oo 3 oo

The School's Samseng !
Please Subscribe to read the full chapter

Kringgg!!!!

 

Loceng pun berbunyi memecahkan suasana tanda waktu rehat pelajar sudah pun bermula dan tamatnya kelas Bahasa Inggeris. Tanpa ucapan terima kasih kepada Cikgu Saeji, para pelajar kelas 3H terus sahaja berlari pecut keluar kelas, menyerbu kantin sekolah. Macam nak mati kebuluran saja pelajar dalam kelas aku ni.

 

“ Kyungsoo! Do Kyungsoo!” panggil Cikgu Saeji ketika aku hendak meninggalkan kelas. Aku segera berpaling dan mendapati cikgu tersebut sedang sibuk mengemas buku-buku rujakan Bahasa Inggeris serta beberapa kertas kosong ke dalam begnya.

 

“ Kawan awak yang duduk sebelah awak tu menghilang ke mana?” soalnya, lemah lembut. Aku setakat jongket bahu. Takkanlah aku nak bocorkan lokasi persembunyian kawan aku sendiri, dah lah taiko sekolah lagi tu, entah-entah melayang nyawa aku esok.

 

“ Oh. Cikgu tengok awak seorang je yang macam budak normal.” Katanya seraya menyerahkan beberapa fail berwarna-warni kepadaku. Aku membisu. Memang pun, hanya aku saja ‘orang biasa’ di kelas tersebut, yang lain semua perangai macam hantu.

 

“ Habis tu yang lain tak normal lah? Cacat lah dorang?” soalku serta-merta.

 

“ Bukan, yang lain just different sikit. But still, kamu semua special. Cikgu suka pelajar macam kalian semua.” Jelas cikgu tersebut. Takut-takut aku salah faham dengan kata-katanya tadi.

 

“ Cikgu, kalau cikgu tak suka dengan kelas ni. Cikgu boleh blah. Kelas ni bukannya perlukan seorang cikgu sangat. Lagi pula, dorang bukannya suka cikgu pun.”

 

Cikgu Saeji malah tersenyum mendengar kata-kataku yang menusuk kalbu itu. Senyum pula, gila ke apa? Aku menjeling lalu meninggalkan guru baharu itu di dalam bilik darjah kerana dia perlu membersihkan papan hitam.

 

Suka pelajar macam kami? Menyampah. Berapa ramai guru di sekolah yang bencikan pelajar kelas 3H . Katanya kami tiada masa hadapan. Meluat aku dengar kata-kata cikgu yang cuba meyakinkan kami bahawa mereka tidak seburuk yang kami fikirkan. Tapi, hakikatnya, tetap sama. “3H has no future”, pengetua sendiri pun dah iktiraf kelas kami ni kelas terburuk dalam sejarah sekolah.

 

Mataku meliar mencari-cari meja Cikgu Saeji. Aku jarang ke bilik guru, sebab pelajar 3H diharamkan masuk ke bilik guru kecuali ada benda yang mustahak. Ah! Pening, banyak betul meja dekat bilik guru ni, boleh termuntah aku mencari meja Cikgu Saeji ni. Pusing ke sana tak ada, ke situ tak ada. Di atas pokok ke meja cikgu ni ha?

 

“ Awak cari meja cikgu siapa?” suara garau seorang guru lelaki menyapaku dari belakang. Aku segera menoleh dan bertanyakan meja Cikgu Saeji.

 

“ Cikgu Saeji ni, cikgu yang baru tu kan?” soal Cikgu Roy Kim, guru matematik yang paling kacak di sekolah ni. Aku mengangguk perlahan. 

“ Ni meja cikgu baru tu.” Katanya seraya menunjuk ke arah meja yang terletak di sebelahnya. Eh, dekat saja rupanya. Yang aku buat boleh pusing satu ‘roundabout’ ni apasal. Wah! Meja cikgu ni sebelah meja cikgu paling segak di sekolah menengah ni. Mahu tak bahagia hidup Cikgu Saeji lepas ni. Senang-senang nak cuci mata. Aku meletakan segala barang-barang dan failnya di atas meja. Cikgu Roy memerhatikan gerak tanganku lalu berpaling pantas ke arahku.

 

“ Cikgu Saeji ni belum keluar kelas lagi ke?” soalnya.

 

“ Belum lagi.”

 

“ Oh.” Wajah Cikgu Roy diserikan dengan senyuman yang mampu mencairkan seluruh aiskrim dan hati mana-mana wanita di dunia ini. Auaranya dapat dirasai setiap kali dia melintasi koridor sekolah. Hampir seluruh mata tertumpu kepadanya. Ketampanan cikgu itulah yang menarik perhatian gadis-gadis. Perempuan sekolah ni pun satu juga gedik sangat. Suka tunjuk gaya seksi, kiut depan Cikgu Roy. Tapi, cikgu bukannya layan pun, buat tak tahu je.

 

Aku rasa Cikgu Hyuna pun siok dekat Cikgu Roy. Habis satu kelas aku isytihar perang dekat cikgu ni sebab merampas Cikgu Hyuna daripada mereka. Mujurlah, perang tersebut tidak kekal lama. Kesian pula Cikgu Roy, tidak berdosa tetapi teruk dikerjakan oleh tiga orang kambing gila dalam kelas aku. Maksud aku, tiga budak samseng tulah.

 

Nak dibandingkan Cikgu Roy dengan anak-anak hingusan mcam Taehyung, Daehyun dan Baekhyun tu memang tiada tandingannya. Nona-nona manis mestilah suka dekat cikgu lelaki yang matang, gentle dan hensem macam Cikgu Roy tu. Kalau aku perempuan, sudah lama jiwa aku tergugat kerana teruja dengan ketampanan cikgu itu. Nasiblah, aku laki. Langsung aku tidak berkenan dengan air muka cikgu tu.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Seasony
#2
Chapter 33: I love this story. Saya rasa nak komen panjang2 tapi speechless! Best sangattt. Menangis!!! I love their friendshipppp. Seriously I love this fanfic!!!!
starlightkim_
#3
Chapter 37: Baru berkesempatan membaca ff ini.awak ada sense of humor yang bagus.buktinya,saya ketawa setiap kali baca lawak bodoh dan sengal taehyung,baekhyun,kyungsoo dan daehyun.ff ini jugs mengajar saya bahawa persahabatan akan tetap utuh dengan perkataan tidak putus asa.memang gempaklah ff ni!^^
Jeon_Taeha
#4
Chapter 33: Dah dekat 3 kali saya baca ff ni. Still takleh move on :'( ending dia terngiang2 dalam kepala..sebenarnya aku ship Taehyung dengan Cikgu Saeji..Hihihi
ddddehyun #5
Chapter 22: Cerita ni antara yang terbaik saya pernah baca!!!bnyak moral yang saya dapat
AsyLai
#6
Ive been reading this fanfic for almost 6 kali dah. This fanfic really teached me about life, about friendship. Walaupun depa ni agal sengal dan bengal tapi they success in finding the meaning of friendship which lead them to be more awesome. This fanfic's mood is alive. Keep up the good work, author-nim. I'll support you! eventho you dontkno me aha
HaniSofiaHana #7
Chapter 28: Fanfic ni memang daebak .Ia mengajar saya erti persahabatan.serious saya baca cerita ni ketawa x habis plus nangis huhu
#Ape la aq merepek ni anyway story ni memang daebak ;-)
hannamarkgot7 #8
Chapter 34: Fanfics ni is the best lah . Menangis woo baca