Eun Ji ada CRUSH ?!!

BESTIE

TG sedang menghabiskan petang mereka di perpustakaan sekolah bagi mengulangkaji pelajaran. "Na Eun, tengok ni !!" Jerit ShinHye sambil berlari anak mendapatkan Na Eun yang sedang duduk bersama Eun Ji yang sedang tekun membaca buku rujukan biologinya di sudut santai perpustakaan.

"Apa?Apa?" Soal Na Eun teruja. "Ehem,maaf boleh awak perlahankan suara awak tu ? Ni perpustakaan" Tegur seorang pustakawan. "Sorryyy.." Balas Shin Hye pendek sambil tersengih memandang pustakawan itu. "Padan muka, gedik! Tu lah sape suruh jerit ?" Ejek Eun Ji sambil menjelirkan lidahnya ke arah Shin Hye sebaik sahaja pustakawan itu berjalan meninggalkan mereka."Diam ah.." Balas Shin Hye sambil melemparkan jelingan ke arah Eun Ji.

Shin Hye memalingkan wajahnya ke arah Na Eun semula."NaEun, cuba tengok surat khabar ni. Ni lah.." "Artis lah tu.." Ejek Eun Ji lagi. Dia sememangya tidak suka akan hobi Na Eun dan Shin Hye iaitu stalk artis."Ha'ah. Kenapa?Jealous?" Balas ShinHye geram sambil mengangkat keningnya.

"Tak ingin pun.." Balas Eun Ji selamba. Dia sedikit pun tidak memandang ke arah Shin Hye sebaliknya menumpukan pandangannya ke arah buku rujukan biologi yang sedang dia baca."Hish, budak ni kan...." dengus hati Shin Hye."Sudah,sudah la tu! Jangan layan la dia tu. Hah, apa yang kau nak tunjuk td?" Na Eun pula bersuara bagi menghentikan perang mulut dua sahabat karibnya itu yang sampai esok pun takkan berakhir. Masing-masing tak nak mengalah. 'Hish, macam budak kecik betul!' Bisik hati Na Eun.

"Hah,aku nak cakap tadi.. hmm jap eh... hah! Ni lah Seo In Guk !" Kata Shin Hye sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah gambar seorang lelaki yang dalam usia lewat 20-an yang berada di dalam surat khabar itu. "Ni ke yang kau cakap muka macam Sung Jae, budak baru sebelah kelas kita tu ?!" Soal Na Eun terkejut."Ha'ah lah. Memang serupa.." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Eun Ji sepantas kilat merampas surat khabar tu daripada mereka.

'OMG! Memang sejibik!' Jerit hati EunJi keriangan. Dia mula tersenyum tersipu-sipu malu. "Eh,eh. Apa hal pulak nenek ni senyum tiba-tiba ni? Cuba tengok senyuman dia tu.." kata Shin Hye. Pelik sungguh diorang tengok muka Eun Ji macam tu. "Huh! Terserlah kegedikkannya!Haha" balas Na Eun. "Oi, nek! Apesal kau tersengih-sengih tu? Jangan-jangan kau minat Seo In Guk eh??' Tanya ShinHye sambil tersenyum sinis.

"Eh, jap jap! Aku tau, aku tau ! Kau minat Sung Jae kan..." Giliran Na Eun menanyakan killing question kepada Eun Ji. 'Adoiii.. mati la aku..tu la over excited lagi!' Eun Ji mula memarahi dirinya sendiri.Peluh mula membasahi dahinya. Apa lagi, tergelak besarlah Na Eun dan Shin Hye di dalam perpustakaan tu. Diorang tau Eun Ji kalau dah kantoi memang macam tu. Dia memang tak dapat nak lari drpd perasaan excited dia.Kalau dia excited je mesti dia akan berpeluh macam baru lepas berlari 4 pusingan padang! Terutamanya kat dahi.

Na Eun terhenti ketawa apabila dia perasan pustakawan tadi sedang memerhatikan mereka dengan pandangan yang sangat tajam. "Alamak. Helang nak menyambar ni.." Kata Na Eun sambil menyinggung siku Shin Hye."Helang?" Tanya Shin Hye pelik. 'Helang mana lak ni?' Soal Shin Hye di dalam hatinya. "Tu.." Balas Na Eun sambil memusingkan kepala Shin Hye ke arah pustakawan tadi yang kini sedang mencekak pinggangnya. ShinHye hanya tersengih memandang pustakawan itu. "Dah la! Jom lah kita balik. Silap-silap kena halau kalau kita duduk lama lg kat sini" Kata Eun Ji yang cuba hendak melarikan diri. "Ha'ah. Pustakawan kat sini pun daripada orang tukar jadi helang! Hish, seram betul!" kata Shin Hye perlahan.

Annyeong, readers !! So, mcm mana chap pertama ni? okay tak? Alang-alang dah baca tu apa kata anda semua tinggalkan comment jugak? Harap comment korang dapat membantu hehe^^ Thanks semua !! Jasa anda amatlah dihargai :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
chap 8 akan diupdate pada cuti bulan 3 . harap maklum^^

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 7: Update soon ^ ^
_HazrielNaim
#2
Chapter 4: yupp macam neh lgi better and senang sket org nk bce. btw please keep it up ye cek kak :)