Blooded

I'll Remember You

Keluarga Mirae sudah bersedia untuk makan sarapan, hanya perlu tunggu adiknya seorang lagi. Biasanya adik lelakinya akan pergi tengok kakaknya, Mirae, dahulu. Samada dia sudah keluar atau belum. Antara semua ahli keluarganya, adik dialah yang selalu ambil berat tentang Mirae sehinggakan Mirae rasa serba salah tentang dia.

Sedang mereka semua menunggu adiknya, tiba-tiba bunyi detakan kaki mengejutkan mereka. Bunyi kaki orang turun dari tangga. Adiknya muncul dari gerbang ruang tamu dengan cemas. Wajahnya panik dan nafasnya tercungap-cungap. Lidahnya kelu, susah untuk dia cakap. Semua ahli keluarganya menunggu dia bersuara.

"nuna....Mirae nuna, hilang!" 

Semua ahli keluarga terkejut. Tetapi bukan ibunya. Ibunya seperti malas nak dengar perkataan hilang tu. Sebab ibunya memang agak dia akan hilang macam itu sahaja. Bila keluar tak pernah nak bagi tau sesiapa dalam keluarga itu.

"yah! dia akan balik punya....dia memang selalu keluar pagi..tak payah la risau lah..sini duduk maka. " ucapnya tanpa rasa bersalah. Tangnya terus mengenggam sudu dan menyuapkan nasi kedalam mulut. Semua ahli keluarganya percaya lalu mengikut ibunya makan. Namun, adik lelakinya tidak puas hati. Dia mengigit bibir bawahnya dan tarik nafas.

"omma! nuna...tak ketuk pintu saya pagi tadi? biasanya dia akan ketuk pintu saya sebelum dia keluar..." katanya sambil tahan marah. 

Ibunya masih tidak percaya, "dia lupa kot...".

"nuna tak pernah lupa ketuk pintu saya....." balasnya dengan penuh sabar dan dia yakin seratu persen yang kakaknya hilang. Si abang dah mula mengerutkan keningnya. 

"saya rasa, dongsaeng cakap betulah omma...saya pernah dengar Mirae ketuk pintu dongsaeng...." katanya sambil meletakkan sudu diatas meja. Ibunya memandang abangnya dengan penuh persoalan. "cari dalam bilik dia..." arah ibunya. Ibunya mula rasa lain macam. 

"Saya pergi tengok!" adik lelakinya menawarkan diri. Dia terus bergegas ke bilik Mirae, manakala keluarganya bingkas bangun dari tempat duduk dan mula mencari Mirae disetiap ruang rumah itu. Adiknya tiba di pintu bilik kakaknya, namun dia berhenti sebentar. Dia berasa gugup untuk masuk kedalam bilik kakaknya. Biasanya Mirae akan mengamuk kalau ada sesiapa yang cuba masuk bilik dia. 

Tombol itu dipulas perlahan-lahan. Klak! bunyi pintu itu terbuka. Dia terkejut kerana pintu itu tidak berkunci. Kalau Mirae keluar, dia akan kunci. Lalu adiknya menolak pintu itu terbuka seluasnya. Ianya bilik yang cukup muat untuk seorang. Perabot disusun dengan elok. Tetapi, adiknya gumam. Lidahnya kelu. Cuma hatinya rasa sakit dan lututnya bergetar.

Bilik itu dipenuhi dengan gambar-gambar Exo yang bertampal disetiap ruang dinding yang ada. Meja penuh dengan kertas surat dan barang-barang merchandise Exo. Almari penuh dengan poster Exo ditampal atasnya.. 

Walaupun lututnya bergetar, dia tetap melangkah masuk kedalam. Dia macam tak percaya yang kakak yang dia anggap sebagai dewi dahulu dah jadi seperti orang psiko. Setiap kali dia tengok gambar Exo itu, dia akan rasa sedih dan rasa kesian sangat dengan Mirae. Kemudian, abangnya muncul di pintu bilik. Dia juga berasa terkejut yang teramat.

"apa semua ni?" ucapnya kelu.

"hyung....bagitahu omma....nuna, dah pergi dari sini..." katanya sambil toleh kebelakang dan memandang tepat pada mata abangnya. Abangnya akur dan terus meninggalkan bilik itu. Adiknya masih tidak percaya dengan apa yang dia nampak. Apa yang dia fikir sekarang ni adalah adakah Mirae akan pulang? Dia melangkah menuju ke almari. Tangannya yang menggeletar itu mengenggam pintu almari dan dengan cemas dia membuka almari itu seluasnya. 

Tiada sehelai baju pun baju Mirae digantung didalamnya. Itulah tanda Mirae sudah tinggalkan rumah itu. Lutunya benar-benar tak mampu untuk menampung beratnya, lalu jatuh kelantai. 


"omma! Mirae...memang dah hilang!" kata abangnya dengan panik. Ibunya terus berubah menjadi ibu yang baik. Wajahnya benar-benar risau. Dia terus masuk kedalam biliknya untuk mengambil kot dan segera menyarung kot itu. Dia memanggil suaminya untuk bersiap. Mereka mahu pergi ke balai polis. Anak-anaknya disuruh tinggal untuk jaga rumah. 

Ibu bapa Mirae tiba dibalai polis. Ibunya merayu kepada pegawai polis supaya mencari anaknya, namun pegawai polis memberi alasan yang banyak untuk mencari Mirae.

"gyeongchal-nim, tolonglah cari anak saya secepat mungkin...tolonglah...saya tak tahu apa yang dia akan buat lepas ni...tolonglah saya.." rayu ibu Mirae.

"saya tak boleh buat apa, puan. Baju dia tak ada dalam almari seperti yang puan cakap, itu alibi yang kuat untuk orang yang lari dari rumah. Lagipun dia bukan budak bawah umur, dia dah 20 tahun. Sepatutnya dia bukan kategori lari dari luramh, puan. Puan tolong balik dahulu, kalau ada apa-apa berita saya akan beritahu..." jelas pegawai polis tersebut.

"gyeongchal-nim, tolong lah cepat sari anak saya....dia tak pernah lari dari rumah...." ayahnya pula bersuara.

"tuan, puan...bertenang, kami akan bantu puan cari dia. Tuan dan puan balik lah dulu....kami akan maklumkan kalau dah jumpa dia..." jelas pegawai polis itu lagi.

Ayahnya memujuk ibunya yang sudah melalak dibalai polis itu. Ibunya tak puas hati dengan layanan pegawai polis tersebut. Dia mahu anaknya ditemui. Dia mahu anaknya semula. Mirae tak pernah lari dari rumah, walaupun perangainya begitu. memang benar dia sudah besar da dewasa tetapi dia masih seorang budak kecil pada ibunya. Ibunya tak sanggup anaknya hilang.


Sudah seminggu sejak kehilangan Mirae, Keluarganya masih didalam dilema. Apatah lagi ibunya. Ibunya tak lalu makan, tidur juga tak mampu. Bila ayahnya memujuk supaya bertenang, dia melenting dan menafikan kesemuanya. Adik beradiknya mengemas bilik Mirae yang bersepah. Adik lelaki Mirae masih merasakan yang dia akan balik sebab gambar-gambar itu masih disimpan didalam biliknya. Mungkin betul cakap ibunya, dia terlupa untuk ketuk pintu dan dia masih hairan kenapa kakaknya tidak mengunci pintu bilik itu kalau dia akan pulang semula.

Banyak yang dia fikirkan, keluarganya juga murung kerana ketiadaan Mirae. Adiknya kerap masuk kebilik Mirae. Dia masih tidak percaya kakanya berubah dengan mendadak sekali. Pegawai polis masih tidak hubungi mereka. Ibunya makin risau.

Ahli keluarga semua sudah sedia untuk makan malam, namun mereka masih dalam keadaan murung. Ibunya menyediakan makanan untuk Mirae sedangkan Mirae tiada. 

"sudah lah..mari makan semua.." kata ayahnya. Mereka akur dengan ayahnya dan mula mengambil sudu masing-masing. Baru sahaja mereka mengaut kuah sup, telefon rumah berbunyi. Mereka terhenti dan memandag antara satu sama lain. Dengan harapan itu mungkin dari balai polis. 

Ibunya terus meletakkan sudu itu semula dan bingkas bangun dari tempat duduk. Tanpa berfikir apa, dia segera bergerak kearah telefon itu. Sebelum dia mengangkat telefon itu, dia menarik nafas dahulu. Barulah dia angkat ganggang telefon itu.

"yeoboseyo?"

"nae, ini balai polis. Adakah ini rumah Shin Mirae?"

"betul! Ini memang rumah dia! Mana anak saya?" soal ibunya dengan cemas.

" kami dimaklumkan oleh pihak Hospital Seoul, anak puan ditahan didalam wad. Minta puan datang secepat mungkin ya, terima kasih..."

Ganggang telefon itu terjatuh kelantai. 


I'll Remember You

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
unknown_k
It's finish...sori, sbb amik masa untuk habiskan ch 5..i'm so sorry...so enjoy the finished chapter 5!! ^^

Comments

You must be logged in to comment
_shuhidah
#1
Chapter 5: Update soon!best citer nih saya Suka :)
hwa_min98
#2
Chapter 5: it's ok,author-nim..take your time..
hwa_min98
#3
Chapter 4: saya betul-betul terkejut dan sedih bila mak and ayah mirae accident.. sedihnya..update soon :)
haninad
#4
Chapter 3: sedihnya omo i almost crying keep update mirae-yah ! ppalli ireona
JiiHan #5
Chapter 3: Mirae-ah!! cepatlah bangun!!! ><
cerita ni daebak, saya suka cerita ni~ XD
author-nim update soon!!
lyly_ameera #6
Chapter 2: update lagi!!! cite ni menarik! rasa2 nya, takda lgi malay fanfic yg menceritakan tentang saseng. memang daebak lah!!! keep update author nim. tak sabar nk baca! :D
wannuraishah
#7
Chapter 2: keep update... x sbr nak tunggu next chapter!!! >< ^^
hwa_min98
#8
Chapter 1: Oh my..i already love your story..keep it up!