Untuk Kedua Kali.

Untuk Kedua Kali.

 "LUQMAN PERGI DULU," ucap Luqmannul Hakim dari pintu rumahnya. Kasut kulitnya dicapai. 

 

  "Eh, kalau ya pun salam lah mama dengan papa ni," Datin Saadiah berbicara lembut. Menghantar anak lelakinya yang dah tak sabar sabar nak ke pejabat itu.

 

  "Oh lupa," Luqman tersengih. Pantas dia menyalam kedua orang tuanya.

 

  "Nanti jumpa papa kat pejabat. Harini Luqman dapat secretary baru. Secretary lama papa dah lucutkan jawatan dia. Pakaian dia menjolok mata. Tak kenan papa tengok," beritahu Dato' Uwais Hakim.

 

  "Yelah papa. Secretary semua papa tukar dua minggu sekali kan ? Ni pun mesti tak sampai sebulan papa dah pecat dia," ucap Luqman. Geram pun ada kadang kadang. Ingat senang ke nak cari orang yang cekap bekerja zaman sekarang ? Papanya pula main pecat pecat je.

 

  "Kali ni papa yakin. Papa tengok dia macam baik," terang Dato' Uwais.

 

  "Senang - senang ambik Qistina jelah jadi secretary Luqman. Qistina pun rajin kerja apa," sampuk Datin Saadiah.

 

  "Apa mama ni ? Tiba - tiba je Qistina ?" Muka Luqman sedikit berubah. Tunggu hilang mood bekerja je kalau Qistina Aulya tu datang ke pejabatnya.

 

  Sungguhlah, jangan disebut nama Qistina Aulya itu didepannya. Musuhnya nombor satu itu. Mana tak nya, hampir setiap hari Datin Saadiah memaksanya untuk berkahwin dengan perempuan tu. Ingat dia takde kerja lain ke nak buat ?

 

  Kadang - kadang tu terfikir lah jugak. Apa yang menarik sangat kat Qistina Aulya tu ? bajunya ketat mengalahkan undang undang negara. Rambutnya perang mengalahkan rumput yang diracun. Muka yang selalu disolek. Dah lah hari hari pakai make up. Tebal pulak tu. Kalah artis Kpop plasticnya. Artis Kpop pun bukan semua plastic. Ye dak ?

 

  "Mama bukan apa.. Elokpun kamu berdua selalu jumpa kat pejabat tu. Cepat sikit nanti kahwinnya," selamba Datin Saadiah berbicara.

 

  "Bila masa pulak Luqman cakap nak kahwin dengan perempuan tu ? Mama ni.. dah lah. Luqman pergi dulu," langkah diambil. Sebelum panjang cerita pasal Qistina Aulya tu, baik dia bla dulu.

 

                                                      ❤

 

  "Boleh panggil saya Zulin je," seorang dari pekerja di pejabat itu mengenalkan dirinya.

 

  "Oh. Okay.. Zulin," senyum Fatimah Ezzahrah.

 

  "Awak boleh tunggu kat sini. Sebab Encik Luqman tak datang lagi," sungguh sopan tatabahasa Zulin berbicara. Walaupun pakaian agak tidak senonoh tapi masih mengawal cara percakapannya.

 

  Fatimah Ezzahrah hanya mengangguk tanda faham. Senyuman di bibir juga tidak hilang dari rumah tadi. Biasalah, semangat nak bekerja kata orang.

 

 

 

  "Morning, Encik Luqman," sapa pekerja Luqman yang melayan Fatimah sebentar tadi.

 

  "Morning," jawab Luqman. Senyuman dibibir tidak lekang.

 

  "Oh ya. Ni secretary baru Encik Luqman," Zulin memperkenalkan Fatimah Ezzahrah kepada Luqmannul Hakim.

 

  "Luqman," Bibirnya senyum. Tangannya dihulurkan untuk berjabat tangan.

 

  "Fatimah Ezzahrah. Sukahatilah nak panggil apa," Fatimah senyum. Dia tidak menyambut huluran Luqman. Sebaliknya hanya mengangguk saja.

 

  Kening Luman berkerut. Wujud lagi ke perempuan macam ni zaman sekarang ? Tak payah cakap banyak. Pekerja dia tu seorang atau dua orang saja yang menutup aurat. 

 

  Yang biasa menutup aurat pun kadang kadang pegang lelaki sana sini. Kira tak reti nak jaga batas lah.

 

  "Oh ya," Luqman mengangguk sambil tersengih. Kagum juga melihat perempuan berdiri didepannya ini. Kalau buat bini okay jugak. Bukannya macam Qistina Aulya tu.

 

  "So, jom saya tunjukkan kat mana yang awak akan menjalankan tugasan," pelawa Luqman.

 

  Fatimah memberi isyarat supaya Luqman berjalan dahulu.

         

                                                     ❤

 

 

  "Awak akan bertugas disini. Saya harap awak akan selesa bertugas di syarikat kami," bicara Luqman, formal.

 

  "Baiklah Encik Luqman. Saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh," balas Fatimah pula.

 

  Luqman mengangguk dan berpaling untuk masuk ke ruang kerjanya pula.

 

  Ruang kerja Fatimah dan Luqman tidaklah jauh mana. Cuma depan belakang je.

 

  Fatimah pun sudah bersedia untuk memulakan sesi pekerjannya.  

 

  Tidak sampai 3 langkah, Luqman berpatah balik mendekati Fatimah.

 

  "Fatimah Ezzahrah," nama penuh Fatimah diseru.

 

  "Ya, Encik Luqmannul Hakim ?" Fatimah seakan bergurau. Tengah-tengah bekerja boleh bergurau. Dengan majikan pulak tu.

 

  "What can i call you ?" Soal Luqman tanpa menghiraukan gurauan Fatimah.

 

  "Up to you," senyum Fatimah.

 

  "Can i call you Zahrah ?" Soal Luqman lagi. Baginya nama perempuan itu sungguh unik. Zahrah juga sedap didengar.

 

  "Boleh encik. Tapi..." Fatimah berjeda.

 

  "Tapi ?" Soal Luqman. Eh bikin suspen pulak minah ni.

 

  "Tapi encik orang fisrt panggil saya Zahrah. Sebelum ni tak pernah orang panggil saya macam tu," sengih Fatimah. Tatkala hatinya cair jugak dengan jejaka yang ada depan mata ni. Mata seksi, bulu mata melentik, tinggi, bibir pink alah senang cerita, perfect lah !

 

  "Oh yeke ? Kira saya dah cipta nama baru untuk awak lah ni ?" Kali ini Luqman pula senyum.

 

  Fatimah terdiam. oh my god handsomenya ! Kan best kalau dapat suami macam ni. Eh ? Stop ! Orang kaya lagi handsome macam dia ni mesti dah ada girlfriend. Stop Fatinah.. Stop berangan !

 

  "Hellloooooo ?" Luqman melayang- layangkan tangannya dihadapan mata Fatimah.

 

  "Ya. Ya encik," Fatimah meneguk air liur. Kantoilah syok sendiri.

 

  "Saya rasa awak dah boleh kerja sekarang," Luqman bersuara. Risau juga. Asyik termenung je minah ni. Macam ni papa kata baik..

                                                       ❤

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet