Heart

I'll Remember You

Seojun berlari di ruang koridor sebuah bangunan. Dia sudah lambat ke temu janji. Ianya temu janji untuk menjadikan dia seorang penyanyi. Seojun menjumpai bakat dalam dirinya. Jingshil telah mengesahkan bakat Seojun. Lalu Jingshil membenarkan Seojun membuat temu janji. 

DIa bergegas menyusuri laluan yang dikhaskan untuk temu janji penyanyi. Dia memperlahankan langkahnya apabila dia telah melihat pintu bilik temu janji itu. Jantung dia berdegup laju macam ferari. Dia cuba menenangkan dirinya. Berulang kali dia menarik nafas. Tak lama kemudian, dia kembali tenang. Dia risau para juri sudah menunggu lama. 

Pintu bilik tersebut dibuka oleh seorang pembantu disitu. Seojun memasuki ruang bilik itu dengan perasaan gemuruh. Namun, dia kuatkan diri. Sejurus dia masuk, dia melihat muka para juri. Ianya pengarah-pengarah SM Entertainment. Ya, dia berada di bangunan SM Entertainment. Dia ingin mencuba agensi SM. Selepas beberapa agensi telah meletakkan syarat yang tidak bersesuaian dengan kehendak ayahnya.

Wajah pengarah itu tersenyum, Seojun telah merasakan perkara baik akan jadi pada dia. Dia meletakkan beg sandangnya di atas lantai. Dia pun mula memulakan temu janjinya.

"Selamat pagi, maaf kerana lambat. Jalan sesak..haha.." dia mula bersuara. Lalu, seorang pengarah yang agak muda dan kacak telah tertarik padanya dan menanyakan soalan. "Selamat pagi...tak mengapa, kami baru sahaja tiba....hmm, nama awak, umur dan awak boleh tunjukkan bakat awak..." soalnya sambil senyum. 

Seojun mengangguk.

"Nama saya Han Seojun, umur saya 20 tahun..saya akan mula menyanyi" .Dia mula mengalunkan lagu Hurt dari ALi. Lunakkan suaranya telah menarik minat semua pengarah. Pengarah kacak itu meneliti satu per satu not lagu itu, tiada satu pun yang Seojun terlepas. Bakat Seojun seolah-seolah bakat yang sangat unik dan susah untuk jumpa orang macam Seojun. Sehabis sahaja Seojun habis nyanyi, semua pengarah terpukau dengan suara Seojun.

Seojun tersengih malu selepas habis nyanyi. Pengarah kacak itu tersenyum. 

"Han Seojun, awak pernah belajar menyanyi dimana-mana?" soalnya.

"tak" jawabnya ringkas. Pengarah itu tersengih lagi, Seojun agak lurus.

"awak boleh berlakon?" soalnya lagi.

"Saya cuba..." ucap Seojun.

Seojun pun mula mengimbas drama-drama yang dia pernah tonton sebelum ini di fikirannya. Ada sebuah drama muncul difikirannya. "saya akan lakonkan watak Cheon Song yi dari 'The man who came from the stars' " jelasnya sebelum dia memulakan lakonannya.

Dia melakonkan watak gembira, sedih, lucu, marah dan selainnya. Para pengarah terpikat dengan kesungguhan Seojun membawa watak tersebut. Setelah habis berlakon, dia menarik nafas lega. Dia telah akhir temu janji tersebut. 

Pengarah kacak itu menarik nafas sebelum dia memberi komen tentang lakonan Seojun. Matanya melihat gelagat segan Seojun. Dia ketawa sedikit sebelum dia memberi komen. "Han Seojun, nama awak sangat unik. Begitu juga bakat awak. Awak seperti sesuatu yang sukar untuk dijumpai, awak menyanyi dengan not yang tepat dan lunakkan suara awak meremangkan bulu roma saya, saya kagum. Lakonan awak sangat luar biasa, cara awak sampaikan perasaan itu..." dia menggelengkan kepala sambil senyum. "Hebat!" 

Dia bercakap seperti dialah ketua pengarah disitu. Mungkinkah ianya betul. Dia juga duduk di tengah sekali. Dia nampak berpengaruh. Seojun senyum pada semua komen dan kritikkan pengarah kacak itu. Dia mengucap terima kasih berulang kali. Untuk mengharapkan pandangan yang baik baginya. Pengarah kacak itu sekali lagi membuka mulut. "kami akan telifon kamu nanti, temu janji kamu dah tamat, awak boleh keluar dan berehat dirumah dahulu"

Seojun memberi senyuman dan tunduk hormat sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. 


Seojun pulang kerumah dengan senyuman dibibirnya. Dia segera membuka kasut sejurus dia memasuki pintu depan rumah itu. "saya dah balik! Ayah!?" ucapnya dengan riang. Jingshil menunggu Seojun diruang tamu dengan harapan ada berta baik tiba. "Ayah di ruang tamu, nak!" jeritnya dari ruang tamu. Seojun bergegas ke ruang tamu dengan senyuman. 

Sejurus dia muncul dipintu gerbang ruang tamu, Jingshil ingkas bangun dari sofa dan terus bergerak kearah Seojun. Seojun mendepakan tangannya untuk mendakap ayahny kesayangan. Ayahnya menyambut dakapannya.  "ayah!! dah habis...." katanya dalam dakpan ayahnya. Ayahnya senyum. 

"yalah, yalah..mari duduk dan ceritakan kesemuanya...." balas Jingshil.

Mereka meleraikan dakapan itu dan melabuhkan punggung mereka diatas sofa lembut itu. Dengan perasaan gembira dan bahagia, Seojun menceritakan segala-galanya. 


Tiba waktu makan mereka, Seojun sibuk memasak makanan untuk makan malam, manakala Jingshil pula membantu Seojun dengan menyiapkan meja makan dengan menyusun sudu dan garfu. Seojun masih menunggu panggilan dari SM Entertainment tentang temu janji siang tadi, namun dia tidak boleh begitu mengharap. Dia tak mahu terlalu kecewa jika dia tidak diterima. 

Jingshil pula merasakan yang sebaliknya, dia mengharapkan yang terbaik untuk anaknya. Dia betul- betul mengharapkan yang anaknya akan mendapat uji bakat itu. Dia tak habis-habis tersenyum sambil menyusun semua sudu dan garfu tersebut. Sedang mereka sibuk bersiap untuk makan malam, telifon rumah mereka berdering.

Rin...ring...ring....

Mereka berdua tersentap, mungkinkah itu panggilan daripada SM Entertainment? Seojun berhenti mengacau kuah kari dalam periuk. Lalu melepaskan senduk tersebut dan memandang kearah ayahnya. Ayahnya juga memandang kearah Seojun. Mereka berdua bertentang mata. Di fikiran Seojun hanya satu, dia mahu mengangkat telifon itu. Manakala ayahnya, dia mahu yang telifon itu adalah SM Entertainment.

Han Seojun melangkah keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu dengan melepasi ayahnya. Hatinya berdebar-debar pada setiap langkahnya. Ruang tamu semakin menghampiri. Dia menarik nafas agar debarannya berkurang. Makin lama bunyi telifon itu makin kuat. Namun ia juga akan berhenti, Seojun harus mengangkatnya segera.

Tiba sahaja dia dihadapan telifon itu, tangannya menggenggam ganggang telifon itu dan mengangkatnya. Lalu dia letakkannya ditelinga kanannya. "yeoboseyo?" ucapnya.

"yeobeseyo? Han Seojun-ssi? Ini panggilan dari SM ENtertainment, saya pengarah temu janji kamu tadi..." balasnya.

Jantung Seojun bagaikan mahu meletup.


I' l l   R e m e m b e r    Y o u 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
unknown_k
It's finish...sori, sbb amik masa untuk habiskan ch 5..i'm so sorry...so enjoy the finished chapter 5!! ^^

Comments

You must be logged in to comment
_shuhidah
#1
Chapter 5: Update soon!best citer nih saya Suka :)
hwa_min98
#2
Chapter 5: it's ok,author-nim..take your time..
hwa_min98
#3
Chapter 4: saya betul-betul terkejut dan sedih bila mak and ayah mirae accident.. sedihnya..update soon :)
haninad
#4
Chapter 3: sedihnya omo i almost crying keep update mirae-yah ! ppalli ireona
JiiHan #5
Chapter 3: Mirae-ah!! cepatlah bangun!!! ><
cerita ni daebak, saya suka cerita ni~ XD
author-nim update soon!!
lyly_ameera #6
Chapter 2: update lagi!!! cite ni menarik! rasa2 nya, takda lgi malay fanfic yg menceritakan tentang saseng. memang daebak lah!!! keep update author nim. tak sabar nk baca! :D
wannuraishah
#7
Chapter 2: keep update... x sbr nak tunggu next chapter!!! >< ^^
hwa_min98
#8
Chapter 1: Oh my..i already love your story..keep it up!