Chapter 15.

Black Queen: I Can't Love You!
Please Subscribe to read the full chapter

"Tu diaaa!! Ice princess favorite Kookie dah sampai!" ujar Jimin. Taehyung mencuit-cuit bahu Jungkook.

"Jaehyun, aku balik lewat sikit kot malam nie kayh?" Jaehyun lega. Berdebar juga jantungnya menanti butir-butir perkataan yang bakal diucapkan oleh Halla. Jika dia khabarkan tentang pulang lewat, pasti ada pekerja yang cuti. Jadi, segala kerja jatuh ke tangannya.

"Take care!" kata Jaehyun sebelum Halla berlalu pergi. Malas dia tunggu di situ kerana dia segan dengan BTS gara-gara kejadian di rumah Jungkook tempoh hari. Sehingga kini, mereka masih menganggap kata-kata Jungkook itu benar. Si Jungkook pula tidak pernah menafikan perkara itu setiap kali mereka mengusik Halla dan dirinya. Yang dia balas hanyalah senyuman. Cuma Halla seorang yang beria-ria menafikan perkara itu. Sakit pula hati Halla apaila melihat senyumannya.

 

Seperti biasa, kerjanya hanya menghantar CD di bilik latihan. Muka serius ditampal sepenuhnya pada seluruh mukanya. Dia terpaksa bertopengkan muka tebal meski sesiapa pun tahu bahawa dia sedang malu.  Entah mengapa mukanya menjadi merah padam setiap kali menglangkah masuk ke bilik itu sedangkan dia tahu bahawa perkara itu sama sekali tidak benar! Langkahnya pasti akan menjadi laju setiap kali ingin meninggalkan bilik tersebut. Tubuhnya yang kecil disandarkan pada dinding sebaik sahaja kakinya melangkah keluar.

'Jika perkara itu tidak benar, kenapa aku harus malu?' soalan ditujukan pada dirinya sambil menampar lembut pipinya.

 

Usai bekerja, Halla masuk ke bilik latihan milik BTS itu. Kunci di capai di atas pintu masuk. Memang sengaja PD-nim meninggalkan kunci itu di situ bagi memudahkan kerja Halla; jadi dia tidak perlu ke pondok pegawai di tingkat bawah. Lagu 'Fight Song' nyanyian Rachel Platten di mainkan. Gerak-geri tarian di cipta mengikut cita rasanya.

Dalam asyikannya menari, Jungkook menyelinap masuk tanpa sebarang bunyi. Dia tahu, pada waktu begini Halla akan berada di bilik itu. Jungkook terpesona dengan tarian Halla sehingga membuatkan dia lupa untuk menyembunyikan dirinya. Jungkook berdiri betul-betul di hadapan pintu namun, dendangan lagu yang menguasai bilik ini telah membuatkan Halla tenggelam dalam keasyikan tariannya sendiri, sekaligus telah membutakan Halla daripada melihat Jungkook.

Setiap gerak-gerinya disaksikan oleh sepasang mata milik Jeong Jungkook sehingga ke akhirnya. Tamat sahaja lagu itu, Jungkook menghadiahkan tepukan yang gemuruh. Halla terkejut tetapi mukanya tidak diangkat dengan serta-merta. Hatinya gelisah.

'Aduh! Siapa pulak yang tengok nie? Eotteohkhae?!! Janganlah Tuan Pengerusi!' getus hatinya, tidak keruan. Jantungnya semakin rancak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MaryRose19
#1
eng sub please
iralien #2
Chapter 17: Beautiful Creatures
Miss_Baek
#3
Chapter 17: Sedihnya dh habis....sequel please?Best sangat ff ni
yukishizu #4
Chapter 16: keep update~
good luck pt3
Miss_Baek
#5
Chapter 16: Authornim fighting for pt3!Saya doakan unnie dapat keputusan elok.Btw update soon!!!
kimyooo #6
Chapter 16: Palli updatei kennot wait ♡♡♡
Tihahh #7
Chapter 16: Update soon author! :D
Miss_Baek
#8
Chapter 15: Palli update authornim!!!
Tihahh #9
Chapter 15: Update soon author! Wah ! Tak sabar ni!
kimyooo #10
Chapter 15: Update soon... saye akan terus tunggu chapt yg sterosnye