Chapter 16.

Black Queen: I Can't Love You!
Please Subscribe to read the full chapter

BTS berjalan keluar daripada dorm. Menghirup udara luar. Sungguh mereka rindu akan suasana lapang tanpa jadual yang penuh. Mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Tidak mahu naik kereta langsung. Walaupun PD-nim memberikan amaran keras, mereka tetap berkeras kepala. Biasalah, anak muda, bermacam-macam ragamnya. Terpaksalah di ikutkan sahaja apa kata mereka. 

Seperti yang kita sedia maklumi, artis sudah semestinya akan di kelilingi oleh para peminat. Begitu juga dengan situasi mereka. Mereka singgah masuk ke suatu tempat yang mana menarik minat mereka. Uji bakat tarian. Jungkook berhenti di hadapan meja daftar walhal yang lain sudah mengambil tempat duduk masing-masing. Mukanya berseri sewaktu mengisi borang pendaftaran. Niat sebenarnya ingin menyakat Halla namun cerita tentang kisah kematian abang Halla mula bermain dalam kotak fikirannya. Pengisian borang masih diteruskan. Segala maklumat yang dia tidak ketahui, ditulis sesuka hatinya. Matanya melirik pada tarikh akhir uji bakat ini; esok. 

 

Awal pagi lagi BTS sudah sampai sekolah. Jungkook melekatkan satu nota di bawah meja Halla. Setelah itu, dia menyertai ahli yang lain di belakang sekolah. Mereka tidak akan masuk awal ke dalam kelas. 

"Halla, macam biasa." kata Jaehyun sebelum beredar. Halla meneruskan perjalanannya ke kelas. Beg di letakkan di tepi meja. Pada waktu yang sama, nota kecil milik Jungkook tadi jatuh ke atas lantai. Segera dicapai. Pada nota itu tertulis,

"Jumpa aku dekat belakang sekolah selepas rehat." Nota itu dibaca sekilas. Dahinya berkerut namun tidak di hiraukan soalan yang sedang bermain dalam fikirannya. 

"Hey sis!" Halla tersentak dengan sapaan itu; secara spontan dia menggumpal nota kecil itu lalu di tolak ke dalam meja. 

"Kau nak apa?!" soal Halla. 

"Olololo, jangan lah marah. Kita kan sepupu. Tak ingat ke?" Dasom melabuhkan punggung di atas meja Halla. Dia mengelus pipi Halla namun segera ditepis oleh gadis di hadapannya itu.

"Look, Halla. You only got a few days left. Just be in our tribe. We won't hurt you. Cousins won't let their own families down, right darling?" Tangannya menggenggam rambut Halla dan dilepaskan dengan perlahan-lahan. 

"Haha. Cousins won't let their own families down? If that what cousins do, then what are you, huh? Orang macam kau nie ke yang patut aku panggil sepupu?!" sinis Halla. Tubuh kecil Dasom ditolak kasar sehingga gadis itu jatuh menyembah bumi. Bora, Soyou dan Hyolyn menghampiri Dasom.

'Dasar perempuan tak guna!' kutuk hati Dasom seraya melihat Halla yang semakin menghilangkan diri daripada pandangannya. 

 

Badan Halla menggigil. Dia merebahkan tubuhnya pada sebuah bangku di sebelahnya. Muatiara jernih mula membasahi pipinya. Jaehyun hanya memerhati dari jauh. Satu keluhan kecil dilepaskan.

"Bila lah kau nak berubah, Halla? Kau tak patut takut." Jaehyun bermonolog sendirian. Dia mengatur langkah untuk mendekati Halla. Dengan menggunakan air kotak, dia menolak pipi Halla. Tangan Halla pantas menyeka air matanya. 

"Kau langgar perjanjian kita. Such a crying baby!" usik Jaehyun.

"A-aku takut. Kau rasa aku boleh hapuskan ke?"

"If you believe." 

"Halla! Penat kitorang cari awak. Huh! Awak okay tak? Owh, sunbae, mian," ujar Jane. Rakan-rakannya yang lain masih lagi berusaha untuk menstabilkan nafas mereka.

"Kitorang?" Jaehyun terkesima dengan soalan Halla. Benarkah dia tak nampak rakan-rakannya yang lain di belakang Jane? Apa semua ini? Mata Jaehyun tertangkap dengan empat manusia di atas bumbung sekolah. Jaehyun memegang kedua-dua belah bahu Halla agar gadis itu memandang tepat ke arah matanya. Dia tahu gadis itu dipukau. Halla bagaikan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MaryRose19
#1
eng sub please
iralien #2
Chapter 17: Beautiful Creatures
Miss_Baek
#3
Chapter 17: Sedihnya dh habis....sequel please?Best sangat ff ni
yukishizu #4
Chapter 16: keep update~
good luck pt3
Miss_Baek
#5
Chapter 16: Authornim fighting for pt3!Saya doakan unnie dapat keputusan elok.Btw update soon!!!
kimyooo #6
Chapter 16: Palli updatei kennot wait ♡♡♡
Tihahh #7
Chapter 16: Update soon author! :D
Miss_Baek
#8
Chapter 15: Palli update authornim!!!
Tihahh #9
Chapter 15: Update soon author! Wah ! Tak sabar ni!
kimyooo #10
Chapter 15: Update soon... saye akan terus tunggu chapt yg sterosnye