Protect

The Night Class

 

“k-kau?!!”Sehun tak dapat nak bergerak. Apa yang lembaga ni nak dari dia.

 

“darah kau....aku nak bunuh kau!!”Black Haze ingin menerkan Sehun.

 

Sehun terkejut. Black Haze semakin menghampirinya. “aahhhh!!!”teriak Sehun lalu dia ditolak oleh Hongki dan Baekhyun.

 

“cepat lari!!!!”Baekhyun segera menarik tangan Sehun. Meninggalkan Hongki bersama Black Haze.

 

Hongki berhadapan dengan Black Haze. Dia langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

 

“apa kau nak buat, vampire??”Black Haze mula mengeluarkan asap hitamnya lebih banyak.

 

Hongki menutup hidungnya. “kau tak boleh bunuh Sehun”

 

“kau bergurau ke?”kata Black Haze lalu dia semakin menghampiri Hongki. Nafasnya dihembus ke muka Hongki dengan perlahan. “kau tak takut mati??”

 

“tak. Sekali pun aku tak takut. Aku rela mati daripada kau bunuh dia..”Hongki menutup matanya erat. Dia perlu pertahankan Sehun.

 

“hmp. Kau memang ‘dark knight’ disisi Sehun. Ok....aku lepaskan dia.”Black Haze berundur dari Hongki. Sebelum dia menghilang, dia memberi kata-kata terakhir pada Hongki. “tapi ingat, aku pastikan aku dapat bunuh Sehun dan kau sekali!”

 

Black haze telah pun pergi. Kaki Hongki mula menggeletar hingga dia terduduk di atas rumput. Jantungnya berdegup kencang. Wajahnya pucat dan berpeluh-peluh.

 

“Black Haze.....kau tak boleh bunuh dia....”bisik hati Hongki.

 

XXXXX

 

Baekhyun menarik Sehun sampai dihadapan pintu depan dewan sekolah. Mereka berhenti berlari. Nafas mereka turun naik dengan cepat. Namun mereka kembali rasa risau pasal Hongki.

 

“Baekhyun!! Kita kena selamatkan Hongki!!!”Sehun nak berlari ke sana semula tapi ditahan oleh Baekhyun.

 

“tak boleh!”halang Baekhyun. “keselamatan kau lebih penting!!”

 

“apa?!! Takkanlah kau nak biarkan Hongki kena bunuh dengan Black Haze tu!!”Sehun tak boleh biarkan Hongki dalam bahaya.

 

Tiba-tiba Baekhyun nampak Hongki berjalan ke arahnya dan sehun.

 

“aku ok je. Black Haze tu dah pergi...”muka Hongki masih pucat semacam. Badannya berpeluh-peluh. Cara dia berjalan begitu perlahan dan lemah.

 

Baekhyun mengeluh. “hmm....macam tu. asal kan kau ok je.”dia menepuk bahu Hongki dengan lembut.

 

Hongki memandang Sehun pula. Dia berasa lega, Sehun selamat.

 

“Hongki!! Kau ok???”Sehun memeriksa seluruh badan Hongki. Dari atas sampai tapak kasutnya.

 

Hongki memegang tangan Sehun dengan kuat. “aku ok. tak perlu nak risau sangat, kalau kau ok...aku pergi dulu...”Hongki melepaskan tangan Sehun dengan kasar. Lalu pergi meninggalkannya.

 

“Hongki....”Sehun terkejut dengan kelakuan Hongki yang begitu serius. Hongki yang dia kenal adalah seorang yang kelakar dan lembap tapi kenapa sekarang ni dia buat macam tu?

 

Ayah Sehun segera keluar dari pintu dewan sekolah dengan semua guru dan pelajar.

 

“Sehun??!! Kau ok? ada cedera mana-mana tak??”ayah Sehun begitu risau padanya.

 

“t-tak.....”Sehun tersenyum pahit. Memandang ayahnya dengan tenungan mata yang begitu lemah. “Sehun penat....”ucapnya.

 

“ok...kita balik sekarang...”ayah Sehun memeluk erat Sehun. Dia takut kehilangan Sehun.

 

XXX

 

Jungkook dan Luhan hanya melihat keadaan yang tegang sekarang ni.

 

“nampaknya..tiba masanya kita bertindak...Luhan”kata Jungkook lalu mengeluarkan satu rantai kristal.

 

Luhan tersenyum sinis. “ya....tiba masanya kita petik ‘bunga’ yang mula layu ni...”Luhan hanya memandang Baekhyun dan Sehun yang berada dalam pelukan ayahnya.

 

XXXXX

 

Keesokkan malamnya

 

Di dalam kelas IX

 

Chanyeol dan Yoo Jung sibuk duduk dekat dengan Sehun. Mereka agak risau dengan keadaan Sehun selepas kejadian semalam.

 

“Sehun...kau ok? kau tak luka ke??”Chanyeol risau akan Sehun.

 

“aku ok!”Sehun menghempas tangannya kuat ke atas mejanya.. “kenapa korang risau kan aku??!! cepat cakap!”

 

Yoo Jung dan Chanyeol terdiam. Tiba-tiba Sehun nampak marah. Soalan diberi Sehun membuatkan mereka terdiam dan tak tahu nak cakap apa lagi.

 

“Sehun.....bertenang”Baekhyun menepuk kedua bahu Sehu dari belakang. “kalau kau nak jawapan...tanya ayah kau”

 

“betul apa yang Baekhyun cakap. Lepaskan perasaan marah kau tu. kau tak dapat buat apa-apa pasal benda yang telah berlaku...”Soo hyun mencelah. Dia memandang Hongki yang duduk dimeja sambil makan biskut halia.

 

Hongki tersedar semua rakan kelasnya memandangnya. “apa??”kata Hongki.

 

“apa yang kau dengar dari Black Haze?”soal Chanyeol.

 

“tak ada apa....”Hongki segera keluar dari kelas IX.

 

Yoo Jung dapat agak Hongki ada sorok sesuatu penting. Mungkin rahsia Black Haze dan juga Sehun.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')