Who are You?

I'll Remember You

Mirae masih belum sedar. Dia masih terlantar. Sudah hampir sebulan setengah  dia tak bangun. Keluarganya bergilir-gilir menjaga Mirae. Namun, ibunyalah yang kerap ada bersama Mirae. Dia memberi semangatnya pada Mirae. 

Tapi, hari ni ahli keluarganya terpaksa pulang sebentar. Mereka terpaksa tinggalkan Mirae sebentar dibawah jagaan jururawat. Bangunan rumah mereka dikatakan akan diruntuhkan untuk buat baru. Mereka tidak menerima sebarang berita atau notis mengatakan bangunan itu akan diruntuhkan. Maka, mereka semua terpaksa pergi sebentar. 

Selepas mereka dapat menyelesaikan maslah bangunan tersebut, merka mahu kembali ke hospital semula. Ibunya merasakan yang mereka telah meninggalkan Mirae terlalu lama dan mahu cepat kembali ke hospital. Ibunya berasa tidak sedap hati untuk seketika. Ayahnya jenis yang rileks lalu menenangkan ibunya sebentar sebelum mereka berangkat ke hospital.

Dalam perjalanan ke hospital, adik lelakinya menyatakan yang dia mahu menjaga kakaknya bila dia sudah sedar. Dia mahu menjaga kakaknya tanpa kesekolah. Lalu ibunya marah, mereka bergaduh sedikit dan suasana agak tegang. Ayahnya menegur mereka supaya jangan bergaduh pada waktu Mirae sedang sakit. Ianya perkara yang buruk. 

Namun, dalam peneguran itu. Ayahnya tidak sedar akan lori yang memandu laju kearah mereka. 

BAAMMM!


"Sebuah kemalangan telah berlaku pada malam semalam akibat daripada kecuaian memandu. Sebuah kereta bersama sebuah keluarga telah dilanggar oleh sebuah lori 15 tan di lebuh raya 'G'. Pihak polis telah menyiasat tentang perkara ini dengan lebih lanjut dan menyatakan bahawa ia berpunca dari kecuain pemandu lori yang memandu dalam keadaan mabuk. Kecedaraan hanya dialami oleh pemandu lori itu sahaja manakala ahli keluarga itu mati dalam kemalangan. Mereka adalah Shin Jaegook, Na Shinae dan Shin Haejun. Kemalangan ini berlaku pada....."

Kata pemberita dari berita jam 8;00. Jururawat menontonnya dengan keluhan didalam bilik rehat. Ianya waktu rehat mereka. Salah seorang dari jururawat tersebut adalah jururawat yang menjaga Mirae. Jururawat itu tak habis-habis mengeluh.

"haih...kesianya mereka, mereka tak sepatutnya kemalangan...." kata jururawat tersebut dengan nada kecewa. Lalu, salah seorang dari jururawat yang lain tertarik dengan kekecewaan dia. Kemudian, dia mendekati jururawat itu.

"kenapa? apa yang dah jadi?" soalnya.

"keluarga yang mati tu adalah keluarga pesakit yang nama Mirae tu...." jawabnya.

"Mirae? Shin Mirae?" jururawat itu bingung.

"ya...yang sudah hampir sebulan setengah koma itu. Kesiannya Mirae tu, apalah nasib dia...siapalah yang akan jaga dia..." jawabnya mengeluh. Mereka sambung bersembang sambil keluar dari bilik rehat tersebut. Mereka ingin menyambung kerja mereka. Lalu mereka menuju ke kaunter pertanyaan. 

Tiba-tiba seorang pegawai polis datang pada mereka dan menegur. "maafkan saya..."

Mereka berhenti berbual dan menumpukan perhatian pada pegawai polis tersebut. "saya nak tanya, mana bilik wad pesakit Shin Mirae?" soal pegawai polis tersebut.

"Shin Mirae? Mari ikut saya, saya tunjukkan. Tapi boleh saya tanya siapa encik ini?" ucap jururawat itu. 

Pegawai polis itu mengeluarkan dompetnya dan menunjukkan logo lambang polis padanya. "saya pegawai polis, Heo Jingshil...boleh tunjukkan pada saya wadnya?" mintanya. Jururawat itu menurut arahanya dan mengiring pegawai polis itu ke bilik wad Mirae. 

Selepas beberapa minit, mereka tiba di bilik wad Mirae. "disinilah wadnya..." kata jururawat tersebut sebelum beredar. Pegawai polis terus menarik pintu bilik wad itu selepas jururawat itu beredar. Dia melihat sekeliling untuk mencari Mirae. Lalu dia melangkah masuk. Dari satu katil kesatu katil dia cari sehinggalah dia menjumpai katil Mirae.

Dia menarik nafasnya apabila melihat Mirae yang terlentang diatas katil itu. Dia mengeluh sebelum mendekati Mirae. Ada kerusi disebelah katil tersebut, lalu dia duduk diatasnya. Wajah Mirae ditatapnya seperti seorang ayah kepada anak. Pegawai polis tersebut sudah berumur, dia faham perasaan ibu bapanya sekarang. 

Pada saat itu, Shin Mirae telah membuka matanya buat kali pertama selepas hampir sebulan setengah dia koma. Pegawai polis itu terkejut dan bingkas bangun dari kerusi itu. Dia menatap wajah Mirae dengan tekun. 

Mirae menoleh-noleh kekiri dan kanan perlahan-lahan. Dia terlihat pegawai polis disebelahnya yang kelihatan terkejut. Dia tenung pada pegawai polis tersebut. Dia cuba imbas wajahnya. Namun, dia tak pernah lihat wajah pegawai itu sebelum ini. Dia endahkan pegawai polis itu dan melihat sekelilingnya. Dia sedar yang dia di hospital. Sekejap-sekejap dia mengelipkan matanya perlahan-lahan. 

Pegawai itu pergi memanggil jururawat dengan segera. Mirae cuba ingat dia bagaimana dia boleh dihospital tetapi dia tak boleh. Kemudian, pegawai polis itu muncul semula. Dia lihat pegawai polis itu seperti amat risaukan dia. Dia juga tertanya-tanya, siapakah pakcik tua itu. Lalu, dia cuba membuka mulutnya untuk bersuara. Bibirnya terlalu kering seperti ikan kering. 

"pakcik...." panggilnya dengan suara serak. Pegawai itu mendengarinya dan terus bergegas padanya. Bahu Mirae dipegangnya seperti seorang ayah. Dia membuat muka menunggukan perkataan seterusnya dari Mirae. 

"pakcik ni siapa?" soal Mirae perlahan. Pegawai polis itu terdiam sekejap. Dia tak tahu nak jawab apa, entah kenapa dia tak boleh nak bagi jawapan pada Mirae. Mirae kelihatan sangat terdesak. Dia seperti kurang kasih sayang. Mata Mirae seperti mengharapkan jawapan yang dia adalah ayahnya. Pegawai polis itu bingung nak jawab apa. 

"pakcik ni, appa saya kah?" soalan Mirae mematikan semua kebingungan pegawai polis itu. Pada saat itu, dia telah mendapat jawapannya. Dia memandang mata Mirae dengan penuh yakin. Dia sempat menelan air liurnya sebelum menjawab soalan Mirae.

"saya, appa kamu...." jawabnya dengan penuh keyakinan yang dia boleh jaga Mirae.


"Han Seojun! Keluarlah!" panggil Han Jingshil dari ruang makan.. Tak lama kemudian, Seojun keluar dari biliknya dengan wajah ceria dan terus bergegas ke dapur. Dia memberikan senyuman pagi kepada ayahnya. Jingshil membalas senyuman Seojun. 

Han Seojun, dan bukan lagi Shin Mirae. Shin Mirae dahulu sudah lama hilang. Kini, Han Seojun dilahirkan dan menjadi permulaan baru baginya. Selepas dia sedar dari koma, Jingshil telah memberitahu yang dialah ayah Seojun. Shin Mirae telah lupa segalanya tentang keluarganya dan serta ingatan lamanya. Jingshil tidak memberitahu yang dia menghidap amnesia dan dia menyorokkan kesemua ingatan lampaunya dari Mirae. Dia telah mengambil Mirae sebagai anak perempuan tunggalnya.Dia telah menukar nama Shin Mirae kepada Han Seojun. 

Han Seojun dilahirkan dengan lebih ceria dan lebih penyayang. Han Seojun yang lebih bersemangat dan lebih berbakat. Oleh kerana dia telah dijaga oleh Jingshil dengan baik. Dia diberi makan yang cukup, kasih sayang yang cukup serta tempat tinggal yang agak mewah. Han Seojun tak pernah tanya tentang apa-apa selepas dia dikeluarkan dari hospital. Seojun kini adalah anak tunggal kepada Jingshil dan dia bersyukur adanya Jingshil sebagai ayah tunggalnya. 

Han Seojun dan Han Jingshil adalah keluarga yang bahagia.


I ' l l     R e m e m b e r    Y o u

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
unknown_k
It's finish...sori, sbb amik masa untuk habiskan ch 5..i'm so sorry...so enjoy the finished chapter 5!! ^^

Comments

You must be logged in to comment
_shuhidah
#1
Chapter 5: Update soon!best citer nih saya Suka :)
hwa_min98
#2
Chapter 5: it's ok,author-nim..take your time..
hwa_min98
#3
Chapter 4: saya betul-betul terkejut dan sedih bila mak and ayah mirae accident.. sedihnya..update soon :)
haninad
#4
Chapter 3: sedihnya omo i almost crying keep update mirae-yah ! ppalli ireona
JiiHan #5
Chapter 3: Mirae-ah!! cepatlah bangun!!! ><
cerita ni daebak, saya suka cerita ni~ XD
author-nim update soon!!
lyly_ameera #6
Chapter 2: update lagi!!! cite ni menarik! rasa2 nya, takda lgi malay fanfic yg menceritakan tentang saseng. memang daebak lah!!! keep update author nim. tak sabar nk baca! :D
wannuraishah
#7
Chapter 2: keep update... x sbr nak tunggu next chapter!!! >< ^^
hwa_min98
#8
Chapter 1: Oh my..i already love your story..keep it up!