bhgn. satu

Fotograf
 
Bhgn. Satu; Fotograf.

Dalam taman itu,
waktu burung-burung sedang berebut menyanyi,
waktu angin sedang laju-laju berlari,
ada aku yang termerah pipi.

Dalam taman itu,
waktu kamera sedang erat di tangan,
waktu aku cuba simpan gambar kenangan,
ada kamu ketampanan.

satu, dua, tiga,
kamu dekatkan jarak antara kita,

satu, dua, tiga,
kamu ikut rentak jantung raksa,

satu,dua,tiga,
kamu berdiri depan saya,

dekat.
rapat.
nafas.
panas.

Dalam taman itu,
waktu bunga kembang mewangi,
waktu kamu luah isi hati,
ada aku kata aku sudi.

 

===

 

"Cuba teka esok hari apa," kata Kai yang sibuk mendandan rambut si gadis sambil bibir mengukir senyuman manis.

"Sabtu," selamba jawab Na Seon yang sibuk melihat galeri gambar dari kamera hitamnya sambil tersengih nakal.

Kai. Lelaki yang ada wajah tampan, susuk tubuh yang sangat rare berbanding lelaki lain, berketul-ketul sana sini ditambah lagi dengan warna kulit perang seksi. Sempurna. Seperti cerita cerita klise buku novel kanak-kanak atau drama bersiri klise sekolah menengah, itu semua, sedang terjadi kepada seorang gadis biasa ini.

Na Seon. Gadis yang dulunya cuma membaca buku dalam perpustakaan yang kini dapat membaca atas ribaan seorang lelaki, sambil dia dandani rambut si gadis. Indah. Seperti cerita-cerita dongeng zaman dahulu, bila yang hamba jadi raja, yang miskin jadi kaya, yang hodoh jadi jelita dan yang tak dikenali jadi popular.

Pasangan paling popular dalam sekolah. Semua kenal, semua tahu. Kai dan Na Seon. Ibarat langit dan bumi. Berita tergempar satu sekolah. Raja ragbi dengan si ulat buku? Bukan sesuatu yang normal.

Na Seon bukan seorang gadis yang nerd. Bukan yang pakai cermin mata tebal, baju selekeh dengan braces besar melekap dekat gigi sambil tangan peluk erat buku saintifik. Tidak. Bukan. Dia cuma gadis biasa. Kasut Converse biru gelap, seluar jeans koyak koyak, singlet putih dalam sweater kelabu dengan hood yang selalu menutup rambutnya dan sebuah kamera hitam yang sentiasa digalas tepi. Itu Na Seon. Cuma dalam kesantaian dia itu, baca buku ialah satu hobi.

Ramai yang cemburu. Awal waktu dia mula bersama dengan Kai, banyak cemuhan yang dia terima. Tapi Na Seon tak hirau, sebab dalam setiap cemuhan yang diludah, ada Kai yang akan peluk dia erat dan beri kata-kata semangat atau pun dia hanya akan ludahkan kembali kepada mereka. Gembira. Hidup Na Seon jadi seperti dalam kayangan. Seorang puteri yang dijaga rapi oleh sang putera raja gagah.

"Bila dibelah sebatang kayu menjadi dua, kita dapat lihat ada banyak gelang di dalamnya. Ada gelap ada terang. Sebenarnya, bila dikaji setiap gelang dalam batang pokok itu, kita dapat tahu cuaca pada ratusan, ribuan tahun dahulu. Kalau gelang warna terang, bermakna tahun itu cuaca sihat dan terang tapi kalau gelang warna gelap, bermakna tahun itu cuaca mendung dan hujan."

Kata-kata cikgu mata pelajaran Sains itu masih melekat di minda Na Seon setiap kali dia bangun dari tidur. Kalau diri dia sebatang pokok, kalau dibelah, dia pasti gelang untuk tahun-tahun sebelumnya ialah gelap gelitap, mungkin ada terang pada awalnya sewaktu ibu dan ayah dia masih lagi bersama-sama setiap masa.

Tapi bila masa mula berlalu, begitu juga mereka.

Ayah seorang doktor, sibuk menyelamatkan nyawa orang. Ibu seorang pereka fesyen, sibuk menghiasi diri orang. Tapi mereka lupa, anak buatan sendiri yang perlu sibuk disuapkan kasih sayang.

Kemudian mereka upah seorang penjaga dengan pemikiran kolot yang kata dengan cara itu, Na Seon akan dapat kasih sayang lebih. Hari demi hari selepas itu, mereka mula jadi lebih kerap sibuk. Kadang-kadang hingga tidak balik rumah seminggu atau sebulan terus.

Sampai suatu hari, ketika Na Seon masih berumur 14 tahun, ketika dia sedang seronok mengambil gambar sekeliling rumah dengan kamera baru yang dia beli dengan duit sendiri, ketika itu dia terdengar dua suara halus di sebalik pintu bilik ibu dan ayahnya.

Suara ibu tapi bukan suara ayah.

Klik.

Gambar itu masih dia simpan hingga hari ini.

Jangan jadi macam perempuan dalam gambar ni.

Bisik hati si gadis setiap kali dia pandang gambar itu kerana perangai perempuan dalam itu telah hancurkan hidup dia. Telah hancurkan satu keluarga bila ayah Na Seon dapat tahu ibunya mendua lalu bercerai jadi solusi terakhir mereka.

Tapi tahun ini dan tahun-tahun berikutnya, Na Seon pasti gelang dia akan berwarna terang.

Sebab mulai tahun ini, dia ada Kai.

 

"Esok hari ke seratus kita," bisik Kai lembut.

Pipi Na Seon jadi panas, rasa seperti ada sesuatu yang melingkari dalam urat dari kepala hingga ke hujung kaki, hati pula laju berdetak. Fenomena yang sama setiap kali bersama dengan Kai.

Lelaki ini penggoda, gadis ini suka.

"Datang taman, saya ada surprise. Okay?", sambung Kai dan kali ini tangan gagah itu sedang membalut rapi dan erat pinggang si gadis.

Dan dengan pipi yang kemerah-merahan itu, Na Seon tolehkan kepala dia ke tepi sedikit untuk lihat wajah tampan itu. Nafas dia terkena pipi si lelaki. Dekat. Rapat.

"Okay."

===

 

Hari ini angin bernafas lembut, matahari terang benderang, burung sibuk menyanyi. Petang yang indah, sama indah seperti hati Na Seon. Si gadis menyarung persalinan yang sama, yang biasa dia pakai setiap hari cumanya sweater kali ini berwarna maroon disedondonkan sekali dengan sepasang kasut Converse yang punya warna sama.

 

wujudkah cinta yang manusia sanjung itu?

 

Na Seon melangkah keluar dari rumah sambil bahu kanan menggalas kamera hitam kesayangan. Dia biarkan angin menyapu muka, dia biarkan matahari memancar suka. Na Seon tersenyum seorang, hati tak berhenti menumbuk tulang rusuk yang tidak cukup satu itu. Hari ini hari ke-100 dia dan Kai bersama sebagai pasangan kekasih. Hari ini hari ke-100 dia telah dilayan seperti puteri. Tak sabar, teruja, teringin hendak tahu apa yang Kai akan beri pada dia, seperti yang dia kata tempoh hari.

 

cinta antara dua manusia yang kata mereka suci,

 

Sambil berjalan, dia habiskan masa dengan melihat galeri gambar dalam kamera. Lagi sejam, sengaja dia ingin datang awal, biar bila Kai datang kemudian, dia tahu betapa teruja dalam hati. Hari ini, Na Seon ingin ambil gambar sebanyak-banyaknya.

Biar masa terhenti, memori masih melingkari.

Na Seon periksa filem kamera. Kosong.

"Ceh," dengus si gadis.

Nasib baik ada lagi sejam jadi dia putuskan untuk singgah ke sekolah dan ambil filem lebih yang dia sengaja simpan dalam loker untuk kes-kes yang macam ini.

 

tapi apabila sudah bersama nanti,

 

Sekolah kosong. Mestilah. Hari Ahad. Na Seon berjaya meloloskan diri daripada pak cik guard berkepala botak dan bermuka bengis macam singa hutan dengan alasan tertinggal buku nota tapi cuma selepas dibebelkan dengan nasihat 'orang tua-tua'.

Baru lepas kena marah dengan bini kot. Ketawa Na Seon sorang-sorang sambil dia buka loker hijau pudar itu dan ambil dua filem yang dia simpan rapi di sebalik buku yang bertimbun. Mata melirik pada jam di dinding. 45 minit lagi. Taman dekat sebelah sekolah, cuma perlu ambil beberapa tapak saja.

Jadi, melangkah dia ke atas bumbung sekolah menaiki satu tangga khas. Acap kali sudah dia dengar daripada kawan yang permandangan di situ sangat cantik cuma Na Seon belum berani lagi pergi waktu persekolahan sebab dengar kata juga, budak nakal banyak melepak di situ.

 

separuh hatinya akan meninggalkan pergi.

 

Perlahan-lahan dia tolak pintu. Senyuman yang panjang lebar itu terpadam tiba-tiba. Permandangan, tak cantik langsung. Hodoh. Buruk. Kotor.

Ada pasangan sedang bercumbu dan dia kenal lelaki itu.

 

percaya atau tidak?

 

Tidak. Sepenuh hati? Percaya.

 

-

Nota Penulis

Oh ya sengaja saya tukar nama watak kepada Na Seon sebab cerita ini saya buatkan untuk adik saya yang comel di situ. ps; dude i got inspired by your app, so thank you bebeh.

panda ri layouts.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
--vikseu
#1
rereading this
and my heart still hurts
you majestic little star
misz_dina #2
Chapter 5: wLaupun pendek jer,tp padat.ohsem la oneshot ni.DAEBAK!!
purpleadelyn
#3
Chapter 4: serious best!
sayhershe
#4
Chapter 5: Ringkas dan padat.tidak complicated dan penggunaan bahasa aras tinggi yang tidak dapat dicapai oleh akal saya... hehehe keep up the good work cik author :)
yifannie
#5
Chapter 4: Okay nak comment ni. /cracks knuckles

First of all, cerita ni sangat mendalam maksud dia, even though jalan cerita boleh diagak sedikit, still, you managed to come up with an amazing storyline and ways of explaining things ;_;. Kai dengan perangai playboynya tu, Na Seon yang jadi keras hati, Baekhyun yang playful, semua perfect ;_;
Akak baru nak tanya maksud message yang Na Seon tulis kat belakang gambar tu LOL, and thank goodness you explained it in the epilogue. Bahasa tinggi sangat Sue guna ni OTL I just can't ;_;
And kenapa cepat sangat Baekhyun mati? ;_; OTL that's kinda shocking because I thought their relationship would develop throughout Chapter Two tapi tapi tapi /I shouldn't complain bc you're the author here but but ;_;

And everything else is perfect. Akak suka bila akak dapat bayang macam mana cantik and sempoinya si Na Seon tu, tapi seorang yang tak peduli pasal semua kecantikan bagai tu sebab focus dia on photography and her precious camera only. Tapi sedih camera tu jugaklah yang dah merakam segala perbuatan jijik orang tersayang dia pernah buat. Like, okayyyy sedih sangat. I really love it bila Sue buat analogy pokok tu :'> Bila fikir balik, betul jugak kan, hidup kita ni macam gelang pokok tu. Tapi sedih bila fikir balik pasal hidup Na Seon. She doesn't deserve this, lagi² bila Kai tipu dia ._. Akak mula² ingat Baek yang ada kat atas bangunan sekolah tu hahaha tapi macam boleh detect mesti Kai ni budak playboy.

Overall, semua perfect macam biasa MY HEART JUST SANK OKAY. Kalau Sue tulis buku, akak sure I'll be one of the loyal fans of your talent/books/writings/and you ❤ Keep on writing, dear. Don't ever waste it, okay? /silently clicks on the "subscribe to author's story" button :)
hannahhannah2 #6
Chapter 1: DAEBAK! nk nanges dh aku ni ;-; continue this hard work . fighting!
choco_chim
#7
Chapter 5: story ni menyentuh jiwa raga...
story ni macam sangat bernyawa..tak tahu kenapa but tersngat daebak...bahasanya,cara penulisan,plot semua sempurna...im crying..huu T^T
ButterflyShida #8
Chapter 5: Akak daebak!!! Teruskan penulisan akak ni ye
--vikseu
#9
Chapter 4: oh. em. ji.
sooo, sume mati.
...
feel gilaa. TT0TT
u shot me right in the kokoro.
u just make kai, who is ur current boyfriend, a douchebag. okay..
anyhow, alia sukaaaaaaa~ ohokohok.
/major thumbs up