Chapter 17. (Final)

Black Queen: I Can't Love You!
Please Subscribe to read the full chapter

"Oppa!!!"

 

 

"Dasar!" Perkataan pertama yang meniti di bibir Halla seraya matanya membulat. Lantaran itu Jaehyun segera berlari ke arah Halla. 

"Kau okay tak?" soal Jaehyun sambil memegang bahu Halla secara tidak langsung membuatkan gadis itu tersentak.

"Sorry. Hehe. Aku mimpi buruk tadi," jawab Halla sambil tersengeh. 

"Jaehyun, kalau aku tanya satu soalan, boleh?"

"Pasal Dasom?" Halla mengangguk laju. Dia sebenarnya tidak pernah tahu bahawa dia mempunyai sepupu sebegitu rupa. Saja dia berpura-pura kerana malas hendak melayan perangai gadis itu. Jaehyun mengeluh kecil. Berat hatinya untuk cerita kerana Hyun tidak membenarkan. Namun, dia mengambil keputusan untuk cerita perkara yang sebenar memandangkan Halla semakin tahu kisah hidupnya yang lalu.

"Yup, Dasom tu sepupu kau. Pembetulan, keempat-empat minah tu sepupu kau sebenarnya. Cuma kau yang tak tahu. Jangan pelik sebab Hyun pernah jumpa salah seorang daripada mereka sewaktu kau masih lagi berada dalam kandungan. Waktu itu, puak Beelzebub nak balik family kau sebab mereka tahu kau sebenarnya istimewa. Ada sesuatu dalam diri kau yang buatkan kau lebih berkuasa. Tapi, appa sudah tidak mahu terima puak lamanya sebab dia tahu apa yang Clan Devils nak buat pada kau. Oleh sebab itu, mereka bunuh omma dan appa selepas 5 tahun kau di lahirkan. Malangnya, mereka gagal. Jadi, mereka tinggal 'sayang' mereka pada kau; apabila genapnya 18 tahun umur kau, maka masa itu akan di singkatkan atau kata erti lain kau diberi tempoh masa."

"Puak Beelzebub nak balik keluarga aku? Maksud kau? Dan, apa yang akan terjadi kalau aku masih lagi tak bebas?"

"Appa merupakan puak Beelzebub. Manakala omma merupakan puak Aniyunwiya. Kedua-dua belah pihak tidak setuju dengan hubungan mereka. Datuk sebelah appa nak dia kahwin dengan gadis pilihan datuk kau tapi appa bantah. Dengan serta-merta appa dibuang mentah-mentah daripada puak Beelzebub. Begitu juga dengan omma. Suatu hari, kisah ini sampai ke telinga warga istana. Atas sebab simpati, Pemaisuri meminta tolong mama dan papa untuk sediakan segala kelengkapan untuk omma dan appa. Dan semenjak itu, mereka di bawah naungan puak Bellerose. Kalau kau tak bebas, maka kau takkan kenal lagi diri engkau yang sekarang. Kau akan jadi seseorang yang baru, lain dan kejam. Waktu itu, kebaikan akan menjadi kejahatan buat kau dan kejahatan merupakan kebaikan kau." Jaehyun cerita dengan penuh semangat.

'Sistar de veil.' Desis hati Halla.

"Sekarang kau tahu kan, siapa yang bunuh omma dan appa?" 

"Abang appa sendiri," ujar Halla, sayu.

"Ah, Jaehyun! Sebelum aku lupa, Jungkook masukkan aku dalam pertandingan tarian," kata Halla.

"Tahu. Tahniah sebab berani. Lepas nie, cuba maniskan sikit wajah kau! Esok bertanding kan? Selamat maju jaya!" ucap Jaehyun sebelum berlalu pergi.

 

Sudah beberapa hari Halla berlatih untuk konsert separuh akhir. Berdebar juga dia. Hampir keseluruhan bajunya basah dek peluh yang tidak berhenti mengalir. Rasa tidak selesa dibuang jauh-jauh. Dia perlu berlatih. Itu sahaja yang ada dalam mindanya. Esok, merupakan hari untuk menentukan siapa yang akan sampai ke penghujungnya. Jungkook terpana melihat Halla. Baju dah basah pun masih tidak mahu berhenti.

 

"Goodluck, Halla!" kata Hoseok.

"Fighting!!!" jerit yang lain kecuali Jaehyun. Walaupun Halla tidak nampak, dia tahu Jaehyun tidak akan ucap depan-depan. Selama dia hidup dengan jejaka itu, sekali pun tidak pernah Jaehyun mengucapkan kata-kata semangat buat Halla. 

Mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Topeng muka di ubah di bawah dagu; akhirnya mereka dapat merasa semula udara yang dingin. Air serta makanan ringan dinikmati. Saat yang dinantikan kini tiba. 

 

Hanya tinggal satu lagi tahap dan semuanya mungkin akan berakhir. Untuk pertama kalinya Halla senyum setelah sekian lama. BTS terpegun melihat senyumannya yang mempersonakan itu.

'Halla at last!' getus hati Jaehyun sebelum berlalu pergi. 

"WOW! First time! Kalau kau setiap hari macam nie, pergh! Meletop!" Kata-kata Jimin di balas dengan sorakan kerana kedengaran seperti usikan walhal mereka sebenarnya tahu bahawa dia ikhlas.

"Aku setuju!" ujar Suga. Menambah perisa dalam drama sebabak ini.

 

Kepulangan ke rumahnya mungkin membawa kebahagiaan, mungkin membawa kesedihan. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang dirasainya sekarang namun, dia memilih untuk merasai kebahagiaan walaupun sebentar. Perjalanannya diteruskan lagi sehingga ke dapur. Terlihat seseorang yang sedang asyik memasak membuatkan dia kaku di situ. Siapa pula yang bertandang ke rumah mereka kali ini?

"Who are you, mister?" sapa Halla.

"Well, hi! I'm Jaehyun and you're my adoptive sister, remember?" jawab Jaehyun, dingin.

"Omo! Yah! Tapi...aku tak boleh tengok kau kan? K-kenapa selama nie kau jadi halimunan?" soal Halla, keliru. Soalan Halla membuatkan Jaehyun mengeluh.

"Kau nie memang dah tua ke? First smile, remember?" Halla terkesima. Fikirannya berusaha untuk menggali semula memori itu.

 

 

"Go away!! Kalau kau halang oppa, dia takkan mati!!!" jerit Halla dalam tangisan.

"Halla, nothing can stop him and you knew that!"

"Go! I don't wanna see you anymore!"

"If that's your wish, see me when the smile exist in you again. The first smile."

 

 

"The first smile....Ahahaha! Finally! Aku hampir lupa rupa kau. Seriously macam oppa," kata Halla, sayu. Secara realitinya, dia amat merindui wajah itu.

"Dah! Jom makan!" Jaehyun menghidangkan makanan yang dimasaknya sebentar tadi.

 

Waktu pulang seperti biasa, tiada apa pun yang berubah. Tetapi bagi Halla, waktu pulangnya hari ini merupakan agak menarik dan lain daripada orang lain. Kenapa? Kerana akhirnya dia dapat semula dirinya yang dulu. Daripada situ, segalanya berubah seperti dulu. Dia tidak perlu lagi mencari Jaehyun dalam angin yang sentiasa menemani. Tidak perlu lagi merasakan dirinya seperti bercakap seorang diri. Tidak perlu lagi meneka di mana Jaehyun berada dan sebagainya. 

"Sunbae!" jerit Yein sambil berlari ke arahnya.

"Saya nak ajak sunbae keluar date malam nie, boleh? Jangan risau, oppa takde," ujar Yein. Halla tergelak kecil apabila mendengar perkataan 'date'. Dia mengiakan sahaja. Sementelahan itu, Yein menjerit keriangan sambil berlari semula ke keretanya. Halla tersenyum melihat gelagat Yein.

"Jaehyun, kau rindu tak panggilan 'oppa' aku dekat kau?"

"Tak! Sebab kau jahat! Dulu kau tak menyusahkan."

"Hahaha! Let's make a deal since kau dah kotakan janji kau. Ini janji aku, aku akan panggil semula kau 'oppa' bila aku bebas daripada sumpahan nie. Kalau tak berjaya, aku jumpa kau dekat medan perang." Halla berlalu pergi setelah berkata sedemikian. Jaehyun terkesima. Ya, dia tahu jika Halla tak berjaya, maka dia akan menjadi musuh ketat Halla kerana sekarang dia merupakan pelindung Halla.

 

Malam yang hening dihiasi beribu kelipan bintang serta sinaran bulan yang membuatkan malam itu lebih romantik. Ya, romantik bagi pasangan kekasih namun tidak bagi dua manusia yang bergelar senior-junior. Meskipun keadaan di sekeliling mereka meriah, tetapi ianya seperti burung gagak terbang di atas kepala bersama tiga noktah. Kekok dan hening. Halla pun sebenarnya tidak tahu apa yang patut dibicarakan. 

"Boleh saya panggil sunbae; unnie?" suara Yein memecah hening. Halla hanya mengangguk serta senyuman yang tidak lekang di bibirnya.

"Unnie suka oppa tak?" Terbatuk Halla dek soalan Yein. Sungguh dia tidak menyangka soalan itu akan diketengahkan. 

"Kenapa Yein tanya soalan itu?" Halla ingin tahu apa sebenarnya muslihat gadis ini. Nak buat luahan hati ke?

"Erm...oppa suka dekat unnie sebenarnya. Sebab itu dia tak nafikan kalau kitorang usik dia dengan unnie. Yein tahu unnie malu." Yein tergelak kecil apabila membuat pengakuan tentang abangnya. Halla terpana. Mukanya sudah mula merona merah. Dan hal itu membuatkan tawa Yein semakin rancak.

"Dia tak pernah bagitahu pun selama nie? Kalau unnie tanya during kelas kaunseling, dia tak pernah jawab."

"Mana ada orang nak confess kalau unnie tak boleh di buat main. Lagi satu, dia takut unnie tak suka dia. Lagipun, kalau berita nie sampai ke telinga para media, hancurlah imej dia sebagai seorang artis serta pelajar. Mungkin nampak hal remeh tapi sebenarnya ia bagaikan isu terbesar di dunia!" ujar Yein. Halla masih lagi tidak percaya apa yang dia dengar. 

"Yein boleh tolong unnie?" Halla memegang kedua-dua belah bahu Yein. Mengharap agar gadis itu sudi menolongnya. Yein mengangguk.

"Tolong burukkan nama unnie. Buatlah apapun, asalkan Jungkook benci unnie atau jauhkan diri daripada unnie. Boleh?"

"No! That's too much! Kalau unnie tak suka oppa sekali pun, unnie tak boleh treat dia macam tu!" bantah Yein. 

"Unnie minta tolong sangat-sangat. Bukan maksud unnie tak suka dia tapi dia dalam bahaya. Mungkin Yein tak faham tapi unnie harap Yein boleh tolong," rayu Halla. Lantaran itu, dia menucapkan terima kasih untuk makan malam sebelum berlari ke suatu tempat. 

 

Yein buntu. Permintaan Halla dibertimbangkan. Segalanya difikir secara positif dan dia bersetuju. Lama juga dia terjegat di hadapan pintu pagar rumahnya. Memikirkan taktik untuk menfitnah Halla agar abangnya percaya. Jungkook membuka pintu rumah; ingin menyambut kepulangan adiknya. Yei

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MaryRose19
#1
eng sub please
iralien #2
Chapter 17: Beautiful Creatures
Miss_Baek
#3
Chapter 17: Sedihnya dh habis....sequel please?Best sangat ff ni
yukishizu #4
Chapter 16: keep update~
good luck pt3
Miss_Baek
#5
Chapter 16: Authornim fighting for pt3!Saya doakan unnie dapat keputusan elok.Btw update soon!!!
kimyooo #6
Chapter 16: Palli updatei kennot wait ♡♡♡
Tihahh #7
Chapter 16: Update soon author! :D
Miss_Baek
#8
Chapter 15: Palli update authornim!!!
Tihahh #9
Chapter 15: Update soon author! Wah ! Tak sabar ni!
kimyooo #10
Chapter 15: Update soon... saye akan terus tunggu chapt yg sterosnye