\(;´□`)/

Don't Forget Me

SooYoung memusingkan tombol pintu bilik Jun. Masa bagaikan terhenti apabila SooYoung mendapati bilik itu kosong. Matanya mulai meliar mencari tubuh adiknya, namun apa yang dijumpai hanyalah...

"KyungHo!!!" SooYoung menjerit memanggil KyungHo. Sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil, tanpa membuang masa KyungHo pantas bergegas ke atas meluru ke arah SooYoung.

"SooYoung, kenapa ni?" soal KyungHo. Dia kelihatan amat cemas setelah melihat SooYoung terduduk di lantai sambil mengangis teresak-esak. "SooYoung...?" KyungHo mendekati SooYoung. Akibat tidak mampu menahan rasa sendirian, SooYoung bertindak memeluk KyungHo tanpa menjawab soalan KyungHo.

KyungHo cuba menenangkan kekasihnya itu., sekali lagi bibirnya mengutarakan soalan.

"Waeyo?" tanyanya dengan suara yang sangat manis.

"Ju- Ju- Jun... Dia... Di- dia..." SooYoung tidak dapat berkata dengan lancar kerana terlalu sedih. KyungHo tidak memaksa, dia berusaha untuk menenangkan kembali SooYoung.Kemudian KyungHo melihat terdapat sekeping kertas di dalam genggaman SooYoung. Dia lantas mengambil dan membaca isi kandungan kertas itu.

Akak, maafkan Jun. Jun sayang akak sebab tu Jun tak pernah halang akak dengan abang KyungHo tapi Jun tak sangka pula akak boleh lupakan birthday Jun. Apapun, terima kasih bagi hadiah tamparan tu untuk birthday Jun. Jun suka sangat. Kalau kehilangan Jun, menggembirakan akak. Janganlah cari Jun lagi.

"Dah lah! Takde masa nak sedih-sedih!" tiba-tiba SooYoung bangun dan menyingkirkan air matanya yang mengalir seperti air empangan pecah. "Saya nak cari Jun," kata SooYoung sebelum bergegas keluar.

"Tak, saya tak benarkan."  Entah mengapa KyungHo tiba-tiba menghalang. 

"Awak ni kenapa? Jun tu adik sayalah!" tegas SooYoung berkata-kata. Seribu garisan mula terlukis di dahi gadis itu.

"Saya tak benarkan awak pergi seorang dengan keadaan emosi awak yang tak stabil ni. Saya risau. Kita cari Jun sama-sama ya?" SooYoung mengangguk tanda setuju. Mereka berdua pun pergi mencari budak lelaki berusia 17 tahun itu di serata tempat.

Setiap rumah rakan-rakan Jun, telah diperiksa. Namun malang, tiada langsung tanda-tanda Jun di situ. Jam sudah hampir menunjukkan pukul 12 malam, kereta Honda City milik KyungHo masih berada di atas jalan.

"SooYoung, dah nak pukul 12 tengah malam ni. Apa kata awak balik dulu? Biar saya je teruskan pencarian." SooYoung tidak memberi sebarang balas. Dia senyap seribu bahasa. Kata orang tua-tua; kalau senyap itu tanda setuju. Jadi KyungHo pun terus memecut keretanya untuk menghantar SooYoung pulang.

Ketika tiba di rumah SooYoung, mata KyungHo terbeliak. Tiada perkataan yang mampu mengungkap perasaannya tatkala...

"Akak, kenapa akak balik lambat?! Lama duh Jun tunggu depan ni. Tercegat je macam ntah pape. Dahlah, kak! Cepatlah buka pintu. Jun tak bawa kunci Jun." Renggek Jun yang sedang duduk bersila di depan pintu rumahnya.

"KAU NI DAH KENAPA HAH?!!!" SooYoung menyoal dengan nada suara yang tinggi sekali. "Maafkan akak!" tiba-tiba SooYoung memeluk erat adiknya. Jun tergamam. "Akak sedar kesalahan akak. Maafkanlah akak! Jun, akak minta maaf. Akak sayang Jun. Jun satu-satunya adik akak!" luah SooYoung. Tanpa disedari, air matanya mulai mengalir deras.

"Akak, Jun adik akak. Jun sentiasa maafkan akak. Tapi... Akak kena janji one thing," ujar Jun seraya meleraikan pelukkan erat itu.

 "Apa?" SooYoung menyoal ringkas. 

"Don't forget me. Don't ever forget me because I will never forget you. You will always in my heart. Always be the best among the best person to me. Okay?" Jawab Jun. Nampaknya dia dah mula nak 'speaking'.

"Okay! No problem! I will promise you, my dear," balas SooYoung juga dalam bahasa inggeris.

"Eh, akak dah pandai speaking!" Jun seolah-olah tekerjut mendengar kakaknya bertutur dalam bahasa itu.

"Well you know me! By the way, kalau akak buat perangai lagi, akak janji akak akan belikan Jun papan luncur baru!" SooYoung berjanji sambil tangannya menyangkuk bahu Jun.

"Ehem! Ehem!" perbualan dua beradik itu diganggu dengan bunyi berdehem seseorang dari jauh.

"Eh, KyungHo!" 

"Abang KyungHo, maaflah sebab kurang ajar dengan abang petang tadi. Jun cuma takut kehilangan kakak Jun je. Sorrylah ye?" Jun meminta maaf dari jauh kerana KyungHo masih berdiri di sisi keretanya persis seperti seorang model.

"No matterlah. Just nak cakap, KFC buka lagi sekarang. Jun nak sambut birthday lagi tak?" soal cipu emas KyungHo pada Jun.

"Mastilah nak!" Jawab Jun ceria.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
bonus extra chapter update! Plz take a look and tell me what you think ^^

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 6: Haha ok saya orang first komen kat cerita ni. Ya allah, mengalir air mata saya baca cerita ni tambah2 dekat part jun gaduh dengan sooyoung tu, saya fikir ending dia sad sekali happy ending haha. Aduh menyentuh perasaan betul, susah nak jumpa cerita tentang adik beradik ni dan memang dah lama saya cari tapi tak jumpa haha. Pape pon Good job authornim ^_^...