i love him

love,love,love?

"Kenapa kau.....buat macam tu?"

Soal Hara sambil mengerutkan dahi, Jungkook hanya tersenyum.

"Sebab aku cintakan kau Hara,berapa kali aku nak ulang benda yang sama.."

Jawab Jungkook sambil mengeluh panjang, Hara hanya mengerutkan dahi.

"Aku susahlah nak percaya yang kau cintakan aku, lagipun...reaksi kau terlalu selamba untuk luahkan perasaan terhadap aku, lagipun kau-"

Belum sempat Hara menghabiskan percakapannya, Jungkook terus mencium bibir Hara dengan lembut, Hara hanya mengelipkan mata berkali-kalisambil jatungnya mula berdegup kencang.

"Diam, aku tak sihat..aku nak rehat sekejap..tolong temankan aku.."

Kata Jungkook sambil melepaskan ciuman lalu mambaringkan tubuhnya sambil melelapkan mata, Hara yang masih terpinga-pinga hanya melihat ke arah Jungkook sambil mengerutkan dahinya.

'Kenapa aku tak marah time dia cium aku tadi? apasal jantung aku berdegup kencang time dia cium aku tadi?! ish! aku tak faham langsung la! dengan perasaan macam ni! ish benci betullah!'

Kata Hara sambil mengusutkan rambutnya, Jungkook yang sedang tidur hanya mengambil tangan Hara yang sedang mengusutkan rambutnya, lalu merenung mata Hara sedalamnya, Hara seperti terpaku terhadap pandangan Jungkook.

"Jangan keliru terhadap perasaan kau, ikutkan ikut kata hati  kau agar kau boleh buat pilihan yang betul."

Kata Jungkook sambil melepaskan tangan Hara dan terus menyambung tidurnya, Hara terus mengelipkan mata beberapa kali, lalu dia malas untuk melayan perasaannya lalu dia menyambung membaca komiknya.


 

"Uwaaahhh.."

Hara mula mengantuk, lalu meletakkan komiknya dia atas meja bersebelahan dengan sifa yang dia sedang sandari, lalu matanya melihat ke arah Jungkook yang sedang tidur, lalu Hara membuka 'Cool fever' yang dia letakkan pada dahi Jungkook tadi dan terus memegang dahi Jungkook.

 

"Hmm..dah kurang sikit dah.."

Kata Hara puas sambil mengukirkan senyuman manisnya, lalu membelai setiap helaian rambut yang menutupi muka Jungkook sambil tersenyum,  lalu Hara membulatkan matanya kerana dia terkejut dengan apa yang sedang dia lakukan.

'Kenapa aku ambil berat pasal dia? kenapa aku mula tertarik dengan dia? kenapa? takkanlah....aku...tak mungkin! tak mungkin!'

Bisik hati Hara sambil menggelengkan kepalanya selaju yang boleh, lalu dia pening dan menyandarkan kepalanya di atas sofa.

(BEBERAPA MINIT KEMUDIAN)

Jungkook membuka matanya secara perlahan, lalu dia melihat sekeliling pandangannya masih lagi kabur, lalu dia menggosok matanya dan dia lihat.....

"Hara?"

Jungkook melihat Hara yang sedang tidur dengan perasaan hairan, lalu dia menggelengkan kepalanya.

"woi..kalau kau nak tidur.. pergilah tidur dalam bilik.."

Bisik Jungkook ke telinga Hara.

"Hmmm.."

Itulah jawapan yang keluar dari mulut Hara, jungkook hanya menggelengkan kepala, lalu mendokong Hara dan meletakkannya di atas sofa, lalu Jungkook duduk fi sebelah Hara dan mengusap helaian rambut yang menutupi wajah Hara, tiba-tiba.

"Eh! prince of devil ada kat sinilah.."

Jungkook terus melihat ke arah suara tersebut, dan dia lihat sora baru sahaja turun dari tangga.

"Prince if devil? siapa prince of devil?"

Soal Jungkook apabila Sora sudah sampai di sebelahnya.

"Ye, prince of devil tu..kau la prince of devil tu..Hara yang bagi nama tu kat kau."

Jungkook hanya tersenyum nipis sambil mengusap lembut rambut Hara.

"hish..kau ni kan...kot ye pon nak bagi aku nama..bagilah nama sedap sikit..."

Kata Jungkook perlahan dan lembut kepada Hara yang sedang tidur nyenyak, Sora hanya menggelengkan kepala.

"Aku rasa..Hara akan pilih kau Jungkook..percayalah.."

Kata Sora, Jungkook hanya tersenyum tawar sambil melihat Sora, lalu dia berdiri dan mendekati Sora.

"Sekiranya dia pilih aku? adakah dia memilih aku dengan hati dia? atau....dia memilih atas sekadar dia simpati terhadap aku, aku suka seseorang yang jujur dengan semua perkara, termasuk cinta..aku tak suka sangat seseorqng yang mengatakan bahawa dia mencintai aku pada mulutnya,akan tetapi..pada hatinya mengatakan sebaliknya, aku inginkan seseorang ikhlas terhadap aku, seperti engkau dan seokjin.."

Kata Jungkook, dan selepas utu dia berjalan meninggalkan Sora dan apabila Jungkook sudah sampai di pintu keluar, Sora terus berlari ke arah Jungkook.

"Aku yakin, Hara akan pilih kau..sekiranya tidak..bermakna dia telah salah membuat pilhan.."

Kata Sora tekad, sambil memberikan Jungkook semangat.

"Jangan lupa, suruh dia buka hadiah dia yang ada di atas meja."

Kata Jungkook sambil tersenyum, Sora hanya mengangguk dan mengucapkan selamat tinggal kepada Jungkook.


 

"Hmm..eh! mana Jungkook?! bila masa aku tidur kat atas sofa ni?!"

Soal Hara yang baru bangun dari tidur, Sora yang daripada dapur hanya mengglengkan kepala sambil tersenyum.

"Dah bangun dah? 'Sleeping beauty'?"

Soal Sora sambil memerli, Hara hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mana Jungkook? macam mana aku boleh tidur kat sini?"

"Oooo..tadi..Jungkook dah balik dah, Jungkook angkat kau letak kat sofa sebab kesian tengok kau tidur kat bawah.."

"Laa...yeke? ish! aku tak sedar la tadi.."

"kau kan..kalau tido..memang tido mati..oh! jamgan lupa buka hadiah kau kat atas meja tu ye.kalau aku tak ingatkan kau, nanti kau lupa..kau dah nyanyok."

Perli Sora sambil berjalan menuju ke atas Hara hanya mencebik bibir, dan mengambil kotak hadiah yang kecil itu.

"Ada apa kat dalam ni?"

Kata Hara dan membuka kotak tersebut dan..

"Aaaahhhhh!!!!!!! lipas!!!!"

Jerit Hara apabila melihat lipas palsu di dalam kotak tersebut, lalu Hara terus mengetap bibir dan mencampakkan lipas palsu itu ke luar dari kotak.

"Hish!!! tak guna punya prince of devil! sempat lagi dia prank aku!"

Kata Hara dengan marah, lalu marahnya terhenti apabila melihat kembali ke arah kotak tersebut dan terdapat sesuatu di dalam kotak tersebut.

"Eh! rantai?.."

Kata Hara sambil mengambil rantai tersebut dan kotak tersebut, dan di dalam kotak itu terdapat sehelai kertas kecil, lalu Hara membuka kertas tersebut, dan ia tertulis.

'Hahahaha!!! terkejut tak? sorry la..sebab aku belikan lipas untuk kau, kalau ikut hati aku..aku nak belikan kau ular, tapi tak muat la pulak untuk kotak yang cute tu, so...aku terpaksa belikan lipas untuk kau, sorry ea? untuk tahun depan nanti aku belikan yang ular okey? kau tunggu tau?'

"Tak guna kau Jungkook."

Kata Hara dengan perlahan, perasaannya kini membuak-buak seperti ingin membagi kaki kepada Jungkook, tiba-tiba ada sambungan perkataan pada surat tersebut.

'Aku nak cakap kat kau sesuatu, tolong jangan keliru terhadap perasaan kau, jangan terlalu menunjukkan keegoan kau terhadap orang yang kau sayang, tolong buat keputusan yang betul fikir pasal perasaan kau, pejam mata dan berfikir sebelum membuat sesuatu, periksa siapa orang yang kau akan pilih itu je yang aku minta, walau apapun..selamat hari jadi semoga panjang umur, jangan pendek umur pulak nanti bila kau mati  takde siapa aku nak kacau.

FROM: Jeon Jungkook (Your boyfriend)

TO: Lee Hara.

 

Hara hanya mengangkat kening setelah habis membaca surat tersebut.

"perasan la pulak...mamat ni, haih...fikir dan pejam mata? fikir tentang perasaan aku? jangan keliru dengan perasaan sendiri? macam mana dia boleh faham apa yang sedang aku fikirkan? kalau aku pilih Kamiki kau rasa kecewa tak Jungkook? Jungkook kalau aku cakap aku cintakan kau, adakah kau akan terima aku? adakah kau akan anggap aku macam oerempuan lain? dan..adakah kau akan tinggalkan aku? Jungkook aku cuba nak jujur dengan sendiri, tapi...aku takut kalau kau tinggalkan aku, aku dah fikir, aku dah faham perasaan aku, aku dah cuba supaya hati aku tak payah nak pilih kau, tapi....semua tu aku tak boleh sebab kalau aku dengan Kamiki aku rasa sunyi, walapun..kamiki cuba lakukan benda yang kelakar, tapi..hati aku tetap rasa kosong..sebab kau..orang yang sepatutnya aku pilih." 

Kata Hara dengan nada sedih lalu menyimpan surat tersebut.

'aku cintakan kau Jeon Jungkook, terlalu cintakan kau'

 


 

AUTHOR NOTE:

mcm mne? ok tak? sorry klau bosan... ><

citer ni dh nk hmpir ke penghujungnya hihi ^^

tolong letakkan komen ye.... 

thanks for the new subbies ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
haih..bilalah cerita ni nk habis ...haih....

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 28: Of course perlu buat sequal.. Hehehe
khaisara #2
Chapter 28: best cite ni...bace dari mule smpai habis....
terpulang pada awk nk buat sequal ke x..
bagus buat la hahaha...
sya sokong je..
fighting!
intanshahirah #3
Chapter 27: Daebak..Sweet do..Haha jungkook so cute..
misz_dina #4
Chapter 27: Omo...cweet nye >\\\<
amani123
#5
Chapter 27: ahgggggg sweetnyaaaaaaaaa sojin dgn taena ni
Miss_Baek
#6
Chapter 27: Lamaran moden...hahaha...
yukishizu #7
Chapter 27: haha..dahsyat betul cara ajak kahwin
overdosing14
#8
update soon
Miss_Baek
#9
Chapter 26: So sweet!!!Daebak!!