I'm sorry =(

Got married to lovely boy

Sehun mundar-mandir. Dia pening memikirkan tentang rancangan mahu kenakan Eun-ji. Bukan lagi cara kasar tapi lembut . TIba-tiba dia mendapat akal. Dia tersenyum nakal.

" Kau ni dah kenapa tersengih cam kerang busuk?" soal Tao.

" Takde pape. Aku dah tau apa yang aku kena buat untuk balas balik perbuatan Eun-ji hari tu.."

" Eh tak payah la, kau ni kan.. tak serik lagi ke apa. Kira 1-1 dah kan . Sudahla. Tak cool la. lawan pompuan je kot. "

" Aku still tak puas hati ngan minah tu. Aku kena balas balik perbuatan dia tu ", ujar Sehun. 

" So, apa rancangan kau ? "

"Just wait and see ok.."

Sehun tersenyum sinis. Tao hanya menggeleng kelapa

Apa nak jadi dengan kawan aku sorang ni ? 


 

" Hei sayang!! " ujar Sehun sambil melambai tangannya ke arah Eun-ji.

Semua mata memandang ke arah mereka. Pelik.

Mamat sengal ni buang tabiat ke apa? Gumam hatinya. Belum sempat kakinya melangkah, lengannya dipegang.

" Eun-ji..", namanya dipanggil manja. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang? Oh tuhan. Sehun ! What's wrong with him ? Eun-ji ditarik ke dalam pelukan Sehun. 

" Apa ni?! " jerit Eun-ji. Malu mula menyelubungi diri. Sehun memang sudah melampau

Aku memang suka kat dia tapi aku still ada maruah! 

Dia meraba-raba poketnya untuk mencari senjata. Gunting ! Dirinya terlalu takut. Nafsu mula menguasai diri menyebabkan dirinya tidak terkawal. 

" Arghhh!! " Sehun mengerang kesakitan. Cecair merah pekat mula mengalir diperutnya. Eun-ji pucat. Alamak ! Apa yang aku dah buat ni ?

" Maaf Sehun.. A.aa..Aku....tak sengaja ! " Eun-ji panik. Mana Bomi? Matanya mula melilau-lilau mencari Bomi. Pelajar lain yang berada di situ mula kalut dan kelihatan terkejut dengannya.

Aku tak sengaja !

Eun-ji terpandang Bomi. Tanpa melengahkan masa, tangan dilambai-lambaikan ke arah Bomi. Bomi berlari anak mendekati mereka.

" Apa dah jadi ni ? "

" Panggil ambulans cepat! "

Bomi pantas berlari menuju ke telefon awam, Tangannya cepat mendail nombor.

Oh sehun...maafkan aku ! ..Air matanya yang hangat merembes laju..


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mieszflower25 #1
Your comments are welcomed ! Comments positive =)