Untuk Kedua Kali

Untuk Kedua Kali.
Luqman masuk ke dalam pejabat dengan muka yang amat ketat. Pagi-pagi 'mood' kerja nya sudah terganggu. Mana tidak, pagi pagi Dato' Uwais sudah mengingatkannya tentang perkahwinan dia dengan Fatimah Ezzahrah itu. Bagi nya, kesalahan yang dilakukan olehnya tidaklah besar mana. Setakat pegang, apa lah sangat. Wujud lagi ke perempuan yang berpewatakan sederhana yang menjaga 'tatasusila', 'tatatertib' dan segala 'tata' lah! Naik hantu pulak dibuatnya bila memikirkan balik kata-kata amaran Dato' Uwais itu. "Come in," arah Luqman dengan muka yang masih tidak berubah. Fatimah hanya tercengang. Dah kenapa mamat ni ? Muka ketat je ? Orang pagi pagi kena lah senyum. Apa orang kata? Mulakan pagi dengan senyuman ? Ha... "Faster!" Sergah Luqman apabila melihat Fatimah yang masih terpinga-pinga. Laju Fatimah menyusun langkah. ❤ "Kau tahu apa sebab aku panggil kau ni?" Suara Luqman sudah tidak seperti dulu. Penggunaan bahasa nya juga tidak sama seperti dulu. Makin Kasar. Muka Fatimah mula berkerut. Terkejut juga bila mendengar kata ganti nama yang digunakan oleh Encik Luqman ni. Dia ada buat salah ke ? "Aku tanya tahu ke tak ?!" Suara Luqman terus naik. Bengang melihat Fatimah yang lembap. Ingat dia cakap dengan perabot perabot yang ada dalam pejabat tu ke ? Fatimah laju menggeleng. Kepalanya terus ditundukkan. Dia mengaku, dia takut. Besar sangat ke salahnya sampai ditengking macam ni? Ke kerja nya salah ? Tapi rasa nya takde cacat cela pun. "Kau dah rosak kan masa depan aku," beritahu Luqman dengan suara yang penuh amarah tetapi diperlahankan suaranya. Takut pula pekerja yang lain tahu. "Apa maksud Encik?" Soal Fatimah, tidak faham. "Yang kau pergi report pasal semalam dekat Dato' kenapa ?! Bodoh sangat ke benda kecik macam tu nak report bagai? Kau dah besar kan ? Kelakuan tu jangan macam budak 5tahun boleh tak? Kerja nak mengadu je!" Tempik Luqman lagi. Marah menguasai dirinya. "Encik.. Encik boleh marah saya kalau sebab kerja saya salah atau kelakuan saya tak senonoh. Tapi, tolonglah tegur secara baik. Bukan menengking macam ni. Lagipun memang Encik yang salah sebab pegang saya semalam. Saya rsa memang patut pun saya buat aduan ke Dato. Saya minta maaf sekali lagi kalau ia membuatkan masa depan Encik musnah. Maaf.." Nada suara Fatimah semakin perlahan. Seakan menangis. Tapi masih di tahan-tahan. Seumur hidupnya, tak pernah ditengking sebegitu rupa. Tersentuh hati Luqman bila melihat air jernih mengalir dari kelopak mata Fatimah Ezzahrah. Dia sedar perbuatannya ini melampau. Tapi masa depannya juga akan hancur. Luqman menelan air liur. Dia tak pernah buat perempuan menangis. Sekalipun Qistina Aulya yang amat tidak disukainya itu. Luqman menekup wajahnya. Dia mengucap panjang. 'Kau dayus, Luqman.. Kau dayus,' kata Luqman perlahan. Lalu nafas panjang ditarik. "Zahrah.." Panggil Luqman perlahan. Fatimah Ezzahrah masih menundukkan wajahnya. Badannya tersendu-sendu menangis. "Zahrah, saya mintak maaf.. Saya tahu saya over," kata Luqman lagi, serba salah. Namun tiada respond dari Fatimah. "Okay.. Macam ni.. Kita bincang elok elok. Awak duduk lah sini," arah Luqman, lembut. Fatimah Ezzahrah menggeleng perlahan. Takut lagi teruk keadaan bila dia duduk dengan jarak yang dekat dengan Luqman. "Saya janji saya takkan sentuh awak. Tapi saya taknak paksa awak. So, come here," pujuk Luqman lagi. Perlahan-lahan air matanya dilap. Langkah diatur. Perlahan sekali. Lalu punggungnya direbahkan dihadapan meja kerja Luqman. Kepalanya masih tertunduk. "Look at me," arah Luqman, lembut. Fatimah perlahan memandang wajah Luqman yang serabut itu. Memang kelihatan wajahnya yang serabut apa tah lagi otaknya. Luqman tersenyum tawar. "Pasal ni.. Awak mengadu kat Dato' Uwais kan semalam ?" Soal Luqman, perlahan dan lembut. Pergh, gaya lelaki melayu terakhir! Fatimah mengangguk perlahan. Mengakui salahnya. "Saya tahu awak juga akan terkejut dan marah bila dengar apa yang Dato' Uwais suruh saya buat selepas mendengar aduan dari awak," Luqman menyusun ayat supaya tidak kelihatan yang dia sedang marah yang amat. "Dato' cakap apa ?" Soal Fatimah pula. Perlahan suaranya. "Dia suruh saya kahwin dengan awak," jawab Luqman dengan muka yang marah. Tapi di tahan. Tak tahu lah kenapa, bila cakap pasal benda ni, mesti nak marah. Mata Fatimah membulat. Tak sangka! Aduannya memakan diri sendiri! Menyesal sungguh. Ingatkan Dato' Uwais akan menghukum atau menasihati Luqman. Tetapi sebaliknya! Malah dengan dia dia sekali terlibat! "Awak sanggup ?" Soal Luqman sambil tersenyum sinis. "Takkan lah sampai macam tu sekali, Encik ?" Soal Fatimah, masih tidak percaya. "Sebab tu saya marah sangat. Kalau tak percaya boleh tanya Dato' sendiri," balas Luqman cuba untuk mempercayakan Fatimah. "Baiklah, saya percaya. Sekarang Encik nak saya buat apa ?" Soal Fatimah. Nak juga tahu apa matlamat dia dimarahi. Takkan suka suka kan ? "Saya nak awak cakap dekat Dato' yang saya tak bersalah. Dan awak taknak pun berkahwin dengan saya," arah Luqman lagi. "Mana boleh macam tu, Encik Luqman. Memang Encik yang salah sebab pegang saya. Lepastu mengaku tak bersalah ?" Bangkang Fatimah. "Tu pun kalau awak taknak kahwin dengan saya lah," Luqman mengangkat kening dan tersenyum nakal. Tahu kali ini dia akan menang. Fatimah Ezzahrah hanya mendengus geram. ❤ "Saya taknak tahu ini salah kamu atau salah Luqman. Yang penting saya nak kamu kahwin dengan Luqman," tenang Dato' Uwais berbicara. Fatimah naik bingung. Tadi Encik Luqman kata Dato' ni suruh kahwin sebab pegang pegang tu ? Tiba tiba 'saya taknak tahu ni salah siapa' pulak ? Haih. "Tapi Dato', saya ni muda lagi. Taktahu apa apa lagi. Lagi satu, saya tak kaya macam Dato'. Lagi satu, saya ni bukan pilihan Encik Luqman. Lagi satu, saya pun ada hak nak tentukan siapa bakal suami saya. Lagi satu, saya ni takpandai masak. Lagi satu, saya ni bukannya suka sangat lelaki kaya kaya ni. Kadang-kadang poyo. Lagi satu, isteri Dato' pun macam tak suka saya je. Lagi satu..." "Cukup lah. Berapa banyak pun satu awak, saya takkan terima. Saya dah rancang semua. Semua nya saya yang uruskan. Kamu dengan Luqman duduk diam diam dan naik pelamin je nanti," putus Dato' Uwais sebelum meninggalkan Fatimah yang terpinga- pinga. Ketawa kecil Dato' Uwais bila mendengar alasan yang diberikan oleh Fatimah. Banyak betul alasan. ❤ "Macam mana ?" Soal Luqman sebaik saja Fatimah masuk ke pejabat nya. Fatimah mencebik sebelum menggelengkan kepalanya. Luqman mengeluh lemah. "Dahtu ? Kita nak buat macam mana ni ?" Soal Luqman seperti belum berputus asa. "Saya taktahu lah. Banyak alasan saya bagi tapi Dato' taknak terima satu pun," Fatimah menjawab, sedih. "Ke alasan awak yang mengarut ?" Soal Luqman. Kenal sangat Dato' Uwais tu bukan senang terima alasan alasan yang tak munasabah. Fatimah hanya menjongketkan bahu. Taktahu nak kata apa lagi. Dirinya seakan berserah. Apa apa pun, Allah yang akan merancang hidup nya dengan begitu baik sekali. "Saya pun taktahu dah nak buat apa bila awak sendiri dah bercakap tapi masih papa taknak dengar," Luqman mengeluh perlahan. "Saya berserah jelah," putus Luqman. "Jangan risau lah Encik Luqman. Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau takde, takdelah," balas Fatimah. Juga dalam kedaan yang lemah. "Sambunglah kerja awak tu," arah Luqman. Langkah disusun keluar dari pejabat Encik Luqman. ❤ SEBULAN KEMUDIAN.. "Saya takut, Encik," Fatimah bersuara. Mereka berdua duduk disatu bangku berhadapan dengan tasik. Membincangkan tantang masa depan mereka. Bulan depan mereka akan bergelar suami isteri. Sediakah mereka ? Dua dua dalam keadaan terpaksa. "Apa yang awak nak takut ?" Soal Luqman. "Saya takut kalau jodoh kita tak panjang," luah Fatimah. Suasana tenang, nyaman dan sunyi membuat kan Luqman juga boleh merasai apa yang dirasakan oleh Fatimah. "Awak jugak cakap. Ada jodoh, ada lah. Takde, takdelah," senang Luqma berkata. Mengungkit kembali apa yang dituturkan oleh Fatimah sebulan lepas. "Encik boleh lah cakap macam tu. Encik ada Qistina. Kalau kita bercerai, Encik masih ada Qistina. Tapi saya ?" Fatimah mengangkat kening. Luqman tersenyum tenang. Haih dia ni ? Belum kahwin dah sayang ? Naya ni. "Zahrah, think positive. Kita kahwin pun belum awak dah fikir pasal cerai ?" Luqman cuba menenangkan Fatimah. "Saya cuma takut je," beritahu Fatimah. "Redha, Zahrah. Redha," Luqman senyum memandang Fatimah. Fatimah terpaku saat memandang Luqman. Baru kali ini Luqman seperti menaikkan semangatnya. Lama merenung muka Luqman, Fatimah boleh nampak betapa tenangnya muka Luqman. Dengan rambut yang ditiup angin sepoi sepoi bahasa. Anak mata coklat hazelnya. Memang menambat hati para gadis ! beruntung nya dia kalau dapat Luqman ni. Fatimah mengucap panjang. Cepat pandangannya jatuh ke bawah. Luqman juga begitu. ❤
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet