bhgn. dua

Fotograf
 
Bhgn. Dua; Fotograf.

kalau bisa aku siat tangan ini yang pernah kau genggam dulu,
percayalah,

kalau mampu aku tenyeh hingga luka badan ini agar hilang kesan dakap kamu,
percayalah,

kalau kuat aku hancur otak ini yang pernah kau aku fikirkan,
percayalah,

kalau tegal aku rodok hati ini yang pernah kau kencangkan,
percayalah,

akan aku buat semua itu,
tapi tidak,

kerana aku mahu tengok muka yang tak tahu malu itu,
tersembam terjelupuk atas tanah,
merasa peritnya yang kau buat aku,

dalam aku masih gagah terpasak depan kamu.

 

===

 

Sepuluh hari berlalu pantas selepas Na Seon mendapat tahu dengan mata kepalanya sendiri yang Kai telah curang. Sepuluh hari itu juga jadi pudar kelabu di mata Na Seon. Dia mula kembali seperti dulu, menyendiri jauh dari manusia sekeliling. Malas bergaul dengan mereka yang pura-pura baik di hadapan, bersimpati konon tapi di belakang mengutuk habis-habisan.

Tapi yang lebihnya, dia malu. Malu kerana telah biarkan diri diperbodoh. Sepatutnya dia sudah tahu, diri itu hanya sekadar cuba-cuba buat Kai. Lelaki macam itu, mana mahu jadikan gadis biasa-biasa, yang tak ada apa-apa macam dia ini, pasangan. Cerita dongeng akan sentiasa jadi dongeng, tak akan boleh jadi realiti masakan kepada gadis biasa-biasa macam dia.

Fotografi.

Perkara yang dia jadikan hobi untuk lupakan kisah perit, pahit, kelat beberapa hari lepas. Salah sangkaan dia, tahun ini tetap akan sentiasa gelap gelangnya.

Klik.

Fokus si gadis mengambil gambar serangga kecil yang berada atas daun hijau di taman. Hari ini, kelas fotografi yang dia mula hadiri dua tiga hari yang lalu ingin mendekatkan pelajar dengan alam. Serangga jadi subjek utama. Penggunaan lensa yang betul dan sudut yang bujur ialah aspek terpenting kata gurunya.

"Senget sikit," ujar satu suara lelaki.

Na Seon hanya jelingkan mata sebelum mendengus.

"Berambus," jawab si gadis sambil jari menekan sekali lagi butang capture pada kamera.

Sejak apa yang berlaku sepuluh hari lepas, Na Seon sudah meluat dengan spesis jantan. Na Seon hari ini, bukan Na Seon yang dulu, yang pernah jadi lembik cuma mengharapkan perkasa seorang putera untuk melindungi diri dia. Dia mahu tunjukkan pada Kai, lelaki yang sesedap jiwa raga dia telah remukkan hati wanitanya dan pada semua, yang dia tak akan jatuh lagi.

Laju Na Seon menyiku perut Baekhyun yang dari tadi sibuk menyuruh dia sengetkan kamera sana sini.

"Jangan sibuklah. Buat kerja kau dulu," rungut Na Seon, tegas.

"Dah," Baekhyun tersengih sebelum dia tunjukkan hasil gambar yang dia ambil sebentar tadi.

Mata Na Seon terpaku atas gambar seekor rama-rama berwarna biru kepaknya yang dihiasi dengan corak rawak warna hitam atau coklat, dia juga tak pasti tapi setiap pencahayaan, setiap sudut dalam gambar itu seakan-akan membuatkan rama-rama itu bernyawa. Dia terpegun seketika.

Byun Baekhyun. Seorang lelaki yang punya perangai paling nakal dalam kelas fotografi itu tapi secara ironinya merupakan pelajar paling mahir. Tak tahu duduk diam, kaki rancak berjalan sana-sini. Kadang-kadang membuatkan Na Seon terfikir mungkin dia ada nanah di buntut. Rimas. Sejak dia masuk dalam kelas ini, Baekhyun tak pernah berhenti lagi menganggu konsentrasinya.

"Cantik kan," Baekhyun menggoyang-goyangkan bulu keningnya dengan bangga.

Na Seon cuma angguk diam sebelum mengalihkan pandangannya ke muka lelaki itu. Berkerut dahi Na Seon sambil menggelengkan kepala melihat gelagat Baekhyun yang sangat bertentangan dengan Kai, mulut si gadis mula terukir senyuman sinis. Bila dia perhati, Baekhyun ada muka yang bersih, mata sedikit sepet, badan sedikit kurus dan batang hidung yang kecil tapi sedikit tinggi. Tampan.

Tapi sayang, semua jantan tak guna.

Sesaat lepas itu, Na Seon kembali memfokuskan diri pada fotografi. Berkelip mata Baekhyun kebingungan. Baru dia ingat sudah berjaya dapatkan perhatian si gadis tapi sekali lagi, seperti biasa, dia dihiraukan.

 

===

 

Hari ini dia berdua dengan Baekhyun dalam bas awam, sama-sama mahu pergi ke kelas fotografi. Na Seon berada di tempat duduk bahagian dalam kerana tadi, Baekhyun tak berhenti-henti mendesak untuk duduk di sebelahnya sehingga orang sudah mula pandang serong kepada mereka berdua. Terpaksa dia mengalah.

Bertuah punya jantan.

Sepanjang perjalanan, Na Seon cuma khusyuk meneliti setiap gambar dalam galeri kameranya, mengkaji setiap apa yang perlu dia baiki sebelum tiba-tiba terasa tangan sejuk Baekhyun jatuh di peha kanannya. Perlahan-lahan, Na Seon keluarkan secucuk jarum.

Satu jeritan kuat menghiasi ruang udara sunyi dalam bas bergerak itu. Mata Baekhyun terkatup rapat sambil tangan mengusap laju tangan yang lagi satu, mulut tak berhenti-henti memantera bebelan.

"Sakitlah!" rajuk Baekhyun dalam bisikan.

"ert," jawab Na Seon selamba, mata masih melekat pada gambar atas skrin.

Tajam mata Baekhyun melihat si gadis yang duduk santai di sebelah dia. Hanya diam di situ, masih dengan kamera di tangan, seolah-olah tak bersalah langsung. Dia cuma sedang tidur, bukan sengaja mahu merasa peha halus mulus gadis itu, walaupun dalam hati berjuta kali ucap terima kasih pada diri sendiri yang separuh sedar tadi. 

Sejak kejadian itu, Baekhyun lebih kerap menyendeng si gadis, mengikut dia ke sana ke mari macam beruang koala dengan batang kayu. Na Seon naik rimas dan setiap kali Baekhyun mengacau, dia akan hadiahkan dengan tumbukan, sikuan dan tendangan. Tapi, itu semua cuma menggalakkan Baekhyun untuk jadi lebih rapat dengannya.

"Projek untuk bulan ni ialah menghasilkan satu album yang berkonsepkan objek tak bernyawa seakan-akan hidup," kata guru kelas fotografi itu.

"Jadi saya nak kamu semua berpecah jadikan dua orang satu kumpulan," sambung dia sambil menepuk tangan sebagai amaran suruh bergerak pantas.

"SAYA!" jerit Baekhyun tiba-tiba.

Semua mata terus pandang dia.

"Dengan Na Seon," sengih si lelaki sambil mengesot ke tempat duduk bersebelahan dengan si gadis, menembak mata-mata lelaki lain seolah-olah memberitahu mereka yang Na Seon ialah tawanan dia.

"Saya bantah," muka Na Seon serius memandang wajah guru perempuan itu mengharapkan dia ditukarkan pasangan.

"Baik. Baekhyun dan Na Seon. Lain?" selamba kata Puan Kim.

Na Seon merungut keseorangan, tak puas hati. Baekhyun menggengam tangan kesukaan, sangat puas hati.

 

===

 

Seminggu telah berlalu sejak mereka ditugaskan dengan projek fotografi itu dan sejak seminggu itu juga secara tidak sengaja mereka berdua telah rapat. Na Seon sendiri tidak tahu bila dia jadi biasa dan lali dengan perangai Baekhyun yang asyik melekat dengan dia.

Malam itu, Na Seon baring di atas katil singlenya sambil telinga disumbatkan dengan earphone berwarna putih. Santai dia membelek album projek yang hampir siap itu sebelum mata terpaku dekat sekeping gambar yang terselit di tengah-tengah. Gambar sisi dia yang sedang tersenyum melihat sekuntum bunga warna kuning.

"Hodoh gila!" pipi Na Seon sudah merah kerana malu.

Terus dia campakkan gambar itu ke hujung katil dan pada degupan itu juga dia perasan ada contengan di belakang. Merangkak dia ke hadapan sedikit sehingga mata bertemu sebaris dengan tulisan.

 

Senyuman manis macam gula.
Saya suka awak, Seon Seon!
-Baekhyun-

 

Hari yang seterusnya, Na Seon cuma berlagak seperti biasa. Diketap bibir rapat menahan gelak setiap kali melihat Baekhyun teruja tak tentu pasal, yang setiap masa melihat dia dengan muka penuh harapan menunggu jawapan. Na Seon cuma akan senyum sedikit, pura-pura tidak tahu apa. Dia mahu lihat berapa lama lelaki ini mampu tunggu. Dia mahu tahu apa betul yang lelaki ini kata.

Ambil masa dalam seminggu atau dua bila Na Seon akhirnya memutuskan dan memberanikan diri untuk selit dalam poket beg si lelaki, satu gambar sewaktu Baekhyun sedang kembung mulutnya, penuh dengan donut.

 

Biar yang penggal hancur kita itu - mati.
-Seon Seon-

 

-

Nota Penulis

biar biar biar biar biar~ 

panda ri layouts.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
--vikseu
#1
rereading this
and my heart still hurts
you majestic little star
misz_dina #2
Chapter 5: wLaupun pendek jer,tp padat.ohsem la oneshot ni.DAEBAK!!
purpleadelyn
#3
Chapter 4: serious best!
sayhershe
#4
Chapter 5: Ringkas dan padat.tidak complicated dan penggunaan bahasa aras tinggi yang tidak dapat dicapai oleh akal saya... hehehe keep up the good work cik author :)
yifannie
#5
Chapter 4: Okay nak comment ni. /cracks knuckles

First of all, cerita ni sangat mendalam maksud dia, even though jalan cerita boleh diagak sedikit, still, you managed to come up with an amazing storyline and ways of explaining things ;_;. Kai dengan perangai playboynya tu, Na Seon yang jadi keras hati, Baekhyun yang playful, semua perfect ;_;
Akak baru nak tanya maksud message yang Na Seon tulis kat belakang gambar tu LOL, and thank goodness you explained it in the epilogue. Bahasa tinggi sangat Sue guna ni OTL I just can't ;_;
And kenapa cepat sangat Baekhyun mati? ;_; OTL that's kinda shocking because I thought their relationship would develop throughout Chapter Two tapi tapi tapi /I shouldn't complain bc you're the author here but but ;_;

And everything else is perfect. Akak suka bila akak dapat bayang macam mana cantik and sempoinya si Na Seon tu, tapi seorang yang tak peduli pasal semua kecantikan bagai tu sebab focus dia on photography and her precious camera only. Tapi sedih camera tu jugaklah yang dah merakam segala perbuatan jijik orang tersayang dia pernah buat. Like, okayyyy sedih sangat. I really love it bila Sue buat analogy pokok tu :'> Bila fikir balik, betul jugak kan, hidup kita ni macam gelang pokok tu. Tapi sedih bila fikir balik pasal hidup Na Seon. She doesn't deserve this, lagi² bila Kai tipu dia ._. Akak mula² ingat Baek yang ada kat atas bangunan sekolah tu hahaha tapi macam boleh detect mesti Kai ni budak playboy.

Overall, semua perfect macam biasa MY HEART JUST SANK OKAY. Kalau Sue tulis buku, akak sure I'll be one of the loyal fans of your talent/books/writings/and you ❤ Keep on writing, dear. Don't ever waste it, okay? /silently clicks on the "subscribe to author's story" button :)
hannahhannah2 #6
Chapter 1: DAEBAK! nk nanges dh aku ni ;-; continue this hard work . fighting!
choco_chim
#7
Chapter 5: story ni menyentuh jiwa raga...
story ni macam sangat bernyawa..tak tahu kenapa but tersngat daebak...bahasanya,cara penulisan,plot semua sempurna...im crying..huu T^T
ButterflyShida #8
Chapter 5: Akak daebak!!! Teruskan penulisan akak ni ye
--vikseu
#9
Chapter 4: oh. em. ji.
sooo, sume mati.
...
feel gilaa. TT0TT
u shot me right in the kokoro.
u just make kai, who is ur current boyfriend, a douchebag. okay..
anyhow, alia sukaaaaaaa~ ohokohok.
/major thumbs up