Werewolf & Class IX

The Night Class

“tak percaya? Aku boleh buktikan..,”

 

Tiba-tiba Sehun & Taehyung mendengar teriakan Jaejin dari luar kafe. Sehun bingkas bangun dari kerusinya, dia berlari keluar dari kafe bersama Taehyung sekali.

 

Sehun keluar dan dia ternampak Jaejin pengsan terbaring di tepi bangku kafe. “hyung!!!”teriaknya.

 

“jangan risau. Aku cuma bagi dia sedikit elektrik je,”jelas Kai yang menanggalkan sarung tangan magik. “beberapa jam lagi dia bangun lah nanti,”

 

“asal bagi dia elektrik ni??!”marah Sehun.

 

Taehyung memegang bahu Sehun. “aku yang suruh dia buat macam tu,”

 

“kenapa?!!”Sehun merenung tajam ke arah Taehyung.

 

Taehyung membuka butang baju Jaejin satu per satu. “aku nak buktikan yang aku ni tak tipu,”

 

“eh..?”Sehun ternampak ada bekas parut di dada Jaejin. “parut tu sama dengan luka yang hyung kena tikam hari tu. J-jadi....Jaejin...dia tu hyung..?”

 

“ya....,”jawab Taehyung. “nampaknya Jaejin pengsan buat beberapa jam. Jom bawa dia masuk kafe ni,”

 

“ok,”Kai segera mengendong Jaejin masuk ke dalam kafe.

 

2 jam kemudian....

 

“ARRGHHH!!!”teriak Jaejin yang baru tersedar dari pengsannya. “a-asal butang baju aku ni terbuka?!! S-siapa yang bukak ni?!!”

 

Kai, Taehyung dan Sehun baru memasuki bilik rehat pekerja yang ada di kafe ni. Jaejin pula marah dan tanya kenapa tiba-tiba dia blackout bila dia dekat luar kafe tadi.

 

“kau tak ingat ke..?”pura-pura Kai bertanya.

 

“t-tak...,”risau Jaejin menjawabnya kerana muka Kai kononnya kelihatan risau.

 

Taehyung menyampuk. “sebab....kau ada penyakit yang tidak boleh di ubati,”

 

“hah?!! a-aku nak mati ke..?”menggigil-gigil Jaejin bertanya.

 

Sehun pun turut menyampuk. “ya. sebab tu Taehyung hyung nak cakap dengan aku tadi,”

 

“warrghh!!!”teriak Jaejin kesedihan. “aku tak nak MATI!!!”

 

Sehun, Kai dan Taehyung mula ketawa terbahak-bahak. “AHAHAHAHAHAHAHAHA!!! KENA TIPU!!! WAHAHAHAHAHA~”

 

“t-tipu?!!” Jaejin segera memukul mereka bertiga menggunakan bantal hiasan yang ada disana. “korang ni suka kenakan aku!! Aku ingat aku nak mati tadi!!”

 

“AHAHAHAHA!!!”

 

Pada pukul 11.50 tengahmalam,

 

Di depan pintu pagar, Sehun menunggu kedatangan Jaejin. Dia begitu gembira dan tak sabar berjumpa dengannya. Ya, jumpa dengan hyung kesayangannya. Dari jauh dia nampak Jaejin berjalan bersama Taehyung.

 

“Jaejin!!”lambai Sehun di tepi pagar sekolah. “cepat!! Dah lambat ni!”

 

Jaejin pula terus memandang Taehyung. “hyung, Jaejin nak pergi sekolah dulu. Bye~”lambainya sambil berlari mendekati Sehun.

 

“bye!!”lambai Taehyung sehingga Jaejin dan Sehun hilang dari pandangannya. Desis hatinya, “adik dan abang. Takdir mereka untuk bersama semula dan....bunuh Black Haze tak lama lagi,”

 

Taehyung menghilang sekelip mata di tepi pagar sekolah tanpa disedari pelajar yang lain.

 

Disebuah hutan yang lebat.

 

“lari!!! Cepat larii!!!”teriak Suho yang berlari secepat mungkin bersama Kai.

 

Rupanya mereka dikejar oleh sekumpulan serigala lebih tepat, werewolf.

 

“Suho!! Kau lari dulu!! Biar aku yang uruskan werewolf ni!!!”Kai memberhentikan kakinya yang penat berlari.

 

“A-APA?!! Mana boleh!! takkan aku seorang je!!”Suho juga memberhentikan lariannya tadi. “cepatlah!! Tak ada masa lagi!! Aku tak nak kau mati!!”Suho menarik tangan Kai.

 

Kai pun terpaksa berlari bersama Suho. Mereka perlu melaporkan kepada Taehyung sebab werewolf dihutan ingin membunuh mereka berdua, Taehyung dan termasuklah Jaejin dan Sehun.

 

“Kai!! Kau pergi Cheonsoo Highschool. Aku pergi rumah Taehyung!! Kita dah tak ada masa lagi!! Cepat!!!”Suho pergi ke arah kanan manakala Kai pergi ke arah kiri.

 

“hati-hati!!”nasihat Kai sebelum pergi ke Cheonsoo Highschool.

 

Didalam kelas IX, pelajar disana belum lagi tahu identiti sebenar Jaejin kecuali Sehun. Semua menjadi hairan dengan keakraban Sehun dengan Jaejin. Mereka tertawa dan berkongsi cerita, ini membuatkan Baekhyun geram dengan Jaejin. Kerja si Chanyeol pula, cuba menenangkan Baekhyun.

 

“relax bro. Kau dah kenapa? Dia bukan buat salah pun,”jelas Chanyeol sambil mengurut kedua-dua bahu Baekhyun.

 

“kau pulak dah kenapa? Urut bahu aku tiba-tiba ni?!”jeling Baekhyun. Dia berkata lagi, “geram aku tengok si Jaejin tu,”

 

“kau geram dengan dia ni asal? Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kau benci dekat dia...,”

 

“sebab dia asyik berkelakuan seperti Hongki! Dia ingat dia boleh gantikan tempat Hongki ke?!”

 

“aish...susah betul nak layan kau ni,”

 

Tidak berapa lama kemudian, Chanyeol dan Baekhyun terperanjat. Mereka dapat rasakan sesuatu yang besar dan ada seorang lelaki berlari ke arah kelas mereka.

 

“semua!!! Keluar dari kel—“belum sempat Chanyeol menjerit, Kai merempuh masuk ke kelas IX dengan 6 ekor werewolf.

 

“werewolf?!!”Baekhyun mendapati kelakuan werewolf pelik.

 

Yoojung terus menjerit tiba-tiba. “werewolf tu kena sihir gelap!!! Ada seseorang yang menyihir semua werewolf ni. aku dapat rasakan kuasa sihir kuat!! Werewolf ni mungkin akan serang salah seorang dari kita!!”

 

“a-apa??!”Baekhyun dan Chanyeol terkejut. Siapa yang menyihir werewolf....iaitu kaum diorang sendiri.

 

“Sehun!! Jaejin!! Cepat lar—“Kai ditendang oleh seekor werewolf dibelakangnya. “WARRGHH!!”

 

“hyung!!”Jaejin cuba berlari selamatkan Kai yang telah pengsan tapi dia ditahan Sehun. “Sehun!! A-aku nak selamatkan Kai hyung!!!”

 

“tak boleh!! Bahaya kalau kau pergi sana!!”larang Sehun, dia tak nak Jaejin terluka. “biar aku dan yang lain uruskannya,”

 

Yoojung, Domo dan Min ah segera keluar dari kelas untuk meminta pertolongan daripada cikgu. Soohyun, Baekhyun, Chanyeol, Sehun dan Jaejin berada di dalam Kelas IX. 6 ekor werewolf berlawan dengan 4 orang pelajar IX.

 

“kenapa benda ni boleh terjadi.....,”Jaejin kelihatan ketakutan dengan perlawanan yang akan berlaku di depan mata.

 

Soohyun dan Chanyeol berganding untuk berlawan tiga ekor werewolf berwarna hitam manakala Sehun dan Baekhyun berganding untuk berlawan dengan tiga ekor werewolf berwarna coklat.

 

Baekhyun memegang tangan Sehun lalu Sehun menghayunkan Baekhyun ke arah werewolf coklat. Hanya seekor terkena dan jatuh ke lantai. Baekhyun segera melepaskan tangan Sehun lalu menendang seekor lagi werewolf coklat dan Sehun segera menumbuk seekor lagi werewolf coklat sehingga werewolf itu tercampak keluar dari tingakp kelas. Ok, seekor dah diselesaikan.

 

“jaga-jaga!!”teriak Sehun yang menyedari seekor werewolf yang ditendang Baekhyun itu mula menyerang Baekhyun dari belakang.

 

“huh?!!!”Baekhyun memalingkan wajahnya kebelakang. Terkejut. Jaejin cuba menghalang werewolf tu mencakar Baekhyun. “k-kau?!”

 

“WARGHH!!”cakaran werewolf coklat itu terkena dada Jaejin. Dia terjatuh ke lantai sambil mengerang kesakitan. “uuuarghh....! erghhh...haa...huuuff....haaahh...,”tercungap-cungap Jaejin, dadanya mengalir terlalu banyak darah.

 

Sehun terkejut, dia segera menendang werewolf di hadapan Jaejin. “tak guna!!!!”teriaknya.

 

Tendangannya membuatkan werewolf coklat itu berdarah dikepalanya. Baekhyun tercegat. Tak sangka Jaejin, manusia biasa ni menyelamatkan dia, iaitu werewolf yang membenci dirinya. Belum sempat Sehun datang ke sisi Jaejin, dia dipukul oleh werewolf hitam. Dia tercampak ke dinding kelas.

 

“arghh!!”nilah kali pertama badan Sehun betul-betul dihentakkan begitu kuat di dinding. “sakitnya!!! Apa yang korang buat ni?! asal aku kena pukul dengan werewolf hitam ni?!! bukan ke korang yang patut belasah werewolf ni?!!”Sehun memarahi Soohyun dan juga Chanyeol.

 

“s-sorry!! Kitorang busy berlawan dengan werewolf yang lain!!”jerit Soohyun yang sedang berlawan dengan seekor werewolf dari tadi begitu juga dengan Chanyeol.

 

“k-kuat betul werewolf hitam ni!!”rungut Chanyeol, badannya habis berlumuran darahnya dengan darah werewolf itu. “dah lah baju sekolah Cheonsoo Highschool ni mahal! Habislah aku kena beli lagi!!!”

 

“kau ni rungut nanti-nanti jelah!! Kita semua sibuk uruskan werewolf ni juga!! asal budak perempuan ni lambat sangat panggil cikgu ni??!!”Soohyun masih mengelak serangan werewolf sambil berbual (bertengkar) dengan Chanyeol.

 

Baekhyun pula segera membuka baju sekolahnya, dia cuba meletakkannya di atas dada Jaejin yang makin banyak keluar darah. Dia pun menekan perlahan-lahan kain baju sekolahnya di dada Jaejin yang semakin mengerang kesakitan.

 

“bertahan!! A-aku akan cuba berhentikan pendarahan kau!!”Baekhyun kelihatan risau dan perasaanya mula berubah cemas apabila dia tersedar seekor werewolf coklat baru tersedar dari pengsannya dan sedang mendekati mereka. “arghh!!!!”teriaknya kerana dia dan Jaejin tidak sempat melarikan diri.

 

KEDEBUK! BAK! BUSH! BUSH!!

 

Werewolf yang ingin menyerang mereka berdua itu mula rebah jatuh ke lantai. Baekhyun membuka matanya. Ingatkan dia dan Jaejin terima pukulan dari werewolf tetapi tiba-tiba werewolf ni kena belasah teruk. Dia baru tersedar Jaejin tiada di atas lantai.

 

“lembap! Tu pun kau tak boleh pukul makhluk ni ke??”tanya Jaejin, kini matanya berwarna merah sama seperti mata Hongki dulu. “kau ok tak? dari tadi tercegat lepas tu tercengan tak habis-habis!!”dada Jaejin masih berlumuran darah.

 

“J-Jaejin..kau ok? luka kau tu—k-kejap! k-kenapa mata kau merah? Kau kan manusia??”Baekhyun tergagap-gagap melihat Jaejin begitu kuat mengalahkan werewolf itu walaupun cederanya teruk.

 

Dia hairan dengan reaksi Baekhyun. “siapa Jaejin?! Aku Hongki lah!! Kau dah kenapa??!!!”marah Jaejin, kini, wajahnya mula berubah menjadi Hongki. “yahh!! Baekhyun! Asal tercegat ni??! cepat tolong aku kalahkan werewolf ni!!!”

 

Soohyun, Chanyeol dan Baekhyun terkejut dengan mulut terlopong, kini mereka mendapati Jaejin berubah menjadi Hongki manakala Sehun tersenyum gembira melihat abangnya dah kembali.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')