002

9 Bulan


katapenulis; cerita ini dah lama bersarang dalam otak, lagu ini telah 
kuatkan perasaan untuk mengarang 9 Bulan. Saya, sejujurnya, pernah
menangis sewaktu tulis cerita ini. pelikkan? mungkin terlalu menjiwai.
apa apa pun, selamat membaca. tinggalkan semangat untuk saya?


---

Sunyi  malam ini. Betapa sunyi sehingga cengkerik pun tak lagi mahu menyanyi. Betapa sunyi sehingga angin pun tak lagi mahu berlari. Gelitap bilik tidur itu kerana bintang tak menemani malam sepi, cuma diterangi lampu tidur malap di katil tepi. Dia peluk kaki erat ke dada, membaluti diri yang seorang, menghitung setiap saat detikan jam dinding yang jadi satu-satunya muzik di ruang udara. Mata si gadis terpaku pada pintu bilik itu, bersama debaran jiwa yang makin pudar kerana saat ini, dia sudah penat. Penat menunggu dia yang belum pulang dari semalam.

Hari ini ialah hari yang paling istimewa. Hari yang menandakan 365 hari telah dia menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki bernama Kim Jongin. Lelaki yang bersusah payah menambat hati dia dulu, lelaki yang mampu gugurkan jantung dia hanya dengan satu senyuman nakal dan lelaki yang dia mahu bersama sampai akhir nyawa.

Seharusnya hari ini mereka bersama. Bersuka gembira seperti yang Hye pernah bayangkan di saat Jongin melutut di hadapan, menyarungkan cincin di jari manis dan lamar dia. Seharusnya hari ini mereka duduk berdua atas sofa, dandani jari halus dan jari kasar mereka bersama sambil ketawa mengingati memori indah sewaktu dulu.

Hye tak sangka. Dia tak sangka lelaki yang sering memanterakan kalimah cinta pada dia ribuan kali itu dulu, lelaki yang sentiasa berikan bahu waktu dia sakit itu dulu, lelaki yang selalu hulurkan tangan masa dia hampir tersungkur itu dulu, sudah berubah. Lelaki, semua begitu. Habis madu sepah dibuang. Tetapi, Hye mahu percaya bahawa Jongin bukan lelaki yang selalu mereka kata. Kalau ya, Hye harapkan Jongin jadi seperti itu bukan dalam masa yang terlalu singkat. Setahun. Baru setahun.

 

Dan Jongin sudah menjauh.

 

Pagi semalam, Hye bangun dari tidur untuk lihat Jongin tiada di rumah. Hye sendiri tak tahu. Dia sendiri tak pasti sejak bila Jongin telah bina satu dinding kebal antara mereka berdua, tahu-tahu saja dia sudah terbiasa dengan perangai Jongin yang tak akan beritahu ke mana dia pergi.

Hye selalu rasa hati dia memulas sakit di dalam. Seperti diri dia cuma orang asing yang tinggal serumah dengan Jongin. Hye tahu ke mana dia pergi. Dia tahu dia bukan satu-satunya buat Jongin. Tapi dia tak mampu tinggalkan Jongin dan dia tahu itu satu perkara yang amat salah. Bersama dengan Jongin tiap saatnya sakit, meninggalkan Jongin selamanya pedih.

Tak terkira banyak mana, masa bila air mata Hye jatuh. Selalu. Tiap masa. Sebab dia yang tinggal berlegar dalam rumah bila Jongin keluar. Dia yang sentiasa dibaluti dengan memori mereka dahulu yang memenuhi segenap ruang rumah. Setiap penjuru. Setiap apa yang mata dia lihat, ada Jongin di situ, bersama memori yang pernah buat hati dia berbunga-bunga dahulu.

Pagi hari yang istimewa ini Hye bangun dengan harapan untuk lihat Jongin berada di sisi, memeluk erat dia di tepi tapi yang menyapa cuma hampa. Perlahan dia melangkah ke dapur, menyediakan sarapan istimewa buat sang suami yang menghilang tanpa khabar. Matahari mula berdiri tegak atas langit dan dengan hati yang sedikit kecewa, Hye terpaksa buang sarapan yang tak disentuh langsung. Kemudian dia mula sediakan makanan tengah hari yang lebih istimewa. Laju Hye bergerak, takut-takut Jongin balik untuk makan tengahari.

Langit biru bertukar kuning dan kuning berganti ungu hitam. Jongin masih belum pulang. Hye berdiri di situ, melihat meja makan yang dia telah hiasi dengan bunga kecil warna-warni dan beberapa lilin romantik dikelilingi oleh makanan malam yang tersangat istimewa. Hye sabar menunggu Jongin.

Satu, dua, tiga, empat jam berlalu. Begitu juga dengan senyuman di bibir yang dicalit merah itu.

Jam dua belas satu minit pagi.

Mereka terlepas hari itu. Jongin terlepas hari itu.

Tak apa. Esok pagi lepas pukul enam baru hari lain kan?

Hye gagahkan diri untuk senyum sebelum melangkah ke dalam bilik tidur mereka.

Saya tunggu.

 

Mata Hye hampir tertutup dan saat itu juga dia dengar rentak tapak kaki. Terus berjaga matanya terlalu segar sambil bibir laju mengukir senyuman gembira. Perlahan pintu bilik itu terbuka dan pantas Hye melangkah ke arah dia.

"Jongin, awak dah balik," lembut kata Hye sambil dia bukakan tali heler si suami.

Pipi sudah kemerah-merahan, seronoknya rasa hati. Tak berhenti bibir itu menguntum senyuman lebar.

"Saya tahu awak akan balik harini, saya tunggu dari pagi," sambung Hye dengan sedikit tawa gembira.

 

Hye dengar Jongin mendengus dan belum sempat dia dongakkan muka untuk tanya kenapa, Jongin tolak kasar diri dia. Hye tak terkejut, itu Jongin. Tapi hati Hye pedih. Dia lihat Jongin pintas di hadapan mata kemudian campakkan briefcase kerjanya atas lantai dan mencari pakaian dalam almari baju mereka. Perlahan kaki Hye melangkah ke arah Jongin. Dengan hati yang berdebar-debar, dia baluti si suami dengan satu pelukan lembut dari belakang. Kepala Hye ditolehkan ketepi dan direhatkan atas belakang badan hangat Jongin.

"Hye rindu..." bisik Hye sayu.

Setitis air mata Hye jatuh ke pipi. Dia katupkan alis mata wanitanya rapat-rapat, bersedia untuk terima apa-apa sahaja balasan dari Jongin. Dah lama Hye tak dapat sentuh Jongin begini rapat kerana setiap kali dia cuba, Jongin akan sentiasa menolak. Tapi kali ini tidak. Hye kira setiap saat lengan dia mendakap Jongin. Empat puluh, empat puluh satu, empat puluh dua dan Hye berhenti mengira. Bibir mula menarik senyuman kecil. Lagi erat dia dakap Jongin dan Jongin biarkan. Jongin tak bergerak, tak menolak dan tak juga membalas tapi itu, sangat cukup buat Hye.

Lama mereka begitu, sehingga Hye rasa suam tangan Jongin perlahan meleraikan pelukan dia. Kemudian Jongin pusing dan lihat Hye bersama keluhan berat. Hye tahu dia nampak rasa bersalah dalam sepasang mata garang itu lalu laju dia seka kering air mata di pipi.

"Rindu.." ulang Hye dengan bibir yang memaksa satu senyuman manis untuk suami.

"Awak pergi mana? Kita patut raikan harini!" ketawa Hye.

 

Hye mahu bergurau, cuma mahu ceriakan suasana yang tegang itu tapi dia lupa Jongin yang sekarang, tak lagi pandai bergurau. Sesaat kemudian, dia lihat tangan kasar Jongin melayang mengena pipi dia. Bergetar bibir Hye ketakutan. Dia tahu dia akan berakhir dengan apa, seperti biasa. Belum sempat Hye meminta maaf, laju tangan Jongin menarik ganas rambut Hye dan dihempaskan kepala wanita itu ke dinding. Berdentum satu bilik.

Hye menutup mata rapat menahan sakit. Nafas memberat, hati berderap, badan menggeletar. Jongin datang dekat, rapat di telinga, Hye dengar betapa panas, penuh amarah setiap hembusan nafas panas dari lelaki itu. Jantung Hye menumbuk kuat di sebalik tulang rusuk.

"Berapa banyak kali aku nak cakap?! Jangan tanya pasal hidup aku!" jerit Jongin menusuk tajam di gegendang telinga Hye.

Hye mahu angguk tapi dia rasa akar rambutnya menegang kembali. Jongin menarik kuat rambut hitam ikal mayang itu dan sekali lagi menghempaskan kepalanya ke dinding. Berdentum kali kedua. Kali ini, Hye mula nampak kelabu. Dinding putih sudah ada tompok merah darah. Kepala Hye berdengung kuat, seperti ada orang yang memalu gendang dalam telinga. Perit. Sangat pedih tapi tuhan saja yang tahu betapa pedih lagi rasa hatinya.

Degup itu, Jongin bawa tangan jantannya menjerut kuat leher Hye, menyekat udara malam buat isterinya.

"M-Maafkan Hye! Tolong maafkan Hye!  Sakit!" raung Hye.

Air mata Hye jatuh berderaian. Tak berhenti dia merintih sakit, meminta pertolongan daripada si suami yang sedang menyakiti. Ditarik jari dan tangan Jongin, cuba menyedut udara, ditolak badan sasa Jongin, cuba melepaskan diri tapi Jongin tak biarkan itu berlaku. Kali ini mulut Hye sudah mula tercungap-cungap tanpa suara seperti ikan tanpa air. Mata dia merenung sayu mata singa milik Jongin.

Mungkin awak sukakan warna merah? Sebab itu awak hiaskan saya dengan darah.

Hye tersenyum sedikit.

Mungkin awak tak suka warna kulit saya? Sebab itu awak pucatkan ia.

Mata Hye terkatup dengan sendiri. Kaki sudah menyerah kalah dan waktu itu dia rasa sepasang tangan membaluti diri lemah dia, menahan daripada terjatuh.

 

 

Mungkin awak tak suka lagu yang jantung saya mainkan?
Sebab itu awak mahu hentikan.


002

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kimyoochi
[9 Bulan] - omg i'm so sorry sebab lupa update the last chapter. Dah 4 tahun kot and dah 4 tahun siap cerita ni. pls forgive my forgetful . Harap korang suka la cerita ni ( kalau ada yg baca lagi lol)

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 5: Kak su! Yeaaaahhh!! Dh hbis!! Stlh 4 tahun saya mnunggu! Dari saya form5 smpai skrg saya dh umor 21 tahun dah hbis study bru akk hbiskn. Huhu...jongin mati la mksudnye? Sdih kak citer ni..saya suke pnulisan akk...sdih²...T^T
HYeraH #2
Chapter 4: Omggggg update lagi tauu tak sabar rasenyeXD
parkyura98
#3
Chapter 4: Kak Suuu!! Sye rindu Kak suu..Huhu...akhirnya kak Su update jgak! Kak Su!! sye xnk Hye mati..huhu..T^T
kesian kt jongin dgn baby die nnti...T~T
HYeraH #4
Chapter 4: Update laaa plisss
--vikseu
#5
Chapter 4: ohmagad hiyaaasssss
CaramelStory #6
update pls
my_pri
#7
Chapter 3: baca balik and feel nak nangisssss hahaha kak suuuuuu T T
SyazanaZack
#8
Chapter 3: ahh..bestnya
CaramelStory #9
Chapter 3: Asdfghjklmnbvz qwrritpypp lkahgsvz nxmkueyeieo panjang x? XD hahaha tergamam ._ .
my_pri
#10
Chapter 3: Wahhhh kak suuuuu. Sedihnyaaaa wahhh. Sedihnya part tengah tuuuuuu T T youve same imaginary like mehhhh hahahaha cause i als imagine something angst xD keep it up kak su!! Nice babehhhhh. She's a strong girl! Ergh past kissing tu pergh nak tampo rasa xD and part dayus tu!!!! Hahhaha