¢αF€

love,love,love?

setelah mendengar jawapan itu, hana hanya membuat muka tanpa reaksi.

"maaf, tiada di dalam menu."

kata hana dingin, sambil mrnyimpan pen dan buku nota di dalam apronnya, lalu taehyung terus menarik lengan hana.

"hana, jom pergi jalan-jalan."

kata taehyung sambil membuka hoodnya, dan tersenyum sambil menunjukkan sebaris gigi, hana hanya mengangkat kening sambil melihat taehyung.

"kau nampak aku tengah menari ke sekarang ni?"

soal hana dengan nada memerli, taehyung hanya mencebik bibir sambil melihat hana dari atas sampai ke bawah.

"kau tengah kerja ke?"

"yelah, habis tu? kau ingat aku tengah buat ape?"

taehyung hanya membuat muka sedih, tiba-tiba.

"taehyung? kamu datang sini nak kerja kat sini jugak ke?"

soal minseok yang berjalan dari belakang hana.

"ha'ah..dia datang sini nak kerja, sebab dia kata dia bosan duduk kat rumah, boleh tak oppa kasi dia kerja kat sini?"

kata hana sambil membuat muka comel, tehyung pula hanya mengangahkan mulut, kerana dia terkejut dengan apa yang hana katakan, minseok mengangguk tanda membenarkan, lalu menyuruh hana membawa taehyung ke bilik persalinan.

"kau nak bawak aku pergi mana ni?"

soal taehyung terpinga-pinga apabila tangannya tiba-tiba di tarik oleh hana.

"ala...ikut je la."

 

kata hana tanpa menolehkan kepalanya ke arah taehyung, tiba-tiba.

"aku taknak kerja la...hana..aku nak pergi keluar dengan kau, lagipun aku dah plan nak dating ngan kau hari ni."

kata taehyung sambil merajuk, hana hanya melihat taehyung dengan muka simpati.

"tae...kalau kerja kat sini pun...kau boleh 'menghadap' muka aku jugak kan?"

kata hana sambil memujuk dan menggosok rambut taehyung.

"alien rambut oren, yang dapat memikat hati aku."

kata hana sambil sambung perjalanannya dan menarik tangan taehyung.

(SEMENTARA ITU)

"oppa..kite nak makan kat mana ni?"

soal sora sambil memaut lengan seokjin, seokjin hanya tersenyum menunjukkan jarinya ke arah satu cafe, sora yang telah ternampak cafe tersebut terus terdiam sambil mengetap bibir.

"lupakan je...semua benda tu,kita datang sini nak makan bukan untuk kita mengingati tentang kisah dulu."

kata seokjin sambil menggenggam erat tangan sora,sora hanya tersenyum tawar sambil mengangguk.


 

"woi! jahanam! kau dah siap ke belum?"

panggil hana kepada taehyung yang dari tadi tak keluar-keluar dari bilik persalinan.

"kot ye pon nak bagi aku nama baru, janganlah bagi nama 'jahanam', cuba bagi nama...'oppa' ke 'sayang' ke atau yang comel-comel je lah.."

kata taehyung sambil mengikat apron di pinggangnya, dan terus membuka pintu.

"dah siap! handsome tak?"

kata taehyung dengan bangganya, hana hanya mengangkat kening dan melihat taehyung dari atas sampai ke bawah.

"hmm...boleh tahan..ok jom pergi buat kerja."

kata hana selamba sambil menarik tangan taehyung.

"aku tanya ni! aku handsome ke tak sekarang ni!"

kata taehyung sambil berlari kerana tangannya di tarik oleh hana.

"ye...handsome sangat, tergoda aku.."

kata hana sambil menghadiahkan senyuman manis ke arah taehyung, tiba-tiba.

"hana! taehyung! hana tolong ambil pesanan kat meja nombor 4 tu, taehyung pulak bil pesanan kat meja nombor 8 tu, hana..kalau ada apa-apa nanti panggil oppa, oppa ada lat dalam bilik office, lagipun kaki tangan kita tak cukup sangat ni, jadi...korang kena kerja kuat sikit! fighting!"

kata minseok kepada taehyung dan hana sambil memberikan sokongan kepada mereka berdua, hana dan taehyung terus membuat kerja mereka.


 

setelah beberapa minit taehyung bekerja, dia sudah mula berasa penat,tiba-tiba.

"eh! awak! tolong hantar ni kat meja nombor 5"

kata seorang chef kepada taehyung, taehyung hanya memandang sekeliling.

'dia tengah cakap dengan aku ke?'

bisik hati taehyung sambil melihat sekeliling.

"yah! budak! aku tengah cakap dengan kau la!"

jerit chef itu lagi, taehyung yang sedang blur terus pergi ke chef itu, dan mengambil makanan tersebut.

"ingat! hantar kat meja nombor5!"

kata chef itu dengan tegas, taehyung menganggukkan kepala beberapa kali lalu keluar dari dapur.

(SEMENTARA ITU)

"aku bosanlah! kalau jalan dengan korang..sebab korang asyik senyap je dari tadi.."

rungut hara sambil melihat kamiki dan jungkook bersilih ganti.

"hari tu kau kata kat aku,kau nak ajak aku dengan kau je keluar, ni apa kes pulak ni...kita nak kena bawak dia sekali."

kata jungkook sambil melihat kamiki, hara hanya mengeluh sambil melihat kamiki.

"kau patutnya, rasa bertuah...sebab aku ajak kamiki, kalau aku jak jungmin sekali macam mana? merana jugak kan?"

kata hara sambil sambung perjalanannya dengan reaksi bosan, jungkook pula hanya melihat kamiki yang dari tadi tidak bercakap dengan perasaan menyampah.

"dahlah! aku nak pergi kat cafe hana lah!" 

kata hara dengan geram kerana terlalu bosan, lalu berjalan meninggalkan jungkook dan kamiki berdua-duaan.


 

"taehyung? kau kerja kat sini?"

soal seokjin sambil melihat taehyung yang sedang memberikan kek kepada sora.

"eh! korang buat apa kat sini?"

kata taehyung dengan gembira sambil melihat sora dan seokjin bersilih ganti.

"korang datang sini nak makan ea?"

soal taehyung dengan reaksi blur.

"taklah! kitorang datang sini nak bekerja.."

kata sora dengan nada memerli, taehyung yang merasakan bahawa kata-kata sora itu adalah sesuatu yang serious, terus memanggil hana.

"hana! ada orang nak bekerja kat cafe ni!"

"ha?! yeke?!"

hana terus berlari menuju ke arah taehyung dengan pantas, sora dan seokjin sudah menjadi blur kerana tiba-tiba tangan mereka di tarik oleh hana dan taehyung.

"nah! ambil ni! tukar baju sekarang!"

kata hana dan taehyung serentak, sambil memberikan baju ke arah seokjin dan sora,lalu menutup pintu mereka berdua.


 

"aik! kenapa nampak kelam kabut sangat kedai ni?"

soal hara kepada pelayan yang sedang mengambil pesanan.

"hari ni kitorang tak cukup kaki tangan, kebanyakan pelayan hari ni ambil cuti sebab dah nak christmas la katakan..."

"Ooo kalau macam tu...boleh tak kalau saya nak kerja kat sini buat sementara waktu?"

"erm....kalau pasal hal tu..kena tanya boss atau second boss kitorang.."

"boss korang mana?"

"keluar, dia ada hal.."

"second boss korang pulak siapa?"

soal jungkook yang dari tadi mendiamkan diri.

"tuuuu...."

kata pelayan itu sambil menunjuk ke arah hana yang sedang menarik rambut taehyung dengan kuat, kerana beberebut untuk menghantar makanan ke meja, jungkook hara dan kamiki hanya menggelengkan kepala, lalu seokjin datang untuk menyelesaikan masalah mereka berdua.

'macam manalah...si hana tu boleh jadi boss?'

bisik hati jungkook sambil menggelengkan kepala.

'macam manalah...diorang dua orang tu boleh couple?'

bisik hati  hara sambil menggelengkan kepala, kamiki hanya merhatikan hara dan jungkook tanpa berkata apa-apa, kerana....

'adoi...sakitnya tekak aku..'

bisik hati kamiki sambil memegang tekaknya.



AUTHOR NOTE:

anyeong! 

camne ngan chapter ni? okey tak? sorry kalau taypo.. T^T

haih..bilalah nak completed citer ni u_u sye nk mintak tolong! tolong bgi sye idea untuk chappie lps ni, pm ste okey! ^^ klau xnk pon xpe xp

thanks for the new subbies ku yg tersayang maaf sbb sye tak ucap trime kasih kt wall awk T^T

macam biasa kepada semua yang setia komen kt citer ni! teruskanlah komen ye! ^O^

lgi satu.. klau nk tnye apa2 dkt sye..tanyelah kt sini:

http://ask.fm/parkyura98

 

anyeong! ^o^ 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
haih..bilalah cerita ni nk habis ...haih....

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 28: Of course perlu buat sequal.. Hehehe
khaisara #2
Chapter 28: best cite ni...bace dari mule smpai habis....
terpulang pada awk nk buat sequal ke x..
bagus buat la hahaha...
sya sokong je..
fighting!
intanshahirah #3
Chapter 27: Daebak..Sweet do..Haha jungkook so cute..
misz_dina #4
Chapter 27: Omo...cweet nye >\\\<
amani123
#5
Chapter 27: ahgggggg sweetnyaaaaaaaaa sojin dgn taena ni
Miss_Baek
#6
Chapter 27: Lamaran moden...hahaha...
yukishizu #7
Chapter 27: haha..dahsyat betul cara ajak kahwin
overdosing14
#8
update soon
Miss_Baek
#9
Chapter 26: So sweet!!!Daebak!!