(╯︵╰,)

Don't Forget Me

SooYoung mengelap air matanya dan kembali fokus membantu SunHwa memasak.

"Jun!!! Turun, makan malam!" SooYoung memanggil adiknya. Selang seminit, datang Jun menuruni satu demi satu anak tangga dengan gaya tersendiri. 

"Jun, lain kali turun tangga biasa-biasa jelah! Jangan guna gaya pelik-pelik!" Marah SooYoung dengan aksi adiknya.

"Suka hati Jun lah! Jun tak jatuh pun," Jun menjawab bicara kakaknya.

SunHwa yang memerhati dari jauh ketawa kecil melihat teatah dua beradik itu.

"Dah lah tu SooYoung, nak makan tak?" Mendengar ajakan SunHwa, dua beradik itu berhenti bertelagah dan terus ke meja makan yang berbentuk bujur.

"Jun nak duduk sebelah kak SunHwa!" Ujar Jun lantas segera duduk di sebelah kiri SunHwa sementara SooYoung duduk berhadapan SunHwa.

"Kenapa Jun tak duduk sebelah SooYoung?" Soal cipu emas SunHwa kepada Jun yang sedang mencedok nasi ke pinggan.

"Kak SooYoung suka pukul Jun. Jun tak sukalah! Beside, SunHwa nuna not always with me," Jun yang memang mahir bercakap english, tiba-tiba speaking dengan machonya.

"Ceh, bajet speaking!" Sindir SooYoung. Dia menguis-uis nasi di pingganya sementara matanya menjeling SunHwa dan Jun yang kelihatan mesra itu.

"Akak, dengki! Bwueek~"Jun menjelir lidah pada SooYoung sebelum menyuap nasi ke mulut.

"Jun, Jun genius boy kan?" SunHwa yang dari tadi memerharti gelagat dua beradik itu membuka bicara. Jun hanya menggaguk laju mengiakan kata SunHwa kerana mulutnya sibuk mengunyah makanan.

"Wae?" Jun menyoal ringkas kerana dia masih kyusuk menikmati makanan.

"Takde apa, just nak bagitau Makanan semua ni SooYoung yang masak," jelas SunHwa sengaja ingin mengetahui sejauh mana Jun mengenali SooYoung. Jun senyap sahaja apabila mendengar ayat itu, segala tindakannya terhenti. Gambaran kejutan sungguh jelas terpancar dari wajahnya.

"Kenapa senyap Jun? Sedap sangat?  Kagum? Well... You know me yet, my younger brother," ujar SooYoung penuh rasa bangga.

 "Ah, takde makna Jun percaya!! Phui !" Jun berpura-pura seperti meludah. "Cuma Jun tak sangka akak sanggup paksa Kak SunHwa supaya Kak SunHwa mengaku masakan yang sedap meletop gebabom ni kak SooYoung yang masak. Akak ni kejam terhadap Kak SunHwa!" Sambung Jun kedengaran sangat serius. 

'Aku kejam? aku paksa SunHwa menipu?' kata hati SooYoung mula berbisik.

SooYoung sentap mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya itu. Otot-otot badanya terasa lemah untuk melakukan sebarang pergerakan. Begitu juga dengan  matanya yang hanya mampu memerhati bibir budak lelaki itu.

"Hey, Jun! Kenapa cakap macam tu pada kaka-" SunHwa cuba menegur perbuatan Jun itu tetapi Jun pantas mencelah;

"Lagipun kalau kak SooYoung yang masak, kucing pun tak nak makan tau! Jun lagilah tak lalu nak makan. Bahaya... silap-silap ada radioakfif. Boleh sakit-sakit nanti!"

"Jun dah habis makan?" Soal SooYoung berbunyi sinis.

"Belum... makanan ni sedap sangat lah! Jun rasa tak puas, bukan macam masakan ak-" Bicara pedas Jun terhenti apabila.., 

"SUDAH !!!!!! JUN TAK PUAS LAGI BURUKAN AKAK DEPAN KAWAN AKAK SENDIRI???!" SooYoung menjerit. Gunung berapi di hatinya tidak tertahan lagi untuk meletus. "JUN INGAT AKAK TAKDE PERASAAN KE?!!" Tambah SooYoung sebelum berlalu naik ke biliknya meningggalkan SunHwa dan Jun.

"Aaaaa..." SunHwa melopong melihat kejadian itu. "Jun, akak balik lah. Annyeong~" ucap terakhir SunHwa sebelum bergegas keluar.

"Kak Sun-" Jun tak mampu menyambung apabila bayang SunHwa hilang dari pandangan matanya.

'Salah aku ke? Aku kan gurau je. Maafkan Jun, kakak!' kesal Jun mengenangkan sikapnya yang mulut lancang tadi.

"Akak...." Panggil Jun sambil mengetuk pintu bilik kakaknya yang tak berkunci. Namun tiada sebarang balas dari kakaknya. Dari jauh Jun melihat SooYoung sedang duduk sendirian di hujung katil. Perlahan-lahan dia mendekati SooYoung.

"Akak..."  Panggil Jun lagi. Respon yang sama diterima. Jun semakin mendekati. Dia kemudian duduk di sebelah kakaknya.

"Akak...." Jun memanggil untuk ketiga kali. SooYoung masih membisu malah dia langsung tidak memandang wajah adiknya. Didorong perasaan serba salah yang semakin menebal, Jun pantas memeluk erat tubuh kakaknya.

"Akak!!!! Maafkan Jun!!!! Jun sayang akak!!!! Jun tak berniat pun nak lukakan hati akak!!! Jun gurau je!!! Tujuan Jun, Jun nak tunjukkan kat kak SunHwa yang hubungan kita ni rapat sangat. Walaupun kita sering bergaduh, kita tetap sayang antara satu sama lain. Tu je tujuan Jun. Jun tahu Jun salah!!!!  Maafkan Jun!!! Jun sayang akak sangat-sangat!!!! Akaklah kakak terbaik bagi Jun!!!" Luah Jun panjang lebar sambil menagis teresak-esak.

"Akak pun sayang Jun," SooYoung bersuara.

"Is that mean you already forgive me?" Soal Jun dalam bahasa inggeris, sangat fasih.

"Kau jangan nak bajet speaking lah!" SooYoung yang sebenarnya cemburu dengan kefasihan adiknya bertutur dalam bahasa anatarabangsa itu menolak lembut bibir Jun.

"Yela, yela! Akak maafkanlah Jun...?" soal Jun bernada simpati.

"Akak maafkan Jun. Tapi Jun janji jangan buat macam tu lagi! Akak ni manusia! Ada hati, perut tau?" Selesai berkata, Jun mengangguk memberi kepastian.

"Tapi... susah juga nak pujuk kakak Jun yang merajuk erk?" spontan Jun menyoal sambil meleraikan pelukan erat itu.

"Mana ada akak merajuk! Orang dah besar lah, tak main lah merajuk-merajuk ni. Akak kecil hati je tadi!" Terang SooYoung sambil tangannya ligat menjahanamkan rambut Jun.

"Janganlah kak! Rosaklah rambut Jun yang swagg ni!" Keluh Jun yang amat khuathir tentang keadaan rambutnya. Tetapi malang, keluhan itu langsung tidak dihiraukan oleh SooYoung, dia bertindak lebih agresif.

"Akak!!!! Hajima!!!!!!!!"

$*$*$*$*$*$*$*$*$*$*$*$*$

"Akak!! Cepatlah!! Jun nak makan!! Jun lapar!!" Choi JunHong merenggek seperti anak kecil yang hilang botol susunya apabila sudah hampir satu jam lebih dia menunggu kakaknya membeli alat solek.

Hari ni hari cuti, mereka keluar berbelanja di Jayen Mall. Pada mulanya memang seronok, SooYoung belikan Jun banyak barang baru tapi apabila mereka melintasi 'To The Beautiful You Shop' iaitu kedai barang kecantikkan, SooYoung terus dipaku di situ. Jun memang benci kedai sebegitu dan menggelarkan ia sebagai 'rumah hantu'.

'Ni lah perempuan, asal lalu rumah hantu je, terus terpukau. Kaki  tu macam kotoran degil susah nak tanggal. Haih.... harap-harap girlfriend merangkap wife aku takde perangai macam ni,' hati Jun mengomel sendiri.

"Akak!!! Cepatlah kak SooYoung Oui!" Jun memanggil lagi. Dia yang bosan menunggu sendirian di luar 'rumah hantu' itu pun menyanyi "Beginilah nasib diriku yang malang, menunggu kakak beli makeup berjam-jam. Aduhai perempuan~~~" nyanyian Jun yang agak kuat sehingga didengari orang sekeliling itu terhenti apabila..,

"Arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!" Suara kakaknya yang sangat lantang itu kedengaran. Jun pantas pergi ke arah SooYoung, di sana dia melihat kakaknya Choi SooYoung telah dilanggar seorang lelaki tinggi lampai yang sedang memengang secawan kopi.

"Harimau jadian dah mengamuk!" Jun selamba berkata-kata. Dia kini sudah bersedia menunggu aksi seterusnya.

"Maaf. Saya tak sengaja," lelaki tampan yang melanggar SooYoung memohon maaf.

"Ah, apa maaf-maaf? Tengok baju saya yang putih ni habis kotor kena air kopi awak tu!" Rungut SooYoung. Dia membelek-belek bajunya yang sudah basah dan kotor terkena air kopi sejuk itu.

"Macam nilah awak bagi baju awak, nanti saya cuci," ujar lelaki itu lagi.

"Biar bet-" Ayat SooYoung terhenti apabila dia memandang wajah lelaki itu.

''Handsome giler mamat ni!!! Cair aku dibuatnya. Mata dia,  tubuh dia, budi bahasa dia, semuanya sempurna bagiku. My future husband' SooYoung mula angau sendiri sebaiksahaja melihat raut wajah lelaki itu.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
bonus extra chapter update! Plz take a look and tell me what you think ^^

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 6: Haha ok saya orang first komen kat cerita ni. Ya allah, mengalir air mata saya baca cerita ni tambah2 dekat part jun gaduh dengan sooyoung tu, saya fikir ending dia sad sekali happy ending haha. Aduh menyentuh perasaan betul, susah nak jumpa cerita tentang adik beradik ni dan memang dah lama saya cari tapi tak jumpa haha. Pape pon Good job authornim ^_^...