Final

love,love,love?

(BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN)

HARA POV

Setelah beberapa tahun berlalu, selama itu jugalah aku tak balik ke Gwangju, rasa rindu pulak kat......korang rasa sape? ha? ha? takkanlah prince of devil, mestilah adik dia..Jungmin hihi..mesti dia dah besarkan? hihi tak sabarnya nak jumpa dia!!!! kalau pasal Kamiki tu..aku dah bagitau dia yang aku pilih Jungkook walaupun aku tau reaksi sedih dan tak boleh tu..ada terpancar kat wajah dia, tapi...dia masih boleh tersenyum walaupun tengah sedih, aku cakap dengan dia yang..."Aku harap kau boleh pilih seseorang yang lebih baik dari aku", Dia senyum je..lepastu dia terus berjalan tinggalkan aku, rasa bersalah pulak aku kat die...haih...setelah beberapa minit aku termenung, aku baru perasan yang ada sesuatu yang hilang, 'Ah! takkanlah! handphone?! handphone aku!!!!' aku terus memeriksan di dalam beg aku, tiba-tiba.

"Awak!"

Aku terus menolehkan kepalaku ke arah suara tersebut, dan aku lihat seorang budak lelaki yang berapakaian seperti budak sekolah menengah sedang berlari ke arah aku.

"Awak punya handphone tadi, tertinggal dekat Cafe."

Kata budak itu sambil menyerahkan handphone aku.

"Gomawo.."

Kataku sambil tersenyum, dan menundukkan kepala beberapa kali, lalu aku mengangkat kepalaku untuk melihat siapakah gelaran penemu tersebut, tiba-tiba budak lelaki itu hanya melihat aku dari atas sampai ke bawah sambil mengerutkan dahi, dan jari telunjuknya di tujukan ke arah muka aku.

"Awak ni...Lee Hara kan? Hara noona? Betul tak?"

Soalnya sanbil tersenyum menampakkan gigi, aku hanya mengelipkan mata beberapa kali, tanda 'Kriiikk....kriiik...'.

"Dari mana awak tahu saya Lee Hara?"

Soalku blur, budak lelaki itu hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.

"Hara Noona..saya Jungmin la, adik Jungkook.."

Aku hanya membulatkan mata sambil mengangahkan mulut seluasnya.

"Tutup mulutlah, nanti masuk lalat."

Katanya sambil menutup mulutku, aku hanya menggelengkan kepala beberapa kali, lalu aku terus melihat ke arahnya.

"Betul ke? Ini Jungmin?"

Kataku sambil mencubit pipinya.

"Betul la, ini saya,Jungmin..tu la..dah lama sangat tak balik Gwangju, sampai lupa kat saya.."

Katanya sambil mengalihkan tanganku daripada mencubit pipinya, lalu terus tersenyum malu apabila aku berbuat begitu.

"Hara Noona nak pergi mana? Biar saya temankan Noona."

Katanya tersenyum manis ke arah aku.

"Akak nak pergi rumah Sora Noona, lagipun...dia kata malam ni ada reunion kat sekolah kitorang.."

"Ooo..kalau macam tu, biar saya hantarkan Noona pergi rumah Sora Noona, Boleh tak?"

Kata Jungmin sambil tersenyum dan terus menarik lengan aku, aku hanya mengangguk tanda membenarkan.


 

(DI RUMAH SORA)

"TING! TONG!"

Aku menekan loceng pintu rumah milik Sora, lalu orang di dalam membuka pintu, sambil menghadiahkan senyuman kepada aku.

"Sora!!"

Jeritku sambil memeluk Sora.

"Hara! Aku rindu kau!"

Kami berdua berpelukan seketika, selepas itu kami melepaskannya.

"Aku ingatkan kau dah tak ingat jalan nak pergi rumah aku?"

Kata Sora memerli, aku hanya tersenyum malu sambil menggaru kepala.

"Nah! ni untuk kau, aku tak tau siapa yang kasi, tiba-tiba je ada kat depan rumah aku.

"Ooo Seokjin mana?"

Soalku sambil tersenyum nakal ke arah Sora.

"Dia duduk kat rumah dia la, ish! kau ni kan!"

Muka Sora terus bertukar merah, lalu dia terus berlari ke tingkat atas, aku pula hanya ketawa kecil dan menggelengkan kepala, lalu aku mengalihkan pandanganku ke arah Kotak yang Sora berikan tadi, Aku terus membuka kotak tersebut, mata aku membulat.

"Mak aih..siapa pulak yang bagi aku dress ni?"

Kataku sambil membelek-belek baju tersebut, selepas itu..aku memerhatikan di dalam kotak tersebut, terdapat sepucuk surat, lalu aku mengambilnya, dan membaca.

 

"Annyeong!

lama tak jumpa, cantik tak baju tu?

Aku tak pandai nak pilih baju perempuan la...sebab tu aku tanya...haih..

jumpa aku kat laman belakang sekolah malam ni, aku tunggu..okey..bye2"

FROM: P.O.D

Aku hanya mengangahkan mulut tanda blur and...tak faham dengan apa yang berlaku, lalu aku membaca semula nama pemilik surat tersebut.

"P.O.D? Siapa ni? Aku mesti siasat!"

Kata ku nekad sambil memberi semangat pada diri sendiri.


 

MALAM TU~

"Hara, aku nak pergi tandas la..."

Kata Sora sambil memegang perutnya, aku hanya menggigit bibir, Hana pula hanya menggelengkan kepala.

"Alaaaaa...aku nak kena pergi laman belakang sekolah ni.."

Sora sudah mula memuncungkan mulut.

"Takpe la..kau pergilah laman belakang sekolah, biar aku temankan Sora.."

Kata Hana sambil membawa Sora pergi ke tandas, aku pula terus berjalan menuju ke laman belakang sekolah.


'Ish! gelapnya! takutlah!'

Bisik hatiku sambil memeluk tubuh, lalu aku terus menggelengkan kepala beberapa kali.

'Tak boleh! aku kena cari siapa P.O.D tu!'

Perlahan-lahan aku mengangkat mukaku,lalu melihat sekeliling.

"Woi! P.O.D! aku dah datang ni! tunjukkan diri kau sekarang!"

Aku terus menjerit, tetapi tiada sahutan, tiba-tiba aku terdengar ada bunyi deruan piano sedang di mainkan, lalu lampu di kawasan situ di hidupkan, aku terus menolehkan kepalaku ke arah bunyi piano tersebut, dan aku lihat ada seseorang sedang memainkannya, aku membulatkan mataku tanda terkejut.

"Jungkook?"

Panggilku kepadanya, Jungkook terus menghentikan permainannya, lalu dia mengukirkan senyumannya kepada aku dan terus berjalan ke arah aku.

"Aku ingatkan kau takkan datang."

Kata Jungkook sambil tersenyum manis ke arah aku, aku hanya membulatkan mata tanda terkejut.

"Kau P.O.D tu?!"

Soalku terkejut, Jungkook hanya tersenyum, dan terus duduk melutut di hadapan aku, dan mengeluarkan kotak cincin, lalu membukanya.

"Will you marry me?"

Setelah Jungkook berkata begitu, tiba-tiba keadaan menjadi...

"KRIIKKKK.....KRIIIIKKK...."

"Hmmm...."

Jungkook yang sedang bosan menunggu Hara terus menyoal.

"nak ke tak nak?"

"Tak nak."

"Cakap 'Nak'"

"Tak nak..."

"Cakap 'Nak'"

"Tak nak.."

"Cakap 'Nak'..."

"Tak nak..'

"Tak nak, buang 'Tak' jadi apa?'

"Mestilah nak.."

"Betul ke ni?"

"Betul.."

Jawab Hara malu, lalu Jungkook tersenyum dan terus menyarungkan cincin di jari manisku, Jungkook terus melihat ke arah leher aku.

"Kau..masih pakai lagi? rantai tu?"

Aku terus menggaru kepalaku.

"Err...salah ke kalau aku pakai?"

"Taklah, kau nampak cantik sangat bila pakai rantai tu..."

Kata Jungkook sambil berbisik di telingaku.

"Hmm..boleh aku tanya satu soalan?"

"Tanyalah.."

"P.O.D tu...ape?"
"Prince of devil la..kau yang bagi nama tu..kat aku."

"Kau suka dengan nama macam tu?"

"Aku suka  sangat nama tu.."

"Sebab apa kau suka nama tu?'

Soal Hara sambil mengangkat kening.
"Sebab aku cintakan kau.."

Jawab Jungkook sambil mengucup pipi Hara.


AUTHOR NOTE:

Ending yang membosankan, maafkan saya...

BTW saya amat beterima kasih kepada sesiapa yang setia komen dlm cerita ni.

dan kepada sesiapa yang subscribed dan upvoted sye berterima kasih bnyk2 

ANNYEONG!!!! ^O^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
haih..bilalah cerita ni nk habis ...haih....

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 28: Of course perlu buat sequal.. Hehehe
khaisara #2
Chapter 28: best cite ni...bace dari mule smpai habis....
terpulang pada awk nk buat sequal ke x..
bagus buat la hahaha...
sya sokong je..
fighting!
intanshahirah #3
Chapter 27: Daebak..Sweet do..Haha jungkook so cute..
misz_dina #4
Chapter 27: Omo...cweet nye >\\\<
amani123
#5
Chapter 27: ahgggggg sweetnyaaaaaaaaa sojin dgn taena ni
Miss_Baek
#6
Chapter 27: Lamaran moden...hahaha...
yukishizu #7
Chapter 27: haha..dahsyat betul cara ajak kahwin
overdosing14
#8
update soon
Miss_Baek
#9
Chapter 26: So sweet!!!Daebak!!