Bonus Extra

Don't Forget Me

Di KFC,

"Abang KyungHo, boleh tak Jun nak tanya soalan cipu emas?" Soal Jun yang baru sahaja menghabiskan seketul ayam goreng.

"Cipu emas? Apanya?" KyungHo memberi green light sebelum meneguk secawan pepsi.

"Selama ni mana abang bawa Kak SooYoung keluar? Sorry to say, tapi Jun nak tahu," Tanya Jun sambil diperhatikan oleh SooYoung yang mukanya kian memerah.

"Hurm... Abang bawa akak Jun pergi tengok wayang, makan-makan, shopping, melawat rumah agam keluarga abang. Alaa, benda yang orang selalu buat bila dating lah senang citer citer,"Beritahu KyungHo dengan nada penuh romantik.

"Woa!!! Rumah agam?! That's mean abang ni orang kaya lah kan?" Soal Jun nyata teruja. Sementara KyungHo dan SooYoung hanya tersenyum panjang menjawab soalan itu. "Tapi... Kenapa abang tak pernah ajak Jun? Jun nak juga keluar dengan abang!"

"Hehehe... Abang tak pernah ajak Jun seb- seba- sebab..." KyungHo sengaja menggantung ayatnya bagi menimbulkan unsur suspen.

 

"Sebab apa?" SooYoung dan Jun serentak menyoal.

"Sebab Jun ni tinggi sangat lah! Aduh! Segan abang setiap kali berdiri sebelah Jun. Abang ni dah 30 lebih, tapi Jun yang belum capai umur 20 tahun, dah lebih tinggi dari abang! Segan dowh!" Jelas KyungHo sambil menutup mukanya, menahan rasa malu yang menebal sementara dua beradik Choi itu ketawa terbahak-bahak mendengar alasan itu.

"Oh ya, Jun. Akak pun nak tanya cipu cemas juga." Ujar SooYoung sambil wink pada adiknya.

"Ada apa? Tanyalah. By the way, nape dengan mata akak? Sakit ke?" Soal bodoh Jun yang membuatkan SooYoung pandang besar kecik besar kecik je Jun ini.

"Takde, akak nak tanya macam mana eh Jun lari dari rumah? Dan Jun pergi mana? Sebab akak cari Jun tak jumpa," soal bertalu-talu SooYoung dengan perasaan ingin tahu yang kuat.

"Ohh... Jun turun ikut tingkap, kan tingkap Jun ada tangga kecemasan. Pastu Jun tak gi mana pun." Kata-kata itu mengejutkan SooYoung dan KyungHo. Mata mereka membulat.

"Jun tahu akak ni lembab orangnya, terutama time kecemasan. Dan Jun tahu kehilangan Jun adalah sesuatu yang kecemasan bagi akak. So Jun menyorok belakang rumah kita aje. Jun ingat bila akak dan abang KyungHo dah pergi, Jun nak masuk rumah tapi akak kunci pintu pulak. Terpaksalah Jun duduk bersila depan rumah, tunggu akak," terang Jun panjang lebar sebelum menyuapkan sejumlah cheezy wages ke dalam mulut.

"Jun... Mari sini dekat dengan akak," panggil SooYoung. 

"Mwyo?" Tanya Jun sambil mengunyah cheezy wages itu.

"Marilah, akak nak cakap sikit." Panggil SooYoung lagi.

"Mesti akak nak puji kan? Sebab Jun genius? Kan? Kan?" Jun cuba meneka sambil menggerakkan badannya mendekati SooYoung. Namun sebaik sahaja bahu Jun menyentuh bahu kakaknya...,

"Genius?!!! Genius lah sangat!!! Jun tahu tak akak melilau sana sini, ke hulu ke hilir, cari Jun! Rupanya Jun... Erghhhh!!!! Jun tahu tak akak risaukan Jun?!! Jun ni memang nak kena!!!" SooYoung yang geram itu pantas menarik cuping telinga Jun sekuat mungkin.

"Aaaaaaaaaaarghhhhhhhh!!!!! Akak!!! Ampun kak!"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
bonus extra chapter update! Plz take a look and tell me what you think ^^

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 6: Haha ok saya orang first komen kat cerita ni. Ya allah, mengalir air mata saya baca cerita ni tambah2 dekat part jun gaduh dengan sooyoung tu, saya fikir ending dia sad sekali happy ending haha. Aduh menyentuh perasaan betul, susah nak jumpa cerita tentang adik beradik ni dan memang dah lama saya cari tapi tak jumpa haha. Pape pon Good job authornim ^_^...