003

9 Bulan

Seminggu sudah melepasi hari ulangtahun perkahwinan mereka dan 'hadiah' yang Jongin beri sudah mula hilang tandanya. Hye duduk di atas sofa coklat depan tv sambil matanya merenung skrin kosong, otak melayang jauh. Teringat dia waktu awal perkahwinan mereka, Hye akan duduk di atas sofa ini dan nantikan Jongin yang akan bawa balik sejambak bunga ros untuk dia. Hye suka saat itu, saat dia dilayan seperti permaisuri, saat Jongin akan kucup dahi dan ucap kata cinta, Hye terlalu suka sehingga dalam tak sedar dia telah biarkan diri tenggelam bersama saat-saat itu.

Kerana dia patut tahu, cinta yang Jongin bagi itu sama seperti bunga ros. Cantik dari jauh tapi bila digenggam, berdarah.

Hye tak tahu berapa banyak kali diri dia telah diwarnakan biru, ungu dan kadang-kadang merah. Tapi dia tahu yang mungkin dia bodoh untuk mula suka dijadikan sebegitu kerana setiap kali Jongin lempiaskan kemarahan pada Hye, semalaman Jongin akan dakapi dan jagai dia penuh rapi. Hye akan rasa jemari kasar Jongin mengusap lembut rambut dia dan kadangkala rasa ada dua tiga titik air yang menitik pada dahi. Air mata Jongin.

Kerana Hye tahu Jongin masih sayang, sebab itu Hye masih mampu bertahan.

Sejak akhir-akhir ini Hye rasa kurang sihat satu badan. Kepala berpusing-pusing selalu, buat kerja sikit jadi penat sangat dan yang paling dia tak tahan, muntah bila-bila masa badan ini suka.

Bibir mengukir senyuman lebar sambil mata merenung alat penguji kehamilan yang tunjuk dua garis atasnya. Positif. Hati sudah lama melonjak-lonjak suka tapi masih perlu dipastikan dulu dengan doktor. Hye cuba hubungi Jongin sejak tadi tapi sudah yang ke berapa puluh kali, masih tak diangkat. Hye tahu Jongin tak suka diganggu waktu kerja tapi berita ini sesuatu yang besar dan Hye mahu suaminya berada bersama waktu doktor sahkan yang dia sudah berbadan dua nanti. Perempuan mana yang mahu pergi sana seorang diri melainkan mereka sudah tak bersuami. Yang pasti bukan Hye.

Hye tinggalkan rumah untuk cari Jongin di tempat kerja. Dalam hati dah bersiap sedia untuk tebalkan muka dan tanya rakan sekerja Jongin di mana dia berada. Ramai yang dia tanya tapi seorang pun tak pasti Jongin ke mana. Hye tak pasti sama ada apa yang berlaku selepas itu satu nasib yang baik untuk dia atau sebaliknya kerana saat kaki melangkah keluar dari bangunan, dua iris matanya tertangkap belakang badan seorang lelaki yang sangat dia kenal sedang duduk dalam sebuah restoran. Hye tak senyum, dia tak mampu senyum kerana yang duduk di hadapan suami dia ialah seorang wanita.

Gelak ketawa mereka suka. Meluat habis rasa jiwa. Mungkin kawan. Mungkin cuma kawan.

Tapi Hye sendiri tak  pasti kenapa kaki terus bawa dia pergi.

Mungkin tak mahu bertemu realiti.

Yang akan kata diri sudah diganti.

 

Malam itu, Hye duduk di atas sofa sambil tangan lembut mengusap perut yang telah disahkan ada nyawa. Tak sabar rasa hati mahu khabarkan pada Jongin.

"Anak pertama mama dan papa," sembang Hye dengan bayi dalam kandungan, bibir masih tersenyum panjang.

Beberapa saat selepas itu, klik. Bunyi pintu dibuka.

"Oh? Papa dah balik sayang."

Berlari-lari anak Hye ke arah Jongin. Tapak tangan masih melekap pada kawasan bawah pusat. Kain chiffon putih beralun-alun mengikut arah angin sambil dia cipta langkah bersama satu senyuman yang sangat lebar dan teruja.

Tapi sayang, belum sempat dia berkata apa-apa, satu tamparan tajam dia terima.

Terbeliak bulat mata Hye. Tangan yang menekap perutnya tadi dibawa naik untuk usap pipi kanan yang sudah mula kemerah-merahan. Jantung sudah mula berderap laju. Seperti biasa.

"Pergi tempat kerja aku apesal?!"

Bergema seperti singa jeritan Jongin satu rumah sebelum satu lagi tamparan pedih melayang pada pipi Hye yang belah kiri pula. Nafas Hye tersangkut-sangkut. Bibir menggeletar gerun. Perlahan dia tolehkan kepala untuk lihat Jongin yang sedang menusuk pandangan mata tajam pada diri dia. Takut. Hye takut. Sebab sekarang, dia ada bayi yang perlu dilindungi. Hye tak kisah kalau Jongin nak sakiti diri dia sampai mati pun tapi bukan nyawa yang hidup dalam rahim dia.

"Jongin. Kejap, please let me explain."

Buat yang pertama kali, Hye keluarkan suara wanitanya dalam perang ini. Ditekap erat kawasan perut dengan kedua-dua belah tapak tangan, memerisai kandungan kesayangannya. Hye beranikan diri, kali ini dia tak seorang. Ada dua jantung berdegup dalam badan.

Tertarik sedikit senyuman sinis Jongin di hujung bibir jantan itu. Tak lama bila Jongin tiba-tiba rembat kasar rahang Hye, mendongakkan kepala wanita itu untuk bertentang muka dengan dia.

"Dah pandai menjawab sayang?"

Jongin tertawa kecil dan dengan sepantas kilat tapak tangan dia melempang pipi Hye sekali lagi.

"Itu, sebab menjawab cakap aku," gertak Jongin sambil ibu jari mengesat kasar darah merah dari bibir Hye.

"N-No. Jongin, please stop..."

Sayu bisikan Hye. Kaki perlahan-lahan melangkah ke belakang menjauhi Jongin. Mata melihat pada yang lagi satu.

Sedaya upaya Hye cuba lari. Segala tenaga dia cuba lepaskan diri. Tapi lelaki macam Jongin memang kuat dari azali.

"Jongin, LEPASKAN!! AHHH!!"

Ditarik kedua-dua tangan yang melindung bahagian perut isterinya itu lalu diberikan hentakan kuat dengan lutut kanannya. 

Bingit satu rumah dengan jeritan sang isteri yang telah terbongkok ke hadapan. Matanya dikatup rapat, airmata berjujuran jatuh, tangan memeluk erat kawasan rahim yang memulas-mulas kesakitan. Pedih yang dia rasa cuma tuhan yang tahu. Pedih yang mencucuk dalam hati kerana dia tahu apa yang dah terjadi.

Jongin berdiri kaku di situ. Mata terpaku pada kaki si isteri.

Ada cecair pekat merah sedang turun mengalir laju.

"God, please no...", gumam Jongin sendiri.

"Puas sekarang, ha?! YOU KILLED OUR BABY!!"

 

I killed our baby.

Segala pukulan dan tamparan Hye tak lagi dia rasa, menitis habis satu persatu airmata jantannya.

 

---

9 bulan.

Kadangkala aku tertanya,
Adakah kau rasa apa yang aku rasa?

 

Jongin janji untuk berubah sejak hari itu. Hye percaya dengan sepenuh jiwa raksa. Jongin kata dia cuma belum bersedia untuk jadi penghulu rumah tangga. Hye faham dan maafkan dia. Hye percaya, Hye percaya. Jongin kata dia akhirnya tahu apa yang dia mahu, seorang bayi, separuh dia dan separuh Hye untuk mereka jaga bersama-sama sampai mati. Hye angguk senyum dan kata dia juga mahu yang sama. Hye percaya, Hye percaya. Sebab itu Hye biarkan Jongin mengambil dia, satu malam bernafas cinta.

 

Seperti berjalan dengan pisau di dada,
Masih bernafas tapi hampir tak bernyawa.

 

Mungkin hati dia mampu pulih daripada segala luka. Mungkin dia boleh lupakan semua duka. Mungkin kalau dia tak percaya itu semua, mungkin hati dia tak akan terkoyak semula. Mungkin kawan. Mungkin cuma kawan. Hye letakkan dalam dada. Tapi, kawan mana yang bersama, di bawah renyai hujan, di saat Hye berjalan di bawah awan bersama payung dalam tangan, di saat mata sendiri terlihat sang suami bercumbuan dengan sundalan.

 

Seperti bernafas dengan parang di tekak,
Masih bercakap tapi siapa yang dengar.

 

Mungkin kawan. Mungkin cuma kawan. Hye gagahkan diri untuk beri senyuman  manis dan sapa Jongin dari pintu waktu lelaki itu pulang. Jongin berdiri di situ, merenung sayu sepasang mata cantik yang lagi satu. Sayu, kerana dia tahu bahawa wanita itu tahu apa yang tadi berlaku. Hye tahan airmata dari jatuh lagi sebelum mengucup Jongin lembut. Sucikan, bisik hati Hye, sucikan bibir yang seharusnya milik aku.

 

Kadangkala aku tertanya,
Adakah kau suka lihat aku begini rupa?

 

Hitam. Biru. Ungu. Mata Jongin menjalar pada kulit badan Hye. Betapa binatang diri dia atas apa yang dilakukan, betapa malaikat isteri dia untuk terima segala apa yang diperlakukan. Masa itu, tertitik langsung airmata sesal. Didakap erat sang isteri sambil mulut tak berhenti memantera sesal. Maaf. Maaf. Maaf. Hye angguk sebagai jawapan. Kita jaga dia berdua, jujur bisik Jongin sambil ditekap tapak tangan pada perut isteri yang mula membonggol buat kali kedua. Hye cuma angguk dan tersenyum manis. Saya janji, ikhlas kata Jongin.  Hye cuma angguk diam kerana tak lagi dia mampu percaya. Tak pasti jika dia masih lagi mampu bertahan dengan satu lagi dusta.

 

Tuhan, sakitnya.


 

003

nota penulis; saya jatuh chenta dengan
pengkomen yang mengkomen panjang
panjang jadi ini update. semua akan habis
dihapdate sebelum atau pada 27 hb ni :)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kimyoochi
[9 Bulan] - omg i'm so sorry sebab lupa update the last chapter. Dah 4 tahun kot and dah 4 tahun siap cerita ni. pls forgive my forgetful . Harap korang suka la cerita ni ( kalau ada yg baca lagi lol)

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 5: Kak su! Yeaaaahhh!! Dh hbis!! Stlh 4 tahun saya mnunggu! Dari saya form5 smpai skrg saya dh umor 21 tahun dah hbis study bru akk hbiskn. Huhu...jongin mati la mksudnye? Sdih kak citer ni..saya suke pnulisan akk...sdih²...T^T
HYeraH #2
Chapter 4: Omggggg update lagi tauu tak sabar rasenyeXD
parkyura98
#3
Chapter 4: Kak Suuu!! Sye rindu Kak suu..Huhu...akhirnya kak Su update jgak! Kak Su!! sye xnk Hye mati..huhu..T^T
kesian kt jongin dgn baby die nnti...T~T
HYeraH #4
Chapter 4: Update laaa plisss
--vikseu
#5
Chapter 4: ohmagad hiyaaasssss
CaramelStory #6
update pls
my_pri
#7
Chapter 3: baca balik and feel nak nangisssss hahaha kak suuuuuu T T
SyazanaZack
#8
Chapter 3: ahh..bestnya
CaramelStory #9
Chapter 3: Asdfghjklmnbvz qwrritpypp lkahgsvz nxmkueyeieo panjang x? XD hahaha tergamam ._ .
my_pri
#10
Chapter 3: Wahhhh kak suuuuu. Sedihnyaaaa wahhh. Sedihnya part tengah tuuuuuu T T youve same imaginary like mehhhh hahahaha cause i als imagine something angst xD keep it up kak su!! Nice babehhhhh. She's a strong girl! Ergh past kissing tu pergh nak tampo rasa xD and part dayus tu!!!! Hahhaha