Untuk Kedua Kali.

Untuk Kedua Kali.

 PADA petang itu, Dato' Uwais mengajak Luqman duduk bersantai dihalaman rumah mereka. Kononnya nak bincang pasal kerja. Kerja ke kawin ? 

 

  "So Luqman.. Macam mana secretary baru tu ?" Dato' Uwais memulakan perbualan.

 

  "Oh. Zahrah ?" Soal Luqman pula. Macam lah dia ada ramai secretary baru.

 

  "Eh ? Bukan Fatimah Ezzahrah ke nama dia ?" Soal Dato' Uwais. Jangan-jangan budak ni dah pecat Fatimah Ezzahrah tu. Manalah tahu.

 

  "Yelah. Luqman panggil dia Zahrah. Takkan nak panggil nama penuh kot. Ish papa ni," Luqman tersipu.

 

  "So, how is she?" Dato' Uwais terus ke topik sebenar.

 

  "how ? Macam tu lah papa. Okay. Bolehlah. Tapi..." Luqman berjeda.

 

  "Tapi apa ?" Soal Dato' Uwais. Ish suspen pulak anaknya kali ni.

 

  "She is too young lah. Macam takde pengalaman je ?" Jujur Luqman.

 

  "Memang lah. Dia tu baru 19 tahun. Memang takde pengalaman lah," terang Dato' Uwais.

 

  Mata Luqman membulat. Terkejut dengan apa yang didengarinya. Biar betul ?

 

  "Seriously papa ?" Luqman bagaikan tersedak.

 

  "Kenapa Luqman macam terkejut je ?" Soal Dato' Uwais. Sampai tertelan air liur anaknya itu.

 

  "Macam mana papa boleh ambik dia bekerja ? Dah lah muda. Takde pengalaman pulak tu," Luqman seakan menghina.

 

  "Papa buat temuduga kecil-kecilan. Time tu ada lima orang je datang. Dalam banyak-banyak tu, dia sorang je bertudung. Sejuk mata memandang. So, papa ambik jalan pintas, papa pilihlah dia," terang panjang lebar Dato' Uwais.

 

  "What ? Lima orang je datang ?! Are you serious ?" Soal Luqman, terkejut beruk.

 

  Dato' Uwais hanya menganggukkan kepala. Dulu bukan main ramai datang nak temuduga. Sekarang cuma lima orang je. Mana taknya, dua minggu, sekali tukar secretary. Naik bengang orang dibuatnya.

 

  "Tapi takkan lah dia sorang yang menyejukkan mata papa tu ?" Soal Luqman, tak puas hati.

 

  "Ada lagi sorang ni. Papa memang nak ambik dia. Dia pun dah berpengalaman. Muda sangat pun tak. Tapi takut Luqman marah papa pulak," Dato' Uwais menjeling Luqman.

 

  "Luqman takkan marah lah papa. Papa ambik je. Siapa nama dia kalau papa ingat lagi?" Soal Luqman.

 

  "Qistina Aulya anak Dato' Hisyam kalau papa tak silap," Dato' Uwais menahan tawa.

 

  Tawa Luqman pecah. Bukan main kuat lagi gelaknya. Sampai terkeluar air matanya.

 

  "What ?" Soal Luqman.

 

  Tawa Dato' Uwais juga pecah.

 

  "Dia pergi jugak ke temuduga tu?" Soal Luqman. Tangannya mengesat air mata akibat tawanya.

 

  Dato' Uwais hanya mengangguk. Tak larat nak bercakap. Kuat betul mereka ketawa.

 

  "What the hell ? Dah takde kerja ke apa ?" Luqman menyambung tawanya.

 

  "Mama kamu tu ler," Dato' Uwais bersuara.

 

  Luqman terus terdiam.

 

  "Papa tengok Fatimah tu baik orangnya," Dato' Uwais memulakan agendanya.

 

  "Ish papa ni. Baru tiga minggu kerja dah puji baik," sangkal Luqman.

 

  "Untung kalau papa dapat menantu macam tu. Aurat diajaga. Batas pergaulan pun dijaga. Susah nak dapat yang macam tu sekarang ni, Luqman," Dato' Uwais meneruskan agendanya. 

 

  "Apa papa merapu ni ? Tak lawak lah," Luqman masih tak faham apa yang Dato' Uwais mahukan sebenarnya.

 

  "Kalau Luqman kahwin ngan dia, mesti cucu papa comel," lurus Dato' Uwais. Bendul sungguh anaknya itu kali ini.

 

  "Ish apa papa ni ? Tak cukup mama paksa Luqman kahwin dengan Qistina, papa pulak suruh Luqman kawin dengan budak tu," sudah terang lagi bersuluh yang Luqman memang belum bersedia untuk berkahwin.

 

  "Alah, Luqman baru 24tahun. Manalah jauh beza sangat Luqman dengan dia," Dato' Uwais seakan memaksa.

 

  "Taknak lah papa. Luqman muda lagi lah nak kawin-kawin ni," alasan baru dikeluarkan.

 

  "Its up to you. Kalau dia dah kena kebas dengan orang lain, jangan menyesal. Jangan kecewakan papa," Dato' Uwais membuat memek muka sedih. Ni jalan terakhir mungkin.

 

  Entahlah kenapa, dia berkenan sangat nak buat Fatimah Ezzahrah tu sebagai menantunya. Bukannya Qistina Aulya yang lansung taktau hukum agama tu.

 

  "Apa ni papa..." Luqman seakan merungut.

 

  "Ni kenapa bising - bising dari tadi ni ?" Soal Datin Saadiah yang tadi didapur. Pumggungnya dilabuhkan disebelah Dato' Uwais. Walaupun sudah berumur, tapi masih sweet gituh.

 

  "Ni haa... Ada ke patut papa suruh Luqman kahwin dengan secretary baru Luqman tu. Dah lah muda lagi," adu Luqman.

 

  "Eh, mana boleh ! Luqman kena kahwin dengan Qistina," Datin Saadiah juga membantah.

 

  "Apa mama ni ? Luqman ingat mama nak backup Luqman ke apa. Rupanya nak suruh Luqman kawin dengan Qis tu pulak," riak muka Luqman sedikit berubah.

 

  "Apa-apa jelah. Ni, buatkan saya kopi ?" Arah Dato' Uwais. Agendanya tidak menjadi kali ni. takpe... Takpe..

 

  "Tu dah buat kat dapur tu. Tinggal nak minum je. Jom lah ke dapur," ajak Datin Saadiah. Dato' Uwais pun bangun lalu segera ke dapur. Datin Saadiah mengikut jejak suaminya.

 

                     ❤

 

  "Encik, pukul 2 nanti encik ada meeting dengan pengarah Airlines Holdings, pukul 5 pulak ada meeting dengan Syarikat WeSmile," terang Fatimah Ezzahrah.

 

  Luqman hanya mengangguk tanda faham.

 

  "Dokumen yang saya suruh awak simpankan semalam tu awak ada bawak tak ?" Soal Luqman.

 

  "Oh ya. Lupa pulak. Ada. Kat meja saya. Tapi sebelum tu, Encik Luqman kena tanda tangan beberapa dokumen lagi. Saya pergi ambik ya ?" Fatimah meminta izin.

 

  Luqman hanya mengangguk. Matanya kembali memandang skrin kompuyernya.

 

  Tidak sampai tiga puluh saat, Fatimah kembali dengan beberapa fail ditangannya. Dokumen juga dibawa. Bukan main banyak. Sampai muka pun dah tak nampak. Bertimbun-timbun !

 

  "Astaghfirullahal'azim.." Luqman mengucap. Terkejut dia melihat keadaan Fatimah.

 

  Lantas dia berjalan mendekati Fatimah.

 

  "Meh sini saya tolong angkat sikit," Luqman menawarkan diri.

 

   "Eh takpe takpe," fatimah menolak secara lembut.

 

  "Sini lah. Banyak ni," Luqman masih menawarkan dirinya untuk menolong.

 

  "Saya cakap takpayah...."

 

  Belum sempat Fatimah menghabiskan kata-katanya, fail-fail dan dokumen-dokumen yang dibawanya semua terjatuh.

 

  Mereka berdua tercengang. Jenuhlah nak kemas balik semua kertas-kertas ni.

 

  "See what you done," Luqman memandang Fatimah.

 

  "Im so sorry," suara Fatimah bergetar. Takut dia akan dipecat. Dah lah susah nak dapat kerja sekarang ni. Air matanya mula bertakung apabila melihat muka Luqman merah.

 

  Luqman menahan gelak. Sampai merah mukanya. Apa lah minah ni, dia cakap macam tu je bukannya temgking ke apa muka dah cebik nak menangis lah tu.

 

  "Dah lah. Jom kutip," Luqman segera menunduk. Karang tak pasal-pasal terbahak-bahak kat situ.

 

  Fatimah segera mengutip kertas-kertas tersebut. Takut sungguh kalau dipecat.

 

  Laju tangan Fatimah mengutip kertas kertas yang bersepah dilantai itu.

 

  "Lajunya," tegur Luqman, senyum.

 

  "Saya nak buat kerja," alasan Fatimah. Padahal taknak lama lama dalam bilik tu. Takut orang kata apa pula. Paling dia takut, takut terpikat pulak. Hahahahaha.

 

  "Rileks lah. Janganlah gelupur sangat," Luqman sedar yang muka Fatimah dah mula merah kerana malu ditenung sebegitu rupa. Apatah lagi jarak mereka yang rapat itu.

 

  Luqman tersenyum melihat Fatimah yang malu malu itu.

 

  "Helloooo..." Suatu suara mengejutkan mereka berdua.

 

 Muka Qistina mula merah menahan sabar.

 

  "What the hell is this ?!" Marah Qistina Aulya ke Fatimah Ezzahrah.

 

  "Oh, Cik Qistina.. Saya mintak maaf, saya..." 

 

  "You nak apa datang sini ?" Soal Luqman sambil berdiri betul - betul dihadapan Fatimah. Memang dah tak nampak dah Fatimah tu. Dah lah pendek. Luqman pulak bukan main tinggi.

 

  "You tepi," arah Qistina Aulya.

 

  "Apahal pulak I kena ke tepi ?" Soal Luqman, masih berlembut.

 

  "You buat apa dengan perempuan tu ?" Soal Qistina, cemburu.

 

  "Kitorang kutip kertas atas lantai nilah. Takkan you tak nampak ?" Luqman malas nak layan Qistina.

 

  "Suruh jelah dia tu kutip," balas Qistina.

 

  "Eh dia ni secretary I. Bukan kuli batak you. Sukahati lah I nak tolong dia," bidas Luqman. 

 

  "You tepi !" Qistina menolak kasar Luqman ketepi. 

 

  Luqman hanya ketepi sedikit.

 

  Laju tangan Qistina ingin menampar Fatimah. Tapi...

 

  "Apa you buat ni Luq ?!!" Marah Qistina apabila Luqman menahan tangannya dari menampar Fatimah.

 

  "Sekarang time I kerja. You keluar," arah Luqman.

 

 Muka Fatimah pucat. Selamat tak ditampar tadi. Lagi sikit je. Kalau Encik Luqman tak tahan tadi, haih. Tak tau lah apa jadi..

 

  "Tapi..."

 

  "I kata keluar... KELUAR !!" Tengking Luqman. 

 

  Bahu Fatimah terhinjut. Mukanya bertambah pucat apabila Luqman yang selama ini bersopan santun dengannya, menjadi begini.

 

  Kini muka Qistina turut sama pucat.

 

  Tanpa berlengah, Qistina terus meninggalkan mereka berdua. 

 

  Secara perlahan, Fatimah juga mengikut rentak kaki Qistina.

 

  "Zahrah..." Tahan Luqman.

 

  Langkah Fatimah terhenti. Mukanya bagai sudah tiada darah. Dalam hatinya, pelbagai doa diabacanya.

 

  Perlahan-lahan dia mendekati meja tugas Luqman.

 

  "Ya, encik," pandangan ditundukkan.

 

  "Awak tolong kutipkan semua benda yang ada kat lantai tu.." Arah Luqman.

 

  "Baik encik," Fatimah mengambil langkah untuk menurut perkara yang disuruh oleh Luqman.

 

  "Aku pantang betul bila orang tak dengar arahan sampai habis ni," Luqman menekankan sedikit suaranya.

 

  Macam nak pengsan rasa apabila mendengar Luqman cakap macam tu. Terus Fatimah kembali ke tempat duduk Luqman.

 

  "Ya encik," pandangan masih ditundukkan.

 

  "Kau pandang sini tak boleh ke ? Apa yang kau tenung kat bawah tu ?" Bahasa Luqman sedikit berubah jadi kasar.

 

  Fatimah menelan air liur. Sungguhlah, mana majikannya yang dulu ? Kasar bukan main majikannya yang sekarang ni.

 

  Mata dipejamkan. Nafas ditarik dan dilepaskan secara perlahan-lahan secara beberapa kali.

 

  "Ya, encik," Fatimah menegakkan kepala lurus memandang anak mata Luqman. Ketika ini memek muka amat dikawal. Kalau tak, kantoilah yang dia rasa nak terkencing sebab takut sekarang ni.

 

  "Good," sepatah keluar dari mulut Luqman.

 

  Mata Fatimah membulat. Terkejut pun ada sebenarnya. Baik balik ? Lembut balik ? Gila semua ni !

 

  "Im sorry about that," ucap Luqman.

 

  "About apa ?" Soal Fatimah, blur.

 

  "Pasal saya tengking Qistina depan awak tu. Saya mintak maaf lah kalau terbuat awak takut ke apa," terang Luqman.

 

  Terkejut benar Fatimah tatkala ini. Rasa nak sujud syukur pun ada. Ingatkan dah nak kena buang kerja lah tadi. Penggunaan bahasa pun dah tukar kepada yang lebih sopan. Hehehe.

 

  "Oh. Takde apa lah Encik Luqman," senyum Fatimah.

 

  "Thank you," senyum Luqman pula.

 

  Muka Fatimah merah bila melihat senyuman Luqman. Hey, dahlah handsome. Tak boleh betul lah kalau dapat boss macam ni. Tak jalan kerja. Sebok hadap muka dia hihi.

 

  "Ya, sebelum terlupa. One more thing, ingat ni ya Zahrah.. Lain kali kalau perempuan tu datang lagi jangan bagi dia masuk. Suruh lah pak guard ke halau keluar," arah Luqman, serius.

 

  Terkejut Fatimah mendengarnya. Biar betul ? Perempuan lawa macam tu disuruhnya halau ? Ada ke patut ?

 

  "Kenapa Encik Luqman?" Soal Fatimah. Nak jugak tahu ni hehehe.

 

  "Ini arahan," ujar Luqman.

 

  Riak muka Fatimah bertukar kecewa. Baru nak tahu rahsia mamat ni sikit. Dah cakap macam tu. Haih..

 

  "Baiklah," Fatimah berpaling.

 

  "Eh, Zahrah !" Tahan Luqman lagi.

 

  "Ya, encik ? Ada apa apa lagi ?" Soal Fatimah. Takut pulak dia salah buat kerja ke apa.

 

  "Luch nanti kita lunch sama sama," ujar Luqman.

 

  Muka Fatimah mula merah. Mata sudah terbeliak. Mimpi ke dia ?

 

  Fatimah lalu menampar dirinya sendiri.

 

  Dahi Luqman berkerut. Dah kenapa minah ni ? Nak sangat ke tampar ke ? Patut dia biarkan Qistina tampar Fatimah tadi..

 

  "Zahrah are alright ?" Soal Luqman apabila melihat keadaan Fatimah seperti kurang waras itu.

 

  Fatimah berhenti dari mengelamun.

 

  "Baik, encik," balas Fatimah.

 

  Luqman hanya tersenyum.

 

  Fatimah tertunduk malu.

 

  "Encik, kertas fail semua saya dah siap kutip. Encik ambik kat sini je nanti. Saya nak sambung kerja saya," terus Fatimah keluar dari situ.

 

  Luqman ketawa kecil melihat Fatimah yang tersipu malu.

 

                     ❤

 

  Luqman menggelengkan kepala apabila melihat Fatimah yang nyenyak tidur dimeja kerjanya. 

 

  "Zahrah.." Kejut Luqman.

 

  "Zahrah..." serunya lagi.

 

  "Zahrah..." Perlahan-lahan jarinya didekatkan dengan bahu Fatimah.

 

  "Zahrah..." Luqman menggoncang sedikit bahu Fatimah. Tapi masih tidak bangun dari tidur. 

 

  Dahi Luqman mula berkerut. Perasaan kurang enak muncul didalam hatinya.

 

  "Zahrah..." Kejutnya lagi. Kali ini goncangan badan Zahrah lebih kuat dari yang tadi.

 

  Namun, Zahrah masih tidak sedarkan diri.

 

  Luqman mula cemas. Pantas dia mencapai telefon bimbit yang ada dalam poket seluarnya.

 

  Nombor telefon ambulans didail.

 

  "Emmmmmmmm..." Zahrah menggeliat bangun dari tidur.

 

  Muka Luqman bertukar bengang. Nasib baik tak ditekan butang dail lagi. Kalau tak..

 

  Fatimah selamba mengesat matanya yang penuh dengan tahi mata. Air liur basi yang meleleh. Nasib kena kat baju bukan dekat meja. Amboi bukan main lena tidur ya..

 

  "Eh, Encik Luqman," segera Fatimah mengemaskan dirinya apabila sedar akan kehadiran Encik Luqman.

 

  "Lena tidur ? Amacam ? Mimpi siapa ?" Soal Luqman. Bengang pun ada rasanya. Orang tengah risau boleh pulak dia menggeliat sana sini. Siap ada air liur basi pulak tu.

 

  Baru sedar yang orang sekeliling takde. Cuma ada dia dan Luqman je. Matanya membulat.

 

  "Mana yang lain ?" Soal Fatimah.

 

  "Sekarang dah malam dah. Waktu kerja dah lama habis. Ni awak kenapa tidur kat sini ? Gaduh dengan mak?" Soal Luqman. 

 

  Mulut Fatimah ternganga apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Luqman. Dia melihat jam tangannya. Terus dia menekup mulutnya. Lama nya dia tidur !

 

  "Macam mana ni ? Saya belum solat Isyak lagi ! Mak saya mesti marah ni. Habislah saya,"Fatimah mula banyangkan muka maknya bila marah.

 

  "Macam nilah. Saya dah solat Isyak dah tadi. So, apa kata awak balik rumah saya dulu. Awak call mak awak yang hari ni awak tak balik sana. Awak tidur je rumah saya dulu," cadang Luqman.

 

  "Gila ?!" Fatimah sedikit terjerit mendengar cadangan Luqman.

 

  "Apa ?" Terkejut Luqman apabila dikatakan gila. Ini kali pertamanya dia di'gila'kan oleh pekerjanya sendiri.

 

  "Tak.. Maksud saya, rumah saya dengan Encik bukan muhrim. Mana boleh duduk satu rumah. Kalau mak saya tau, mengamuk dia nanti," Fatimah segera menutup kesilapan.

 

  "Saya duduk dengan parents sayalah. Sebab tu saya suruh awak call mak awak. Lagipun, mana ada teksi malam malam buta macam ni," terang Luqman.

 

  "Macam mana tau saya naik teksi ?" Soal Fatimah.

 

  Muka Luqman mula merah. Adoi kantoilah selama ni dia perhatikan Fatimah yang kononnya baik pada pandangan mata papanya itu.

 

  "Saya taulah. Pekerja saya semua saya tau. Dah lah. Cepatlah. Sampai rumah saya nanti, awak boleh tahajud terus," cadang Luqman lagi.

 

  "Tapi...."

 

  "Taknak sudah. Awak duduk lah kat sini. Entah entah ada..."

 

  "Okay saya ikut !!!!!" Jerit Fatimah sambil menutup matanya.

 

  Luqman tersenyum. Kalah jugak akhirnya. 

 

                          ❤

 

  "Siapa ni Luqman ?" Soal Datin Saadiah sebaik saja melihat anaknya dan seorang lagi gadis bertudung bersama anaknya.

 

  "Oh ni nama dia..."

 

  "Hey Fatimah...." Tersenyum Dato' Uwais apabila melihat Fatimah didalam rumahnya. Tak sempat Luqman nak kenalkan, Dato' Uwais dulu menyebut namanya.

 

  "Ya, Dato'"Fatimah membalas senyuman Dato' Uwais.

 

  "Ni kenapa bawak anak dara orang balik pukul 2:00pagi ni, Luqman ?" Soal Datin Saadiah tanpa senyum.

 

  Senyuman Fatimah terus mati apabila perasankan kehadirannya kurang senang dimata ibu Luqman.

 

  "Dia tertidur kat office tadi. Tu yang Luqman bawak dia datang sini," Luqman melabuhkan punggung disofa. Manakala Fatimah masih setia berdiri disisi Luqman.

 

  "Duduklah, Fatimah," pelawa Dato' Uwais.

 

  "Takpelah Dato',terima kasih," Fatimah hanya senyum.

 

  "Duduk, Zahrah.." Arah Luqman pula.

 

  Fatimah tunduk. Lalu perlahan lahan dia duduk disebelah Luqman. Tapi jaraknya jauh. Hujung sofa jugak dia nak duduk.

 

  Dato' Uwais tersenyum apabila Fatimah segera mendengar arahan apabila tukang perintahnya si Luqman. Ada ciri-ciri isteri mithali ni.

 

  "Saya mintak maaf lah datang rumah Dato' dan Datin pagi pagi buta ni," Fatimah bersuara.

 

  "Alah, kami tak kisah pun. Malah saya lagi suka bila nampak Luqman bawak awak datang sini," mesra Dato' Uwais berbicara.

 

  "Awak suka lah anak kita bawak balik entah siapa siapa ni ?" Datin Saadiah bersuara.

 

  "Apa mama ni ?" Luqman menegur sikap mamanya yang kurang sopan pada tetamu.

 

  "Saya mintak maaf Datin kalau kehadiran saya kurang menyenangkan datin," ujar Fatimah.

 

  Datin Saadiah tidak membalas. Malah dijelingnya lagi.

 

  "Eh, tadi Zahrah kata nak solat kan ? Jom saya tunjuk bilik. Boleh kita tahajud sekali," ajak Luqman.

 

  "Eloklah tu. Papa pun nak ikut sekali. Awak taknak join sekali ?"  Pelawa Dato' Uwais pada isterinya.

 

  "Saya nak tidur. Ngantuk," Datin Saadiah terus meninggalkan mereka.

 

  Rasa bersalah dalam diri Fatimah makin menebal. Cepatlah esok pagi.

 

                       ❤

 

  "Dah siap ke belum ?" Luqman mengetuk pintu bilik yang ditumpangi oleh Fatimah.

 

  "Belum" jawab Fatimah dari dalam bilik.

 

  "Saya tunggu kat kereta," Luqman akhirnya pergi. Lama betul menunggu perempuan bersiap.

 

                        ❤

 

  "Encik Luqman, sorry lambat," ujar Fatimah.

 

  Luqman berpaling menghadap Fatimah.

 

  Cermin mata gelap yang diletakkan pada paras kening jatuh ke batang hidung. Tersarung sempurna.

 

  Mulutnya bagai mahu ternganga. Tapi masih boleh ditutup.

 

  Tergamam dia melihat Fatimah yang menyarung baju kebaya milik Datin Saadiah.

 

  Baju kebaya berwarna putih. Selendang putih. Kasut putih. Haih, dah macam bidadari. Eh, ni tinggal bawak ke tok kadi boleh terus nikah hehe..

 

  "Kenapa Encik Luqman?" Dahi Fatimah berkerut.

 

  "Nothing," jawab Luqman sepatah.

 

  "Jomlah. dah lambat ni," mereka berdua masuk kedalam kereta. Harini Luqman sendiri yang akan memandu kereta. Bukan driver. Special for Fatimah gituh. 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet