First night with my jerk husband

Got married to lovely boy

Fuh. Eun-ji melepaskan keluhan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam banglo mewah Sehun. Pertama kali kaki dijejakkan di rumah agam itu. Lega rasanya majlis persandingannya sudah selesai. Tapi ..dia rasa canggung sangat bila berada dalam rumah ini. Agaknya, dia tidak biasa lagi kut.

Ah. aku nak pergi mana ni, adoii. mana mummy ni ? keluhan Eun-ji didengari oleh Puan Oh yang tiba-tiba muncul.

" Eun-ji boleh naik atas kat bilik korang. mari mummy tunjukkan " langkah Puan Oh diikuti Eun-ji. Mereka menuju ke bilik yang dikhaskan untuk Eun-ji dan Sehun.

Pintu bilik dikuak luas. Mereka melangkah masuk ke dalam bilik tidur itu. Eun-ji terpegun melihat biliknya. Dinding bilik itu dicat warna biru navy dan hitam. Deko pun tak kurang cantik juga. Kelihatan sebingkai gambar hiasan tergantung cantik pada dinding. Cantik betul bilik ni. Eun-ji memuji dalam hati. Dah memang ala-ala bilik kat hotel lima bintang ni. Katil pun saiz king. Memang sesuai la dengannya yang suka mengganas masa tidur. Tapi dia nak ke tidur ngan Sehun atas katil tu ? haha . no way..

" Thanks mummy.. "

" Kalau nak apa-apa boleh tanya Sehun atau mummy ya ", Puan Oh melemparkan senyuman manis kepadanya lalu beredar dari situ.

" Okay ", lalu pintu biliknya ditutup. Badannya keletihan dek melayan tetamu yang hadir di majlis mereka tadi. Rasa macam nak baring je atas katil ni. Tapi dia kena mandi dulu nanti tak pasal-pasal katil yang terhias cantik ni busuk akibat peluh dia. Eun-ji cepat-cepat membuka zip gaun yang terletak di bahagian belakang badan. Gaunnya disangkut pada penyangkut baju lalu diletakkan di dalam almari. Cepat-cepat dia menyarung baju tuala yang sudah disediakan lalu menapak ke bilik air.

Seusai mandi, Eun-ji mengatur langkah menuju katil. Namun, langkahnya tiba-tiba terhenti saat terdengar pintu biliknya dikuak.

Ada orang masuk ? Sehun Oppa ? Eun-ji mula cemas. Cepat-cepat menyorok semula di dalam bilik air.  

 

 

to be continue

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mieszflower25 #1
Your comments are welcomed ! Comments positive =)