wedding day =)

Got married to lovely boy

Dingin. Entah kenapa badannya tiba-tiba rasa sejuk dan berpeluh-peluh. Dah demam agaknya budak ini. Jantung Eun-ji bagaikan mahu tercabut. Dah berdebar sakan. Mana tidaknya, lepas ni dia akan bersanding di atas pelamin bersama Sehun, si mamat sengal. Agaknya jikalau tiada tangkai yang memegang jantung dah menggila agaknya jantungnya itu. 

"Eun-ji dah siap mandi ke ? ",tanya si juru solek kepada Eun-ji.

"Dah.." Eun-ji cuma jawab sepatah.

"Kalau macam tu, mari saya tolong dandankan cik"

Jurusolek itu mula solek wajah Eun-ji. Eun-ji kelihatan cantik dengan solekan neutral. Juru solek itu turut memuji kecantikannya. Eun-ji hanya membalas dengan senyuman. Solekan itu memang kena pada wajahnya yang sedia cantik. Awal-awal lagi dia sudah berpesan pada mummy Sehun supaya mekapnya nanti jangan terlalu tebal. Nanti rimas dibuatnya.

Sesudah saja wajahnya siap disolek, rambutnya pula didandan cantik. Seterusnya, dia memakai gaun kahwin labuh yang sangat cantik. Kecantikan lagi bertambah apabila gaun itu dipadankan pada tubuh Eun-ji yang lansing. Veil dipakaikan di atas kepalanya lalu diletakkan tiara yang bertatahkan permata di atasnya. 

Bomi yang entah bila ada situ menyentak Eun-ji. Dia pun tak perasan.

"Hoi ! cantiknya kawan aku yang sorang ni.." , sergah Bomi.

" Omoo~ kau ni kann memang la..terkejut aku boleh mati kena serangan jantung , tahu tak ?? ", balas Eun-ji yang sedikit terkejut.

" Kalau kau mati, aku la pergi ganti ni tak pun makcik yang dandan kau ni. mesti terkejut Sehun. boleh jugak aku tengok Sehun tu menangis..huhu "

" Buat apa mamat hati keras tu nak nangis ? Dia tak cintakan aku pun ", tetiba tertukar mode sedih. haha

" Kau tahu mana dia tak cintakan kau. Memandai je. Kalau dia tak cintakan kau tak ada maknanya dia nak kawin dengan kau ni, sengal ", jelas Bomi. Kata-kata  Bomi tu ada benarnya. Takkan la si Sehun ni tak ada sikit pun perasaan padanya sampai sanggup kahwin dengannya.


 

Puan Jung melangkah ke arah Bomi dan Eun-ji yang kelihatan ralit berbual. Bahu Eun-ji ditampar lembut olehnya.

"Hei kamu semua.. asyiknya bersembang..pengantin lelaki sudah sampai. majlis dah nak mula. jom keluar ", tegur Puan Jung.

" Oh ya, hei Puan Oh..jom keluar pengantin laki kau dah arrived ", Bomi sempat berseloroh.

" Hurmm, yelaa cik pengapitku "

Mereka keluar dari bilik persiapan mengiringi Eun-ji ke dewan persandingan. Kelihatan Sehun segak memakai tuxedo berdiri beberapa meter tidak jauh darinya. Sehun bagaikan terpegun dengan kecantikan Eun-ji. Cuba dikawal riak mukanya yang kelihatan seperti orang yang sedang dipukau. Malu jika dilihat orang ramai.

Sehun menapak ke arah Eun-ji lalu memaut lengan Eun-ji.

" Ahh.." Eun-ji kelihatan sedikit tergamam. Mereka berdua saling berpandangan. Sehun hanya tersenyum senget. Untuk pertama kali. Tak pernah rasanya Eun-ji melihat senyuman Sehun sebegitu. Hatinya terpaut.

Bomi dan Puan Oh tersenyum melihat mereka di satu sudut. Dewan itu sesak dengan ramai orang. Beberapa orang ahli keluarga sebelah keluarga Encik Jung dan Puan Jung serta keluarga Encik Oh dan Puan Oh turut hadir ke majlis mereka. Suasananya agak memeriahkan walaupun kawan-kawan Eun-ji dan Sehun tiada di situ dek perkahwinan mereka dirahsiakan dari pengetahuan mereka kecuali Bomi, sahabat baik Eun-ji.

" Jom la my beloved wife ", ujar si Sehun sambil tersenyum nakal.

" Awak ni dah kenapa semacam je..mengada ", mulutnya mula merungut.

" Yelaa..tu pun kau nak marah ke ? ", sempat mereka bergaduh time tengah jalan macam ni. Dahla si Eun-ji tu pakai gaun labuh meleret-leret. Kang tak pasal-pasal tersadung nanti malu aja yang dapat.

" Saya tak marah tapi cakap je, okay ? "

Mereka berjalan mendekati pelamin lalu duduk diatasnya dengan berhati-hati. Eun-ji membetulkan gaun labuhnya supaya tidak terpijak leretan gaun itu.

Alahai gaun cantik ni. Dah cantik tapi sayangnya kenapa la asyik merimaskan aku aja dari tadi. Menyusahkan betul. Cepat-cepat la majlis ni habis. aku dah tak tahan.. , rungut si Eun-ji dalam hati.

Mamat sengal ni dah pehal duk pandang aku semacam dari tadi. Aku cantik sangat ehh ?? haha perasan la kau ni Eun-ji.

" Asal kau cantik sangat ni Eun-ji. nanti kau mekap la camni ehh hari-hari ", sempat Sehun bercanda di atas pelamin. Takkan la dia nak keras cam robot je duduk atas tu. Lenguh pulak muka asyik kena senyum kat tetamu. Takpela,, sekali-sekala buat senaman otot muka. Kasi muka yang handsome ni awet muda selalu. hoho.

" Untuk apa? "

" Untuk aku. Suami kau, Oh Sehun.. ", ujar Sehun diikuti senyuman menggodanya.

" Jangan nak mengharap sangat " Eun-ji menjelirkan lidahnya. Ops ! tak ingat mereka sedang duduk di atas pelamin. Lupa yang orang ramai sedang memerhatikan mereka. Eun-ji cuba mengawal dirinya.

Dari jauh masing-masing tersenyum melihat kerenah kedua-dua pengantin. Keluarga pengantin sedang menjamu selera di meja mereka. Tiba-tiba si Bomi yang turut sertai di meja makan mereka membuka suara.

" Omoo~ sweetnya pengantin baru tu..saya pun nak cepat kawin la.. "

Mereka semua tergelak kecil mendengar luahan si Bomi.

" Makcik harap Bomi cepat-cepat jumpa jodoh kamu ", ujar Puan Oh.

" Harap-harap macam tu ", Bomi hanya tersengih.


 

 

 

 

   

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mieszflower25 #1
Your comments are welcomed ! Comments positive =)