01 : Diculik

Fall in love with my handsome kidnapper
Please Subscribe to read the full chapter

Jung Hyemi P.O.V

 

"Aku dah balik" Tiada gunanya aku berkata begitu kerana tiada sesiapa yang akan sahut atau menyambut kepulangan aku di rumah sederhana besar ini.Hanya aku sahaja yang tinggal berseorangan di rumah ini.Betul,hanya aku. Kedua ibu bapa aku telah meninggal dunia sejak aku berumur 13 tahun lagi. Sejak itu la aku mula hidup berdikari dan tinggal di rumah yang diwarisi kepadaku ini berseorangan tanpa keluarga , aku anak tunggal tiada adik , kakak atau abang untuk diteman.Jikalau perompak atau penculik tahu tentang ini , rumah dan aku la yang akan jadi mangsa pertama diorang.

 

Aku tak ada ramai kawan , aku ni jenis yang pendiam . So , susah la untuk aku mencari kawan jikalau aku berat mulut .

 

Aku membuka kasutku dan menyusunnya di atas rak kasut yang berada di sudut pintu.Lalu, aku menuju kearah ruang tamu dengan diriku yang masih keletihan dan merebahkan diriku diatas sofa . 

 

Aku keletihan . Selepas satu harian bekerja akhirnya aku dapat juga menghilangkan stres dengan berehat sebentar. Yalah , kita kan perlukan duit jikalau mahu duit kita mesti bekerja untuk beli barang keperluan untuk meneruskan hidup.Aku tak kaya , ibu bapa ku yang kaya . Tapi harta yang mereka warisi kepadaku sudah habis aku gunakan untuk aku beli belah di shopping mall , sekarang ini semua harta itu sudah habis .Aku menyesal dengan tindakkan aku. Aku tiada duit lagi , jadi aku mula bekerja untuk tampung hidupku sendiri.

 

Aku juga tidak cukup tidur . Aku selalu tertidur dalam kelas. Hye , korang jangan ingat aku bekerja sahaja tau . Aku ni pun still belajar . Jangan ingat aku ni malas juga .

 

Aku mengeluh dan memejamkan mataku untuk tidur sebentar. Aku bekerja pada pukul 6. Jam locengku berbunyi pada pukul 5.30 , aku mematikan jam loceng yang tengah terpekik di tepi telinga aku , aku bangun dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diriku.

 

Aku berdiri dihadapan cermin , memandang wajah aku dan memerhati keadaan muka aku yang hampir-hampir tidak terurus . Ada lingkaran hitam di bawah mataku , tidak menarik langsung. Korang mesti fikir yang aku ni zombi .

 

Aku mandi dan bersiap dengan pantas lalu meninggalkan rumahku untuk menuju ke tempat aku bekerja .

 

Meninggalkan rumahku yang kosong,sunyi dan sepi . mengeluh .

 

Tempat aku bekerja

 

"Hyemi, tolong pelanggan ini kejap" arah bosku , aku ni hanya pekerja biasa . Aku ni diibarat seperti balaci juga la ."Baiklah,bos" aku patuh dengan senyuman . Aku membantu pelanggan lelaki muda itu mengangkat kotak yang sederhana besar ke atas tempat untuk check harga (aku hentam saja, jgn tanya aku 😂) dan kembali ke tempat aku , iaitu mesin duit . Penjaga mesin duit seperti squidward.

 

"Harga keseluruhannya ialah 15,000 won" aku memberitahunya dengan senyuman manis. Lelaki muda itu menanggukkan kepalanya dan memberi duit kepadaku."Terima kasih , datang lagi" Aku memerhati lelaki muda itu berjalan keluar dari kedai ini sehingga dia hilang dari pandangan ku, Lelaki muda itu hensem juga. Sangat hensem , cair aku . Pfftt , gatai juga ya aku ni 😆

 

 Aku juga turut membantu beberapa pelanggan yang lain dan kemudian , menutup kedai itu . Tiba masa untuk balik ke rumah , tidak sabar untuk pulang ke rumah walaupun tiada siapa pun yang akan menyambut k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sweet33 #1
Chapter 3: waaaa..sweetnye dioranngg..update lgi tau
hyemipark
#2
Chapter 3: Penculik tu penculik tu ohmy asal baik sngt haha lol
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
son_haera #3
Chapter 3: woahhhh sweet gile d.orang....tak sangka ada jugak penculik mcm tu hahaah serious d.orang sweet gile and perangai taehyung tu...haha melting dohh....btw update soon ^^
Miss_Baek
#4
Chapter 2: Woo~~Sweetnyer!!! Hahaha...cam pasangan kekasih plak...papepon authornim fighting!!
UpDaTe SoOn ~~~~
Sarah99
#5
Chapter 3: Chapter 3: Sawit betul penculik tu~ Siap makan aiskrim sama2 lagi XD
Tiffaneehh #6
Chapter 2: Pendek-pendek tak best arh. Biar panjang-panjang.
Eden larat baca semuanya demi taehyung hahahah.
Taehyung *-*
Apalah ye yg terjadi lepas ni? Hahahah. Taehyung2x
KimTaehyungWifeu
#7
Chapter 1: lol xD 'tak sabarnya aku' ? r u seriusly jung hyemi --'' pffffttt.. aq pon nakkk kna culikkk ngan Tae !! alooooo.. update soon !!!
Tiffaneehh #8
Chapter 1: Bestnya citer nie. update soon!!!
YoseobOppaSweet
#9
Update soon . Tak sabarnyer ><