taena moment

love,love,love?

(hana pov)

"haish! mana pulak budak alien ni! kata suruh aku tunggu kat sini!"

rungutku sambil menunggu taehyung yang dari tadi tak sampai-sampai, tiba-tiba.

"mianhae..sebab lambat.."

kata taehyung sambil melihat aku, aku terus menganggukkan kepala aku.

"okey..aku maafkan."

kataku sambil melihat taehyung, tiba-tiba melihat aku dari atas sampai ke bawah.

"kau nampak comellah bila pakai dress!"

kata taehyung riang, aku hanya mengerutkan dahi.

"aik! selama ni...aku pakai dress kau tak perasan ke?"

"bila masa kau pakai skirt?" O_o

"time gi pantai tu la~ wahai taehyungku sayang~"

kataku dengan nada memerli, taehyung hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum malu.

"wei! aku nak tanya ko satu soalan boleh tak?"

soalku sambil melihat taehyung.

"apa dia?"

"kenapa ko tak ajak kawan-kawan ko yang lain? and...kenapa kau ajak aku je?"

"ha? kenapa aku ajak kau je? aku ajak kau...sebab..sebab dah lama aku tak jalan berdua-duaan macam ni, time dengan kau, and..last kite jalan berdua-duaan macam ni..time umor kite sepuluh tahun, kau ingat tak?"

aku hanya menganggukkan kepala, tiba-tiba taehyung menarik tangan aku sambil berlari, aku terus membulatkan mataku tanda terkejut, taehyung terus menolehkan kepalanya ke arah aku sambil tersenyum.

"bukannya ada orang nampak pon.."

kata tehyung sambil tersenyum manis ke arah aku,tiba-tiba aku merasakan muka aku telah panas.

'takkanlah aku malu dengan mamat alien ni kot?!'

setelah kami berdua masuk ke dalam taman tema, kami berdua hanya melihat sekeliling, kerana kami berdua memikirkan untuk main permainan apa dahulu.

"erm..kite nak main apa dulu?"

soal taehyung kepadaku, sambil memegang tanganku, aku hanya menjongketkan bahu, tanda tidak tahu.

"hana..jom beli gula-gula kapas tu.."

kata taehyung sambil menunjukkan jarinya ke arah kedai gula-gula kapas, aku hanya menganggukkan kepala, lalu kami berdua terus berjalan ke arah kedai gula-gula kapas tersebut.

"ahjumma..saya nak gula-gula kapas satu..tapi nak yang besar tau.."

kata taehyung kepada mak cik tersebut, lalu aku terus menyiku lengan taehyung.

"woi! apsal kau order satu je?! aku pun nak makan jugak!"

kataku dengan nada berbisik.

"tak boleh..budak kecik tak boleh makan gula-gula banyak-banyak, nanti gigi rongak tak cantik muka kau, jadi..kau kongsi dengan aku jelah ye.."

kata taehyung sambil tersenyum dan mendekatkan mukanya ke arah mukaku, dan menggeselkan hidungnya ke hidungku, lalu dia mengambil gula-gula kapas tersebut, dan berjalan sambil memegang sambil memegang tangan aku, di dalam perjalanan, aku hanya mencebik tanda protes, lalu taehyung terus berjalan ke arah kerusi panjang, lalu mengajak aku untuk duduk sekali.

"hana..mehlah duduk sini."

kata taehyung dengan nada memujuk, aku hanya membuat reaksi tidak kisah dengan pujukannya, tiba-tiba tehyung berdiri dan meletakkan gula-gula kapas itu di atas kerusi, lalu dia terus berdiri di hadapanku dan terus memeluk pinggangku, aku hanya terkejut dengan apa yang taehyung sedang lakukan.

"ap-apa yang kau buat ni...?"

kataku dengan nada gelisah, taehyung pula hanya tersenyum nakal, dan mengetatkan lagi pelukan di pinggangku, dan membuatkan muka aku dan dia menjadi terlalu dekat, dan dia terus merenung anak mata aku sedalam-dalamnya, muka aku terasa panas kerana terlalu malu.

"janganlah buat macam ni..orang tengoklah.."

kataku sambil memandang ke tempat lain, dan terus menolak taehyung, taehyung hanya ketawa kecil dan terus meleraikan pelukan di pinggangku.

"omo! comelnya muka kau, time kau tengah malu!"

kata tehyung sambil mengetawakanku, aku yang tengah geram terus menendang kaki taehyung, dan terus berjalan meninggalkan dia.

"adoi! wei! tunggulah aku kejap!"

jerit taehyung sambil berlari ke arah aku, lalu dia terus memegang tangan aku.

"haih..kau ni kan, aku puji salah..aku kutuk salah, serba salah aku kenal dengan kau.."

kata taehyung sambil mengeluh, aku hanya membuat reaksi tidak kisah dengan kata-kata taehyung tadi, tiba-tiba mata aku tertatap pada benda yang aku nak main.

"kau tengah tengok apa tu?"

soal taehyung sambil melihat apa yang aku sedang lihat.

"tae~ jom naik tu..aku teringin sangat nak naik benda tu~"

kataku sambil membuat muka comel, taehyung hanya menggigit bibir dengan muka yang gelisah.

"hana..kau tau kan...aku-"

tidak sempat taehyung menghabiskan kata-katanya, aku terus menarik tangannya dan terus berlari ke arah yang di tuju.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

setelah 4 jam kami meluangkan bermain dengan semua permainan yang agak 'mencabar' bagi taehyung, tetapi bukan aku.

"wah! seronoknya hari ni!"

kataku sambil duduk di kerusi panjang, taehyung hanya memandang aku dan terus duduk di sebelah aku.

"seronok amendenye,aku dah muntah sebanyak 8kali dah hari ni."

"omo! omo! hyunggie merajuk ke? meh sini hana pujuk!"

kataku dengan nada memerli, tehyung hanya menjelingku sekilas, dan terus memandang ke arah air pancut yang berada di hadapan kami berdua.

"tak sangka..dah malam rupanya.."

kata taehyung perlahan, tetapi dapat di dengari olehku, aku hanya tersenyum sambil melihat taehyung yang sedang melihat ke arah air pancut yang sedang di sinari dengan lampu di sekitarnya, dan aku terasa terpegun sedikit apabila aku malihat wajah yang di sinari dengan cahaya bulan, taehyung terus melihat melihat ke arah aku.

"apsal kau pandang aku macam tu?"

"err..takde papelah.."

aku terus menolehkan kepala aku ke tempat lain.

"hana.."

"hmm.."

"kau tau tak? kenapa aku nak satu kelas and..satu sekolah dengan kau?"

"hmm...mungkin..sebab ko nak.. tau aku kawan ngan sape kot...ataupun...kau nak stalk aku? betul tak?"

taehyung hanya menggeleng dengan jawapan yang aku tujukan kepadanya, tiba-tiba dia terus memegang tanganku.

"aku buat semua ni...ada sebab.."

kata taehyung sambil tersenyum ke arah aku, tiba-tiba hati aku berdegup semasa dia berbuat begitu.

"se-sebab apa?"

soalku dengan tergagap-gagap.

"sebab..."

"sebab?"

aku mengerutkan dahi.

"sebab aku cintakan kau.."

kata taehyung dan terus mengucup bibirku, mukaku telah menjadi merah, aku terus menutup mataku rapat-rapat.

'saranghae..' 

//////////////////////////////////////////

 

anyeong!

mianhae! ><

sbb lmbt update..dan sye mintak maaf jugak kalau chapter ni bosan ><

tolong letakkan komen ^^

anyeong ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
haih..bilalah cerita ni nk habis ...haih....

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 28: Of course perlu buat sequal.. Hehehe
khaisara #2
Chapter 28: best cite ni...bace dari mule smpai habis....
terpulang pada awk nk buat sequal ke x..
bagus buat la hahaha...
sya sokong je..
fighting!
intanshahirah #3
Chapter 27: Daebak..Sweet do..Haha jungkook so cute..
misz_dina #4
Chapter 27: Omo...cweet nye >\\\<
amani123
#5
Chapter 27: ahgggggg sweetnyaaaaaaaaa sojin dgn taena ni
Miss_Baek
#6
Chapter 27: Lamaran moden...hahaha...
yukishizu #7
Chapter 27: haha..dahsyat betul cara ajak kahwin
overdosing14
#8
update soon
Miss_Baek
#9
Chapter 26: So sweet!!!Daebak!!