Family Meeting

HateLuv You! My Precious Enemy
Please Subscribe to read the full chapter

"Excuse me" Atuk Myeon masuk ke dalam bilik makan khas VIP yang ditempahnya bersama Chanyeol, Omma dan appa chanyeol, Yoora dan Daehan yang sudah tertidur. Kini, ada sebatang tongkat memberi sokongan kepada atuk.

"maaf ahjusshi lambat. Kenalkan ni satu2nya anak pakcik, minhee dan suaminya jihoon. Ini pula yoora dan chanyeollah. Takkan tak kenal pula kan? haha. Ini daehan...cucu pakcik" encik dan puan kim hanya tersenyum. Mereka bow pada encik dan puan park dan balas semula sambil tersenyum. 

"Annyeonghaseyo. Saya ahyoung, ibu sa ra dan Ini suami saya, minhyuk. Sa ra pergi toilet dan kami nak minta maaf sebab si abang tak dapat datang malam ni. Dia tidak sihat sikit" kata puan kim dan yang lain tersenyum tanda memahami.

tok! tok! tok! tersembul muka sa ra di sebalik pintu. Dia masuk dan bow pada tetamu selepas menutup kembali pintu itu. 

"maaf" ucap sa ra. Gadis itu terus duduk di hadapan...PARK CHANYEOL! oh my~

Tiada senyuman langsung yang menghiasi wajahnya pada malam itu. 

"sara pasti ke dengan keputusan yang sara buat ni?" bisik ayah risau pada telinga sa ra dan apa yang sa ra hanya mampu buat ialah angguk. 

ya~ mula2 ayah dan ibu tak benarkan sa ra berkahwin. Tetapi lepas sahaja diberitahu tentang penyakit atuk myeon, ayah mula membuat pertimbangan semula. Terkejut juga ayah apabila tau cucu atuk myeon ialah bakal menantu mereka.

"mesti semua lapar kan? kita bincang sambil makan. Jemput makan" dengan pelawaan atuk myeon, mereka pun mula makan. 

"erm...kim sa ra?" sa ra mengangkat muka apabila namanya dipanggil oleh puan park. 

"sa ra...cantik nama, cantik juga orangnya. Abang kamu pun mesti handsome kan?" tempelak puan park.

sa ra senyum. "kamsahabnida" 

"Ermm Sa ra dah lama kenal chanyeol? Sa ra betul2 suka chanyeol ke?" Puan park bertanya dengan penuh excited. Sa ra mula menjadi tidak keruan.

'Apa nak jawab ni?! takkanlah nak jawab 'OMG aku benci gila anak kau ni! memang taklah'  

Lama sa ra terdiam sebelum chanyeol mengambil tindakan menyepak perlahan kaki sa ra di bawah meja. Chanyeol membuat reaksi supaya sa ra angguk sahaja dan sa ra akur. 

Yoora di sebelah chanyeol yang perasan insiden itu segera mencubit paha chanyeol kuat sambil tersenyum perli. Chanyeol sedaya upaya menahan mulut dia daripada menjerit. Dia pegang tangan yoora kuat2 dengan harapan yoora lepaskan paha dia. Nasib baik yoora itu baik hati. Kalau tak, dah lama tercabut kulit! 

"so wedding nanti nak jemput siapa? Buat besar-besaran?" Tanya encik park. 

"mestilah buat besar-besaran. Anak ada dua orang je. Macam mana?" Kata puan park. 

"Kami tak kisah. Kami ikutkan aje" kata encik kim mewakili isterinya. 

"Boleh juga. Nanti saya jemput ahli2 perniagaan kita" kata encik park. 

"Nanti chanyeol dan sa ra boleh jemput kawan2 sekolah kamu dulu" cadang atuk myeon. Memandangkan mereka sudah menamatkan sesi persekolahan, mungkin mereka boleh mengadakan 'reunion' di samping majlis perkahwinan. 2 in 1 gitu. Namun, chanyeol dan sa ra hanya membisu.

"jadi, sa ra ini pilihan atuk myeon atau pilihan hati chanyeol sendiri?"

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rabymisaki #1
Chapter 27: mmg mengamuk la si chanyeol tu sbb dh bpe kali pesan jgn contact si sehun tu... bila chanyeol marah dn tampar ckp diri dia tak berguna utk chanyeol...adoi pening2... please update cepat minn
rabymisaki #2
Chapter 9: cerita ni best... lain dr yg lain... good job minnn... update cepattttt
pikahbajet #3
Chapter 17: hahah lawak gilerrr.
nadiayeollie
#4
Chapter 28: Mula² baca macam sehun ni baik, tapi lama² rasa menyampah pulak dengan sehun ni
lyanaesyaz #5
Chapter 28: whatttt???..ape plkk sehun buat kat kg nii..aduhh..mcm menyemak pon ada..sorry fans sehun..ksian rmhtangga diorg..keep update authornim..tq sbb update
BaeBacon__L #6
Chapter 28: What the... oh my god!! Boleh hancur dunia kalau hari2 gini rupa. Serius la sehun kat kampung. Ya ampun
lyanaesyaz #7
Chapter 27: andwaee..chan ape yg awk buat nii..ksian taehyung..bru tau dia abg sa ra..tq sbb update authornim
lyanaesyaz #8
Chapter 26: ayokk sa ra chan merajuk..nii smua sehun punya psl..keep update authornim..tq sbb update
AQFXQX
#9
Chapter 26: sara pehal hidup titew edih angat
BaeBacon__L #10
Chapter 26: Mulut kau masin chanyeol. Tetiba hyemi jadi jahat. Hebatt betull.