Eun'ji's revenge

Got married to lovely boy

Eun-ji mencari kelibat Sehun. Mana la mamat poyo ni? Gumam hatinya. Nak balas dendam atas apa yang dilakukan oleh Sehun semalam. Kelihatan Sehun sedang membawa dua cawan kertas berisi minuman cappucino dan menuju ke kelas. Eun-ji mengatur langkah menuju ke arah Sehun. Dia sudah bersedia dengan senjata rahsianya. Lipas. Hehe..

     " Hai Sehun!" sapa Eun-ji dengan wajah ceria yang dibuat-buat.

" Kau pehal minah sewel? Mesti ade pape ni...tak penah gedik ngan aku cam ni"

"taklah..boring..takkan nak bertekak je. Kalau macam ni tiap-tiap hari, mesti harmoni kan?"

" Tau takpe ", balas Sehun menyampah. Eun-ji mengeluarkan seekor bapak lipas dari balang kaca yang disembunyikan di belakangnya. Haha. Harmoni konon? Never ever happen! Dengan pantas, dia melepaskan lipas sambil menjerit.

" Sehun!! Lipas !"

" Mana?!! Mamaa!!~" Secara automatik, cawan kertas yang dipegang terlepas dari pegangannya. Habis minuman cappucino tadi tertumpah ke atas lantai koridor. Tiba-tiba cikgu Yoo muncul disitu.

" What's wrong with both of you  !" jerkahan cikgu Yoo membuatkan mereka berdua tersentak. Entah bila datang. Terkejut mereka dibuatnya.

" Entahla cikgu! Sehun ni..cuai sangat! " tuduh Eun-ji sambil menunding jari telunjuknya ke arah Sehun. Bengang Sehun dibuatnya. Sedangkan semua yang berlaku sekarang ni disebabkan Eun-ji.

Gila. Jaga la kau minah sewel, desis hati Sehun.

" Baik kamu bersihkan atau saya akan kenakan tindakan ke atas kamu berdua ! " arah cikgu Yo. Eun-ji sentap. 

Aku pun kena juga ke kalau tak bersihkan ? 

" Baiklah cikgu " Cikgu Yoo beredar dari situ. Eun-ji sempat menjelir pada Sehun sebelum berlalu pergi. Sehun mengetap bibir. Geram


 

" Woi ! Tunggu !! ", langkah Eun-ji terhenti saat terdengar ada orang memanggil namanya seraya berpaling ke arah suara itu datang.

Omo~ Sehunna ? 

" Fuh!~ ", Sehun melepaskan keluhan sebaik sahaja dia berhenti tepat di hadapan Eun-ji.

" Kenapa dengan kau ni ", tanya Eun-ji.

" Heii minah.. aku still tak puas hati dengan kau pagi tadi. Kau cari pasal ngan aku eh tadi "

" Heh, kau tu yang lembik. pondan ! Lipas pon kau nak takut. Kau ingat aku saja-saja nak cari pasal ? Itu untuk perbuatan kau minggu lepas. Kau malukan aku kan dalam kelas kan ? So,accept the revenge Mr. Oh ! Kau kena terima akibat perbuatan kau tu ! "

Sehun mati kata. Menyedari dan cuba mengingati apa yang terjadi minggu lepas. 

Apa yang aku dah buat ?

" Ada apa-apa yang kau nak cakap , Encik Oh Seee hun ? ", tanya Eun-ji. Sinis.

Sehun hanya membisu dari tadi. Eun-ji beredar dari situ. Malas melayan perangai Sehun.

 

Kebetulan Yoona yang lalu disitu melihat Sehun yang terpacak di koridor. 

Sehun ?

" Sehun.. kenapa dengan awak ni "

" Ah.. Yoona. Saya okey. " Sehun tersedar dari lamunannya.

" Tak nak masuk kelas lagi ke ? Seminit aja tinggal waktu rehat "

" Oh, jomlah ", Sehun tersenyum sebaris lalu Yoona memaut lengannya. 

Eh ? Dia paut lengan aku ? hehe

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mieszflower25 #1
Your comments are welcomed ! Comments positive =)