03 : Mencuri

Fall in love with my handsome kidnapper
Please Subscribe to read the full chapter

Cahaya matahari mula menyinari permukaan muka bumi menandakan pagi sudah tiba. Hyemi terjaga dari tidurnya , dia membuka matanya perlahan-lahan."Kenapa aku tak boleh bangun ni?? hantu himpit badan aku ka" fikiran Hyemi mula berfikir benda-benda yang tidak masuk akal tetapi memang dia tidak boleh bangun kerana dia berasa seperti seseorang telah menghimpit atau mendakapnya.Tiba-tiba, Hyemi ternampak sepasang tangan dan kaki telah mendakap badannya , Hyemi sedikit terkejut dan panik.Dia membelek-belek tangan dan kaki itu."Aduh,ni tangan dan kaki sapa plak ni? aku kira kaki dan tangan aku cukup je.2 tangan , 2 kaki .Mana mai lagi 4 ni? aku nak berubah jadi sotong ke? tak mungkin. Hantu???" Fikiran Hyemi mula menjadi-jadi ,  dia teringatkan sesuatu."Wait , aku kan sekarang tinggal dengan penculik dan semalam dia tidur dengan aku. Tah-tah tangan dan kaki ini mungkin milik dia..." Hyemi menoleh kekanannya dimana Taehyung tidur disebelahnya dan tekaannya tepat.Itu memang tangan dan kaki Taehyung.

 

Mata Hyemi membulat besar bila nampak tangan dan kaki Taehyung mendakap badannya seperti bantal , "Kyaaaa!" Hyemi menjerit terlebih dahulu sebelum menolak badan Taehyung jatuh dari katil.Kedebukkkkk kedengaran bunyi badan Taehyung jatuh ke lantai.Taehyung yang sedang nyenyak tidur , terjaga dengan terkejutnya seperti orang kena serang sakit jantung. "Mayday!mayday! kapal terbang terhempas!" jerit Taehyung sambil kelam kelibut lari ke hulur ke hilir , nampak sangat dia masih mamai."Woi, mana ada kapal terbang terhempas!" Hyemi membaling bantal kearah Taehyung, bantal itu mengenai tepat ke muka Taehyung , Dia berhenti berlari dan mula merenung Hyemi yang masih duduk diatas katil dengan muka yang mengantuk.

 

"Habis apa yang jadi kat aku? aku rasa macam jatuh dari tempat yang tinggi" Taehyung menggaru-garu lehernya."Aku tolak kau sampai kau jatuh katil" Hyemi memberitahu hal sebenar kepada Taehyung."Kau tolak aku?! berani kau ye nak tolak aku!" Mata Taehyung membulat , dia mengaturkan langkahnya ke arah Hyemi.Muka dia agak marah, marah sebab Hyemi tolak dia jatuh katil la kot."Kau dengar la dulu aku ada sebab aku tolak kau" Kata Hyemi sambil ingin menyorokkan mukanya kedalam selimut , takut diapa-apakan oleh Taehyung.

 

"Okay, aku dengar. Cepat cakap , apa sebabnya?" kata Taehyung sambil melabuhkan punggungnya disebelah Hyemi , dia dah kembali tenang."Sebabnya macam ni, kau dah lebihi dan ceroboh ruang aku. Kau dakap aku macam bantal busuk kau , itu pasal la aku tolak kau jatuh katil. Kan aku dah pesan jangan lebih ruang aku kang itu la balasannya" terang Hyemi panjang lebar."Eleh sebab tu je , kau sepatutnya rasa bangga tau kena dakap oleh Kingka macam aku ni" balas Taehyung sambil mengangkat kening kanannya, Hyemi membuat muka."Kingka? bukankah kau penculik?" ujar Hyemi sambil memeluk tubuhnya."Yela , dulu masa aku masih bersekolah aku la kingka yang paling hot tapi sekarang aku sudah jadi penculik yang paling hot pula.Payahnya nak jadi orang hot ish ish ish" Taehyung mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum, bangga akan dirinya sendiri.Hyemi memandang Taehyung atas, bawah, atas bawah "Tak nampak macam Kingka pon , nampak macam kingkong ada la!" Hyemi menjelirkan lidahnya.pakkk Taehyung menjentik dahi Hyemi, Hyemi mengerang kesakitan dan mengurut-urut dahinya yang baru dijentik oleh Taehyung , Taehyung tergelak kecil .

 

"Dah-dah cukup , Kau cepat pergi bersiap . Hari ni kau akan ikut aku , kau akan bantu aku buat kerja-kerja aku.Cepat siap , kalau tak aku potong kaki kau"Taehyung mengugut dan mengarah Hyemi , Hyemi mengerutkan dahinya ."Ikut kau pegi mana? bantu buat kerja kau? kerja apa?" soal Hyemi bertubi-tubi , dia ingin tahu . "Jangan tanya banyak , kau ikut ja aku . Nanti kau akan tahu" kata Taehyung berlalu pergi meninggalkan Hyemi yang masih kebuntuan, tidak tahu apa-apa.

 

Hyemi segera bersiap seperti yang disuruh oleh Taehyung.Dia memakai gaun putih paras lutut dan membuat sanggul pada rambutnya yang diikat kemas dengan reben merah.Taehyung yang sudah lama siap , menunggu  Hyemi bersiap di ruang tamu . Matanya sering melihat jam yang sedang berdetik, mungkin dia sudah terlambat hendak pergi ke kerja atau sedang mengira masa bagi Hyemi untuk bersiap."Ehmm ehmm" Hyemi berdehem dari arah belakang Taehyung.Akhirnyaa.."Eh bape banyak kali aku cakap jangan siap lam..." Taehyung tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila melihat Hyemi yang bergaun putih berdiri dihadapannya dengan senyuman manis.Dia kelihatan sangat cantik seperti bidadari sehingga membuatkan lidah Taehyung menjadi kelu.

 

Taehyung bangun dari sofa lalu mengaturkan langkahnya kearah Hyemi , matanya hanya memfokus pada Hyemi saja.Dia sudah berada dihadapan Hyemi , Hyemi tertunduk malu.Taehyung mengusap rambut Hyemi lembut, Hyemi tersenyum.Taehyung mendekatkan bibirnya pada telinga Hyemi lalu membisik "Kau nampak cantik" Hyemi hanya tersenyum saja , Taehyung mendekatkan pula bibirnya pada bibir Hyemi . Bibir mereka semakin dekat , semakin dekat...tiba-tiba "Yaaa !! Kim Taehyung!!" jerkah Hyemi ditepi telinga Taehyung, Taehyung tersedar dari lamunannya , dia terus memandang sekeliling rumah tu. Tadi tu cuma angan-angan saja.

 

"Okay tak kalau aku pakai gaun ni ikut kau buat kerja?" soal Hyemi sambil memperagakan gaun putih yang dipakainya, Taehyung menelan air liurnya."Asal kau pakai baju ni! bukannya aku nak bawa kau pergi menari ke majlis kahwin ke dah-dah pegi tukar . Nah pakai ni" Taehyung menjadi tegas sedikit , dia mencampak sepasang jaket kearah Hyemi.Hyemi mencebik lalu mengambil jaket itu dan pergi menukar pakaiannya."Wow, kenapa aku berangan macam tu tadi.Aku nak jadi gila ke?"kata Taehyung pada dirinya sendiri sambil menepuk dahinya.

 

*20 minit kemudian* Hyemi sudah selesai menukarkan pakaiannya kepada jaket hoodie dengan seluar jean sama seperti pakaian yang Taehyung pakai.Dia kembali ke ruang tamu dimana Taehyung sedang menunggunya . "Baju ni baru okay . Semua dah siap . So, jom pergi" ujar Taehyung kepada Hyemi."Jadi , kita nak pegi mana?" soal Hyemi lagi."Kau akan tahu nanti"

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅇ

 Setelah 1 jam mereka memandu , akhirnya mereka tiba ditempat yang dituju mereka.Taehyung meletakkan keretanya di tempat letak kereta di Shopping Complex Big.Hyemi kehairanan , kenapa mereka berada disini? . Dia meneliti kawasan shopping complex itu lalu menyoal Taehyung "Apa yang kita buat kat sini? nak shopping ke? atau kau kerja kat sini?" Hyemi ingin tahu . "Aish , kau ni. Kau ikut je apa yang aku nak buat . Kau kena tolong aku tau" Taehyung menarik tangan Hyemi masuk ke bangunan Shopping Complex Big tu, Hyemi hanya mengikut saja.

 

*Di dalam Shopping Complex Big* Taehyung mengheret Hyemi dan berhenti dihadapan sebuah kedai emas."Wow, kau kerja kat kedai emas ni ka" kata Hyemi dengan terujanya , Taehyung menekup mulut Hyemi dan memandang sekeliling. Hyemi membulatkan matanya."Sshh, jangan la cakap kuat-kuat.Aku tak kerja sini la" bisik Taehyung sambil melepaskan tangannya dari mulut Hyemi."Habis kau kerja apa?" Hyemi memandang muka Taehyung sambil mengerutkan dahinya."Kau nak tau kerja aku ke?" Taehyung sekali lagi memandang sekeliling , Hyemi hanya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sweet33 #1
Chapter 3: waaaa..sweetnye dioranngg..update lgi tau
hyemipark
#2
Chapter 3: Penculik tu penculik tu ohmy asal baik sngt haha lol
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
son_haera #3
Chapter 3: woahhhh sweet gile d.orang....tak sangka ada jugak penculik mcm tu hahaah serious d.orang sweet gile and perangai taehyung tu...haha melting dohh....btw update soon ^^
Miss_Baek
#4
Chapter 2: Woo~~Sweetnyer!!! Hahaha...cam pasangan kekasih plak...papepon authornim fighting!!
UpDaTe SoOn ~~~~
Sarah99
#5
Chapter 3: Chapter 3: Sawit betul penculik tu~ Siap makan aiskrim sama2 lagi XD
Tiffaneehh #6
Chapter 2: Pendek-pendek tak best arh. Biar panjang-panjang.
Eden larat baca semuanya demi taehyung hahahah.
Taehyung *-*
Apalah ye yg terjadi lepas ni? Hahahah. Taehyung2x
KimTaehyungWifeu
#7
Chapter 1: lol xD 'tak sabarnya aku' ? r u seriusly jung hyemi --'' pffffttt.. aq pon nakkk kna culikkk ngan Tae !! alooooo.. update soon !!!
Tiffaneehh #8
Chapter 1: Bestnya citer nie. update soon!!!
YoseobOppaSweet
#9
Update soon . Tak sabarnyer ><