Untuk Kedua Kali ❤

Untuk Kedua Kali.

"Mama bagi awak pakai baju dia ke ?" Soal Luqman secara tiba-tiba. Bosan pun ada dalam kereta ni. Sunyi je.

 

  "Ha'ah. Sebab tadi saya takde baju. Tapi mama encik bagi macam tak ikhlas je," keluh Fatimah, perlahan.

 

  "Dia memang macam tu. Lama-lama okay lah tu," Luqman seperti memujuk Fatimah.

 

  "Tapi betul lah Encik Luqman.. Saya rasa dia tak suka saya. Dari semalam...."

 

  "Eh, muat pulak awak pakai baju ni, ya ? Nice lah," Luqman segera memotong. 

 

  Muka Fatimah naik merah. Dah lah kulitnya putih kemerah-merahan ditambahnya lagi merah kerana malu. Merah saga !

 

  "You're blushing!"Sakat Luqman. 

 

  "Eh, mana ada!" sangkal Fatimah. Kantoi pula yang dia malu nanti. hehe..

 

  Luqmannul Hakim kini menumpukan perhatian kepada panduannya. Segan pula nak sakat lebih-lebih dengan anak dara orang ni. Kalau dah kahwin tu lain lah. Eh ?

 

                   ❤

 

  Suasana hening apabila susuk tubuh Luqmannul Hakim dan Fatimah Ezzahrah menuruni kereta mewah milik Luqman bersama. Masing-masing membuat andaian yang bukan-bukan. Ada yang kata mereka melakukan perkara yang tidak senonohlah, ada juga yang kata mereka sudah bernikah tetapi secara senyap senyap. Penuh dengan bisikan pada pagi ini.

 

  "Jumpa saya time lunch nanti," arah Luqman, selamba.

 

  'Aku ? Ajak lunch ? Haih makin pelik mamat ni' detik hati Fatimah.

 

  Orang ramai mula mendekati Fatimah. Macam -macam soalan mengarut yang diajukan. Terpaksa lah Fatimah menjawab satu persatu.

 

  "Fatimah, awak dengan dia tidur satu...."

 

  "Fatimah.." Pintu pejabat Luqman dikuak dari dalam.

 

  Terbeliak mata Luqman melihat Fatimah dikerumuni orang ramai.

 

  "Ni apahal ni ?" Soal Luqman, tegas. Bengang pun ada melihat sikap pekerja-pekernya yang kuat bergosip.

 

  Masing-masing segera beredar apabila 'muka singa Tuan Luqman' sudah muncul.

 

  Luqman menggelengkan kepala beberapa kali. Inilah dia perangai budak budak zaman sekarang. hihihi.

 

  "Ya, encik. Ada apa panggil saya ?" Tegur Fatimah, mematikan lamunan Luqman sebentar tadi.

 

  "Oh ya, saya ada meeting dengan syarikat AirDrop tak harini ?" Soal Luqman.

 

  "Tak silap saya, tak ada. Munggu depan rasanya. Kenapa, Encik?" Soal Fatimah pula. Jarang sungguh dia bertanyakan soal mesyuarat ni.

 

  "Saya meeting dengan syarikat apa hari ini?" Soal Luqman lagi.

 

  "Tiada, encik," balas Fatimah.

 

  "Good. See you time lunch nanti," Luqman lalu masuk ke pejabatnya semula.

 

                     ❤

 

  "Pelik," Fatimah bersuara memecah kesunyian.

 

  "Kenapa ?" Soal Luqman.

 

  "Kenapa encik Luqman ajak saya lunch ?"

 

  "saja," Luqman mengalihkan matanya kesekeliling ruang didalam restoran mewah itu.

 

  "Saya seganlah," Fatimah tersengih. 

 

  "Dengan boss sendiri nak segan ?" Seloroh Luqman.

 

  "Boss ? Haaaaa ?" Fatimah ternganga Fatimah.

 

  "Ish, biar betul mamat ni ? Makin lama makin tak betul dah aku tengok. Seram," Fatimah meneguk air liur.

 

  "Ha, encik. Saya nak balik pejabat lah. Encik makan lah dulu, ya ? Pergi dulu," Fatimah segera bangkit.

 

  "Eh, nanti lah saya tak habis makan la..."

 

  "Eh! Apa pegang pegang ni, Encik ?! Encik jangan macam-macam!" Fatimah menyentap kembali lengannya yang dipegang kuat oleh Luqman. Eh, sesuka hati je nak pegang tangan anak dara orang. Fikir kaya boleh buat sesuka hati lah ?!

 

  Lantas Fatimah meninggalkan Luqman. Keputusannya, teksi lah apa lagi !

 

                     ❤

 

  Dekat setengah jam Fatimah menunggu teksi tak lalu lalu. Biasalah, dia bukannya berada di restoran mamak tepi jalan, tapi dia berada di restoran 5bintang! Teksi pun segan nak lalu situ.

 

  Terpaksalah ambil jalan kena berpenat sikit. Kena pergi jauh sikit dari restoran itu baru nampak teksi agaknya.

 

  Fatimah menghentikan langkahnya. Eh, macam kenal kereta tu ? Nombor plat nya juga amat dikenali. Sah itu Luqmannul Hakim bin Dato Uwais. Habislah dia. Langkah diambil semula. Kali ini lebih laju. Buat buat tak nampak jelah kereta tu!

 

  Bunyi hon kereta kedengaran. Malu juga Fatimah apabila dihon-hon begitu. Ingat lembu ke apa?

 

  Kereta itu akhirnya berhenti tepat dihadapan Fatimah. Pergh buat drift. 

 

  Tuan punya kereta pun keluar dari kereta. Fatimah terdiam. Apa pulak dia nak buat kali ni ? Dah lah kawasan tu tak ramai orang! Mampus !

 

  "Zahrah, kenapa awak pergi macam tu je ? Saya tak habis makan lagi kan?" Luqman bersuara.

 

  Fatimah melepaskan keluh, senang. Ingatkan apa lah dia nak buat tadi. 

 

  "Saya tak suka orang bukan muhrim pegang saya. Encik ingat encik kaya boleh buat macam macam? Memang tak lah, encik" Fatimah melayang-layangkan tapak tangannya dihadapan mata Luqman. Naik juling Luqman tengok.

 

  "Okay. Saya mintak maaf sangat sangat pasal tadi. Kita lupakan je. Okay?" Kata Luqman, selamba.

 

  "Apa?! Encik ingat saya ni apa ? Sesuka hati je sentuh lepastu nak suruh lupakan ? Encik dah melampau ni!" Fatimah makin berang.

 

  "Saya..."

 

  Belum habis Luqman berbicara, telefon bimbitnya berdering. Luqman segera menjawab panggilan.

 

  "Hello, you kat mana ? Lama ni i tunggu kat depan office you. I ingat nak lunch sama-sama. How dare you tinggalkan i," rungut manja, Qistina Aulya.

 

  "Assalamualaikum," sindir Luqman. Eh anak dara orang ni, taktau malu ke call orang terus sembur ? Salam takde apa takde ? Sekali lempang, bisu terus.

 

  "Waalaikumussalam," dengus Qistina.

 

  "You nak apa ni call i ? I dengan secretary i ni. Lunch tadi," terang Luqman. Biar jelas sikit.

 

  "What ?! You lunch dengan secretary you ? Sampai lupa i yang dekat sini ? Teruknya you! i'll report this to your father!" Qistina lalu mematikan talian.

 

  "Report lah. Nak report polis pun aku tak kisah," monolog Luqman sendirian.

 

  "Jom balik office," arah Luqman sambil berjalan kedalam keretanya.

 

  Fatimah membuat memek muka geli. Dah suka suka pegang orang nak suruh naik kereta bersama pulak ? Mimpi!

 

  Dahi Luqman berkerut melihat Fatimah yang masih setia berdiri. Lantas dia keluar balik dari keretanya.

 

  "Zahrah! Naik lah!" Arah Luqman.

 

  Fatimah hanya menggelengkan kepalanya.

 

  "Ke nak saya dukung?" Luqman mengangkat kening. Pantang dicabar !

 

  Laju Fatimah menaiki kereta tersebut. Majikannya benar benar gila!

 

                     ❤

 

  "Papa, tengah hari tadi ada tak Qistina bagitau apa apa?" Soal Luqman memecah sunyi dimeja makan rumah yang mewah itu.

 

  Dato' Uwais mengangguk malas sambil mencebikkan bibirnya. Usah diakatalah si Qistina tu. Kadang-kadang Luqman tak buat salah pun ada je benda yang nak diadukan. 

 

  "Dia kata apa, papa ?" Luqman sudah sedia untuk ketawa besar. Dah agak dah budak tak matang sorang tu.

 

  "Kenapa Luqman tinggalkan dia sorang-sorang time lunch ? Siap keluar dengan secretary pulak tu. Kesian Qistina," Dato Uwais ketawa besar setelah menghabiskan kata-katanya. Macam tak percaya dia menyebelahi Qistina.

 

  Luqman turut ketawa. Ada-ada je papa dia yang sorang ni! Nak kata papa back up Qistina ? Memang tak lah! 

 

  Luqman memandang pula mamanya yang dari tadi masam mukanya.

 

  "Qistina ada bagitau mama apa apa ke ?" Luqman menyoal. Biasalah budak kurang kasih sayang, kalau papa tak layan, confirm mengadu kat mama. Mama pula melayan je. 

 

  "Tu lah dia bagitau tadi," kini, Luqman dan Dato' Uwais sama sama gelak besar. Ish anak beranak ni.. Sabar jelah..

 

  "Bukan Qistina je buat aduan tau," Dato' Uwais bersuara. Kini tiada langsung mendengar tawa atau ngilaian Luqman.

 

  "Siapa lagi, pa ?" Soal Luqman, cuak.

 

  "Fatimah Ezzahrah," Muka Dato' Uwais kini serius. Macam marah pun ada mukanya. Luqman menelan air liur. Habis !

 

  "Luqman tau tak pegang tangan yang bukan muhrim kita tu berdosa ?" Dato' Uwais bersuara lagi.

 

  Luqman mengangguk. Menyesal pun ada. Haih, kenapa lah dia tak kawal pergerakannya tadi ? Kan dah kena setepek ceramah daripada Ustaz Uwais!

 

  "Luqman bukannya sengaja," Luqman menundukkan kepala, tanda bersalah.

 

  "Luqman pegang tangan budak tu ?! Oh, Qistina tak nak pulak pegang ? Budak tu laju pulak ? Apa Luqman ni ?" Datin Saadiah pula mencelah.

 

  "Saadiah, awak diam. Awak nak ajar dia ni pegang tangan perempuan ke apa ?" Dato' Uwais sedikit meninggikan suara.

 

  Luqman semakin serba salah apabila mama dan papa nya mula nak bergaduh. Ni semua salah dia! 

 

  "Ma, Pa, stop it," Luqman seperti mahu meleraikan pergaduhan tersebut.

 

  "It's wont stop until you married her!" Tegas Dato Uwais. 

 

  Masing-masing tersentak. Mata Luqman terbeliak. Datin Saadiah tak lepas pandang Dato' Uwais.

 

  "Apa ni papa ?" Soal Luqman, tak mengerti.

 

  "Papa nak Luqman kahwin dengan Fatimah," arah Dato' Uwais.

 

  "Papa, takkan lah sebab Luqman terpegang tangan dia lepastu Luqman kena kahwin dengan dia ?" Luqman masih pertahankan dirinya. Bukan salah dia! 

 

  "Papa tak kira. Apapun alasan Luqman bagi," Dato' Uwais lalu naik ke biliknya. Lagi bagus menenangkan fikiran dari melayan anaknya yang keras hati itu.

 

  "Mama...." Luqman meraih simpati dari Datin Saadiah pula.

 

  Datin Saadiah hanya menggelengkan kepala. Taktahu nak cakap apa. Tak berani nak melawan suami. Tadi pun dia dah kena. Lalu Datin Saadiah menurut langkah suaminya.

 

  Luqman menunduk tanda kesal. Kalaulah dia tak pegang tangan Fatimah Ezzahrah tadi, takda kena kahwin semua ni!

 

  "Siapa Fatimah Ezzahrah?" Soal adik lelaki Luqman yang dari tadi hanya mendiamkan diri, Aliff Hakim.

 

  "Kau diam lah," Luqman terus naik ke biliknya. Stress melayan semua orang hari ni ! Ni nasib baik adiknya yang lagi sorang tu tak balik. Kalau tak... Lagi pening!

 

                  ❤

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet