Thanks, BESTIE !

BESTIE

Na Eun merenung jauh ke luar tingkapnya. Lebat sungguh hujan pada petang itu. Cuaca yang sejuk itu membuatkan Na Eun menarik selimutnya ke paras peha. Kini, mindanya masih lagi bercelaru dengan apa yang telah berlaku baru-baru ini. 

Tanpa disedari, Eun Ji semakin hari semakin tidak mengendahkannya. Malah, dia semakin rapat dengan Bo Mi dan Nam Joo. Mereka bertiga bagaikan berlangkas. Ke mana-mana pasti bersama.

Pada mulanya, Na Eun mengganggap keadaan itu tidak akan berpanjangan. Dia tahu Eun Ji takkan melupakannya begitu sahaja. Tapi, masalahnya si Eun Ji tu senang sangat termakan dengan pujian-pujian Bo Mi dan Nam Joo.

Na Eun POV

Hmm.. Sejujurnya, aku memang terasa sepi dengan ketiadaan Shin Hye di sisi. Aku bukan tak suka Eun Ji, tapi.. Dia tu dari dulu senang je termakan kata-kata orang lain. Dia suka sangat dipuji.. Dan, akhirnya dia akan pergi berkawan dengan orang yang selalu puji dia. Aku dan Shin Hye bukannya tak nak puji dia. Tapi, dia kena faham-fahamlah. 

Agaknya kan.. Kalau aku tolong dia rapat dengan Sung Jae mesti dia takkan ketepikan aku lagi, kan?!

Yes!! Aku dah dapat idea!!

Na Eun terus mencapai sebuah buku nota kecil dan sebatang pen. 

"Okay.. Mula-mula... Apa ya??" Na Eun mengetuk-ngetuk kepalanya perlahan dengan harapan idea yang bernas akan keluar daripada otaknya. 

A-Hah!

1 - Ikut Sung Jae pergi theme park :)

2 - Aku akan cerita banyak pasal Eun Ji dekat Sung Jae ^^

3 - Aku akan perkenalkan Eun Ji kepada Sung Jae ^O^

4 - Aku akan cari masa yang sesuai untuk tinggalkan diorang berdua je ^^.

5 - It's time to say goodbye and tell them the truth.. :')

Air mata sekali lagi membasahi pipinya. 'Ahh.. Nangis lagi' Na Eun membebel sendirian.

Tis.

Tis.

Setitis demi setitis air matanya jatuh ke permukaan helaian kertas itu. Na Eun memang terkenal dengan sifatnya yang mudah tersentuh dan sensitif. Sebab itu jugaklah Eun Ji selalu memarahinya. 

"Takpe! Ini semua untuk kau, kawan. Atau patut aku gelar bestie.. Asalkan kau bahagia, aku akan turut bahagia.." Kata Na Eun dengan penuh bersemangat. Dia menggenggam tangannya untuk menunjukkan kesungguhannya.

Telefon bimbitnya dicapai serta-merta. Dia terus mendail nombor Sung Jae seperti yang tercatat di atas helaian memo yang Sung Jae beri tadi.

"So, here we go..." Kata Na Eun perlahan. 

"Yobosaeyeo? Ni Siapa?"

"Ni Sung Jae kan? Ni Na Eun lah..Fine. Saya setuju nak pergi ke theme park tu dengan awak"

__________________________________________________________________________________________________

 "Eun Ji, sorry lah. Aku tak dapat teman kau shopping sabtu nanti.." Tegur Na Eun sebaik sahaja dia mendapatkan kerusi disebelah Eun Ji. "Laa... Kenapa pulak?" Soal Eun Ji.

"Aku ada hal lah.." Balas Na Eun lagi sambil tersenyum manis. 

__________________________________________________________________________________________________________________________________________

Na Eun masih menunggu kedatangan Sung Jae di depan pintu masuk utama Incheon Theme Park. Sambil-sambil dia menunggu Sung Jae, sempat lagi dia merancang topik perbualan dia dengan Sung Jae.

"Okay, aku kena cakap pasal Eun Ji kat Sung Jae.. Ingat tu, Na Eun!" Kata Na Eun kepada dirinya sendiri. Dia berasa semangat dengan projek dia kali ni.

Tapi..

"Tapi kan.. Aku ni kira menipu lah, ya? Ya lah.. Kalau aku setuju nak pergi date ni, bermaksud aku suka dia! Tapi.. Aku tak boleh.. Tak pe, aku akan pastikan aku tak jatuh hati kat dia! Yup! Aku boleh buat!!" Kata Na Eun lagi.

Tiba-tiba, bahunya ditepuk daripada belakang.

Oiiittt!!

Bahunya terus terjongket. Matanya bulat memandang orang yang menepuknya tadi akibat terkejut.

"Hi!" Sapa lelaki itu ramah. "Hish.. Jangan main tepuk macam tu je boleh, tak? Nasib aku tak de heart attack!" Na Eun menjuihkan bibirnya.

Sung Jae terketawa kecil melihat Na Eun membebel. "Comel lah kau ni.." Kata Sung Jae perlahan. 

"Apa??" Na Eun tak dapat mendengari apa yang diperkatakan Sung Jae kerana suaranya yang sungguh perlahan.

"Tak de apa-apa lah. Jom masuk!" Sung Jae terasa malu nak ulang ayatnya tadi. Tanpa berlengah lagi, dia terus menarik tangan Na Eun ke arah kaunter tiket.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

"Hmm.. Boringnya shopping sorang-sorang..Kenapa agaknya Na Eun tak nak ikut aku shopping, eh? Dia pergi dating ke? Untunglah.. Dia cantik" Eun Ji bermonolog sendirian. Tiba-tiba datang idea yang bernas ke dalam otaknya yang berliga itu. 

Eun Ji terus mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor telefon ibu Na Eun. 

"Yobosaeyeo, Imo..Ni Eun Ji, boleh saya tanya Na Eun pergi mana sekarang?" Soal Eun Ji dengan penuh ramah. Eun Ji ternganga apabila mendengar jawapan mak Na Eun.

"Keluar dengan Sung Jae? Imo tau tak Sung Jae yang mana satu?" Eun Ji cuba untuk tidak berprasangka terhadap kawan baiknya sendiri.

"Sung Jae tu budak kelas sebelah kamu berdua lah.. Diorang berdua pergi Incheon Theme Park" Balas mak Na Eun lagi. 

'Theme park?' Bisik hati Eun Ji. Pada ketika itu jugak, Eun Ji mematikan talian telefonnya dan segera mendapatkan bas untuk menuju ke theme park yang dinyatakan oleh mak Na Eun sebentar tadi.

_____________________________________________________________________________________________________

Na Eun teruja melihat pelbagai jenis permainan di sekelilingnya. Dia memang dah lama teringin nak pergi situ. Tapi, disebabkan masalah kewangan keluarganya, dia tak dapat menikmati semua itu. Sung Jae memerhatikan setiap langkah Na Eun. Na Eun kelihatan sungguh teruja seperti rusa masuk kampung!

"Adik nak naik yang mana satu dulu, ya?" Sung Jae sengaja memerli Na Eun. "Adik?!" Na Eun terasa diejek. Dia segera mencekak pinggang lalu menjengketkan kakinya supaya nampak tinggi sikit.

"Sorry sikit eh.. Aku bukan budak kecik lagi!" Na Eun memarahi Sung Jae. "Dah pendek tu pendek je lah..." Sung Jae tergelak sendiri. "Jahat!" Jerit Na Eun sebelum dia menyepak kaki kiri Sung Jae.

"Aduh! Sakitlah!" Sung Jae membongkok untuk mengurut kakinya. "Sekarang kau dah pendek! Hahahaha" Na Eun tak dapat berhenti ketawa melihat muka Sung Jae yang sedang merengek kesakitan.

"Oh, main tipu eh?? Sini kau!!" Jerit Sung Jae lalu mengejar Na Eun. Na Eun yang sedang ketawa terbahak-bahak terus berlari sepantas yang dia boleh. Tapi, malangnya..

GEDEBUK!

Na Eun jatuh tersembam di atas lantai. "Adoii.." Na Eun mendengus perlahan. Terasa berpusing kepala Na Eun.

"Weh.. Kau okay, tak?!!" Sung Jae jadi cemas. Dia terus menggendong Na Eun lalu berlari ke arah bangku yang disediakan oleh pihak taman tema. Muka Na Eun ditenungnya lama.

_____________________________________________________________________________________________________

Perlahan-lahan Na Eun membuka matanya. "Apa tengok-tengok, hah?" Na Eun tersengih memandang Sung Jae. Memang jelas kelihatan riak wajah Sung Jae yang cemas itu. 

Sung Jae mengetuk kepala Na Eun perlahan. "Aku ingat kau nak mati tadi, tau!" Jerit Sung Jae sekuat hatinya. "Woi.. Janganlah jerit.. Orang lain pandanglah.." Na Eun menarik lengan baju Sung Jae.

Sung Jae diam. Dia cuba untuk menenangkan dirinya.

"Kau sakit ke?" Sung Jae akhirnya bersuara setelah beberapa saat mendiamkan diri. Na Eun menggelengkan kepalanya laju. "Tak lah.. Aku cuma tak tahan panas.." Na Eun membuat alasan.

"Habis tu, kau nak balik ke?" Soal Sung Jae lagi. "Eh, takkanlah! Kau gila, eh? Kita belum main satu game pun lagi.." Na Eun menyilangkan tangannya.

"Kejap! Kau tunggu sini!" Kata Sung Jae pula lalu berlari ke arah kedai yang berdekatan. Beberapa minit kemudian, Sung Jae berlari semula ke arah Na Eun dengan sekaki payung ditangannya. "Nah! Guna ni. Aku tak nak kau pengsan lagi.." Sung Jae menghulurkan payung tadi kepada Na Eun. Kemudian, dia menyeluk kedua-dua belah tangannya masuk ke dalam poket.

'Oh tuhan... Baiknya dia..' Bisik hati Na Eun. Tiba-tiba, dia teringatkan Eun Ji. "Kau ni perangai sama dengan Eun Ji.." Balas Na Eun.

"Eun Ji? Siapa tu?" Sung Jae berasa hairan kerana itu lah pertama kalinya dia mendengar nama Eun Ji. "Eun Ji tu bestie aku lah. Dia salah satu member TG jugak" Balas Na Eun.

"Apa maksud kau yang perangai dia sama dengan aku?" Soal Sung Jae lagi. "Hari tu, aku ada pura-pura pengsan, lepas tu dia punya panik macam aku ni dah nak mati! Hahaha" Na Eun tergelak sendiri. "Haha.." Sung Jae berpura-pura ketawa. 

"Dah lah! Jom kita pergi main. Dah pukul berapa dah ni.." Kata Sung Jae. Dia malas nak berbual tentang orang yang dia tak kenal.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Na Eun dan Sung Jae sedang berjalan keluar daripada taman tema dengan wajah yang ceria. Mereka masih lagi tak berhenti ketawa. Hampir semua yang mereka perkatakan lawak bagi mereka.

"Okaylah, aku balik dulu!" Na Eun melambaikan tangannya ke arah Sung Jae lalu berjalan laju ke arah perhentian bas yang berdekatan. Takut tertinggal bas.

Sung Jae berlari ke arah Na Eun lalu mencapai tangannya. Na Eun berpaling ke belakang. "Kau balik naik aku je lah.." Sung Jae berasa risau untuk membiarkan Na Eun pulang berseorangan. Na Eun melepaskan tangannya. "Tak pe lah.. Aku boleh balik sendiri.." Balas Na Eun lembut. "Thanks for today!" Sambung Na Eun lagi.

Tanpa mereka sedari, sepasang mata memerhatikan mereka dari jauh. 

"Sampai hati kau tikam belakang aku, Na Eun.. Thank you so much!"

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Hi !! Assalamualaikum!! Chap 7 dah diupdate!! Jangan lupa upvote, subscribe and comment!! ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
chap 8 akan diupdate pada cuti bulan 3 . harap maklum^^

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 7: Update soon ^ ^
_HazrielNaim
#2
Chapter 4: yupp macam neh lgi better and senang sket org nk bce. btw please keep it up ye cek kak :)