Oooppss ! SORRY

BESTIE

Minggu peperiksaan yang ditunggu-tunggu kini tiba. Pastinya pada minggu ini, pelajar-pelajar akan sentiasa berkepit dengan buku rujukan masing-masing. Perpustakaan pula akan menjadi tumpuan para pelajar yang hendak membuat last minute revision.

TG juga tidak ketinggalan juga dalam menyertai rakan-rakan mereka yang lain. Mereka banyak menghabiskan masa membaca buku daripada berborak seperti biasa. Memang telah menjadi kebiasaan mereka pada setiap minggu peperiksaan, mereka bertiga akan mengasingkan diri masing-masing.

Mereka akan cuba untuk tidak berkumpul dengan ahli TG yang lain.Hanya itu sahaja cara yang boleh membuatkan mereka fokus sepenuhnya kepada peperiksaan yang bakal dihadapi.

'Baiklah, para pelajar. Sila letakkan pen anda di atas meja. Waktu menjawab kertas soalan Fizik telah tamat. Jangan bercakap selagi kertas anda belum dikutip' kata Puan Oh tegas sebelum mengutip kertas pelajarnya satu per satu.

Mendengar kata-kata Puan Oh itu semua pelajar diam. Tiada siapa yang berani bercakap. Sebaik sahaja kertas mereka semua habis dikutip, mereka dibenarkan keluar dari kelas untuk rehat.

'Yeay!! Soalan yang aku target hampir semua keluar!' Jerit EunJi kegembiraan. 'Samalah!!' Balas ShinHye pula. Mereka berdua terus berpelukkan sambil melompat-lompat akibat terlalu gembira.

'Woi! Tak payah terlompat-lompat macam beruk kat sini boleh?' Tegur Niel tiba-tiba. 'Hish, suka hati..' EunJi baru sahaja nak menjawab. Namun, sebaik sahaja dia ternampak SungJae yang turut berada di sebelah Niel, dia terus diam.

Niel perasan akan perubahan riak wajah EunJi. Dia mula berasa curiga. 'Oit kau kenapa?' Tegur Niel. EunJi masih lagi di awang-awangan. Dia merasakan seolah-olah dia dan SungJae saja yang berada di situ. Peluh mula membasahi mukanya. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia sedang gembira yang teramat.

'Ah.. Sudah..' Rungut ShinHye perlahan. Dia tau EunJi sudah hilang kewarasannya saat itu. 'Oh ye, EunJi, bukan kau kata kau lapar ke tadi?' ShinHye sengaja membuat dalih. 'Haha..Kitorang pergi dulu lah ye?' ShinHye terus menolak EunJi pergi dari situ. ShinHye sempat melambaikan tangannya ke arah Niel dan SungJae.

Setibanya di hadapan kantin..

EunJi masih lagi dengan mukanya yang mdknxnsjn kan tu. ShinHye geram melihatnya. 'Hish, kau ni kan!!' Jerit ShinHye di sebelah telinga EunJi. 'Apa?!!' Balas EunJi terkejut. 'Hah! Sedar pun! Aku ingat kau dah hanyut ke mana tadi!' ShinHye terjerit-jerit membebelkan sahabat karibnya tu.

'Hanyut? Apa maksud kau?' EunJi tiba-tiba menjadi blur. 'Ah! Sudahlah! Take guna aku cakap. Kau bukan ingat pun' ShinHye memuncungkan bibirnya. 'Alolo.. Comelnya dia.. Macam Donald duck! Haha' EunJi tergelak mengejek ShinHye. 

'Dahlah.. Aku nak study' Balas ShinHye geram. 'Hurmm.. Yela.. Bye bye! Selamat mengajuk !' Sempat lagi dia memerli ShinHye sebelum mereka berdua berpisah. 'Oh ye, NaEun pergi mana eh? Apesal aku tak nampak dia waktu keluar dari kelas tadi?' Kata EunJi perlahan sambil berjalan dengan memeluk buku rujukan Biologi.

Sementara itu, NaEun sedang menghabiskan waktu rehatnya sambil membaca nota ringkas subjek Biologi di bawah sebatang pokok yang rendang di taman bunga sekolahnya.. Redup. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, sesekali meniup rambutnya yang agak panjang itu. Indah sungguh pemandangan di situ. 

Namun suasana yang tenang itu tidak kekal lama.. 

DUM !!!! DUM !!!

Dengan tidak semena-mena hujan membasahi bumi.. Apalagi, mulalah acara larian marathon di situ. Semua pelajar yang turut menghabiskan waktu rehat mereka di taman bunga sekolah menjadi peserta utama acara itu termasuklah NaEun.

'Ahh.. Time ni lak hujan nak turun.. Habis basah nota aku! Hish, geramnye..' Sedang NaEun membebelkan hujan yang tak berdosa tu, tiba-tiba..

GEDEBUK!! 

NaEun terduduk di atas lantai koridor yang basah dek hujan. Nota ringkas yang dipeluknya dari tadi akhirnya terlepas dari tangan lalu jatuh ke dalam longkang. 'Hoi! Kau jalan tengok mana hah?!!' Hilang sabar NaEun dibuatnya. 'Hish! Lepas satu, satu!' Bebel NaEun dalam hati.

'Sorrylah.. Aku tak perasan kau kat sini..' Kata lelaki yang melanggarnya tadi dengan tenang. 'Aik, macam pernah dengar je dialog tu..' NaEun segera memandang lelaki itu. 'Oitt!! Hehehe.. Sorry termarah tadi..' NaEun secara automatic merendahkan volume suaranya.  

Rupa-rupanya orang yang telah melanggar dia tadi ialah SUNGJAE! SungJae segera membantu NaEun berdiri. 'Oh.. Takpe .. Memang salah aku. Oh ye, nota kau macam mana?' Tanya SungJae lembut. 'Ah..takpe. Small matter je tu' NaEun tersengih sendiri tanpa dia sedari. 

'Oh..Kay.. Fine.. Budak kelas pertama lah kan' SungJae mula memerli NaEun. 'Ala.. Aku biasa je lah..' NaEun masih lagi tersengih manja. 'Nak kongsi nota ngan aku?' SungJae memberi tawaran yang sememangnya takkan NaEun tolak.

'Eh,eh.. Buat susah-susah je.. Tak yah lah..'NaEun menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. 'Tak nak sudah..Aku Tak paksa'Balas SungJae ringkas. Dia mula membuka langkahnya untuk berjalan pergi meninggalkan NaEun. 

'Hish.. Aku belum habis baca nota tu. Macam mana ni??? Tapi, kalau EunJi nampak nanti, matilah aku!!' Dia mula berbalas pendapat dengan hati dan perasaannya sendiri. 'Ah! Lantaklah..' NaEun segera mengejar SungJae yang telah berada jauh darinya. 

'Eh, aku dengar kau kata tak nak tadi kan?' SungJae pelik. 'Tak.. Aku kata tak yah susah-susah. Bukannya tak nak!' NaEun terpaksa memberi alasan yang merepek.

'Hahaha..'SungJae terketawa kecil. 'Waa.. Tengoklah tawa kecilnye yang begitu menawan hati..'Bisik NaEun di dalam hati. 'Okay.. Jom baca nota kat kafe'Ajak SungJae. 'Hurm.. Okay, okay..' Balas NaEun ceria.

'Bagus jugak kafe. TG bukannya selalu makan kat sini. Hehe..' Bisik hati NaEun lagi. 

Mereka berdua pun duduk bersebelahan untuk membaca nota yang kecil tu. 'Nama kau NaEun kan?' SungJae cuba memulakan perbualan.'Ha'ah. Mana kau tau?' Soal NaEun pula. 'Niel bagitau aku..' Balas SungJae selamba. Matanya masih tidak beralih lagi daripada memandang notanya. 

'Oh.. Tapikan, apa hubungan korang berdua eh?' Tanya NaEun. 'Aku dengan Niel?' NaEun menggangguk laju. Dia benar-benar ingin tahu akan hubungan mereka berdua yang sebenarnya kerana setahu dia, SungJae pelajar baru. Jadi, macam mana dia boleh rapat  macam belangkas dengan pelajar lama kat situ? Kelas sebelah lak tu.

'Ermm.. Kitorang jiran lah.. Dah lama kitorang berjiran. Dulu, aku asal sekolah budak lelaki. Sekolah lama aku dulu tu , top. Tapi,budak dia bermasalah. Jadi, aku tak boleh fokus belajar. Setiap hari ada je kes gaduh, buli dan banyak lagi lah. Aku lak pengawas kat situ. Kitorang selalu dipersalahkan atas kesalahan pelajar. Jadi, fokus aku lebih kepada nak kawal pelajar. Cikgu ingat pengawas ni guru disiplin apa? Tu lah sebabnya aku pindah sini' Terang SungJae panjang lebar.

'Oooooooooooooooo..' Bibir NaEun bermuncung ke hadapan.Tu je yang mampu NaEun balas. 'Hahaha..' SungJae memang tak dapat tahan otak ketawanya daripada ketawa.Childish sungguh muka NaEun waktu itu.

 'Dah lah.. Kau ni kan ! Sakit otak ketawa aku!' SungJae memarahi NaEun dalam tawanya. 'Hahaha!' Giliran NaEun pula ketawa. 

'Otak ketawa? Ada eh?' NaEun menanyakan soalan yang tak logik. 'Takde lah..Aku gurau je!' SungJae tersenyum. NaEun pun turut membalas senyuman manisnya.

KRINGGG!! 

'Okay lah.. Aku masuk kelas dulu. Good Luck!' Ucap SungJae sebelum berlari meninggalkan NaEun. NaEun hanya tersenyum membalas ungkapan ikhlas SungJae.

 Hi, assalamualaikum, readers! Sorry lah dah lama tak update T_T Tapi, kalau readers perasan, saya dah tukar cara penulisan saya. Saya akui, penulisan saya yang lama memang membosankan. Syukur, alhamdulillah saya ditemukan dengan budak ni-->> naaanat (nama dia kat aff) Dia byk membantu saya kat sini. Thanks Nat! 😳 Hope u like it!! Thanks sebab sudi baca ^^ Jangan lupa subscribe, comment and upvote!! 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
chap 8 akan diupdate pada cuti bulan 3 . harap maklum^^

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 7: Update soon ^ ^
_HazrielNaim
#2
Chapter 4: yupp macam neh lgi better and senang sket org nk bce. btw please keep it up ye cek kak :)