Prasangka

BESTIE

"Woi, mak cik ! Termenung je kau ni.." Tegur Eun Ji. "Eh, tak de lah.. Kenapa?" Soal Nak Eun balik. "Weekend ni kau ada hal tak?" Tanya Eun Ji lagi. "Selain buat taik mata.. Tak de kot. Nak ajak pergi shopping lah tu, kan?" Na Eun tersenyum sinis. Eun Ji menggangguk laju. "Kau pun tau yang Shin Hye dah pindah. Alaa.. Kau pun bestie aku" Eun Ji cuba meminta simpati Na Eun.

_______________________________________________Flash back 3 hari yang lepas_________________________________________________

"Shin Hye !!! Sampai hati kau kan?!!" Jerit Eun Ji sekuat hatinya di corong telefon bimbitnya. Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu oleh Niel yang Shin Hye telah berpindah. 

"Nasib si Niel tu bagitau! Kalau tak sampai ke tua kitorang tak tau!!" Jerit Na Eun pula. 

Air mata membasahi pipi Shin Hye. Dia cuba untuk menahannya. Namun, apakan daya.. Memang itulah sifat semula jadi seorang manusia untuk menangis apabila sedih. Tambahan lagi Shin Hye menganggap TG bukan sahaja kawan malahan adik beradik!

"Sorry.. Aku memang sengaja tak nak bagitau korang! Haha" Shin Hye masih cuba menahan nada suaranya supaya Eun Ji dan Na Eun tidak tau akan kesedihan yang sedang dialaminya. Shin Hye bagaikan orang gila pada waktu itu, menangis sambil ketawa.

"Tapi, kenapa?? Kitorang ni tak penting ke bagi kau, hah? Setelah hampir 3 tahun kita jadi bestie, ni yang kau..balas eh..?" Tersekat-sekat suara Nak Eun bercakap. Sungguh tak tergambar perasaan sedihnya. Eun Ji memandang Nak Eun dengan riak wajah bengangnya. Ahh.. Sudah. 'Drama dah start dah..' Bisik hati Eun Ji. 

"Sebenarnya, aku terpaksa pindah ikut bapak aku. Kau tau je lah kan.. Bapak aku kan ada business kat sana sini. Aku pun terkejut sebenarnya. Tapi, nak buat macam mana?? Ala.. Korang jangan lah risau.. Nanti ada masa kita jumpalah. Nanti kita pergi outing, aku belanja, okay?!!" Shin Hye mencari alasan untuk pujuk dia sahabat karibnya itu.

"OKAY!! Janji tau!! Kalau kau tipu, siap kau! Okay lah bye bye.." Eun Ji memutuskan talian. "Woii!! Apesal kau end call?? Dasar kaki shopping lah kau ni!" Na Eun memarahi Eun Ji. "Tak guna kau nangis lah.. Membazir air mata je. Bukannya kita tak boleh jumpa dia lagi. Cuba kau tengok muka kau tu.." Balas Eun Ji sambil menghalakan skrin telefon bimbitnya ke arah Na Eun. "..dah macam muka budak kecik kena tinggal dengan mak dia pulak.." Sambung Eun Ji lagi.

__________________________________________________Flash back tamat_______________________________________________________

KRINGG!! 

Loceng rehat pun berbunyi. "Baiklah, pelajar. Untuk pengetahuan kamu, keputusan peperiksaan bulanan dah keluar. Jadi, kamu semua boleh rujuk papan kenyataan di blok akademik untuk tengok keputusan kamu semua" Kata Puan Min sebelum keluar daripada kelas. 

Sebaik sahaja Puan Min keluar, para pelajar mula buat bising. "Wehh.. Agaknya siapa dapat nombor 1 kali ni eh?? Eun Ji atau Na Eun?" 

"Aku rasa Eun Ji!" "Tak.. Na Eun!!" "Tapi, Na Eun selalu dapat nombor 2 lah..Last month tu nasib je.." 

Makin kembang Eun Ji apabila mendengar perbincangan rakan-rakan sekelasnya. Na Eun hanya tunduk memandang lantai. Dia tahu dia tak setanding dengan Eun Ji.

"Dah lah. Tak payah nak bising lagi. Jom tengok sendiri keputusan tu!" Kata Eun Ji kepada kelasnya. Eun Ji kemudiannya berdiri lalu berjalan keluar dari kelasnya. Rakan sekelasnya yang lain turut mengikut langkah Eun Ji. Mereka berpusu-pusu meninggalkan kelas.

Kini, hanya tinggal Niel dan Na Eun sahaja di dalam kelas. "Aik, kenapa kau tak join diorang?" Niel mengajukan soalan kepada Na Eun. "Malaslah. Aku memang dah dapat agak keputusan aku.." Balas Na Eun sambil melemparkan senyuman kelat ke arah Niel. 

"Wow.. Kau dah pandai buat ramalan eh sekarang? Kau tolong ramalkan soalan periksa bukan depan boleh? Ha, lepas tu ramalkan masa depan aku lak. Hahaha" Tambah Niel lagi. Na Eun melemparkan jelingan tajam ke arah Niel. 

"Hahaha.. Lawaknyaa.." Balas Na Eun. Dia malas nak layan perlian Niel itu. Kemudian, Na Eun mengemaskan alat tulisnya yang bersepah di atas meja. "Tapi.. Kau tak jealous ke dengan Eun Ji? Ya lah.. Maksud aku, dia ada pengaruh kuat kat dalam kelas ni and sometimes dia tak pedulikan pun kau sebab melayan kawan-kawan yang lain. Nak-nak lagi, sekarang Shin Hye dah pindah"

"Hish, kau jangan busy body boleh tak?!" Kata Na Eun lagi. Niel terkejut apabila Na Eun memarahinya. Dengan perasaan geram, Na Eun terus bergegas keluar daripada kelas. Niel hanya memerhatikan Na Eun. 

Sebaik sahaja Na Eun keluar daripada kelas, dia terus terserempak dengan Sung Jae. Sung Jae menghulurkan sehelai memo kecil kepada Na Eun. Na Eun mengambil kertas itu lalu membacanya sepantas kilat. "Nombor telefon kau?" Soal Na Eun. Sung Jae menggangguk perlahan. "Oh ya, jangan lupa sabtu ni.." Kata Sung Jae pula sambil tersenyum.

"Oh.. Pasal tu, aku tak sure lagi. Maybe tak kot. Sebab.. Aku ada hal" Na Eun sengaja membuat alasan. Wajah Eun Ji bermain di fikirannya. Dia tak sanggup nak sakiti bestie nya sendiri. "Err.. Kau tak suka aku eh?" Balas Sung Jae. Adush. Nak terjerat leher Na Eun mendengar soalan tu. Na Eun menggeleng krpala. 

"Bukan macam tu.. Aku.. Betul-betul ada hal. Lain kali eh?" Kata Na Eun lagi. Tanpa banyak berlengah, Na Eun segera berlari meninggalkan Sung Jae. 

Setibanya di taman bunga Na Eun mencari-cari kelibat Eun Ji. Tak de. 'Mana pulak budak ni?' Bisik hati Na Eun. Kemudian, dia pergi ke kantin pulak. Kelihatan Eun Ji sedang makan sambil berbual bersama rakan-rakan sekelasnya yang lain.

"Hah, tu pun dia!" Na Eun melambaikan tangannya ke arah Eun Ji. Eun Ji tidak memberikan sebarang respond sebaliknya dia meneruskan perbualannya. Na Eun menjuihkan bibirnya. Bagi dia, Eun Ji sengaja nak bergurau dengannya.

Baru je dia nak bergerak mendekati Eun Ji, dia teringat kata-kata Niel. 'Lurus sangat ke aku ni? Sampaikan ada orang beranggapan macam tu terhadap aku? Betul ke yang Eun Ji memang dah tak nak kawan dengan aku? Agaknya aku seorang je yang nak jaga hati dia. Tapi, dia tak pernah jaga hati atau perasaan aku..' Bisik hati Na Eun. 

 Setelah berfikir masak-masak, Na Eun batalkan niat dia untuk makan bersama Eun Ji. Dia bergerak ke kelas tanpa memandang Eun Ji. Eun Ji hanya memerhatikanya dari jauh. 'Kenapa dia tak join aku makan?' Bisik hati Eun Ji. 'Hmm.. Dia terlupa bawak duit kot' Kata hatinya lagi.

_______________________________________________________________________________________________________________________

Akhirnya, masa yang paling ditunggu-tunggu untuk pelajar sekolah pun tiba. Kelihatan para pelajar sedang berpusu-pusu keluar daripada kelas masing-masing. 

"Eh, Na Eun! Aku harini ada study group dengan Bo Mi dan Nam Joo tau.Kau nak join tak?" Soal Eun Ji sambil memerhatikan Na Eun mengemas begnya. "Tak pe lah. Terima kasih je. Ye lah.. Orang tu kan dah famous, ramai kawan. Dulu, aku ajak buat study group kau sikit punya liat,kan?" Balas Na Eun lalu berlalu pergi meninggalkan Eun Ji yang sedang tercengang dengan ayat Na Eun sebentar tadi.

Hi, assalamualaikum!! ^^ okay, ni dia chap 6. Harap korang suka! Terima kasih kepada semua yang subscribe and upvote serta comment!! :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
chap 8 akan diupdate pada cuti bulan 3 . harap maklum^^

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 7: Update soon ^ ^
_HazrielNaim
#2
Chapter 4: yupp macam neh lgi better and senang sket org nk bce. btw please keep it up ye cek kak :)