepas biarlah. You are not alone. Kau ada scazy boys yang kau dah anggap macam adik beradik kau. Kau ada daehan yang ceriakan kau. Kau ada akak and kau juga ada sa ra, your wife yang boleh dengar segala luahan kau" chanyeol tak membalas dan hanya terus menangis dan menangis. Sa ra hanya mampu menahan tangisan. 

 

Sa ra mengeluh. Dikerlingnya jam di dinding lagi sekali. Alamak! Kaki gadis itu laju melangkah ke bilik chanyeol. 

Tok tok tok. 

"Awak?" tiada respon. Sa ra ketuk lagi sekali. Gadis itu sudah lali dengan chanyeol. Memang payah nak bangun. 

"Awak dah bangun ke?" Tiada respon. Sa ra ketuk lagi sekali lebih kuat sedikit daripada tadi. 

"Awak bangunlah cepat. Nanti lambat pergi kerja" ini tak boleh jadi kalau chanyeol tak bangun juga. Mahu kena berleter dengan pakcik shin sebab lambat masuk office. 

"Awak, saya masuk eh?" sa ra pulas tombol pintu bilik chanyeol perlahan-lahan. 

Gelap... 

Sa ra berjalan ke arah koridor dan menyelak langsir tebal itu membenarkan cahaya mentari masuk. Chanyeol masih berselubung dalam selimutnya.

"Awak bangunlah. Nanti lambat pergi office" sa ra menggerakkan tangan lelaki itu. Panas! sa ra menyentuh pula dahi chanyeol.

"Awak demam ke?! Alamak!" Sa ra terus berlari ke dapur. Dia kembali dengan membawa sebekas air dan sehelai tuala kecil. Tuala itu dibasahkan dan diletakkan di dahi chanyeol. Kemudian sa ra memaklumkan kepada pakcik shin bahawa chanyeol tidak dapat ke pejabat kerana demam.

"A-atuk.. Yeol rindu atuk..." chanyeol mengigau. 

Gadis itu hanya tersenyum. Dia tahu chanyeol terlalu rindukan atuk sampai tak nak makan dan akhirnya lemah dan jatuh sakit. 

Sa ra meletakkan kepala di sisi katil beralaskan lengannya sambil memandang chanyeol kasihan. 

…………….

 

"Ergh" chanyeol perlahan-lahan membuka matanya walaupun terasa berat. Kepalanya berdenyut-denyut. Dia gagahkan dirinya untuk bangun. Tiba2 ada sesuatu jatuh daripada kepalanya. Tuala kecil. Tuala kecil yang sudah kering.

Wajah sa ra menyapa matanya. Gadis itu sedang tidur. Chanyeol tersenyum. Dia membelai lembut kepala sa ra tanpa disedari. "Alamak! Kerja!" Chanyeol cuba bergerak turun dari katil. 

"Ahh sakitnya kepala" chanyeol memegang kepalanya. Dia menggerakkan lengan sa ra perlahan.

"Eh awak dah bangun? Awak okey?" Tanya sara risau walaupun dalam keadaan mamai. Erk dia tertidur ke?

"kepala aku sakit sangat..." Entah kenapa chanyeol rasa kepalanya semakin berdenyut sangat. 

"baring. Biar saya picitkan" chanyeol akur. Sa ra mula memicit kepala chanyeol. Chanyeol pejamkan matanya. "Daehan mana?" 

"Tidur. Saya tak kejut dia lagi"

"Hari ni aku ker-"

"Takpe. Saya dah cakap dekat pakcik shin awak tak masuk kerja hari ni. Awak rehatlah" Sa ra bangun dan ingin melangkah keluar tetapi cepat2 chanyeol raih tangannya. 

"Kenapa? Awak nak apa2 ke?" sa ra pandang chanyeol.

"Aku...lapar" chanyeol memegang perutnya. 

"ha'ahlah awak belum makan lagi. Tapi awak kena tunggu sekejap saya masak bubur. Nanti saya hantarkan susu untuk alas perut"

"Okey" sa ra senyum. 

 

"Awak?" Sa ra masuk dan letakkan dulang yang dipegangnya ke atas meja. Segera dia bantu chanyeol bangun dari perbaringan dan diletakkan bantal di belakang supaya selesa. Susu yang diberi tadi tinggal separuh. 

"Awa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rabymisaki #1
Chapter 27: mmg mengamuk la si chanyeol tu sbb dh bpe kali pesan jgn contact si sehun tu... bila chanyeol marah dn tampar ckp diri dia tak berguna utk chanyeol...adoi pening2... please update cepat minn
rabymisaki #2
Chapter 9: cerita ni best... lain dr yg lain... good job minnn... update cepattttt
pikahbajet #3
Chapter 17: hahah lawak gilerrr.
nadiayeollie
#4
Chapter 28: Mula² baca macam sehun ni baik, tapi lama² rasa menyampah pulak dengan sehun ni
lyanaesyaz #5
Chapter 28: whatttt???..ape plkk sehun buat kat kg nii..aduhh..mcm menyemak pon ada..sorry fans sehun..ksian rmhtangga diorg..keep update authornim..tq sbb update
BaeBacon__L #6
Chapter 28: What the... oh my god!! Boleh hancur dunia kalau hari2 gini rupa. Serius la sehun kat kampung. Ya ampun
lyanaesyaz #7
Chapter 27: andwaee..chan ape yg awk buat nii..ksian taehyung..bru tau dia abg sa ra..tq sbb update authornim
lyanaesyaz #8
Chapter 26: ayokk sa ra chan merajuk..nii smua sehun punya psl..keep update authornim..tq sbb update
AQFXQX
#9
Chapter 26: sara pehal hidup titew edih angat
BaeBacon__L #10
Chapter 26: Mulut kau masin chanyeol. Tetiba hyemi jadi jahat. Hebatt betull.