Coma

I'll Remember You

Ibu Mirae menerjah masuk bilik wad dimana Mirae ditahan. Tanpa memikirkan apa-apa, dia terus membuka tirai satu persatu untuk mencari Mirae. Selepas beberapa helai, tirai katil Mirae ditarik. Ibunya kelu. 

Kepala Mirae dibalut dengan bandage, dahinya diletakkan plaster luka yang besar. Wajah Mirae dipenuhi dengan calar-balar. Tangannya dibalut kerana ada beberapa luka yang teruk. Mirae tidak sedarkan diri. Dia terlantar seperti mayat hidup. Disekelilingnya penuh dengan alat untuk bantu dia terus hidup. Mirae dibantu dengan alat oksigen.  Ibunya tak mampu bersuara, hanya air mata sahaja yang bersuara. Ayahnya memegang bahu ibunya supaya tidak jatuh. Adik beradiknya tak mampu melihat keadaan Mirae yang begitu teruk.

Ibunya menguatkan kudratnya dan melangkah mendekati Mirae. Tangannya terlalu menggeletar untuk memegang tangan Mirae yang dibalut itu. Namun, naluri ibunya kuat. Dia capai tangan Mirae dengan perlahan. Hatinya begitu hancur melihat anak perempuan tunggalnya.Air matanya tak henti-henti keluar. Dia mengenggam tangan Mirae.

Bibirnya bergetar untuk menyebut perkataan. Sebelah tanganya mengusap dahi anaknya itu. Matanya mengalirkan kasih sayang seorang ibu kepada seorang anak. Dia menarik nafas untuk bertenang. 

"Mirae-ya....macam mana boleh jadi macam ni?....kenapa suka buat omma risau?" ucapnya sedih. Tangan Mirae digenggam untuk menghangatkannya kerana ia sangat sejuk. Ayahnya mengurut kaki Mirae supaya tidak kebas. Manakala adik beradiknya berdiri ditepi ibu bapanya. Tak lama kemudian, doktor tiba.

"Kamu semua keluarga Shin Mirae ke? " soalnya.

Ibu Mirae toleh kearah doktor itu dan mengangguk tanpa suara. Doktor meminta salah seorang ahli keluarganya untuk berbincang tentang keadaan Mirae. Lalu ayahnya mewakilkan dirinya. Mereka beredar selepas beberapa minit.


"saya minta encik bersabar. Maklumat dari pihak polis mengatakan yang dia dilanggar oleh kenderaan berat. Saya tak pasti kenderaan apa. Tetapi kecederaannya sangat teruk. Sekarang ini dia sedang koma." jelas doktor itu.

"koma, doktor? berapa lama dia akan sedar?" soal ayah Mirae.

"kita lihat dari perkembangan dia bagaimana. Kemungkinan besar dia akan menghidap amnesia. Bermaksud, dia mungkin lupa sebahagian dari memori dia." jelas doktor itu lagi.

Ayahnya terkejut. "Kalau dia hilang ingatan...dia akan ingat balik kan?" soalnya lagi.

"Encik jangan risau, dia akan ingat kembali, lihat sejauh mana usaha dia untuk semula. Tapi dalam keadaan dia begitu, kemungkinan besar dia akan lupa selamanya...saya harap encik bersabar...: jelas doktor itu. Doktor itu sempat menepuk bahu ayah Mirae sebelum bergerak pergi. 

Ayah Mirae masih terkejut dengan keadaan Mirae seperti yang doktor itu terangkan. Dia menekup mukanya, menahan sebak didadanya. Kakinya mulai bergetar lalu dia menyandarkan bahunya pada dinding. Seperti ibunya juga, dia mengalirkan air matanya. Bunyi esakannya disembunyikan. Walaupun dia seorang lelaki, dia tetap sedih akan anak perempuannya. Satu-satunya anak perempuanya itu. 


Ayahnya kembali selepas seketika, dia melihat ahli keluarganya amat ambil berat tentang Mirae. Ibunya yang selalu memekak itu benar-benar sayang dengan Mirae. Semua hati keluarganya terguris, hancur menjadi debu. Walaupun Mirae selalu buat tak endah tentang keluarganya, keluarganya tetap menyayangi Mirae seadanya. Dia nak sangat peluk Mirae pada saat itu. Namun, dia tak mampu.

Dia melangkah mendekati ibunya yang sudah tertidur disebelah Mirae. Adik beradiknya sudah tiada mungkin pulang sebentar untuk ambil sesuatu. Tangannya dihulurkan pada bahu isterinya. Perlahan-lahan dia mengusapnya. Kemudian, ibunya terjaga. 

"Anak kita....dia koma..." kata ayahnya.

Ibunya terkejut, "koma? lama kah?" soalnya bungkam.

"Kita tunggu sahaja dia sedar...dan..."

"dan apa?" ibunya tertanya-tanya. 

"dia mungkin hidap amnesia..." kata ayahnya dengan berat hati.

Ibunya terdiam, dia tak tahu mahu kata apa. Dia eratkan genggamannya pada tangan Mirae. Dia mengharapkan yang Mirae bangun sekarang. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
unknown_k
It's finish...sori, sbb amik masa untuk habiskan ch 5..i'm so sorry...so enjoy the finished chapter 5!! ^^

Comments

You must be logged in to comment
_shuhidah
#1
Chapter 5: Update soon!best citer nih saya Suka :)
hwa_min98
#2
Chapter 5: it's ok,author-nim..take your time..
hwa_min98
#3
Chapter 4: saya betul-betul terkejut dan sedih bila mak and ayah mirae accident.. sedihnya..update soon :)
haninad
#4
Chapter 3: sedihnya omo i almost crying keep update mirae-yah ! ppalli ireona
JiiHan #5
Chapter 3: Mirae-ah!! cepatlah bangun!!! ><
cerita ni daebak, saya suka cerita ni~ XD
author-nim update soon!!
lyly_ameera #6
Chapter 2: update lagi!!! cite ni menarik! rasa2 nya, takda lgi malay fanfic yg menceritakan tentang saseng. memang daebak lah!!! keep update author nim. tak sabar nk baca! :D
wannuraishah
#7
Chapter 2: keep update... x sbr nak tunggu next chapter!!! >< ^^
hwa_min98
#8
Chapter 1: Oh my..i already love your story..keep it up!