(⌒.−)=★

Don't Forget Me

"Cik, cik, cik! Setuju tak?" Lelaki itu menghalau jauh angau dan mimpi SooYoung.

"Ah, maaf. Maaf!" Ucap SooYoung menunduk.

"Kenapa awak pula minta maaf? Ini salah saya,"

"Tak, tak" mereka saling berbalas untuk tidak menyalahkan satu sama lain. Sehinggalah...,

"Kakak, apa maksud abang ni cakap 'bagi baju awak' ? Dia suruh akak buka baju ke?" Jun menyoal satu soalan yang berlegar-legar di kotak pemikiranya sebagai awal remaja. Mulut lelaki itu dan SooYoung terlopong luas.

"Jun!!! Apa yang Jun cakap ni?" Wajah SooYoung memerah apabila mendengar kenyataan yang terpancut keluar dari bibir adiknya.

"Apa?! Jun tanya je," tegas Jun membela diri.

"Takde soalan lain ke?" SooYoung menyoal sambil mencekak pinggang.

"Jun memang tak tahu lah!" Jun menegaskan lagi.

Sesiapa sahaja yang melihat mereka berdua pasti amat geli hati, begitu juga dengan lelaki itu. Lelaki itu hanya ketawa kecil melihat telatah dua beradik itu sebelum mula berbicara.

"Adik Jun., Nama abang Jung KyungHo. Abang cakap macam tu maksudnya baik. Jangan fikir bukan-bukan." Lelaki yang bernama KyungHo itu memandang Jun yang sama tinggi dengannya sebelum beralih pandangan pada SooYoung pula. "Saya Jo KyungHo. Awak?" KyungHo tersenyum manis sambil berjabat tangan dengan SooYoung.

"Saya Choi SooYoung." SooYoung membalas senyuman.

"Saya Choi JunHong," Jun menyampuk.

"Hish, sibuk lah!" SooYoung mencebik.

Bagi menggelakkan dua beradik itu berdebat lagi, KyungHo pantas mencelah.

"SooYoung, macam nilah. Sekarang saya belikan awak baju so awak boleh salin baju. Lepas tu, bagi saya baju kotor awak, nanti saya cuci then saya bagi balik,"

"Alaaaaa.... shoping lagi! Akak, Jun lapar lah!" Jun menggentak-hentakkan kakinya. Kelaparanya tahap gaban menyebabkan perutnya dah macam mp3 macam-macam lagu telah dimainkan.

SooYoung hanya menjeling tajam ke arah Jun.

"Jun!!!! Akak, nak luangkan masa dengan KyungHo lah!!!!' rintih hati gadis itu.

"Oh, Jun lapar ye? Marilah abang belanja. Abang pon lapar ni. Jom!" KyungHo menyangguk bahu Jun lalu berjalan seiringan ke sebuah restoran. SooYoung ditinggalkan di belakang sebelum dia tersedar dari angan-angannya yang ingin berdua-duaan dengan KyungHo.

"Eh, KyungHo! Pasal baju ni, takpe, saya boleh cuci sendiri." SooYoung selamba berkata-kata sambil berlari anak menggejar dua lelaki yang kelihatan seperti bff.

"Akak?! Cuci baju?! Laundry kat rumah pun Jun yang uruskan!" Jun menggerutkan dahi. Habis kedut-kedut kulit jarinya membasuh baju yang bergunung, takkan dilupakan sahaja?

Tiada perkataan yang mampu diucap SooYoung bagi membidas adiknya namun hatinya kini meraung memanggil nama budak lelaki dengan penuh rasa geram 'JUN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!' 

 "Hurmm, Abang KyungHo bawa lah kak SooYoung pergi beli baju tu. Kesian, akak kena jalan-jalan pakai baju kotor yang berbau kopi," ujar Jun penuh prihatin sambil menyuap makanan ke mulutnya.

'Adikku Choi JunHong! Rupanya kau memang adik yang baik. Sangat memahami kakak mu ini yang teringin nak mengenali lebih dekat tentang KyungHo. Balik nanti, akak janji akak akan beli ceri tomato banyak-banyak untuk Jun!' kata hati SooYoung memuji Jun setinggi gunung. Nampaknya SooYoung sangat terharu dengan sifat perihatin adiknya. Tapi..., betul ke Jun cakap macam tu sebab dia prihatin?

"Betullah apa yang Jun cakap tu. SooYoung, nak pergi?" SooYoung hanya mengangguk malu-malu kucing menerima pelawaan KyungHo. Sebaik sahaja bayang SooYoung dan KyungHo hilang di mata Jun..,

'Hihihihi....... Nilah peluang aku nak belasah semua hidangan ni.' Jun tersenyum sendiri. "Hohoho, ini makanan ana yang punya! Hohoho" Jun kemudian ketawa jahat. Mujur tiada yang mendengar hilai tawanya, kalau tak dia pasti akan dianggap merong.

"Awak dengan adik awak tu comel kan?" puji KyungHo setelah SooYoung selesai menyalin baju baru. Mendengar sahaja ayat itu SooYoung lantas ketawa.

"Kenapa?" KyungHo menyoal ringkas.

"Awak orang yang ke-48 cakap kitorang macam tu. saya feeling bangga," jelas SooYoung membuatkan KyungHo juga ikut ketawa.

"Rajin pula awak kira orang-orang yang puji awak?" Soal spontan KyungHo.

"Saya?! Takde maknanya! Adik saya, si Jun tulah yang mengira. Konon boleh masuk world of record," balas SooYoung, diikuti ketawa mereka berdua. Langkah mereka berdua semakin mendekati restoran tempat mereka meninggalkan Jun.

"Amboi~~ Seronoknya, cakap pasal apa?" tegur Jun sambil memeluk tubuh. Hatinya geram menanti kakaknya pulang.

"Cakap pasal...Jun!" SooYoung kelihatan ceria sekali. Jun tidak membalas. Dia hairan dengan perubahan SooYoung.

"Lama ke Jun tunggu kami?" KyungHo menyoal, risau Jun menunggu kakaknya terlalu lama.

"Tak lama lah, seminit dua je!" jawab Jun selamba membuatkan SooYoung menjeling tajam tepat ke arah bebola matanya."Aargh, Abang KyungHo tolong Jun!" Jun bersembunyi di belakang KyungHo. KyungHo ketawa kecil.

"Kenapa ni? Ada harimau nak terkam Jun ke?" Soalan KyungHo mengukir beberapa garisan di dahi SooYoung. KyungHo kembali ketawa.

'Amboi~ baru hari pertama kenal. Dah pandai bahan aku. KyungHo kau ni nak jadi boyfriend aku ke boyfriend Jun?' getus hati kecil SooYoung sementara wajahnya dihiasi fake smile.

"Eh, SooYoung! Saya ada job lah. Saya chaw dulu. Baju awak tu nanti saya hantar kat rumah awak," ucap KyungHo sebelum mengatur langkah ingin berlalu dari situ. Namun langkahnya mati apabila....

"KyungHo!" SooYoung memanggil. "Boleh tak bagi saya nombor phone awak? Nanti senanglah nak contact. Yellah, mana tau awak sesat masa nak cari rumah saya," terang SooYoung tersipu malu.

"Oh ye, nah!" KyungHo menghulurkan sekeping kad yang tertera no.phone miliknya sebelum terus beredar.

"Ala, cakap jellah. Akak nak tackel Abang KyungHo,"kata Jun mengusik kakaknya.

"Hish, kau budak kecik apa tau? Jomlah masuk dalam restoran, akak dah lapar ni!" SooYoung mengajak adiknya masuk ke dalam. Dia ingin kembali makan makanan yang telah dibelanja oleh KyungHo tadi.

"Akak nak makan apa?"

"Makan makanan tadi lah. Dahlah, cepatlah!" Jawab SooYoung.

"Ouh, makanan tadi... Jun dah... habiskan semua," kata Jun dengan suara yang semakin rendah.

"Apa?! Jun!!!!" SooYoung teriak perlahan sambil menggenggam buku lima. "Akak pun nak makan juga!!"

Malam itu,

"Kak SooYoung, mana baju akak tadi? Cepatlah! Jun nak basuh ni!" tinggi nada lontaran Jun dari bilik air.

"Tak nak! Akak tak nak basuh!" SooYoung memeluk baju pemberian KyungHo.

Sejak pertemuan SooYoung dengan KyungHo, setiap hari SooYoung dibajai keceriaan. Hati nya seolah-olah berbunga-bunga setiap kali mendengar nama 'Jo KyungHo'.

"Yeoboseyo?" Jun mengangkat panggilan telefon SooYoung dari KyungHo. Terdetik di hatinya ingin mengusik pasangan yang hangat bercinta ini.

"Yeoboseyo. SooYoung ada? Ni KyungHo," kata KyungHo di atas talian.

"SooYoung takde!" Jawab Jun berbohong.

"SooYoung takde?! Dia pergi mana?" Soal KyungHo, dia mula hairan.

"Dia pergi bertapa nak tambah ilmu harimau jadian," balas Jun ketawa kecil.

"Hah?! Bertapa?! Ni siapa?"

"Ini tok guru dia," selesai berkata Jun ketawa sambil menutup mulut agar tidak didengar KyungHo.

"JUN!!!!!!!!!!!!!!" suara halilintar SooYoung jelas kedengaran di gegendang telinga KyungHo. Sesekali dia menjauhkan telefon dari telinganya, takut rosak pula deria pendengaran. Kini KyungHo pasti dia sudah dikenakan oleh adik SooYoung, Jun.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
bonus extra chapter update! Plz take a look and tell me what you think ^^

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 6: Haha ok saya orang first komen kat cerita ni. Ya allah, mengalir air mata saya baca cerita ni tambah2 dekat part jun gaduh dengan sooyoung tu, saya fikir ending dia sad sekali happy ending haha. Aduh menyentuh perasaan betul, susah nak jumpa cerita tentang adik beradik ni dan memang dah lama saya cari tapi tak jumpa haha. Pape pon Good job authornim ^_^...