Marry to him ?

Got married to lovely boy

" Mana anak saya?! Sehun..", Puan Oh yang cemas berlari menuju ke arah kaunter pertanyaan.

" Sabar puan. Oh Sehun, wad 08 puan ", ujar jururawat yang bertugas di kaunter itu.

Dengan hati yang resah itu, Puan Oh tergesa-gesa menuju ke wad yang menempatkan Sehun. Air matanya mengalir deras di pipi.

Oh tuhan.. selamatkan anakku.

Dia terlihat Eun-ji sedang berdiri di hadapan bilik wad itu.

Eun-ji begitu resah memikirkan keadaan Sehun. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Tiba-tiba satu susuk tubuh yang amat dikenali tegak berdiri di hadapannya.

" Eun-ji..."

" Aunty...", sekali lagi air mata Eun-ji mengalir laju. Perasaan sedih tidak dapat dibendung lagi. Puan Oh mendakap Eun-ji seraya Eun-ji membalas pelukannya. Erat.


 

 " Maafkan Eun-ji makcik..", ujar Eun-ji sambil teresak-esak.

" Tak pela sayang..benda dah jadi. Sehun bukan cedera tahap kritikal pun..", Puan Oh mengusap lembut rambut Eun-ji.

Doktor Lee keluar dari bilik wad Sehun bersama senyuman yang manis.

" Puan ibu kepada pesakit kan?"

" Ya..saya maknya"

" Kalau macam tu, silakan masuk "

Puan Oh menarik lembut tangan Eun-ji. Mereke berdua amat lega bila diberitahu bahawa Sehun baik-baik saja.

 

" Sehun....saya..minta maaf..", Eun-ji membuka bicara. Mata coklat Sehun mencerlung tajam ke arah Eun-ji. Riak muka Sehun menggambarkan betapa marahnya dia terhadap Eun-ji. Eun-ji hanya tersenyum tawar. Cuba menyorok riaknya yang sebenar. Maaf sehun.. hati kecilnya berbisik.

" Puas hati kau ?! ", Sehun cuba untuk menyembunyikan senyumannya. Perasaan marah tidak ada sedikit pun pada Eun-ji. Tak ada rasa marah pun walaupun lukanya agak teruk. Ingin tergelak tengok muka cuak Eun-ji. Dah terkedu gadis itu dibuatnya. Nakal !

" Sehun , dia dah minta maafkan ? Tak perlu marah dia ", ujar Puan Oh. Agak tegas.

Eun-ji melutut. Puan Oh dan Sehun amat terkejut dengan tindakannya. 

" Maafkan saya...saya akan bertanggungjawabb..",  air mata Eun-ji mula merembes laju. Sehun kelihatan sangat terkejut. Rasa bersalah pula. Sehun  memegang kedua-dua belah tangan Eun-ji sambil mengarahnya untuk berdiri. 

Aduh minah ni. melutut bagai 

" Bangun..Bangunlahh.."

Eun-ji bangun. Air matanya tidak berhenti-henti mengalir. Air matanya diseka oleh Sehun. Eun-ji terkedu. 

Puan Oh hanya melihat mereka berdua. 

Alahai..sweet pula dua orang ni. 

Dia hanya tersenyum


 " Eun-ji..." , Sehun memanggil lembut Eun-ji. Eun-ji mendongak ke arah Sehun.

 " Kau nak jaga aku tak? " soal Sehun. 

 " mestilah !! " laju si Eun-ji menjawab. 

" Ehh minah nii..lajunya jawab, tadi nangis..," ujarnya sinis. Sehun mengerling ke arah Eun-ji. 

"Heheehe..", Eun-ji hanya tersenyum simpul. Ini sebab aku sayang kau Sehun...gumam hatinya..


 

"Hah, macam mana setuju tak dengan cadangan aunty ?" soal puan Oh.

Kawin?? Memang la aku sayang Sehun tapi..tak terfikir lak nak kahwin bagai. Paling tidak pun bercinta. Haishh..kusut..kusut otak aku

"Kenapa? Eun-ji tak suka ke? " soal puan Oh sekali lagi..

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mieszflower25 #1
Your comments are welcomed ! Comments positive =)