Party Night 2

The Night Class

Suasana yang dipenuhi muzik yang harmoni. Ramai pelajar sibuk berbual hal mereka di majlis rasmi ini. Cikgu pun belum sampai. Sehun duduk di atas kerusi yang telah disediakan.

 

“lama lagi ke??”tanya Sehun pada Baekhyun.

 

“ya...semua cikgu sibuk buat persediaan majlis ni”jawab Baekhyun.

 

“tak perlu nak serius sangat!! Kita makan je dulu!!”Hong ki makan satu per satu timbunan strawberry cupcake diatas meja yang menyediakan pelbagai jenis makanan.

 

“kau ni fikir makan je..”keluh Yoo jung sambil menghirup jus oren yang baru dia dapat dari pelayan.

 

“wooaah!! Ada takoyaki!!”Soo hyun amat menyukai makanan jepun.

 

“ni sorang lagi yang suka makan!!”sindir Chanyeol.

 

“salah ke aku makan??”tanya Soo hyun yang memegang batang kayu kecil untuk mencucuk bebola takoyaki yang banyak dipinggannya.

 

“tak salah..tapi jaga kelakuan bila majlis rasmi dijalankan..”terus-terang Baekhyun. “nampaknya majlis dah mula..”

 

“dah mula??”Sehun mengangkat kening kerana hairan.

 

“tu! Pengetua sekolah dan semua cikgu dah masuk ke dewan!”Chanyeol menuding jarinya ke arah Pengetua dan Cikgu.

 

“eaahh??!!”Sehun terperanjat melihat pengetua sekolah ini ialah bapanya. “a-ayah?!”

 

“huh? Ayah kau? Apa yang kau merepek ni??”Min ah menganggap Sehun sedang bergurau.

 

“tak! I-itu ayah akulah!!!”Sehun hampir nak pengsan melihat ayahnya merupakan Pengetua sekolah Cheonsoo. Selama ni ayahnya tidak memberitahunya.

 

Nampaknya semua pelajar IX tidak mempercayai Sehun. Tapi Sehun tidak ambil kisah tentangnya lagi tetapi dia tetap sahaja terkejut melihat ayahnya sendiri merupakan Pengetua sekolah Cheonsoo.

 

“Sehun!! Kau ok tak??”tanya Domo kerana risau sangat.

 

Sehun menggelengkan kepalanya. Dia cuba berdiri dengan tegak dan memandang ayahnya berjalan menuju ke pentas dewan sekolah. Ini sesuatu yang diluar jangkaan Sehun. Patutlah dia dapat bersekolah di sini.

 

“selamat malam kepada semua pelajar! Saya sebagai pengetua begitu gembira melihat kedatangan pelajar hari ni! Saya harap pelajar dapat bergembira malam ni tapi sebelum tu saya ingin melancarkan pertandingan drama pada hari ni!!”Pengetua Oh melancarkan satu pertandingan drama malam ni.

 

Pengetua Oh segera duduk dikerusinya sebelum menunggu pelayan menghidangkannya makanan yang lazat.

 

“pelajar!! Makanlah!!!”Pengetua Oh menyuruh pelajar makan makanan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

 

“apa?! Pertandingan drama? Asal nak buat majlis mewah sekali??”Sehun hairan dengan pelancaran besar-besaran ini hanya untuk lancarkan pertandingan drama je.

 

“ni bukan sekadar pertandingan drama tau!! Tapi pertandingan drama antara sekolah didunia!!”Hong ki menjelaskan pada Sehun.

 

“huh?! Ada sekolah malam selain sekolah Cheonsoo ke??”tanya Sehun lagi.

 

“ya!! Tapi sekolah Cheonsoo, satu-satunya sekolah malam dikorea, manakala sekolah malam diluar negara terlalu banyak.”kata Soo hyun yang masih lagi sibuk makan takoyaki.

 

“oh~”Sehun mengangguk kefahaman, dia memusing ke tepi untuk mengambil minuman tapi dia terlanggar oleh seseorang. “uff!! m-maaf!”

 

”hei!! Hati-hati bila nak jalan tu!! Kau buta ke apa??”marah pelajar itu.

 

“aik?! Terlanggar sikit je! Buat apa kau nak marah!! Aku dah mintak maaf kan!”Sehun memarahinya semula.

 

“diam!! Berani kau marah aku!! Aku Jeon Jung Kook! Pen. Ketua pengawas!!”dia memperkenalkan dirinya dengan cara tak betul.

 

“WHAT?! Dia ke Jeon Jung Kook?? M-Manalah aku tahu!!”Sehun cuba menyorok perasaan takutnya, dia cuba berlagak selamba macam biasa.

 

“tipu kalau kau tak kenal aku!!”dia berjalan mendekati Sehun.

 

“n-nanti kejap!! Dia ni budak baru!”Baekhyun cuba nak lindungi Sehun dari Jung kook.

 

“owh...budak baru rupanya. Ok, aku maafkan tapi ingat! Kalau aku nampak dia buat hal, SIAP dia nanti aku kerjakan!!”Jung kook segera beredar dari situ.

 

Sehun meneguk air liurnya itu kerana ketakutan. Habislah dia, nampaknya dia telah menambahkan musuhnya dalam buku kehidupannya nanti. Musuh pertamanya, Jeon Jung Kook.

 

“fuuh..nasib baik aku selamatkan kau! Kalau tak, habislah kau dikerjakan oleh Jung kook nanti..”Baekhyun berasa lega sambil meneguk segelas air suam. “lain kali jangan buat masalah..”

 

“ok..aku faham..”Sehun kelihatan tidak bersemangat. “Baekhyun, terima kasih..”

 

“alah..itu perkara dah lepas..tak perlu nak fikir balik..jom kita menikmati pesta ni!”Baekhyun kembali hyper semula. “jom pergi makan dekat meja tu!”

 

“ok!!”Sehun bersetuju.

 

“aku pun nak ikut!!”sibuk Hong ki.

 

“aku pun nak pergi sekali juga!!”begitu juga dengan Chanyeol.

 

Mereka yang lain pun mengikuti Sehun dan Baekhyun makan di meja no.6. Esok mereka mula sibuk untuk membuat drama sekolah. Jadi, malam ni mereka ingin berseronok sebelum hari esok menjelang.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')