004

9 Bulan

7 bulan.

Tapi betul kata orang tua tua,  kadangkala benda yang paling kita tak harap jadi itulah yang akan muncul tanpa kita sedari. Kali ini, Jongin berubah, betul betul berubah. Jongin betul betul jaga Hye dan bayi mereka dengan penuh rapi. Setiap pagi yang dia tak perlu kerja, Jongin akan sediakan sarapan dan hidangkan atas katil buat Hye. Setiap kali balik dari kerja, Jongin tak bawa pulang keganasan lagi, dia bawa pulang makanan. Mungkin tidak romantik seperti masa dulu, tapi dalam hati Hye berjuta-juta kali lebih suka sebab bunga akan layu nanti, makanan akan sihatkan dia dan bayi.

Kadangkala ada masa mereka bergaduh kata. Puncanya sama ada emosi tak menentu Hye atau tekanan dari tempat kerja Jongin. Tapi tak lama, sebab masing masing akan cuba tenangkan diri. Kemudian bila tiba waktu malam, mereka berdua akan tidur dalam saling mendakapi.

 

5 bulan.

Malam yang indah, waktu angin sejuk laju menyapa mereka berdua, waktu cengkerik seronok bermain muzik, bibir Hye tersenyum selebarnya kerana ruang katil sebelah yang selalunya kosong sekarang sudah selalu dihuni sang suami. Hari ini, Hye jadikan lengan sasa Jongin sebagai bantal sambil tangan lagi satu lelaki itu lembut mengusap perut Hye yang semakin jelas membonggol. Hye lihat bibir Jongin tersenyum gembira.

"Bestnya kalau boleh stay macam ni sampai bila-bila," bisik Hye.

Terus Jongin kucup dahi Hye lembut, bersama satu senyuman yang sentiasa menawan hati perempuan Hye. Merah pipi Hye bila Jongin datang rapat ke telinga, menghembuskan nafas panas pada setiap kulit yang mengena. Langsung berdetak laju jantung wanitanya. Perlahan Jongin bisikkan bahawa dia akan sentiasa ada, tiada apa yang akan berubah, tak akan lagi dia jadi lelaki dayus seperti dahulu.

"Saya sanggup gadaikan apa saja untuk awak dan baby kita," Jongin kucup Hye di pipi.

"Apa saja?"

"Yes."

"Kalau apa-apa jadi dekat Hye, boleh jagakan dia?"

Jongin diam seketika. Dia merenung lama mata sang isteri sebelum mengucup bibir merah milik dia.

"Of course, sayang. Tapi tak ada apa akan jadi okay?"

Perlahan Hye angguk bersama beberapa titis air mata yang jatuh. Jongin perasan lalu dipeluk Hye seerat-eratnya, mengusap lembut belakang badan wanita itu. Hye terus dan terus menangis kerana semuanya sangat indah, terlalu indah bila yang tinggal untuk dia cuma;

lima bulan lagi.

 

3 bulan.

Jongin semakin jarang pulang ke rumah. Terlalu sibuk dengan kerja tapi kadangkala dia akan curi curi keluar waktu tengahari dan bawakan makanan untuk Hye dan bayi. Tapi cuma sementara. Jongin akan pergi kerja semula dan pulang lewat malam dan keesokan harinya dia akan pergi kerja seawal pagi. Mungkin Hye sedikit sunyi tapi dia tak harap sesuatu yang melampau. Cukup dia rasa kasih sayang Jongin, cukup dia lihat wajah lelaki itu walaupun sekejap, cukup untuk mengisi tiga bulan yang tinggal.

Masa berlalu pantas. Wajah Hye semakin hari semakin pucat. Bibir sering merekah dan berdarah. Tiap-tiap hari Jongin tanya kenapa sampai begini? Mengapa wanita hamil yang lain tak sebegini dasyat lesu mereka atau mungkin tak sepenat isteri dia. Tiap-taip kali dipersoalkan, Hye akan tenang menjawab dengan pelbagai jawapan yang cuma dia seorang sahaja tahu, rekaan semata-mata.

Dua minggu sebelum bayi dalam kandungan Hye dianggarkan akan lahir, Jongin bawa Hye ke puncak bukit. Tinggi, Hye mampu lihat seluruh kota dari situ. Senyuman gembira terukir di bibir Hye menyaksikan indah permandangan dingin malam. Detik itu, Jongin pusing menghadap dia, mengusap lembut pipi pucat Hye bila satu-persatu air matanya jatuh.

"Awak tak boleh pergi."

Mata Hye berkerut hairan, "apa yang awak cakap ni?"

"Awak tak boleh pergi." Kali ini tangisan Jongin makin kuat. "Saya tahu Hye, saya tahu."

Saat itu, hancur luluh segenap hati Hye sambil berlinangan air mata jatuh. Hayi menekup perlahan pipi sang suami, mengusap pergi airmata dia, lembut seperti bayu pagi yang bawakan khabar gembira. Perlahan Hye kuntumkan senyuman pahit sambil membisik kepada pemilik rusuk kirinya dengan penuh sayu,

 

"Bayi kita akan hidup, sayang."

 

Diagnosis doktor positif. Tumor dalam hati Hye semakin membesar  kerana dia tidak mahu menggugurkan bayi dalam kandungan semasa peringkat awal dahulu. Kali ini tiada menang buat dua. Sama ada nyawa dia atau bayi mereka.

Hye pilih bayi mereka.


 

004

nota penulis; hi berapa bulan saya tinggal cerita ni
harapnya ada lagi lah yang sudi baca huhu. Life was
suddenly super busy so tak sempat nak update.
papepon, ada lagi satu chapter kecil lepas ni :)

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kimyoochi
[9 Bulan] - omg i'm so sorry sebab lupa update the last chapter. Dah 4 tahun kot and dah 4 tahun siap cerita ni. pls forgive my forgetful . Harap korang suka la cerita ni ( kalau ada yg baca lagi lol)

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 5: Kak su! Yeaaaahhh!! Dh hbis!! Stlh 4 tahun saya mnunggu! Dari saya form5 smpai skrg saya dh umor 21 tahun dah hbis study bru akk hbiskn. Huhu...jongin mati la mksudnye? Sdih kak citer ni..saya suke pnulisan akk...sdih²...T^T
HYeraH #2
Chapter 4: Omggggg update lagi tauu tak sabar rasenyeXD
parkyura98
#3
Chapter 4: Kak Suuu!! Sye rindu Kak suu..Huhu...akhirnya kak Su update jgak! Kak Su!! sye xnk Hye mati..huhu..T^T
kesian kt jongin dgn baby die nnti...T~T
HYeraH #4
Chapter 4: Update laaa plisss
--vikseu
#5
Chapter 4: ohmagad hiyaaasssss
CaramelStory #6
update pls
my_pri
#7
Chapter 3: baca balik and feel nak nangisssss hahaha kak suuuuuu T T
SyazanaZack
#8
Chapter 3: ahh..bestnya
CaramelStory #9
Chapter 3: Asdfghjklmnbvz qwrritpypp lkahgsvz nxmkueyeieo panjang x? XD hahaha tergamam ._ .
my_pri
#10
Chapter 3: Wahhhh kak suuuuu. Sedihnyaaaa wahhh. Sedihnya part tengah tuuuuuu T T youve same imaginary like mehhhh hahahaha cause i als imagine something angst xD keep it up kak su!! Nice babehhhhh. She's a strong girl! Ergh past kissing tu pergh nak tampo rasa xD and part dayus tu!!!! Hahhaha