Be strong!

HateLuv You! My Precious Enemy
Please Subscribe to read the full chapter

Sehun ikut sa ra masuk ke dalam rumah sambil membawa barang2 yang dibeli di kedai tadi. Banyak betul!

"mama!!!" daehan berlari dan terus memeluk kaki sa ra. 

"hai daehan sayang. Bukan ke mama suruh daehan teman papa dalam bilik?"

"Bosanlah. Papa asyik tidur je. Baru nak main game dengan papa" kata daehan sedih.

"Kan mama cakap jangan ajak papa main game. Papa tak sihat" daehan tersengih. Sara berlalu ke dapur.

"Mama! siapa pakcik poyo ni?" Tanya daehan sambil melihat sehun yang acah handsome.

"Yo hai budak kecik" sehun mengeyit matanya pada daehan. 

"annyeonghaseyo" Daehan terus berlari ke tingkat atas dan sehun tergelak.

Sara mula menyusun barang2 di dalam kabinet dapur manakala sehun duduk di ruang makan. Tak reti balik ke?

Pada masa yang sama, chanyeol turun tangga dengan lemah ke dapur untuk menghilangkan rasa dahaga. Dia terpana melihat sehun sedang duduk selesa di dalam rumahnya. 

"Aku berharap sangat kau pergi kedai tadi bukan dengan dia ini. Tapi kau dah hancurkan harapan aku. Perempuan semuanya sama. Penipu! And then beraninya kau bawa masuk jantan ni dalam rumah aku?!"  

"A-awak janganlah salah faham. Sehun cuma tolong saya je. Dia tak bersalah pun" chanyeol pandang sa ra tajam. Masih nak pertahankan sehun?

"Dahlah cukup! Aku dah penat dengan kau! Kau selalu sangat bela dia ni walaupun kau tau siapa yang salah! Kalau betul kau nak lelaki ni sangat, cakap dengan aku awal2! Senang!" merah padam muka chanyeol.

"Bro, tak payahlah nak marah2. Kau demam bukan? Lek ah nanti bertambah naik suhu badan kau" kata sehun selamba. "Aku cuma tolong dia je. Salah ke? Aku tumpang duduk sekejap dekat kerusi rumah kau ni pun salah ke? Aku taulah dia ni isteri kau. Tak payah nak over sangat. Aku kenal sa ra ni lagi lama daripada kau lah!" sa ra memberi amaran keras kepada sehun melalui riak mukanya.

Chanyeol pandang sa ra. "Kau ada suami kan? Sesenang hati kau je bawa masuk jantan lain dalam rumah aku. Siapa bagi kebenaran? Siapa aku ni dalam hidup kau? Aku ni memang takde function eh dalam rumah ni?" Terkesima sa ra. 

"Awak, sebenarnya sehun ni to-"

"Aku tak nak dengar apa2 lagi! Kau memang tak reti nak terus terang dengan aku ke? Kau sehun tolong balik secepat mungkin. Pintu keluar dekat sana" chanyeol terus naik ke biliknya. Terbantut rasa dahaganya. 

"Beb aku balik dululah. Seram nak duduk lama2 kat sini. And one more aku malas nak dengar kau bebel. And again, sorry. Bye beb!" Terus sehun pecut keluar. Sehun ni eish! Sa ra tenangkan diri dan mula memasak.

 

Ting tong ting tong ting tong ting tong~

Siapa yang suka sangat main loceng rumah orang ni?! Sa ra berhenti memasak dan berlari ke arah skrin monitor. Ada segerombolan motosikal di depan pagar rumah agam itu. Sudah semestinya scazy boys. Segera sa ra menekan butang untuk membuka pagar automatik. Bunyi deruman ekzos motor memasuki perkarangan rumah. Sa ra membuka pintu. 

"Ayo kakak ipar!!! I miss you~" jimin matikan enjen dan berlari ke arah sa ra diikuti member lain. 

"Woi jantan! Berapa kali aku nak cakap yang dia ni isteri abang long! ISTERI!! faham bahasa tak?!" Baekhyun menunjal kepala jimin.

"Tak nak jemput kitorang masuk ke? Kitorang penat2 datang sini nak jenguk korang tau" kata jongdae acah2 terharu. "Masuklah"

"Chanyeol demam teruk sangat ke?" Sara mengangguk. Chanyeol mesti masih marahkan dia tentang sehun tadi. 

"Alahai. Dia tu mengada betul. Setakat demam itu apalah sangat. Selama ni bergaduh sampai patah tangan kaki semua lek je" gumam jongdae. Kisah silam jangan diungkit bro.

"Kakak ipar, kitorang minta izin naik atas sekejap ye. Nak tengok chanyeol" sara mengangguk dan kembali pada tugasannya di dapur. Sejak bila jadi sopan ini?

 

"Chanyeol?" Baekhyun mengintai di sebalik pintu dan dapati chanyeol sedang baring di atas katil sambil bermain ipadnya. Main game lah tu!

"Woi bertuah punya kawan! Kau tu demam rehat jelah! Ipad ni letak tepi" mereka semua menerjah masuk dan jongdae merampas ipad chanyeol. 

"Ohhh korang ke yang datang. Patutlah memekak je dekat bawah sampai atas boleh dengar. Apahal datang?" tanya chanyeol sedikit lemah.

"Eleh. Kau ni betul ke demam? Ke sekadar meraih kasih sayang wife? Ha?" Chanyeol meluat apabila nama isterinya dibangkitkan. 

"taehyung mana?" chanyeol cuba mengalih topik. "kerjalah" jongdae buat muka bosan.

"Awak, nah bubur. Saya dah panaskan. Tadi awak makan sikit je" kata sa ra yang tiba2 muncul

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rabymisaki #1
Chapter 27: mmg mengamuk la si chanyeol tu sbb dh bpe kali pesan jgn contact si sehun tu... bila chanyeol marah dn tampar ckp diri dia tak berguna utk chanyeol...adoi pening2... please update cepat minn
rabymisaki #2
Chapter 9: cerita ni best... lain dr yg lain... good job minnn... update cepattttt
pikahbajet #3
Chapter 17: hahah lawak gilerrr.
nadiayeollie
#4
Chapter 28: Mula² baca macam sehun ni baik, tapi lama² rasa menyampah pulak dengan sehun ni
lyanaesyaz #5
Chapter 28: whatttt???..ape plkk sehun buat kat kg nii..aduhh..mcm menyemak pon ada..sorry fans sehun..ksian rmhtangga diorg..keep update authornim..tq sbb update
BaeBacon__L #6
Chapter 28: What the... oh my god!! Boleh hancur dunia kalau hari2 gini rupa. Serius la sehun kat kampung. Ya ampun
lyanaesyaz #7
Chapter 27: andwaee..chan ape yg awk buat nii..ksian taehyung..bru tau dia abg sa ra..tq sbb update authornim
lyanaesyaz #8
Chapter 26: ayokk sa ra chan merajuk..nii smua sehun punya psl..keep update authornim..tq sbb update
AQFXQX
#9
Chapter 26: sara pehal hidup titew edih angat
BaeBacon__L #10
Chapter 26: Mulut kau masin chanyeol. Tetiba hyemi jadi jahat. Hebatt betull.