2 stranger (Re-new)

The Night Class

Semua pelajar kelas IX termasuklah Cikgu Hang Tuah berada di tapak perkuburan Alfons. Mereka akan mengucapkan selamat tinggal untuk Hongki selamanya. Ini mimpi buruk bagi mereka semua. Tak. Ini mimpi paling buruk bagi Sehun. Baru mengetahui tentang identiti hongki sebagai abangnya, tapi abangnya telah meninggalkannya.

 

Keranda Hongki mula memasuki lubang tanah. Perlahan-lahan cangkul yang dipegang oleh orang penggali kubur itu mula menimbuskan keranda Hongki dengan tanah. ‘Hongki’ mula pergi buat selama-lamanya.

 

Hari kelihatan cerah. Tapi....setitik air mungkin air hujan membasahi pipi Sehun. 'Hongki nangis ke?' itulah yang Sehun fikir. Dia memandang ke langit yang cerah. Pengetua Oh menepuk bahu anaknya yang merenung ke arah langit.

 

“jom balik....,”kata Pengetua Oh sambil tersenyum lemah.

 

Sehun membalas senyuman pada ayahnya. “tak. Sehun nak duduk kejap dekat sini,”

 

“appa faham,”Pengetua Oh mengangguk faham. “kalau macam tu, appa tunggu dekat dalam kereta,”Pengetua Oh pergi meninggalkan Sehun dan juga pelajar kelas IX yang lain.

 

Sehun dengan yang lain mula bersila dibawah pokok yang besar dan lagi rendang. Semua kelihatan sedih dengan kematian Hongki. Baekhyun pula tidak senang dengan kawan-kawannya yang terlalu beremosi sekarang ni. Nampaknya dia perlu buat sesuatu.

 

“korang nak tahu tak pasal sesuatu?”Baekhyun memandang pokok yang rendang.

 

Semua memandang Baekhyun. Tertanya-tanya apa yang ingin Baekhyun sampaikan.

 

Baekhyun memejam matanya, cuba mengimbas masa lampaunya. “ni juga tempat dimana Sehun mati dan dikuburkan disini,”

 

Semua pelajar IX dan juga Cikgu Hang Tuah baru sahaja mengetahui tentang Sehun yang dihidupkan semula selepas 300 tahun 2 hari yang lepas. Tapi Baekhyun lebih mengenali Hongki lebih 300 tahun. Mereka berdua amat rapat bagaikan isi dengan kuku.

 

“nak dengar tak cerita macam mana Sehun dihidupkan semula?”soal Baekhyun.

 

“eh..?”mereka semua terkejut.

 

300 tahun yang lepas,

 

Hongki dengan berpakaian kot hitam sedang memegang cangkul ditangannya. Baekhyun pula rasa ia sebuah perbuatan yang salah. Dia tak boleh biarkan Hongki menggali kubur Sehun ang baru dikebumikan. Dia cuba hentikan Hongki tapi dia tahu Hongki tetap melakukannya.

 

“Hongki!”teriak Baekhyun yang cuba menghentikannya.

 

Hongki masih menatap dihadapan kubur Sehun buat seketika. “aku kena buat. Kalau tak, ‘dia’ takkan tolong aku dengan Sehun,”

 

“huh? ‘d-dia’..? siapa yang kau cakapkan ni?!”

 

“seseorang yang akan jemput aku bila tiba masanya,”kata Hongki dengan senyuman yang tersirat. “dia akan tolong aku, Baekhyun,”

 

“aku tak fahamlah!!”Baekhyun kelihatan risau dengan kata-kata pelik dari Hongki. “tolong hentikannya Hongki!! Sehun dah mati!!!”teriaknya.

 

“kau ingat aku nak biarkan adik aku mati macam tu je..?”Hongki mula menggali kubur Sehun. “aku bukan nak hidupkan adik aku sebab peribadi. Kalau aku tak hidupkan dia, Black Haze akan ambil tubuh dia....dan sekali lagi dia hidup sebagai Sehun...Jahat. kau faham tak..?!”

 

Baekhyun yang tidak tahu apa yang Hongki lakukan sekarang ni, kini, dia baru tahu disebalik niat Hongki untuk menghidupkan Sehun. Dia tak nak lihat Black Haze merasuk Sehun dan menjadi Sehun yang jahat dan gila tu. Pasti amat memeritkan bagi Hongki sebagai abangnya. Dia juga turut menolong Hongki menggali kubur.

 

“thanks...,”ucap Hongki.

 

“most welcome,”Baekhyun tersenyum gembira dapat membantu Hongki.

 

Selepas selesai menggali kubur Sehun, keranda Sehun kelihatan di dalam lubang kubur. Hongki membuka pintu keranda lalu melihat sekujur tubuh badan Sehun yang pucat. Mata Hongki hampir menitiskan air matanya.

 

“hyung...minta maaf...,”Hongki segera membawa Sehun keluar dari keranda. “Baekhyun, kau baliklah rumah. Aku nak jumpa ‘dia’,”kata Hongki.

 

“a-aku nak ikut!”jawab Baekhyun.

 

Hongki menggelengkan kepalanya. “aku rasa kau tak patut ikut. Hanya aku, Sehun dan si dia je yang akan berurusan nanti. Aku tak nak kau terlibat sekali,”

 

Baekhyun berkeras juga ingin mengikuti Hongki. Sekelip mata sahaja, Hongki menghembuskan serbuk berwarna silver ke arah muka Baekhyun. Serbuk silver ni membolehkan seseorang pengsan untuk beberapa jam. Baekhyun jatuh pengsan selepas tu.

 

“maaf Baekhyun, aku tak nak kau tahu identiti ‘dia’ sebab ia mungkin membawa masalah pada masa akan datang,”Hongki segera berlari sambil Sehun masuk ke dalam hutan.

 

End flsahback

 

“macam tu ceritanya,”jelas Baekhyun.

 

“agaknya siapa si ‘dia’ ni..?”fikir Soo hyun sambil merenung kubur Hongki.

 

Yoo jung memandang semua orang. “mungkin si ‘dia’ tu ahli sihir....,”

 

“ahli sihir? Betul ke?”tanya Domo pula.

 

“semestinya. Setahu aku, cara untuk menghidupkan seseorang memang memerlukan kuasa sihir yang kuat,”jelas Yoo jung.

 

“kalau macam tu, apa kata kita semua siasat hal ni?”cadang Chanyeol pula.

 

“boleh jugak. Cikgu setuju dengan kamu,”Cikgu Hang Tuah memegang bahu Chanyeol.

 

Yang lain pun turut setuju. Selepas selesai berbincang, mereka semua beredar dari tapak perkuburan Alfons. Sebelum pergi, Sehun berhenti kejap di kubur Hongki.

 

“hyung, Sehun berterima kasih sangat dekat hyung sebab hyung selalu buat Sehun tersenyum,”Sehun menarik nafas lagi. “kali ni...Sehun nak hyung tersenyum pulak,” Dia pun segera pergi meninggalkan kubur Hongki lalu menuju ke tempat letak kereta.

 

Kesunyian di perkuburan Alfons kembali bising bila kedatangan 2 orang lelaki yang saling bertengkar.

 

“apa kau buat ni?! tak boleh!!”teriak Kai bila Suho ‘meminta’ atau lebih tepat Suho ingin ‘merampas’ gambar perempuan yang dia minat dalam kocek seluarnya. “aku tak nak bagi dekat kau lah!!”

 

“ish! nak tengok pun tak boleh!!”marah Suho lalu dia mengeluarkan cangkul dari beg yang dia bawa. “aku malas dengan kau. Lebih baik aku gali kubur Hongki ni!!”

 

“yup. kita kena simpan Hongki sebelum ada orang ambil jasad dia ni,”jelas Kai yang turut menolong Suho menggali kubur Hongki.

 

“hmm...Kai, kenapa si ‘dia’ tu betul-betul nak kan jasad Hongki ni? aku rasa si ‘dia’ dan Hongki ni tak ada apa-apa pun,”luah Suho sambil menarik jasad Hongki keluar dari kerandanya.

 

“entah. Mungkin dia nak sesuatu dari jasad Hongki tak?”fikir Kai lalu dia tersenyum yang memberi ‘makna’. “mungkin...Hongki ni kawan si ‘dia’ tak?”

 

“rasanya, sebab aku pernah dengan si ‘dia’ tu cakap pasal Hongki bawa adik dia jumpa si ‘dia’ tu dan si ‘dia’ cakap dia pernah keluar dengan Hongki beberapa kali. mungkin betul apa yang kau cakap tu,”kata Suho selepas dia dan Kai berjaya membawa jasad Hongki keluar dari lubang kuburnya.

 

“jom pergi,”kata Kai pada Suho.

 

Di Cheonsoo Highschool,

 

Keesokan harinya, terdapat berita tergempar di Cheonsoo Highschool tentang kehilangan jasad Hongki secara misteri. Sehun sepertinya tidak tentu arah kerana dia takut kalau Black Haze yang mencuri jasad Hongki atau melakukan sesuatu buruk pada jasad Hongki nanti. Begitu juga dengan pelajar di kelas IX. Tapi Baekhyun tidak kelihatan risau, cuma dia rasa tak mungkin Black Haze yang ambil jasad Hongki tapi orang lain.

 

Di dalam bilik kurungan, tangan dan kaki Jungkook diikat menggunakan tali magik. Rupanya Pasukan Elit sempat menangkap Jungkook yang tercampak keluar dari bilik ketua pengawas semasa hari kejadian. Sepertinya Jungkook di pukul teruk sambil disoal oleh Pengetua Oh.

 

“cepat bagi tahu aku! mana Black Haze?!”teriak Pengetua Oh.

 

Jungkook hanya tersenyum lemah. “entah. Aku....malas nak jawab...,”

 

Sekali lagi Jungkook dipukul teruk dengan pengawal Elit. Pengetua Oh menyuruh pengawal Elit berhenti memukul Jungkook. Dia nak menyoal sekali lagi.

 

“bagi tahu aku dekat mana Black Haze dengan Luhan! Aku bagi kau satu peluang. Kalau kau bagi tahu aku, aku akan lepaskan kau,”terus-terang Pengetua Oh, dia betul-betul risau kerana Black Haze ‘mungkin’ ambil jasad Hongki.

 

“aku tak tahu!!”jelas Jungkook. Dia berkeras untuk tidak memberitahu keberadaan Black Haze. Tapi dia juga.....takut dipukul.

 

Kemudian, Pengetua Oh memberi arahan pada Pengawal Elit untuk memukul Jungkook sehingga dia ‘mati’. Dia betul-betul geram dengan Jungkook. Adakah Jungkook akan ‘bersuara’?

 

“t-tak!!!”teriak Jungkook. “a-aku tahu dekat mana Black Haze....aku tahu....,”

 

Pengetua Oh tersenyum senang.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')