Saranghae..

BESTIE

Malam itu, Sung Jae bermalam di rumah Niel kerana ibu bapanya terpaksa balik lewat kerana perlu menyiapkan kerja yang menggunung banyaknya. Sung Jae selalu menjadi mangsa mereka apabila keadaan seperti itu berlaku. Dia perlu tinggal berseorangan dalam rumahnya yang agak besar itu.

Kebetulan, dalam bilik Niel ada 1 ekstra katil single size yang dulunya milik abang Niel. Oleh sebab abang Niel sudah mempunyai rumah sendiri, maka katil tu kini tiada pemilik. Jadi, Niel ajaklah Sung Jae bermalam rumah dia. Niel bukan nak ajak pun, cuma dia tak tahan dengar mulut Sung Jae mengeluh setiap hari akibat lemas dalam kebosanan.

Katanya, dia tak ada teman untuk berborak lah.. Tapi, bila sampai je rumah Niel, dia terus baring atas katil. Lepas tu, baca komik dia tu. Part yang paling dia geram bila Sung Jae berguling-guling ketawa sampai tak ingat dunia. HAHAHAHAHA !!! Lawak sangat agaknya..

'Runtuh jugak rumah aku ni nanti..' Dengus hati Niel. Kesian punya pasal.. Terpaksalah dia bersabar.

15 minit telah berlalu..

Sung Jae tiba-tiba je diam. Komik tadi diletakkan di atas meja belajar Niel yang terletak betul-betul sebelah katil dia. Dia bangun lalu duduk sambil memeluk kedua-dua kakinya dan bersandar pada dinding. Sung Jae termenung memandang Niel.

Niel pelik dengan kelakuan Sung Jae. Head phone di kepalanya di cabut sebelah.

'Kau okay tak?' Tegur Niel risau. Niel turut bangun lalu duduk di sisi katil.

'Tak' Balas Sung Jae pendek. 'Kau demam ke? Atau kau rindu ibu bapa kau?' Soal Niel lagi.

Sepantas kilat, bantal peluk Sung Jae hinggap di muka Niel. 'Aduh! Sakitlah hidung aku! Kalau patah macam mana, hah?' Kata Niel sambil mengusap hidungnya perlahan.

'Apa? Nak lagi?' Balas Sung Jae sambil mengacah-acah untuk membaling bantal yang seterusnya.

'Woi!!' Jerit Niel geram.

Sung Jae tersengih jahat. 'Kau yang merepek. Bukan salah aku..' Balas Sung Jae selamba. Niel masih lagi mengusap hidungnya. Takut sangat hidung dia kemek kot.

'Sebenarnya kan.. Aku rasa aku dah FIL lah..' Kata Sung Jae perlahan sambil memandang lantai.

'FIL?' Soal Niel pelik. Tak pernah seumur hidup dia dengar istilah tu.

'Fall In Love lah.. Tu pun tak tau ke?' Perli Sung Jae. 'Ceh! Tau lah pandai.. By the way, dengan siapa? Budak yang kau suka tu dah tau ke belum? Dia budak kelas mana? Mesti cantik kan? Woo.. Budak baru dah fall in love!! Cayalah!' Kata Niel terlebih excited. Macam dia pulak yang jatuh cinta.

'Eh, eh.. yang kau excited sangat ni apa hal, hah? Kau yang fall in love ke aku?' Perli Sung Jae lagi. 'Ala.. Cerita je lah..' Kata Niel lembut sambil menongkat kan dagunya.

'Yelah.. Kau ingat tak budak yang kau kata KKR dulu tu?' Kata Sung Jae.

'HAH?? KKR? Kau gila apa? Kau minat member TG?!! ' Niel memang tak percaya dengan ayat yang diutarakan oleh Sung Jae.

'TG? Oh.. The Gediks kan? Ha'ah..Kawan aku ada bagitau yang dia member TG jugak' Balas Sung Jae lagi. Makin terbeliak mata Niel dibuatnya.

'Siapa? Na Eun kan?' Tanya Niel lagi. Nama Na Eun terus terlintas di fikirannya. Yup, budak yang paling cantik dan agak sopan dalam geng tu. 'Semestinya dia yang dimaksudkan Sung Jae' Bisik Niel di dalam hati.

Sung Jae tersengih malu apabila mendengar nama Na Eun di sebut. Rasa berbunga-bunga hatinya mendengar nama itu.

'Adushh.. Aku cuba untuk tak terjebak dengan TG ni. Tapi, macam mana.. kau.. HISH! Tak tau la nak cakap apa..' Keluhan berat dilepaskan oleh Niel sebaik sahaja dia berhenti bercakap.

'Aik, salah ke? Aku rasa dia tu baiklah.. Sopanlah jugak berbanding TG yang lain.. dan aku rasa dia menepati pilihan aku' Kata Sung Jae lagi sambil tersenyum yakin. Dia memang pasti yang dia tak silap pilih.

'Sopan tu memang tak boleh nak dinafikan.. Tapi, kalau dah TG tu, memang sama je perangai nye. Aku bukan apa. Aku cuma takut kau yang malu je nanti ada girl friend macam tu. Sebab, dia tu banyak kali kena tinggal dengan boy friend dia sebabkan perangai dia..' Jelas Niel panjang lebar.

'Jangan risaulah. Akan ku terimanya seadanya!' Balas Sung Jae dengan penuh bersemangat.

'So, kau nak aku tolong kau ke? Jadi posman korang ke?' Perli Niel. Dia mengalah. Dia tau Sung Jae memang tak akan berputus asa.

'Nope. Terima kasih je lah. Bagi aku tak gentle okay buat macam tu. Lebih baik aku confess depan-depan. Dia mesti suka!' Balas Sung Jae lagi,

'Hurm.. yelah. Teruskan angan-angan kau tu. Aku nak masuk... tidur! Esok pagi, kalau kau lambat jalan kaki tau! Jangan haraplah aku nak tunggu..' Kata Niel malas.

'Yes,boss! Saya takkan lambat, boss!' Balas Sung Jae sambil tersenyum riang.

'Hish, belum apa-apa lagi dah berjangkit ngan penyakit TG tu' Keluh Niel perlahan.

______________________________________________________________________________

Tit..

Tit..

Tit..

Tit..

BOOM!!

'ARGHH!!' Jerit Niel terperanjat. Dia terus terbangun daripada tidur. Matanya meliar mencari dari manakah datangnya bunyi bom tu.

Kelihatan Sung Jae berlari-lari anak dari arah bilik air mendekati katilnya. Tangannya diselukkan ke bawah bantal untuk mendapatkan telefon bimbitnya.

'Alarm kau ke tadi tu?!' Soal Niel separuh menjerit. Geram betul dia apabila dikejutkan dengan bunyi bom macam tu. Terasa tercabut nyawa dengar bunyi bom tu. Dadanya diurut-urut perlahan.

'Morning!' Balas Sung Jae riang. Dia langsung tak kisah yang Niel marah dia. 'Err.. Sorry lah. Nanti aku tukar alarm tu' Sambung Sung Jae lagi sambil memakai stokin.

'Awal kau siap' Kata Niel sambil memerhatikan setiap gerak-geri Sung Jae.

'Mestilah! Na Eun bertugas kat kelas dia hari ni. Jadi, aku nak amik peluang ni untuk confess kat dia! Hahaha' Sung Jae tergelak sendiri dengan kata-katanya.

'Lantak kau lah..' Balas Niel. Dia malas nak melayan kawanya yang seorang tu.

'Kau tu cepatlah siap!' Arah Sung Jae tiba-tiba.

'Eh, apa kena mengena dengan aku lak?' Niel terkejut dengan arahan yang diterima.

'Kau kan kawan aku. Jadi, kau kena teman aku lah.. Tu pun nak kena cakap ke?' Kata Sung Jae lagi.

'Aduh.. Dengan tak semena-mena aku terlibat dengan TG ni.. AHH!! Aku tak percaya hari ni akan tiba!' Jerit Niel sekuat hatinya.

'Dah.. Dah.. Tak payah nak berdrama bagai. Aku tunggu kau kat luar. Cepat sikit!' Pesan Sung Jae sebelum melangkah keluar daripada bilik Niel.

'Huh, malangnya nasibku..' Kata Niel perlahan.

________________________________________________________________________________

'Hish, kenapalah Eun Ji kena demam hari ni? Aku benci betullah pergi sekolah pagi-pagi buta macam ni sorang-sorang' Bebel Na Eun sendiri sambil berjalan ke sekolah. Seperti biasa, dia akan datang awal ke sekolah bersama-sama 4 orang lagi rakan sekelasnya yang bertugas pada hari yang sama.

Setibanya Na Eun tiba di kelasnya, dia mendapati bahawa kelasnya gelap.

'Aku orang pertama ke yang datang? Alaa.. Seramnya..' Kata Na Eun perlahan.

Na Eun memberanikan dirinya untuk masuk ke dalam kelas yang gelap-gelita tu. Suis lampu dihidupkan satu per satu. Kemudian, Na Eun terus bergerak ke arah loker di mana terletaknya alat kelengkapan untuk keceriaan kelas.

Na Eun mengambil kain pengelap dan glass cleaner spray lalu memulakan tugasnya pada pagi tu. Akibat terlalu bosan, Na Eun mengeluarkan ear phone daripada beg lalu menyumbatkan ear phone tersebut ke kedua-dua belah telinganya.

'Eojaedo geujaedo ijen chonsaga aneyeo..' Na Eun mula menyanyi sambil mengikut rentak lagu tersebut. Hilang sedikit kebosanannya tadi.

Tiba-tiba..

TUPP!!

Semua lampu di dalam kelas Na Eun terpadam secara tiba-tiba. Na Eun mula berasa cemas. Dia terus menyeluk sakunya lalu mengeluarkan telefon pintarnya. Lampu suluh dinyalakan.

'Alamak.. Time ni lah nak black out. Esok-esok tak boleh ke? Apa aku patut buat ni? Patut kah aku jerit? Tapi, kalau 'benda' lain nyahut macam mana??? Macam mana kalau aku orang pertama yang datang kat sekolah ni?' Pelbagai soalan menerjah masuk ke otak fikiran Na Eun. Namun, satu pun tidak terjawab oleh Na Eun.. Na eun mengambil keputusan untuk duduk bersandar di dinding tempat dia mengelap tingkap tadi dengan harapan bantuan akan sampai kepadanya.

'Eh, cahaya apa tu?' Bisik hati Na Eun. Satu cahaya yang pastinya datang dari luar kelas di halakan ke tubuh Na Eun.

HANTU !!!

Kedengaran suara seorang lelaki menjerit. 'Hantu?!!!' Terbeliak mata Na Eun. Air matanya mengalir dengan deras sekali akibat terlalu takut. Tubuhnya turut menggigil. Hanya perkataan 'Mak.. Mak.. Mak..' sahaja yang bermain di fikirannya.

Tiba-tiba lampu kembali bernyala. Na Eun terkejut melihat rakan-rakan sekelasnya yang lain sedang memerhatikannya daripada pintu kelas. Masing-masing memandang Na Eun seperti barang pameran di muzium.

Beberapa saat kemudian, seorang lelaki masuk ke dalam kelas lalu menarik tangan Na Eun dan membawanya ke luar kelas. Na Eun hanya mengikut sahaja ke mana lelaki itu membawanya tanpa membantah.

Setelah agak lama berjalan, mereka berdua berhenti di kantin sekolah. Na Eun secara automatik terduduk di atas salah satu bangku di situ. Matanya tertumpu di lantai kantin. Lelaki tersebut melepaskan tangannya lalu meninggalkan Na Eun bersendirian di situ.

Seketika kemudian, lelaki tadi datang semula dengan membawa sebotol air mineral lalu memberikannya kepada Na Eun. Na Eun masih lagi tidak bergerak. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Dia berasa sangat takut dan malu pada waktu yang sama.

'Na Eun..' Tegur lelaki itu. 'Suara tu..' Bisik hati Na Eun. Ya! Dia tahu milik siapakah suara itu. Na Eun terus mendongakkan kepalanya.

'Sung.. Jae..' Na Eun terketar-ketar menyebut nama Sung Jae. Melihat wajah sedih Na Eun pasti membuatkan sesiapa sahaja turut sedih. Sung Jae terus memeluk bahu Na Eun erat. 'Janganlah nangis..' Pujuk Sung Jae lembut. Namun, perkara yang sebaliknya berlaku. Makin Sung Jae pujuk, makin kuat Na Eun nangis.

KRINGG!!

'Na Eun, loceng sekolah dah bunyi tu.. Kita kena masuk kelas sekarang' Ajak Sung Jae. Na Eun bangun dengan keadaan yang lemah sekali. 'Kau okay tak ni?' Tanya Sung Jae risau.

Na Eun menggangguk perlahan. 'Kesiannya..' Bisik hati Sung Jae. Tiba-tiba, muncul satu idea dalam otak Sung Jae.

'Na Eun !' Sung Jae memanggil Na Eun dengan penuh bersemangat. Sung Jae tersenyum apabila Na Eun memandangnya.

'Saranghae..' Bisik Sung Jae betul-betul di telinga Na Eun. Sehelai kertas memo kecik di tampal di tapak tangan Na Eun sebelum Sung Jae berlari ke kelasnya.

Mendengar kata-kata Sung Jae, hati Na Eun yang lara tadi terus berbunga-bunga. Na Eun merasakan seperti dialah orang yang paling gembira di alam semesta ini. HUAHAHA !!!

Na Eun terus membaca memo yang diberikan oleh Sung Jae tadi dengan penuh teliti.

'Wow! Seriously? Dia ajak aku keluar?!! YEAYYY!!' Na Eun melompat-lompat kegembiraan di situ.Nasib je pelajar lain dah masuk kelas..

'Alamak, aku dah lambat ni !' Jerit Na Eun tiba-tiba lalu terus berlari sepantas mugkin ke kelasnya.

_______________________________________________________________________________

Hi readers yang dikasihi sekalian! Macam mana dengan chap kali ni? okay? Seperti biasa, jangan lupa comment, subscribe dan upvote ya? Thank you so much !! ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
chap 8 akan diupdate pada cuti bulan 3 . harap maklum^^

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 7: Update soon ^ ^
_HazrielNaim
#2
Chapter 4: yupp macam neh lgi better and senang sket org nk bce. btw please keep it up ye cek kak :)